Selesaikan persamaan serentak berikut:
$3x - y = 2x^2 + 3y^2 - 5xy - 14 = 2$
Melaka Trial 2022 Additional Mathematics Kertas 2
- Melaka 州试卷 · 2022
- 15 题 · 总分 100
- 150 分钟
- 评分标准
- 按原试卷附带的评分标准录入
- 批改方式
- 由 AI 按评分标准批改,仅供参考
- 作答语言
- 马来文或英文
- 最后更新
- 2026-11-25
Bahagian A
全答 7 题
a
1 分
Diberi $m = \log_b n$, nyatakan satu syarat bagi b.
b
3 分
Nilaikan $\log_p \frac{p}{\sqrt{q}} + \log_p \sqrt{pq}$.
c
2 分
Diberi $\log_2 3 = x$ dan $\log_{14} 6 = y$. Cari $\log_2 7$ dalam sebutan $x$ dan $y$.
Diberi bahawa $x^5, x^{10}, x^{15}, x^{20}, \ldots$ ialah suatu janjang geometri dengan keadaan $0 < x < 1$. Hasil tambah hingga ketakhinggaan janjang ini ialah $\frac{1}{31}$. Cari
a(i)
2 分
nisbah sepunya janjang ini dalam sebutan x,
a(ii)
2 分
nilai x.
b
3 分
Diberi suatu janjang geometri terbentuk daripada tiga nombor positif dengan $r > 1$. Jika sebutan kedua janjang geometri tersebut digandakan, jujukan nombor yang baru akan membentuk suatu janjang aritmetik. Cari nisbah sepunya bagi janjang geometri tersebut.
Lengkung fungsi kuadratik $f(x) = -(x - p)^2 + 3q$ menyilang paksi-x pada titik-titik $(-1, 0)$ dan $(5, 0)$. Garis lurus $y = 9$ adalah tangen kepada titik maksimum lengkung itu.
a
3 分
Cari nilai p dan nilai q.
b
3 分
Seterusnya, lakar graf f(x) untuk $0 \leq x \leq 6$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik maksimum, dan nilai f(x) pada hujung-hujung julat $0 \leq x \leq 6$.)*
Tulis persamaan bagi lengkung, jika graf itu dipantulkan pada:
c(i)
1 分
paksi-x
c(ii)
1 分
paksi-y
Rajah 1 menunjukkan sebuah sektor bulatan dengan pusat A.
[ Guna / use $\pi = 3.142$ ]
Persamaan BD ialah $3y + x = 9$. Cari
a
2 分
jejari bagi sektor ABCD,
b
2 分
$\angle BAD$, dalam radian,
c
4 分
luas bagi rantau berlorek itu.
a
2 分
Terbitkan identiti asas $\sin^2 x + \text{kos}^2 x = 1$
b(i)
3 分
Lakarkan graf bagi $y = 1 - 2\,\text{kos}\,\frac{3}{2}x$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai maksimum dan minimum, nilai-nilai $x$ yang ditanda pada paksi-$x$ dan bilangan kitaran dalam julat itu.)*
b(ii)
3 分
Seterusnya, gunakan graf di b(i), lakar satu garis lurus yang sesuai untuk mencari bilangan penyelesaian bagi persamaan $\frac{5}{2} - 2\,\text{kos}\,\frac{3}{2}x - \frac{x}{\pi} = 0$ untuk $0 \leq x \leq 2\pi$. Nyatakan bilangan penyelesaian tersebut.
*(Huraikan garis lurus yang anda lakar dalam perkataan: persamaannya dan titik-titik yang dilaluinya; kemudian nyatakan bilangan penyelesaian.)*
Rajah 2 menunjukkan sebuah segi tiga RST
Titik L terletak di atas garis lurus TS dengan keadaan TS = 3TL. Diberi bahawa $\overrightarrow{RT} = 8\underset{\sim}{x}$, $\overrightarrow{RK} = 6\underset{\sim}{y}$, $\overrightarrow{KS} = 4\underset{\sim}{y}$ dan $\overrightarrow{RQ} = n\,\overrightarrow{RL}$
Ungkapkan dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$ bagi
a(i)
2 分
$\overrightarrow{TS}$
a(ii)
1 分
$\overrightarrow{TK}$
b(i)
2 分
Ungkapkan $\overrightarrow{TQ}$ dalam sebutan n, $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$.
b(ii)
3 分
Seterusnya, cari nilai bagi n jika titik-titik T, Q dan K adalah segaris.
Bahagian B
4 题选 3 题
已选 0/3
Gunakan kertas graf untuk menjawab soalan ini.
Jadual 1 di bawah menunjukkan nilai-nilai dalam suatu eksperimen yang melibatkan % tumbesaran tumbuhan, P, dihubungkan dengan kepekatan hormon per juta, R, oleh persamaan $P = 200 + aR - bR^2$, dengan a dan b ialah pemalar.
| Kepekatan hormon per juta, $R$ | 1 | 3 | 4 | 6 | 8 | 10 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| % tumbesaran tumbuhan, $P$ | 201 | 199.7 | 198 | 188 | 177 | 160 |
Jadual 1
a
4 分
Plot graf $\frac{P-200}{R}$ melawan R, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 2 unit pada paksi-R dan 2 cm kepada 1 unit pada paksi-$\frac{P-200}{R}$. Seterusnya lukis garis lurus penyesuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: nilai-nilai $\frac{P-200}{R}$ yang dikira bagi setiap nilai $R$, paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
Daripada graf, cari nilai
b(i)
2 分
a
*(Nyatakan nilai yang anda baca daripada graf anda.)*
b(ii)
2 分
b
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyesuaian terbaik anda yang digunakan.)*
c
2 分
Tentukan % tumbesaran tumbuhan, P apabila kepekatan hormon per juta, R ialah 7.
Rajah 3 menunjukkan sebuah segi empat tepat EFGH. Persamaan bagi garis lurus EF ialah $y = 2x + 7$. Cari
a
2 分
persamaan garis lurus HG,
b
3 分
persamaan garis lurus EH,
c
2 分
koordinat bagi titik H,
d
3 分
luas dalam unit$^2$, segi empat tepat EFGH.
Suatu lengkung dengan fungsi kecerunan $2x - \frac{2}{x^2}$ mempunyai titik pegun di $(k, 8)$.
a(i)
2 分
Cari nilai k
a(ii)
3 分
Seterusnya, dengan kaedah melakar garis tangen, tentukan sama ada titik pegun ini titik maksimum atau titik minimum dengan memberi justifikasi anda,
*(Huraikan lakaran garis tangen anda dalam perkataan: nilai-nilai $x$ yang dipilih, nilai $\frac{dy}{dx}$ dan arah kecerunan setiap tangen.)*
b
5 分
Rajah 4 di bawah menunjukkan garis lurus yang mempunyai x-pintasan sama dengan 1 menyentuh garis lengkung $x = y^2 + 10$ pada titik $(k, 3)$. Diberi luas kawasan berlorek ialah $9\ \text{unit}^2$. Dengan menggunakan kaedah pengamiran, cari nilai bagi k.
Pemboleh ubah X bertaburan normal dengan min 12 dan sisihan piawai $\sigma$. Diberi skor-z ialah 2.25 apabila $X = 16.5$. Cari
a(i)
2 分
nilai $\sigma$
a(ii)
3 分
nilai m apabila $P(X < m) = 0.7145$
Kebarangkalian kelas 5 Arif menang perlawanan Futsal dalam perlawanan Futsal antara kelas ialah $\frac{3}{7}$. Jika kelas 5 Arif mengambil bahagian dalam 6 perlawanan, hitung kebarangkalian
b(i)
2 分
Kelas 5 Arif kalah semua perlawanan
b(ii)
3 分
Kelas 5 Arif menang lebih daripada 2 perlawanan
Bahagian C
4 题选 2 题
已选 0/2
Dalam Rajah 5, $AB = 8.4\text{ cm}$, $BC = 10.2\text{ cm}$, $DA = 10\text{ cm}$, $\angle BCD = 76^\circ 25'$ dan $\angle DBC = 47^\circ$.
a
3 分
Hitung panjang dalam cm, bagi DB
b
2 分
$\angle ADB$,
c
2 分
Lakar sebuah $\Delta B'D'C'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada $\Delta BDC$ dengan keadaan $C'D' = CD$, $B'D' = BD$ dan $\angle C'B'D' = \angle CBD$. Seterusnya nyatakan sudut $B'C'D'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu B′, C′ dan D′, sisi dan sudut yang diketahui, dan jenis sudut di C′.)*
d
3 分
luas sisiempat ABCD.
Jadual 2 menunjukkan harga, indeks harga dan komposisi berat bagi empat bahan utama, A, B, C dan D untuk membuat sejenis roti.
| Bahan | Harga (RM) per kg, Tahun 2011 | Harga (RM) per kg, Tahun 2012 | Indeks harga pada tahun 2012 berasaskan tahun 2011 | Komposisi mengikut berat |
|---|---|---|---|---|
| A | 8.00 | 12.00 | $x$ | 3.85 kg |
| B | | | 140 | 3.25 kg |
| C | 4.00 | 5.00 | 125 | 700g |
| D | $y$ | 4.00 | 80 | 2.2 kg |
Jadual 2
a
3 分
Cari nilai-nilai bagi x dan y.
b
2 分
Harga bahan B pada tahun 2012 adalah RM1.00 lebih daripada harganya pada tahun 2011. Hitungkan harga bahan B pada tahun 2012.
c(i)
3 分
Hitung peratus perubahan bagi kos membuat roti pada tahun 2012 berbanding tahun 2011.
c(ii)
2 分
Kos untuk membuat roti itu pada tahun 2011 ialah RM4072. Hitung kos yang sepadan pada tahun 2013 jika kos semua bahan utama meningkat 15% dari tahun 2012 ke tahun 2013.
Rajah 6 menunjukkan dua zarah $P$ dan $Q$ bergerak di sepanjang suatu garis lurus dengan keadaan sesaran zarah $Q$ dari titik tetap $O$ ialah $10\ m$. Zarah $Q$ mula bergerak dari $B$ dengan halaju $V_Q = 8 - 16t$ dan pada masa yang sama zarah $P$ mula bergerak dari $A$ dengan $S_P = 6t^2 - 9t - 12$ dengan keadaan $t$ ialah masa, dalam saat, selepas kedua-dua zarah mula bergerak.
a
4 分
Nyatakan jarak, dalam $m$, antara $A$ dan $B$. Tentukan zarah mana melalui titik tetap $O$ dahulu.
b
2 分
Kedua-dua zarah bertemu selepas $r$ saat. Cari nilai $r$.
c
4 分
Cari jarak paling jauh, dalam $m$, antara zarah $P$ dan zarah $Q$ sepanjang gerakan itu.
Syarikat ABC menganjurkan satu program 'Spell It Right'. Peserta bagi program tersebut terdiri daripada x orang murid sekolah rendah dan y orang murid sekolah menengah. Yuran penyertaan bagi seorang murid sekolah rendah ialah RM 100 manakala yuran penyertaan bagi seorang murid sekolah menengah ialah RM 120. Bilangan murid yang menyertai program ini adalah berdasarkan kekangan berikut :
I Bilangan maksimum murid yang menyertai program itu ialah 90 orang.
II Nisbah bilangan murid sekolah rendah kepada murid sekolah menengah adalah sekurang-kurangnya 1 : 2.
III Jumlah yuran yang dikutip adalah tidak kurang daripada RM 6 000.
a
3 分
Tulis tiga ketaksamaan linear yang memenuhi semua kekangan di atas selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$.
b
3 分
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 10 orang murid pada paksi-x dan paksi-y, bina dan lorekkan rantau R yang memenuhi semua kekangan di (a).
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
Dengan menggunakan graf yang diperoleh di (b), cari
c(i)
1 分
bilangan minimum murid sekolah menengah jika nisbah bilangan murid sekolah rendah kepada murid sekolah menengah adalah 1 : 2.
c(ii)
3 分
keuntungan maksimum yang diperoleh jika syarikat ABC memperoleh keuntungan sebanyak 20% daripada jumlah yuran yang dikutip.

AI 正在批改
一题一题对照评分标准,请不要关闭页面
0%得分率
0总分
0满分小题
有几题没批改成功。
每题得分

