Rajah 1 menunjukkan graf $f(x)$ berbentuk parabola bersilang dengan graf $g(x)$ pada titik $A$.
Tentusahkan sama ada $f(x)$ dan $g(x)$ ialah fungsi dan berikan justifikasi anda.
1 markah
b
Diberi $g(x) = 3x + 3$. Cari nilai $m$ jika $ff^{-1}(3m^2 + 2) = g\left[(m + 3)^2\right]$.
3 markah
24 markah
Diberi $p(x) = 2(x - 4)(x + 1) = 2(x - m)^2 + n$. Nyatakan nilai bagi $m$ dan $n$. Seterusnya lakarkan graf $p(x)$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik persilangan dengan paksi-$x$ dan titik pusingan.)*
4 markah
35 markah
Selesaikan persamaan serentak $\frac{x}{2} + \frac{y}{3} = 1$ dan $x^2 - y + y^2 = 12$. Beri jawapan anda betul kepada tiga angka bererti.
5 markah
47 markah
a
Permudahkan:
$$3^{-n}\left(15^n - 27^n\right)$$
2 markah
b
Ungkapkan $h$ dalam sebutan $a$ dan $b$ jika penyelesaian bagi persamaan $\sqrt{4x} - \sqrt{x} = \frac{3}{\sqrt{a} - \sqrt{b}}$, dengan keadaan $a$ dan $b$ merupakan pemalar ialah $x = h\left(\sqrt{a} + \sqrt{b}\right)^2$.
2 markah
c
Diberi bahawa $n = \ln m + 1$ dengan keadaan $m$ suatu nombor nisbah dan merupakan penyelesaian bagi persamaan $5e^{n-3} = e^{-2}$, cari nilai $m$.
3 markah
56 markah
a
Rajah 5a menunjukkan Pak Abu dan Pak Kasim di restoran Roti Canai masing-masing.
Pak Abu memulakan perniagaan Roti Canai dengan menjual sebanyak 100 keping sehari
Pak Kasim memulakan perniagaan Roti Canai dengan menjual sebanyak 400 keping sehari
Setiap hari jualan restoran Pak Abu meningkat sebanyak 4 keping manakala jualan restoran Pak Kasim meningkat 2 keping. Pada hari ke-$n$ perniagaan, bilangan roti canai yang dijual di restoran Pak Abu kali pertama melebihi jualan roti canai di restoran Pak Kasim. Cari nilai $n$.
3 markah
b
Rajah 5b menunjukkan Alia Qistina bermain buaian yang dilepaskan dari suatu kedudukan tertentu.
Jarak ayunan lengkap pertama ialah 400cm dan jarak ayunan lengkap yang berikutnya ialah 15% kurang dari jarak sebelumnya. Cari bilangan ayunan lengkap jika hasil tambah jarak ayunan lengkap kurang daripada 2434 cm. Seterusnya, tentukan ayunan lengkap ke berapakah menghasilkan jarak ayunan lengkapnya kali pertama kurang daripada 40 cm.
3 markah
64 markah
Rajah 6(a) dan Rajah 6(b) menunjukkan graf garis lurus yang diperoleh dari suatu persamaan tak linear $\frac{y}{x} = mx^2 - nx$.
Tunjukkan bahawa $n = 6m - 18$.
4 markah
76 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 7 menunjukkan garis lurus $PQ$ mempunyai persamaan $\frac{x}{2} + \frac{y}{4} = -2$. $PQ$ menyilang paksi-$x$ di titik $P$ dan menyilang paksi-$y$ di titik $Q$.
Titik $B$ terletak pada $PQ$ dengan keadaan $5PB = 2PQ$.
Cari,
a
koordinat $B$,
3 markah
b
nisbah luas segitiga $OPB$ dengan luas segitiga $OQB$.
3 markah
86 markah
Sebiji bola bergolek dari titik $M(5, 12)$ dengan vektor halaju $\underset{\sim}{v} = 4\underset{\sim}{i} - 2\underset{\sim}{j}$ ms$^{-1}$. Selepas $t$ saat meninggalkan $M$, bola berada di titik $N$ dengan keadaan $\overrightarrow{ON} = \overrightarrow{OM} + t\underset{\sim}{v}$
a
Cari laju dan kedudukan bola itu dari $M$ selepas 4 saat.
3 markah
b
Bilakah bola tersebut akan berada di timur titik asalan.
[Andaikan utara ditunjukkan oleh paksi-$y$]
3 markah
94 markah
Rajah 9 menunjukkan pelan Taman Tema Air. Sebuah syarikat berminat untuk membeli dan membaik pulih semula kawasan taman tema air itu. Syarikat itu berhasrat untuk membina dua buah kolam iaitu kolam untuk orang dewasa dan kolam untuk kanak-kanak.
Diberi titik $B$ dan titik $H$ masing-masing ialah titik tengah $AC$ dan $BF$. $ACD$ ialah sektor bulatan yang berpusat di $A$, $ABFG$ adalah segiempat tepat dan $AG = AC = 2r$ m.
a
Cari sudut $\angle BAH$, dalam sebutan $\pi$ radian.
1 markah
b
Jika luas kolam dewasa hendak dibesarkan supaya luasnya ialah dua kali ganda saiz kolam kanak-kanak tanpa mengubah panjang $AC$, cari perimeter kolam dewasa yang baru dalam sebutan $r$.
3 markah
106 markah
a
Cari $\underset{x \to 3}{\text{had}}\ \frac{x^2 - 9}{x - 3}$
2 markah
b
Rajah 10 menunjukkan ukuran keluasan tapak kasut yang digunakan oleh Encik Kasim, seorang tukang kasut.
Luas tapak kasut, $A$ diberikan oleh $A = \frac{4}{9}r^2$ dengan $r$ ialah ukuran panjang kasut tersebut, dalam mm. Seorang pekerja baharu Encik Kasim telah terlebih potong sebanyak $p$ mm daripada ukuran sepatutnya iaitu 225 mm. Ungkapkan peratus perubahan kecil, keluasan tapak kasut dalam sebutan $p$.
4 markah
115 markah
Rajah 11 menunjukkan sebuah menara jam dengan $PTQ$ ialah segi tiga bersudut tegak.
Sudut dongak $P$ dari titik $Q$, $R$ dan $S$ masing-masing ialah $\theta$, $2\theta$ dan $3\theta$. Titik-titik $Q$, $R$, $S$ dan $T$ terletak pada satu garis mengufuk. Diberi $QR = 12$ m, $RS = 4$ m, $PT = h$ m dan $ST = \alpha$ m.
Ungkapkan ketinggian menara itu, dalam sebutan $\alpha$.
5 markah
127 markah
Rajah 12(a) menunjukkan tiga keping kad bernombor.
$$\boxed{\ 4\ }\quad\boxed{\ 8\ }\quad\boxed{\ 9\ }$$
Rajah 12(a)
Cari bilangan nombor 3 digit menggunakan ketiga-tiga kad jika
a(ii)
tiada sebarang syarat dikenakan,
1 markah
a(iii)
digit-digit genap tidak boleh bersebelahan.
1 markah
b
Rajah 12(b) menunjukkan rantai kunci yang hendak digantung pada penyangkut untuk dipamerkan kepada pelanggan di sebuah kedai.
Cari bilangan cara berbeza 5 rantai kunci boleh digantung secara sebaris.
2 markah
Rajah 12(c) menunjukkan penyangkut untuk menggantung rantai kunci di 12(b). Penyangkut ini mempunyai satu cangkuk di tengah.
c(i)
Cari bilangan cara berbeza 8 rantai kunci boleh digantung kecuali pada cangkuk di tengah.
1 markah
c(ii)
Cari bilangan cara berbeza semua rantai kunci digantung pada 9 cangkuk tersebut jika huruf vokal mesti bersama.
2 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Satu ujian mengandungi 40 soalan aneka pilihan. Setiap soalan mengandungi empat pilihan jawapan, di mana hanya satu yang betul. Setiap soalan diberikan markah yang sama.
a
Azura meneka jawapan untuk semua soalan. Anggarkan bilangan soalan dia meneka dengan salah.
2 markah
b
Kebarangkalian seorang pelajar lelaki cemerlang ialah 0.25. 5 orang pelajar lelaki dipilih dari sekumpulan pelajar lelaki yang menduduki ujian tersebut.
Cari kebarangkalian sekurang-kurangnya 2 orang cemerlang.
3 markah
c
Busu menjawab 30 soalan dengan betul dan memilih jawapan secara rawak untuk baki 10 lagi soalan.
Cari kebarangkalian bahawa beliau menjawab sekurang-kurangnya 34 soalan dengan betul.
3 markah
148 markah
a
Diberi $y = \frac{x}{2x - 3}$. Tunjukkan $\frac{dy}{dx} = -\frac{3}{(2x - 3)^2}$.
Seterusnya cari $\int \frac{1}{(2x - 3)^2}\,dx$.
2 markah
Rajah 14 menunjukkan sebuah kolam dengan keadaan isipadu air adalah maksimum.
Diberi fungsi kecerunan pada titik $A$ ialah $2x - 4$ dengan keadaan $y$ ialah kedalaman kolam, dalam m, dan $x$ ialah lebar kolam, dalam m, diukur dari tiang.
b(i)
Cari persamaan lengkung bagi dasar kolam.
2 markah
b(ii)
Ahmad berenang 3.5 m dari tiang. Cari jarak tegak, dalam m, Ahmad ke dasar kolam ketika itu.
1 markah
c
Lengkung pada b(i) digerakkan 2m ke kiri, cari persamaan baharu lengkung itu. Seterusnya, cari isipadu janaan dalam sebutan $\pi$ apabila luas yang dibatasi oleh lengkung itu dan paksi-$x$ dikisarkan $180^\circ$ pada paksi-$y$.
3 markah
158 markah
Rajah 15a menunjukkan graf halaju seekor burung helang yang berada pada ketinggian $k$ m untuk menangkap ikan di permukaan air.
Diberi fungsi ketinggian burung helang ialah $H(t) = \frac{1}{8}(t - 16)^2$.
Cari,
a(i)
nilai $k$,
1 markah
a(ii)
masa, dalam saat, burung helang itu untuk menangkap ikan di permukaan air.
2 markah
a(iii)
Ketinggian, dalam m, burung helang itu 5s selepas ia menangkap ikan.
2 markah
b
Rajah 15b menunjukkan seekor burung Raja Udang menangkap ikan di dalam air.
Seekor burung Raja Udang menangkap ikan di kawasan yang sama. Fungsi ketinggian burung Raja Udang ialah $H(t) = \frac{1}{10}\left(t^2 - 12t + 27\right)$. Jika burung Raja Udang mempunyai keupayaan untuk menangkap ikan yang berada kurang dari 1 m di bawah air, cari julat masa untuk burung Raja Udang menangkap ikan.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini