Garis $y = 16x - 5$ adalah tangen kepada lengkung $y = h(x)$ pada titik $(-2, -37)$. Diberi bahawa fungsi kecerunan ialah $px^2 + 4$ dengan keadaan $p$ adalah pemalar.
Cari,
a
nilai $p$,
2 markah
b
$h(x)$.
3 markah
27 markah
a(i)
Buktikan bahawa $\frac{n!}{n} = (n-1)!$
1 markah
a(ii)
Seterusnya, cari bilangan cara untuk 6 orang duduk di meja bulat dalam satu jamuan makan malam.
1 markah
b
Rajah 2 menunjukkan salah satu pasukan dalam pertandingan sukan perahu lapan dayung. Perahu lapan dayung akan dikendalikan oleh krew yang dipilih daripada 6 lelaki berumur di bawah 30 tahun dan 5 lelaki berumur di atas 30 tahun. Seorang akan mengemudi dan 8 orang akan mendayung.
Cari bilangan cara untuk memilih krew jika sekurang-kurangnya 3 krew berumur atas 30 tahun diperlukan dalam acara ini.
2 markah
Cari bilangan cara untuk menyusun 9 krew jika,
c(i)
tiada syarat dikenakan,
1 markah
c(ii)
3 krew boleh mengemudi tetapi tidak boleh mendayung dan selebihnya tidak boleh mengemudi dan hanya boleh mendayung. 2 krew yang boleh mendayung hanya mampu mendayung di sebelah kanan sahaja.
2 markah
36 markah
Dalam satu tinjauan, didapati 35% murid dari SMK Harmoni tidak mempunyai kalkulator saintifik. Satu sampel yang terdiri daripada 3 orang murid dipilih secara rawak dari sekolah tersebut.
a
Lengkapkan jadual taburan kebarangkalian binomial bagi bilangan murid yang tidak mempunyai kalkulator saintifik.
| $r$ | 0 | 1 | 2 | 3 |
|---|---|---|---|---|
| $P(X = r)$ | | | | |
*(Tulis nilai $P(X = r)$ bagi setiap nilai $r$.)*
3 markah
Daripada jadual, cari kebarangkalian
b(i)
selebih-lebihnya 2 orang murid tidak mempunyai kalkulator saintifik.
2 markah
b(ii)
jika semua murid mempunyai kalkulator saintifik.
1 markah
44 markah
Suatu graf garis lurus diperoleh dengan memplot $\log_{10} y$ melawan $\log_{10} x$. Diberi bahawa pintasan-$X$ dan pintasan-$Y$ masing-masing ialah 2 dan 1.
Ungkapkan $y$ dalam sebutan $x$.
4 markah
54 markah
Diberi bahawa $\log_a b = \sqrt{5}$, cari nilai bagi $\frac{1}{\log_{ab} b} - \frac{1}{\log_{ab} a}$.
4 markah
65 markah
a
Rajah 6 menunjukkan sebuah bulatan unit yang dilukis pada satah Cartes.
Tunjukkan bahawa $\sin^2\beta + \operatorname{kos}^2\beta = 1$
2 markah
b
Seterusnya, tentukan dengan pengiraan sama ada persamaan trigonometri $\frac{\sin^2 x}{1 + \operatorname{kos} x} = 2$ mempunyai penyelesaian atau tidak bagi domain $0 \le x \le 2\pi$.
3 markah
74 markah
Diberi persamaan kuadratik $3x^2 - 4x + c = 0$, tidak mempunyai punca nyata dan $c$ ialah integer positif.
a
$C_1$ dan $C_2$ merupakan dua nilai terkecil bagi $c$, nyatakan nilai $C_1$ dan $C_2$ yang mungkin.
2 markah
b
Seterusnya, jika $c$ ialah beza antara $C_1$ dan $C_2$ di (a), tentukan jenis punca bagi persamaan kuadratik $3x^2 - 4x + c = 0$.
2 markah
86 markah
Rajah 8 menunjukkan Cecilia menggunakan kayak di sebuah sungai. Titik $P$ merupakan kedudukan awal Cecilia, titik $A$ ialah jeti dan titik $C$ ialah rumah rehat.
Diberi $PA$ dan $AC$ adalah berserenjang.
a
Pada suatu hari tertentu, Cecilia ingin tiba di titik $C$ dalam masa yang tersingkat. Cecilia perlu menggunakan kayak dari titik $P$ ke titik $B$, kemudian berjalan kaki dari titik $B$ ke titik $C$. Jika Cecilia boleh berkayak dengan halaju 2 km/j dan berjalan kaki 4 km/j.
Tunjukkan bahawa masa, $T$ dalam jam, yang diambil oleh Cecilia ialah
$$T = \frac{2\sqrt{25 + x^2} + 6 - x}{4}$$
2 markah
b
Dengan menggunakan kaedah lakaran tangen, buktikan bahawa masa yang diambil oleh Cecilia ialah masa yang paling singkat.
| $x$ | | | |
|---|---|---|---|
| $\frac{dT}{dx}$ | | | |
| Tanda bagi $\frac{dT}{dx}$ | | | |
| Lakaran tangen | | | |
| Lakaran graf | | | |
*(Lengkapkan jadual dalam perkataan: tiga nilai $x$ yang anda pilih, nilai dan tanda $\frac{dT}{dx}$ bagi setiap satu, arah setiap lakaran tangen dan bentuk lakaran graf.)*
4 markah
95 markah
Selesaikan sistem persamaan serentak berikut dengan menggunakan kaedah penggantian dan/atau penghapusan.
$4x - 3y + 2z = -5$ , $5x - y + 5z = 7$ , $-4y + 3z + 6x = 9$
5 markah
106 markah
Penyelesaian secara lukisan berskala **tidak** diterima.
Rajah 10 menunjukkan dua garis selari $AC$ dan $ED$.
Titik $P(x, y)$ bergerak dengan jaraknya sentiasa sama dari titik $E$ dan $D$.
a
Cari persamaan lokus bagi titik bergerak $P$.
2 markah
b
Cari persamaan garis $AC$.
2 markah
c
Seterusnya, cari koordinat $B$.
2 markah
115 markah
Sebuah Taman Jubli Emas yang berbentuk bulat telah dijadikan tapak untuk konsert amal. Kawasan yang berlorek telah ditetapkan sebagai pentas utama konsert itu seperti dalam Rajah 11.
Taman Jubli Emas membentuk bulatan $KATBL$, berpusat $O$ dan berjejari 6 m. $KOL$ ialah lengkok bulatan yang berpusat $T$. Diberi $AB$ selari dengan $KL$ dan $AB$ = 6 m.
a
Cari sudut $\angle AOB$.
1 markah
b
Hitung luas, dalam m$^2$, kawasan di belakang pentas.
4 markah
127 markah
Diberi bahawa $f(x) = p - 3x$ dan $gf(x) = x$.
a
Cari nilai $p$, jika $g(2) = 5$.
4 markah
b
Lakarkan graf $y = f(x)$ untuk $0 \le x \le 6$. Seterusnya, dengan menggunakan ujian garis mengufuk, berikan justifikasi anda bahawa fungsi songsang bagi $f(x)$ adalah wujud.
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk graf, titik-titik hujungnya dan garis mengufuk yang anda lukis.)*
3 markah
Bahagian BPilih 2 daripada 3Dipilih 0/2
138 markah
Rajah 13 menunjukkan empat sebutan berturutan bagi suatu janjang.
$$\ldots,\ m^2,\ m^4,\ m^6,\ m^8,\ \ldots$$
Rajah 13
a
Berdasarkan jujukan di atas, nyatakan sama ada jujukan berikut ialah janjang geometri atau janjang aritmetik. Berikan justifikasi anda.
2 markah
b
Pada tahun 2025, dua buah kilang sawit di suatu daerah iaitu Kilang A dan Kilang B masing-masing memproses 5200 dan 4500 tan metrik sawit. Atas sebab penambahan beberapa buah kilang sawit berdekatan, maka jumlah tan metrik yang diperolehi akan berubah setiap tahun. Didapati bahawa penurunan jumlah sawit adalah mengikut janjang geometri, di mana jumlah tan metrik di Kilang A berkurang sebanyak 12% dan jumlah tan metrik di Kilang B berkurang sebanyak 9% setiap tahun. Pada tahun ke berapakah jumlah tan metrik di Kilang A akan menjadi kurang daripada jumlah tan metrik di Kilang B buat kali pertama?
6 markah
148 markah
Kaedah pembezaan **tidak** diterima untuk soalan ini.
Rajah 14 menunjukkan fungsi keuntungan tahunan $U(x)$ (dalam juta Ringgit Malaysia) bagi sebuah syarikat yang menghasil dan menjual suatu produk teknologi berasaskan kepintaran buatan, AI dengan keadaan $x$ ialah harga jualan produk (dalam ribu Ringgit Malaysia).
$$U(x) = -2x^2 + 16x - 24$$
Rajah 14
a
Tentukan julat harga jualan produk syarikat tersebut supaya syarikat tidak mengalami kerugian.
4 markah
b
Cari harga jualan produk yang optimum dan jangkaan keuntungan tahunan maksimum yang diperoleh syarikat.
4 markah
158 markah
Rajah 15 menunjukkan jalan di sebuah kawasan perumahan yang membentuk segiempat tepat $OABC$. Surau ($S$) terletak di jalan $OB$ dan balai raya ($R$) terletak di jalan $OA$. Pondok polis ($P$) pula terletak di jalan $AB$ yang dipanjangkan dengan keadaan $AB = 2BP$.
Diberi, $\overrightarrow{OA} = 4\underset{\sim}{x}$, $\overrightarrow{OC} = 4\underset{\sim}{y}$, $\overrightarrow{OS} = 3\underset{\sim}{x} + 3\underset{\sim}{y}$, $OR = RA$ dan $OS : OB = m : n$.
Ungkapkan vektor yang mewakili jalan berikut dalam sebutan $\underset{\sim}{x}$ dan $\underset{\sim}{y}$.
a(i)
$\overrightarrow{RS}$,
2 markah
a(ii)
$\overrightarrow{OP}$.
1 markah
b
Cari nisbah $m : n$.
3 markah
c
Buktikan bahawa bangunan $R$, $S$ dan $P$ berada dalam satu garis lurus.
2 markah
AI sedang menanda
Soalan demi soalan ikut skema — jangan tutup halaman ini