Rajah 1 menunjukkan sektor $ORS$ suatu bulatan berpusat di $O$. Diberi $TS : OS = 1 : 6$ dan $OR = 12\ \text{cm}$. Cari
a
nilai $\theta$, dalam radian.
2 markah
b
luas, dalam $\text{cm}^2$, kawasan berlorek.
4 markah
28 markah
Jadual 1 menunjukkan satu iklan bagi jualan motorsikal pada harga promosi yang telah dikeluarkan oleh satu kilang pembuatan motorsikal.
Kilang motorsikal tersebut telah berjaya menjual 3 jenis motorsikal berlainan kuasa ini sebanyak 140 buah dalam bulan Disember 2021 dan telah mendapat keuntungan keseluruhan sebanyak RM 515,000. Diketahui bahawa kos yang ditanggung oleh kilang motorsikal untuk menghasilkan sebuah motorsikal berkuasa 125 cc, 150 cc dan 155cc ini masing-masing ialah RM 3000, RM 5000 dan RM 6000 dengan kos keseluruhannya ialah RM 630,000. Berapakah bilangan setiap jenis motorsikal yang berjaya dijual dalam bulan Disember itu.
8 markah
37 markah
a
Lakar graf $y = -|\tan x| + 1$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$x$ dan paksi-$y$ (titik mula, titik akhir, nilai maksimum, asimptot) dan bilangan kitaran.)*
4 markah
b
Seterusnya, dengan melakar satu garis lurus yang sesuai pada paksi yang sama, tentukan bilangan penyelesaian yang memenuhi persamaan $-\pi(|\tan x| - 1) - \pi + x = 0$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Nyatakan persamaan garis lurus yang anda lakar dan huraikan garis itu dalam perkataan (kecerunan, pintasan, titik-titik yang dilalui); kemudian nyatakan bilangan penyelesaian.)*
3 markah
47 markah
a
Rajah 2 menunjukkan tangen kepada lengkung $y = x^2 + 3$ pada $A(2, 7)$. Garis tangen itu menyilang paksi-$y$ di $B(0, -1)$.
Satu garis lurus yang berserenjang dengan garis tangen melalui A dan menyilang paksi-$y$ pada titik C. Cari persamaan garis lurus AC.
4 markah
b
Rajah 3 menunjukkan sebuah segiempat PQRS.
Diberi luas segiempat ialah $80\ \text{cm}^2$, cari nilai a.
3 markah
56 markah
a
Sepuluh orang murid terpilih untuk ke peringkat akhir acara deklamasi sajak sempena Bulan Kemerdekaan. Cari bilangan cara tiga tempat pertama boleh dimenangi oleh sepuluh murid itu.
2 markah
Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat hadir bersama pasangan masing-masing ke Program Kutipan Derma untuk mangsa banjir. Mereka berempat ditempatkan di sebuah meja bulat yang mempunyai sepuluh kerusi. Cari bilangan susunan yang boleh dibuat jika
b(i)
tanpa sebarang syarat
2 markah
b(ii)
Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif mesti duduk bersebelahan dengan pasangan masing-masing.
2 markah
68 markah
Hasil tambah $n$ sebutan pertama suatu janjang aritmetik diberi oleh $S_n = an^2 + bn$.
a
Ungkapkan $T_n$ dalam bentuk termudah, dalam sebutan $a$, $b$ dan $n$.
2 markah
b
Diberi bahawa $S_4 = 44$ dan $S_8 = 152$. Cari nilai $a$ dan nilai $b$.
3 markah
c
Cari beza sepunya
3 markah
78 markah
a
Dua nombor $h$ dan $k$ adalah berhubung secara $h + k = 6$. Cari nilai $h$ dan nilai $k$ supaya fungsi $Z = 2h^2 + 3k^2$ mempunyai satu titik pegun. Seterusnya, tentukan sama ada titik pegun tersebut ialah titik maksimum atau minimum.
5 markah
b
Cari koordinat titik pada lengkung $y = (3x - 1)^2$ dengan keadaan kecerunan normal kepada lengkung pada titik itu ialah $-\frac{1}{6}$.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 2 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah $x$ dan $y$ yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y^2 = pn^x$ dengan keadaan $n$ dan $p$ ialah pemalar.
| $x$ | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 3.82 | 5.04 | 6.62 | 10.00 | 10.68 | 13.81 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, bina sebuah jadual bagi nilai-nilai $\log_{10} y$.
*(Tulis nilai $\log_{10} y$ bagi setiap nilai $x$.)*
1 markah
b
Plot $\log_{10} y$ melawan $x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.2 unit pada paksi-$\log_{10} y$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis lurus penyuaian terbaik yang dilukis.)*
3 markah
Gunakan graf di 8(b) untuk mencari:
c(i)
nilai $n$ dan nilai $p$
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
5 markah
c(ii)
nilai $y$ yang betul bagi satu bacaan yang tersalah catat.
*(Nyatakan nilai yang dibaca daripada graf anda.)*
1 markah
910 markah
Titik $A$ dan titik $B$ mempunyai vektor kedudukan $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$ masing-masing relatif kepada titik $O$. Diberi $L$ ialah titik tengah $\overrightarrow{OA}$ dan $M$ ialah titik pada garis $\overrightarrow{OB}$ yang dipanjangkan dengan keadaan $\overrightarrow{OM} = 3\overrightarrow{OB}$. $P$ ialah titik pada $\overrightarrow{LM}$ dengan keadaan $\overrightarrow{LP} = k\overrightarrow{LM}$.
a
Ungkapkan $\overrightarrow{LM}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{a}$ dan $\underset{\sim}{b}$
2 markah
b
Ungkapkan $\overrightarrow{AP}$ dalam sebutan $\underset{\sim}{a}$, $\underset{\sim}{b}$ dan $k$
2 markah
Jika $A$, $P$ dan $B$ ialah segaris, cari
c(i)
$k$
4 markah
c(ii)
$\frac{\overrightarrow{AP}}{\overrightarrow{PB}}$
2 markah
1010 markah
Rajah 4 menunjukkan sebahagian daripada lengkung $x = 6y - y^2$ dan sebahagian daripada garis $y = x$ yang bersilang pada titik B dan titik O.
a
Cari luas kawasan yang berlorek.
5 markah
b
Berdasarkan Rajah 5, hitungkan isipadu yang dijanakan apabila rantau berlorek itu dikisarkan $360^\circ$ pada paksi-$x$.
5 markah
1110 markah
Satu tinjauan dijalankan di Kampung Perdana berkenaan remaja berumur 18 hingga 21 tahun yang layak menjadi pemilih secara automatik bagi pilihanraya umum akan datang.
Didapati bahawa min bilangan remaja berumur 18 hingga 21 ialah 150, sisihan piawainya ialah 9.5 dan kebarangkalian seorang penduduk dikategorikan sebagai remaja berumur 18 hingga 21 tahun ialah $p$
a(i)
Cari nilai $p$
3 markah
a(ii)
Jika 10 orang penduduk dari Kampung Perdana dipilih secara rawak, cari kebarangkalian lebih daripada 2 orang penduduk bukan remaja berumur 18 hingga 21.
3 markah
b
Umur pelanggan sebuah restoran di Kampung Perdana adalah mengikut taburan normal dengan min 34.5 dan sisihan piawai 12.75. Sebagai kempen kesedaran tanggungjawab pengundi, restoran berkenaan mengagihkan baucar makanan yang kepada pelanggan yang berumur 18 hingga 21, hitung bilangan baucar makanan yang akan diagih oleh pemilik restoran itu sekiranya terdapat 500 orang pengunjung pada hari tersebut.
4 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Suatu zarah bergerak di sepanjang suatu garis lurus dan melalui satu titik tetap O. Halajunya, $v\ \text{ms}^{-1}$, diberikan oleh $v = t^2 - 6t + 8$, dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas melalui O.
[Anggapkan Gerakan ke arah kanan sebagai positif].
Cari
a
halaju minimum, dalam $\text{ms}^{-1}$,
2 markah
b
julat nilai $t$ apabila zarah bergerak ke kanan.
2 markah
c
Lakarkan graf halaju melawan masa bagi pergerakan zarah itu untuk $0 \leq t \leq 4$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf dan titik-titik yang ditanda pada paksi-$v$ dan paksi-$t$.)*
2 markah
d
Jumlah jarak, dalam m, yang dilalui dalam 4 saat yang pertama selepas melalui O.
4 markah
1310 markah
Empat jenis bahan mentah J, K, L dan M digunakan untuk membuat kek. Diberi indeks harga pada tahun 2021 berasaskan tahun 2020 bagi keempat-empat jenis bahan J, K, L dan M masing-masing ialah 140, 120, 160 dan 150. Daripada tahun 2021 ke 2022, harga bagi bahan J menokok 15%, bahan K menokok 5%, bahan L tidak berubah dan bahan M menyusut 10%.
a
Harga bahan mentah K pada tahun 2021 ialah RM96.00. Cari harga yang sepadan pada tahun 2020.
2 markah
b
Cari indeks harga bagi kesemua empat bahan itu pada tahun 2022 berasaskan 2020.
3 markah
c(i)
Hitung indeks gubahan bagi kos menghasilkan kek itu pada tahun 2022 berasaskan 2020.
2 markah
c(ii)
Seterusnya, cari kos bagi menghasilkan kek itu pada tahun 2021 jika kos sepadan pada tahun 2022 ialah RM 70.50.
3 markah
1410 markah
Berdasarkan Rajah 6 di atas, $AE = 8\ \text{cm}$, $CD = 12\ \text{cm}$, $BE = 6\ \text{cm}$ dan $BC = 10\ \text{cm}$. $\angle EBC$ ialah sudut cakah. $ABC$ dan $AED$ ialah garis lurus. Diberi luas $\Delta CDE = 50\ \text{cm}^2$. Cari
a
Panjang, dalam cm $CE$.
4 markah
b
$\angle DCE$
2 markah
Segi tiga $A'B'E'$ mempunyai bentuk yang berbeza dengan segi tiga $ABE$, dengan keadaan $A'E' = AE$, $B'E' = BE$ dan $\angle B'A'E' = \angle BAE$,
c(i)
Lakar segi tiga $A'B'E'$
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $A'$, $B'$ dan $E'$, panjang sisi dan sudut yang ditanda, dan jenis sudut di setiap bucu (tirus/cakah).)*
1 markah
c(ii)
Cari luas, dalam $\text{cm}^2$ segi tiga $A'B'E'$
3 markah
1510 markah
Bagi soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan.
| Model | Mesin A (minit) | Mesin B (minit) |
|---|---|---|
| P | 8 | 5 |
| Q | 18 | 8 |
Jadual 3
Jadual 3 menunjukkan masa yang digunakan oleh mesin A dan mesin B bagi mengeluarkan 2 jenis kereta kawalan jauh model P dan model Q. Kilang itu menetapkan syarat-syarat berikut:
I Mesin A beroperasi sekurang-kurangnya 720 minit sehari.
II Mesin B beroperasi tidak melebihi 800 minit sehari.
III Nisbah bagi kereta model Q kepada kereta model P adalah tidak melebihi 5 : 8.
Kilang itu mengeluarkan $x$ kereta model P dan $y$ kereta model Q.
a
Tuliskan 3 ketaksamaan selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memuaskan syarat-syarat di atas.
3 markah
b
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 20 buah kereta bagi kedua-dua paksi, bina dan lorekkan rantau R yang memuaskan syarat-syarat di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
3 markah
Dengan menggunakan graf anda dari (b), carikan
c(i)
Bilangan maksimum dan minimum bagi kereta model P yang boleh dihasilkan jika 25 kereta model Q dihasilkan,
2 markah
c(ii)
Jualan maksimum yang diperolehi oleh kilang itu jika setiap kereta kawalan jauh model P dan model Q masing-masing dijual dengan harga RM10 dan RM30.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini