Others Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 2 · YIK
Tetapan
Getaran
Bunyi
Bahasa soalan
Tunjuk teks asal juga
translate
Matematik Tambahan
Others Trial 2022 Matematik Tambahan Kertas 2 · YIK
Percubaan YIK · 2022
15 soalan · Jumlah 100 markah
150 minit
Skema pemarkahan
Daripada skema pemarkahan kertas asal
Pemarkahan
Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
Bahasa jawapan
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
Kemas kini terakhir
2026-11-25
Bahagian AJawab semua 7
17 markah
Rajah 1 menunjukkan beberapa sektor bagi bulatan sepusat di $O$. Jejari untuk setiap sektor bertambah 3 cm berbanding sebelumnya.
Diberi luas sektor ke-$n$ ialah $512\pi$ cm$^2$, jejari sektor pertama, $OA = 10$ cm dan $\angle AOA' = \frac{\pi}{4}$ rad.
Cari
a
jejari, dalam cm sektor ke-$n$, dalam sebutan $n$,
2 markah
b
nilai $n$,
2 markah
c
hasil tambah panjang lengkok, dalam sebutan $\pi$ bagi 20 sektor pertama.
3 markah
28 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 2 menunjukkan kedudukan dua boya pengesan tsunami yang diletakkan di permukaan lautan iaitu boya A dan boya C. Dua lagi boya baharu akan ditambah pada sistem pengesan tersebut. Jika diwakilkan pada satah cartes, koordinat boya A dan boya C masing-masing ialah $(1, 3)$ dan $(7, 7)$. Mengikut rancangan, boya B akan diletakkan pada paksi-$y$ dan berjarak sama dari boya A dan boya C. Boya D juga akan ditambah dengan keadaan $ABCD$ sebuah rombus.
Cari
a
koordinat $B$ dan koordinat $D$,
5 markah
b
jika luas rombus $ABCD$ ialah 52 km$^2$. Cari jarak terdekat $A$ ke $BC$.
3 markah
38 markah
Rajah 3 menunjukkan sebuah prisma pepejal dengan keratan rentas segi tiga berserenjang dengan sisi selari $AD$, $BE$ dan $CF$. Panjang setiap sisi $AD$, $BE$ dan $CF$ ialah $y$ cm. Segi tiga mempunyai sudut tegak di $C$ dan $F$. Sisi $AC$ dan $DF$ masing-masing mempunyai panjang $4x$ cm. Sisi $BC$ dan $EF$ masing-masing mempunyai panjang $3x$ cm. Diberi isipadu prisma itu ialah 1500 cm$^3$.
a
Tunjukkan bahawa jumlah luas permukaan, $S$ cm$^2$, diberi oleh
$S = 12x^2 + \frac{3000}{x}$
4 markah
b
Cari nilai pegun bagi $S$.
4 markah
46 markah
Satu pasukan penyelidikan maritim yang terdiri daripada 9 orang ahli hendak dibentuk daripada 6 orang rakyat Malaysia, 5 orang rakyat Indonesia dan 4 orang rakyat Singapura.
Cari bilangan cara pasukan berlainan dapat dibentuk jika
a(i)
tanpa sebarang syarat,
1 markah
a(ii)
bilangan ahli dari setiap negara adalah sama,
2 markah
b
Pasukan penyelidik dari **(a)**(ii) dijemput untuk menghadiri majlis makan malam sempena perasmian program penyelidikan maritim tersebut. Mereka bersama-sama seorang penyumbang utama program ditempatkan di sebuah meja bulat. Cari bilangan cara susunan jika ahli dari setiap negara mesti duduk bersebelahan.
3 markah
57 markah
a
Buktikan $\sin^2\theta + \cos^2\theta = 1$.
3 markah
b
Lakarkan graf $y = 2|\sin 2x| + 1$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum $y$, nilai-nilai $x$ yang ditanda pada paksi-$x$ dan bilangan kitaran.)*
Rajah 4 menunjukkan pelan kolam mandi di sebuah pusat peranginan. Sektor $OABCDE$ ialah kolam mandi dewasa manakala sektor $PAFE$ ialah kolam mandi kanak-kanak. Sektor $PAFE$ terterap di dalam sukuan bulatan $OABFDE$. Garis lurus $OED$ dan $OAB$ serta lengkok $DFB$ ialah tangen kepada sektor $PAFE$ pada titik $E$, $A$ dan $F$ masing-masing. Kawasan segi empat sama $OAPE$ dikhaskan untuk diletakkan kerusi dan payung. Manakala kawasan berlorek adalah tapak refleksologi.
Diberi jejari sektor $OABCDE$ ialah 7 m. Cari,
a
jejari, dalam m, sektor $PAFE$. Berikan jawapan anda tepat kepada 3 angka bererti,
3 markah
b
perimeter, dalam m, kawasan refleksologi,
3 markah
c
luas, dalam m$^2$ kawasan refleksologi.
3 markah
Bahagian BPilih 3 daripada 4Dipilih 0/3
810 markah
Rajah 5 menunjukkan sebuah segi tiga $ABC$. Titik $R$ terletak pada $BP$ dan titik $T$ terletak pada $BC$.
Diberi bahawa, $\overrightarrow{AB} = 6\underset{\sim}{x}$ , $\overrightarrow{AC} = 4\underset{\sim}{y}$ , $3AP = PC$ dan titik $T$ adalah titik tengah bagi $BC$.
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$
a(i)
$\overrightarrow{BC}$ ,
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{AT}$ .
2 markah
b
Diberi bahawa $\overrightarrow{AR} = m\overrightarrow{AT}$ dan $\overrightarrow{AR} = \overrightarrow{AP} - n\overrightarrow{BP}$ , dengan keadaan $m$ dan $n$ ialah pemalar.
Cari nilai $m$ dan nilai $n$.
6 markah
910 markah
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 1 menunjukkan nilai-nilai bagi dua pemboleh ubah, $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada satu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $y = pq^{2x}$, dengan keadaan $p$ dan $q$ ialah pemalar.
| $x$ | 0.5 | 2.5 | 3.5 | 5.0 | 6.0 | 7.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 2.09 | 2.95 | 3.63 | 4.79 | 5.89 | 6.92 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Jadual 1, bina satu jadual bagi nilai-nilai $\log_{10} y$
*(Tulis nilai $\log_{10} y$ bagi setiap nilai $x$.)*
1 markah
b
Plot $\log_{10} y$ melawan $x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$x$ dan 2 cm kepada 0.1 unit pada paksi-$\log_{10} y$. Seterusnya, lukis garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
3 markah
Gunakan graf di **9**(b) untuk mencari nilai
c(i)
$x$ apabila $y = 4.0$,
1 markah
c(ii)
$p$,
3 markah
c(iii)
$q$.
*(Nyatakan dua titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
2 markah
1010 markah
Kejayaan menjaring gol oleh seorang pemain bola jaring ialah 80%.
a(i)
Cari kebarangkalian bahawa percubaan menjaringkan gol tidak melebihi 3 kali daripada 8 percubaan.
3 markah
a(ii)
Cari bilangan minimum percubaan pemain itu supaya kebarangkalian Berjaya menjaringkan gol sekurang-kurangnya sekali ialah 0.92.
2 markah
Jisim emas, $x$ kg yang dikeluarkan oleh satu kilang bertaburan secara normal. Skor piawainya untuk $x = 10$ kg dan $x = 12$ kg masing-masing ialah -1 dan 2.
b(i)
Cari min dan sisihan piawai.
3 markah
b(ii)
Seterusnya cari peratusan emas mempunyai jisim di antara 9 kg dan 11 kg.
2 markah
1110 markah
Dalam rajah 6, garis lurus $MN$ ialah normal kepada lengkung $y = \frac{x^2}{3} + 4$ pada titik $(3, 5)$. Koordinat titik $N$ ialah $(k, 0)$. Garis lurus $RS$ adalah selari dengan paksi-$y$
Cari
a
**[Bonus]** nilai $k$ ,
3 markah
b
**[Bonus]** luas, dalam unit$^2$, kawasan berlorek,
4 markah
c
isi padu yang dijanakan dalam sebutan $\pi$, apabila rantau yang dibatasi oleh lengkung, garis lurus $RS$, paksi-$x$ dan paksi-$y$ diputarkan $360^\circ$ pada paksi-$x$.
3 markah
Bahagian CPilih 2 daripada 4Dipilih 0/2
1210 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 7 menunjukkan sisi empat kitaran $ABCD$. Diberi $AB = 5$ cm, $BC = 7.7$ cm, $CD = 3.2$ cm dan $\angle ABC = 69^\circ$.
Hitung
a(i)
panjang, dalam cm, $AC$ ,
2 markah
a(ii)
$\angle ACD$ .
2 markah
Cari
b(i)
luas, dalam cm$^2$, $\Delta ABC$ ,
2 markah
b(ii)
jarak terdekat, dalam cm, dari titik $B$ ke $AC$ .
2 markah
c
Segi tiga $A'C'D'$ mempunyai bentuk yang berbeza dengan segi tiga $ACD$ , dengan keadaan $A'D' = AD$ , $C'D' = CD$ dan $\angle C'A'D' = \angle CAD$ . Lakarkan segi tiga $A'C'D'$ dan seterusnya, nyatakan nilai $\angle A'C'D'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk segi tiga $A'C'D'$ dan sudut-sudutnya; kemudian nyatakan nilai $\angle A'C'D'$.)*
2 markah
1310 markah
Penyelesaian secara lakaran graf **tidak** diterima.
Suatu zarah bergerak di sepanjang garis lurus dan melalui satu titik tetap, $O$. Halajunya, $v$ ms$^{-1}$, diberi oleh $v = 14 + 5t - t^2$, di $t$ mana ialah masa, dalam saat, selepas melalui $O$. Zarah itu berhenti seketika pada titik $P$.
[Andaikan gerakan ke kanan adalah positif]
Hitung
a
pecutan, dalam ms$^{-2}$, zarah di titik $P$ ,
3 markah
b
halaju maksimum, dalam ms$^{-1}$, zarah itu,
3 markah
c
jumlah jarak, dalam m, yang dilalui oleh zarah itu dalam 12 saat pertama, selepas melalui $O$.
4 markah
1410 markah
Kelab Staf sebuah syarikat ingin membeli $x$ pasang baju kurung dan $y$ helai baju batik sebagai hadiah sempena sambutan hari pekerja. Harga bagi sepasang baju kurung ialah RM102 dan sehelai baju batik ialah RM75. Pembelian hadiah tersebut berdasarkan kekangan berikut.
I. : Jumlah bilangan hadiah mesti lebih dari 18.
II. : Jumlah peruntukan ialah RM2550.
III. : Bilangan baju kurung yang dibeli melebihi bilangan baju batik selebih-lebihnya 8 helai.
a
Tulis tiga ketaksamaan selain daripada $x \geq 0$ dan $y \geq 0$, yang memenuhi semua kekangan di atas.
3 markah
b
Menggunakan skala 2 cm kepada 5 item untuk kedua-dua paksi, bina dan lorek rantau **R** yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: garis-garis lurus yang dilukis (persamaan, titik-titik yang dilalui, garis penuh atau putus-putus) dan sempadan rantau $R$ yang dilorek.)*
3 markah
Gunakan graf yang dibina di **14**(b) untuk menjawab soalan-soalan berikut
c(i)
Baki peruntukan minimum, jika bilangan baju kurung yang dibeli adalah sama dengan bilangan baju batik.
2 markah
c(ii)
Bilangan maksimum baju kurung yang boleh dibeli jika Pengerusi Kelab Staf telah menyumbangkan RM300 untuk pembelian hadiah tersebut.
2 markah
1510 markah
Jadual 2 menunjukkan indeks harga bagi tahun 2011 berasaskan tahun 2009 dan pemberat bagi beberapa model kereta.
| Model kereta | Indeks harga pada tahun 2011 berasaskan tahun 2009 | Pemberat |
|---|---|---|
| A | $x$ | 4 |
| B | 110 | $k$ |
| C | 130 | $5 - k$ |
| D | 150 | 1 |
Jadual 2
a
Diberi harga seunit kereta model D bagi tahun 2009 ialah RM 97 300. Cari harga seunit kereta model D bagi tahun 2011
2 markah
b(i)
Harga seunit kereta model A bagi tahun 2009 dan 2011 masing-masing ialah RM 340 000 dan RM 408 000. Cari nilai $x$.
2 markah
b(ii)
Cari nilai $k$ jika indeks gubahan bagi harga model kereta bagi tahun 2011 berasaskan tahun 2009 ialah 124
3 markah
c
Harga bagi kereta model B dan model C dijangka meningkat 40% dari tahun 2011 ke tahun 2013 manakala model lain tidak berubah. Kirakan indeks gubahan bagi harga model kereta tersebut bagi tahun 2013 berasaskan tahun 2009, menggunakan nilai $k$ dalam **(b)** (ii).
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini