Diberi $(3m, -2k)$ ialah penyelesaian bagi persamaan serentak $3x - 5 = 2y$ dan $y(x + y) = x(x + y) - 5$.
Cari nilai $m$ dan $k$.
Kedah Trial 2025 Matematik Tambahan Kertas 2
- Percubaan Kedah · 2025
- 15 soalan · Jumlah 100 markah
- 150 minit
- Skema pemarkahan
- Daripada skema pemarkahan kertas asal
- Pemarkahan
- Ditanda oleh AI ikut skema — sebagai panduan
- Bahasa jawapan
- Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
- Kemas kini terakhir
- 2026-11-25
Bahagian A
Jawab semua 7
Rajah 2(a) menunjukkan suatu lengkung $y = f(x)$.
Diberi $f(x) = -x^3 + 3x^2 + 9x$.
a(i)
3 markah
Cari luas kawasan $B$.
a(ii)
2 markah
Seterusnya, cari luas kawasan yang dibatasi oleh $x = k$ hingga $x = 3$ dalam sebutan $k$.
b
3 markah
Rajah 2(b) menunjukkan sebahagian daripada lengkung $y = \frac{1}{2}x^2 + 2$.
Cari isipadu janaan dalam sebutan $\pi$, apabila kawasan berlorek dikisarkan $270^\circ$ pada paksi-$y$.
a
2 markah
Diberi bahawa $\frac{2^{3x} \times 2}{32^{x-1}} = 16^y$, ungkapkan $x$ dalam sebutan $y$.
b
2 markah
Cari nilai $x$ yang mungkin bagi $x + 2 = -3\left(\sqrt{x} - 4\right)$.
c
2 markah
Cari nilai $k$ jika $k\log_8 5 = \log_2 5$.
a
4 markah
Rajah 4(a) menunjukkan sebiji bola dilantunkan dan mencapai ketinggian 120 cm. Bola itu akan melantun sehingga berhenti. Diberi ketinggian maksimum lantunan bola kali ke empat adalah $\frac{320}{9}$ cm.
Jika tinggi maksimum lantunan bola membentuk suatu janjang geometri, cari jumlah tinggi maksimum sehingga bola tersebut berhenti.
b
4 markah
Kaedah penyenaraian **tidak** diterima.
Dalam satu janjang aritmetik, jumlah hasil tambah empat sebutan pertama ialah 46 dan sebutan ke tujuh melebihi dua kali sebutan kedua sebanyak 5.
Cari hasil tambah sepuluh sebutan genap bagi janjang tersebut.
a
2 markah
Buktikan bahawa $\frac{1 - \text{kos}\,2A}{\sin 2A} = \tan A$.
b
5 markah
Seterusnya, dengan melakarkan graf pada satah Cartes yang sama, cari bilangan penyelesaian bagi $y = \left|\frac{1 - \text{kos}\,2A}{\sin 2A}\right|$ dan $y = \text{kos}\,A + \frac{3}{4}$ untuk $0 \leq A \leq \pi$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk setiap graf, nilai-nilai yang ditanda pada paksi-$y$ dan paksi-$A$ (titik mula, titik akhir, asimptot) dan bilangan kitaran; kemudian nyatakan bilangan penyelesaian.)*
a
4 markah
Diberi bahawa $f(x) = |3x - 7|$ dan $g(x) = 2x + 1$, cari nilai-nilai $x$ jika $gf(x) = 11$.
b
4 markah
Rajah 6 menunjukkan pemetaan bagi fungsi $h$ dan fungsi $k$, dengan keadaan $p$ ialah pemalar.
Diberi $h(x) = 2x^2 + p$ dan $kh(x) = 4x^2 + 7$.
Cari nilai $p$. Seterusnya, cari fungsi $k$, dalam sebutan $x$.
Rajah 7 menunjukkan peta program mencari harta karun Karnival TVET tahun 2025 yang berbentuk segiempat selari. Terdapat 4 stesen yang disediakan bagi melengkapkan program ini. Peserta akan bermula dengan stesen $A$ dan berakhir di stesen $D$.
a
2 markah
Cari laluan untuk Stesen $A$ ke Stesen $B$.
$R$ ialah lokasi penyampaian hadiah untuk program mencari harta karun Karnival TVET dengan keadaan $\overrightarrow{DR} = 3\overrightarrow{DB}$.
b(i)
4 markah
Cari jarak dari stesen $D$ ke lokasi penyampaian hadiah, $R$.
b(ii)
1 markah
Seterusnya, cari vektor unit yang selari dengan $\overrightarrow{DR}$.
Bahagian B
Pilih 3 daripada 4
Dipilih 0/3
Jadual 8 menunjukkan gred bagi jisim buah lemon yang ditanam oleh Adam di sebuah ladang. Jisim lemon yang ditanam itu bertabur secara normal dengan minnya ialah 67.74 g.
| Jisim, $x$ g | $x < 50$ | $50 \leq x < m$ | $m \leq x < 75$ | $x \geq 75$ |
|---|---|---|---|---|
| Gred | $D$ | $C$ | $B$ | $A$ |
| Peratus | $k$ | 20 | 40 | 30 |
Jadual 8
a(i)
1 markah
Nyatakan nilai $k$.
a(ii)
3 markah
Berdasarkan Jadual 8, cari nilai $\sigma$.
a(iii)
3 markah
Seterusnya, lakar dan lorekkan kawasan lemon gred $B$ pada graf taburan normal piawai. Cari nilai $m$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, nilai-nilai $z$ yang ditanda pada paksi dan kawasan yang dilorek.)*
b
3 markah
Adam membuat keputusan untuk menjual lemon gred $A$ dan $B$ dengan keuntungan RM 1.50 sebiji manakala lemon gred $C$ dan $D$ dengan keuntungan RM 0.80. Jika keuntungan yang diperolehi hasil daripada semua jualan lemon tersebut ialah RM 1548.00, cari jumlah lemon yang telah dijual.
Rajah 9 menunjukkan suatu lengkung $f(x) = \frac{2}{3}x^3 + \frac{9}{2}x^2 - 18x + 16$ yang memintas paksi-$y$ pada titik $R$.
a(i)
1 markah
Nyatakan koordinat $R$,
a(ii)
3 markah
Cari kecerunan normal pada titik $R$.
b
3 markah
Dengan menggunakan terbitan kedua, tunjukkan bahawa $Q$ adalah titik minimum.
c
3 markah
Cari peratus perubahan hampir dalam $f(x)$ jika terdapat perubahan kecil dalam $x$ sebanyak 0.03 apabila $x = 5$.
Jadual 10(a) menunjukkan data yang menghubungkan pemboleh ubah $x$ dan $y$, yang diperoleh daripada suatu eksperimen. Pemboleh ubah $x$ dan $y$ dihubungkan oleh persamaan $\frac{y}{h} = 10^{kx}$, dengan keadaan $h$ dan $k$ ialah pemalar.
| $x$ | 0.1 | 0.2 | 0.3 | 0.4 | 0.5 | 0.6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $y$ | 1.995 | 2.512 | 3.236 | 3.802 | 5.012 | 6.166 |
Jadual 10(a)
a
1 markah
Lengkapkan jadual 10(b).
| $x$ | 0.1 | 0.2 | 0.3 | 0.4 | 0.5 | 0.6 |
|---|---|---|---|---|---|---|
| $\log_{10} y$ | | | | | | |
Jadual 10(b)
*(Tulis nilai $\log_{10} y$ bagi setiap nilai $x$.)*
b
1 markah
Tuliskan $\frac{y}{h} = 10^{kx}$ dalam bentuk linear.
c
3 markah
Plot $\log_{10} y$ melawan $x$, dengan menggunakan skala 2 cm kepada 0.1 unit pada kedua-dua paksi. Seterusnya, lukis graf garis lurus penyuaian terbaik.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan skala, titik-titik yang diplot dan garis yang dilukis.)*
Menggunakan graf di (c),
d(i)
4 markah
cari nilai $h$ dan $k$.
*(Nyatakan titik-titik pada garis lurus penyuaian terbaik anda yang digunakan.)*
d(ii)
1 markah
cari nilai $y$ apabila $x = 0.55$.
Rajah 11 menunjukkan segitiga bersudut tegak $ABC$.
a
3 markah
Cari nilai $k$ dengan keadaan $k < 5$.
b
3 markah
Cari persamaan laluan terpendek dari titik $B$ ke garis lurus $AC$.
c
4 markah
Seterusnya, cari luas $\Delta ABF$ jika $BF : FC = 3 : 1$.
Bahagian C
Pilih 2 daripada 4
Dipilih 0/2
Rajah 12 menunjukkan dua titik tetap $P$ dan $Q$ pada satu garis lurus, dengan keadaan $PQ = 6\ \text{m}$.
Pada masa $t$, dalam saat, zarah $A$ bergerak melalui titik tetap $P$ dengan halaju $-4\ \text{ms}^{-1}$ dan pecutannya diberi oleh $a_A = 2t\ \text{ms}^{-2}$. Manakala zarah $B$ melalui titik tetap $Q$ dengan halaju $V_B = \left(t^2 - 4t\right)\ \text{ms}^{-1}$.
[Anggapkan gerakan ke arah kanan sebagai positif.]
a
3 markah
Cari masa $t$, dalam saat apabila zarah $A$ berhenti seketika.
b
2 markah
Seterusnya, pada ketika zarah $A$ berhenti seketika, cari jarak, dalam m, zarah $A$ dari titik tetap $P$.
c
2 markah
Tentukan masa, dalam saat, kedua-dua zarah bertemu.
d
3 markah
Tentukan julat masa apabila kedua-dua zarah bergerak ke kiri.
Jadual 13 menunjukkan bahan $A$, $B$, $C$ dan $D$ yang digunakan dalam pembuatan perabot. Peratus penggunaan bahan-bahan itu diwakili dalam bentuk carta bar.
| Bahan | Perubahan indeks harga dari tahun 2020 ke tahun 2025 |
|---|---|
| $A$ | Menyusut 10% |
| $B$ | Menokok 60% |
| $C$ | Menokok 20% |
| $D$ | Menokok 40% |
Jadual 13
Kos pengeluaran bagi perabot ini ialah RM 41 650 pada tahun 2025.
a(i)
2 markah
Jika harga bahan $C$ pada tahun 2020 ialah RM 57.60, cari harganya pada tahun 2025.
a(ii)
2 markah
Indeks harga bagi bahan $B$ pada tahun 2027 berasaskan tahun 2025 ialah 136. Harga bahan $B$ pada tahun 2027 ialah RM 17 lebih daripada harga sepadan pada tahun 2020. Cari harga bahan $B$ pada tahun 2027.
b
3 markah
Hitung kos pengeluaran yang sepadan pada tahun 2020.
c
3 markah
Kos pengeluaran dijangka akan meningkat sebanyak 60% dari tahun 2020 ke tahun 2027. Nyatakan dan hitung peratus perubahan dalam kos pengeluaran dari 2025 ke 2027.
Rajah 14(a) menunjukkan sebidang tanah yang diusahakan oleh Encik Musa untuk menanam sayur sawi dan kobis. $ABC$ ialah kawasan penanaman sayur sawi manakala $ACD$ ialah kawasan penanaman kobis. Sebuah kolam $DEF$ dibina sebagai sumber bekalan air untuk tanaman tersebut dengan keadaan $AD$ dan $DF$ adalah berserenjang.
a(i)
3 markah
Diberi $AB = 80$ m, $BC = 90$ m, $CE = 100$ m, $\sin \angle CAD = \frac{4}{7}$ dan $EF = 6$ m.
Hitung luas, dalam m², kawasan sayur sawi.
a(ii)
1 markah
Lakarkan segi tiga $ACD'$ yang mempunyai bentuk berbeza daripada segitiga $ACD$ dengan keadaan $CD = CD'$ dan $\angle CAD = \angle CAD'$.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: kedudukan bucu $A$, $C$ dan $D'$, sudut dan panjang sisi yang ditanda, dan jenis setiap sudut (tirus/cakah).)*
a(iii)
4 markah
Encik Musa bercadang untuk membina laluan bersimen bermula di $C$ bagi kawasan penanaman kobis. Cari jarak, dalam m, dengan kos yang paling minimum untuk laluan bersimen tersebut.
b
2 markah
Rajah 14(b) menunjukkan segi tiga $ABC$. Panjang sisi $AB$ dan $AC$ ialah $c$ cm dan $b$ cm masing-masing.
Berdasarkan Rajah 14(b), terbitkan bahawa:
$$\frac{b}{\sin B} = \frac{c}{\sin C}$$
Sarah menjual dua jenis Set Nasi Rahmah iaitu set ayam dan set daging untuk menu tengah hari. Kos menyediakan set ayam ialah RM 3.00 dan set daging ialah RM 4.00. Sarah hanya mempunyai modal RM 1200.00 sehari. Bilangan set makan tengah hari yang dijual setiap hari adalah melebihi 200 set. Di samping itu bilangan set daging yang dijual adalah tidak melebihi tiga kali bilangan set ayam. Set ayam mewakili $x$ manakala set daging mewakili $y$.
a
3 markah
Tulis tiga ketaksamaan linear selain $x \geq 0$ dan $y \geq 0$ yang memenuhi semua kekangan di atas.
b
3 markah
Dengan menggunakan skala 2 cm kepada 50 unit pada kedua-dua paksi, bina dan lorekkan rantau **R** yang memenuhi semua kekangan di atas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: skala paksi, setiap garis lurus yang dilukis (persamaan dan titik-titik yang dilaluinya, garis penuh atau putus-putus) dan rantau R yang dilorek — dibatasi oleh garis yang mana dan di sebelah mana.)*
c(i)
1 markah
Bilangan maksimum set daging yang dijual setiap hari jika bilangan set ayam yang dijual ialah 200 set.
c(ii)
3 markah
Diberi bahawa keuntungan set ayam ialah RM 2.00 dan set daging ialah RM 3.00. Jumlah keuntungan jualan ialah RM $k$, ungkapkan $k$ dalam sebutan $x$ dan $y$. Seterusnya lukis graf fungsi objektif dan tentukan keuntungan maksimum.
*(Huraikan graf fungsi objektif anda dalam perkataan: persamaan garis yang dilukis dan titik-titik yang dilaluinya.)*

AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini
0%Peratus
0Markah
0Markah penuh
Beberapa soalan tidak dapat ditanda.
Markah setiap soalan

