Tunjukkan bahawa $5^{x+1} - 5^{x-1} + 5^x$ boleh dibahagi tepat dengan 29 bagi semua integer positif $x$.
2 markah
24 markah
Rajah 1 menunjukkan sebuah pendulum dengan panjang 20 cm yang tergantung pada $O$ dan berada pada kedudukan awal $L$. Apabila pendulum tersebut ditarik ke kedudukan $A$ yang mempunyai perbezaan ketinggian menegak, $h$ dengan 4 cm daripada kedudukan asalnya dan kemudian dilepaskan, pendulum itu berayun.
Cari jarak yang dilalui oleh pendulum dari titik $A$ ke titik $B$
[Guna $\pi = 3.142$]
4 markah
34 markah
Rajah 2 menunjukkan graf garis lurus $xy$ melawan $x$.
Diberi $y = \frac{7}{x} - 1$, hitung nilai $a$ dan $b$.
4 markah
45 markah
Rajah 3 menunjukkan sebatang tiang yang didirikan di atas tanah dengan menggunakan dua utas tali yang sama panjang.
Diberi bahawa $\sin\frac{x}{2} = 2t$, ungkapkan
a
panjang, $L$, setiap tali itu dalam sebutan $t$
3 markah
b
$\tan\frac{x}{2}$ dalam sebutan $t$
2 markah
55 markah
a
Tukarkan perpuluhan berulang 0.545454 ... kepada pecahan tanpa menggunakan kaedah janjang.
2 markah
b
Panjang dan lebar segi empat tepat pada Rajah 4 ialah $2\sqrt{5} - \sqrt{2}$ dan $\sqrt{5} + \sqrt{2}$ masing-masing. Tentukan luas kawasan berwarna seperti ditunjukkan dalam Rajah 4 dan nyatakan jawapan anda dalam bentuk $a + b\sqrt{10}$, dengan $a$ dan $b$ ialah nombor nisbah.
3 markah
65 markah
Rajah 5 menunjukkan sebuah trapezium $ABCD$.
Diberi bahawa $\overrightarrow{AB} = (h + 2)\underset{\sim}{i} - 3\underset{\sim}{j}$, $\overrightarrow{CD} = 2\underset{\sim}{i} + 3k\underset{\sim}{j}$ dan $2\overrightarrow{AB} = \overrightarrow{DC}$. Cari
a
nilai $h$ dan nilai $k$.
3 markah
b
vektor unit dalam arah $\overrightarrow{AB}$.
2 markah
75 markah
Diberi $f(x) = \frac{4}{(1 - 2x)^3}$ dan $f'(x) = m(1 - 2x)^n$
a
Cari nilai bagi $m + n$
2 markah
b
Seterusnya, cari nilai $p$ diberi $\frac{1}{p}\int f'(x)\,dx = -\frac{1}{81}$ dan $x = 2$
3 markah
87 markah
a(i)
Diberi $C$ ialah satu titik pada tembereng garis yang menyambungkan titik $A(-12, 1)$ dan titik $B(3, 7)$ dengan keadaan $AC = \frac{1}{3}AB$. Cari koordinat titik $C$.
2 markah
a(ii)
Seterusnya, cari persamaan garis lurus $AC$.
2 markah
b
Titik $P$ bergerak dengan keadaan jaraknya sentiasa 6 unit dari $B$. Cari persamaan lokus bagi titik $P$.
3 markah
96 markah
a
$X$ ialah pemboleh ubah rawak diskret dengan keadaan $X \sim B(25, p)$ dengan keadaan $p < \frac{1}{2}$ dan $\sigma^2 = \frac{50}{9}$, cari min bagi $X$.
3 markah
Rajah 6 menunjukkan graf taburan normal. Kebarangkalian yang ditunjukkan dengan kawasan berlorek 0.2881.
b(i)
Cari $P(z \geq h)$
1 markah
b(ii)
$X$ ialah pemboleh ubah rawak selanjar bertaburan normal, dengan min 84 dan sisihan piawai 5, cari nilai $X$ apabila skor-$z$ ialah $h$.
2 markah
106 markah
a
Palindrom berangka ialah integer yang mempunyai digit simetri, misalnya 555, 1001, 24142 dan lain-lain. Cari bilangan palindrom lima digit.
4 markah
b
Rajah 7 menunjukkan dua jenis manik yang akan digunakan oleh Husna untuk membuat gelang.
Berapakah cara Husna boleh memilih manik-manik itu supaya setiap gelang mempunyai 6 biji manik berbentuk bunga dan 3 biji manik berbentuk rama-rama?
2 markah
117 markah
Balqis, Hanim dan Nurul membeli beberapa barang untuk persiapan Hari Raya. Balqis membeli 3 peket dodol, 2 peket serunding ayam dan sekotak gula-gula dengan harga RM90.00. Hanim membeli 4 peket dodol, 3 peket serunding ayam dan sekotak gula-gula dengan harga RM122.00. Nurul membeli 6 peket dodol, sepeket serunding ayam dan 4 kotak gula-gula dengan harga RM148.00. Biar $x$, $y$, $z$ masing-masing mewakili harga sepeket dodol, sepeket serunding ayam dan sekotak gula-gula.
a
Bina satu sistem persamaan linear.
2 markah
b
Tentukan harga seunit bagi setiap barang yang dibeli.
5 markah
127 markah
a(i)
Nyatakan fungsi dalam Rajah 8 ini diskret atau selanjar.
1 markah
a(ii)
Tentukan domain, kodomain dan julat bagi fungsi, $f(x)$.
3 markah
Diberi $g(x) = \frac{px - q}{rx}$, dengan keadaan $p$, $q$ dan $r$ ialah pemalar.
b(i)
Ungkapkan $g^{-1}(x)$ dalam sebutan $p$, $q$ dan $r$.
Dalam satu latihan golf di sebuah dewan, Hanif memukul bola golf dari titik $A$ dan ia jatuh ke dalam lubang pertama, titik $B$, seperti dalam Rajah 9.
Fungsi $h(x) = -x^2 + 10x$ mewakili ketinggian yang dicapai bola golf, dalam meter. Ketinggian bumbung dewan itu ialah 50 m.
a
Ungkapkan $h(x)$ dalam bentuk $h(x) = a(x + p)^2 + q$, di mana $a$, $p$ dan $q$ ialah pemalar.
3 markah
b
Nyatakan ketinggian maksimum yang dicapai oleh bola itu dalam meter.
1 markah
c
Jika Hanif mahu bola golf itu jatuh ke dalam lubang ketiga, titik $D$, laluan bola itu akan melalui titik $E$ yang berada 4 m di sebelah kanan titik $A$ dan 32 m tegak di atas dari tanah. Tentukan sama ada bola yang dipukul oleh Hanif boleh sampai ke bumbung dewan itu dan berikan alasan anda.
4 markah
148 markah
a(i)
Jika $a$ ialah sebutan pertama dan $d$ ialah beza sepunya bagi suatu janjang aritmetik, tunjukkan bahawa hasil tambah $n$ sebutan pertama bagi janjang itu ialah $S_n = \frac{n}{2}[2a + (n - 1)d]$
3 markah
a(ii)
Diberi suatu janjang aritmetik 3, 7, 11, 15, …. cari hasil tambah $n$ sebutan pertama.
Pak Samad mempunyai sebidang tanah berbentuk segi empat di mana yang berbentuk semi bulatan adalah kolam air dan bakinya adalah kawasan menternak itik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 10 dan kawasan tersebut dipagari dengan dawai sepanjang 120 m. Diberi lebar segi empat adalah $2x$ m.
a
Tunjukkan bahawa luas kawasan ternakan itik, dalam m$^2$, diberi oleh
$$L = 120x - 2x^2 - \frac{3}{2}\pi x^2$$
3 markah
b
Cari nilai bagi $x$, bila $L$ maksimum, dalam sebutan $\pi$
2 markah
c
Semasa musim kemarau, kolam air mengalami penyejatan di mana kadar penyusutan permukaan kolam ialah $0.02\ \text{m}^2\text{s}^{-1}$ Hitungkan kadar perubahan jejari pada ketika jejari permukaan kolam ialah 8 m, dalam sebutan $\pi$.
3 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini