Jadual 1 menunjukkan bahan komposit dan kegunaannya.
| Bahan komposit | Kegunaan |
|---|---|
| V | Kamera video dan kabel rangkaian komputer |
| W | Mesin resonan magnet nukleus (MNR) dan mesin pengimejan resonan magnet (MRI) |
| X | Tingkap kereta dan kanta kamera |
| Y | Topi keledar dan bampar kereta |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1,
a
Nyatakan nama bahan komposit W dan Y.
W: …
Y: …
2 marks
b
Nyatakan sifat istimewa bagi bahan komposit V dan X.
V: …
X: …
2 marks
c
Bahan komposit W dikenali sebagai magnet yang sangat kuat. Apakah kegunaan bahan komposit W dalam bidang pengangkutan?
1 marks
25 marks
Rajah 1 menunjukkan sejenis polimer sintetik.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
b
Monomer bagi polimer dalam Rajah 1 ialah kloroetena. Lukiskan formula struktur bagi polimer tersebut.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai karbon, atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon dan unit yang berulang.)*
1 marks
c
Apakah kebaikan menggunakan polimer ini?
1 marks
d
Polimer sintetik digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian. Namun begitu, penggunaannya telah menyebabkan pencemaran alam sekitar. Terangkan bagaimana penggunaan PVC yang tidak terkawal boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
2 marks
36 marks
Rajah 2 menunjukkan perwakilan piawai bagi atom kalium dan klorin. Atom kalium dan klorin dapat bertindak balas untuk membentuk satu ikatan kimia.
$^{39}_{19}\text{K}$ $\qquad$ $^{35}_{17}\text{Cl}$
Rajah 2
a
Nyatakan tujuan pembentukan ikatan kimia.
1 marks
b
Nyatakan jenis ikatan kimia yang terdapat dalam molekul klorin.
1 marks
Klorin bertindak balas dengan kalium untuk membentuk suatu sebatian.
c(i)
Nyatakan jenis sebatian yang terbentuk.
1 marks
c(ii)
Lukis susunan elektron bagi pembentukan sebatian ini.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: zarah-zarah yang terbentuk, bilangan petala dan bilangan elektron dalam setiap petala, serta label nukleus dan cas setiap zarah.)*
2 marks
c(iii)
Terangkan mengapa larutan akueus sebatian yang terbentuk dapat mengalirkan arus elektrik.
1 marks
47 marks
Jadual 2 menunjukkan bilangan proton dan bilangan neutron bagi atom-atom P, Q dan R.
| Atom | Bilangan proton | Bilangan neutron |
|---|---|---|
| P | 6 | 6 |
| Q | 6 | 8 |
| R | 11 | 12 |
Jadual 2
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan isotop?
1 marks
a(ii)
Pilih **dua** atom yang merupakan isotop.
1 marks
a(iii)
Nyatakan **satu** kegunaan isotop Q.
1 marks
b
Jadual 3 menunjukkan keputusan bagi satu eksperimen untuk menentukan formula empirik bagi kuprum oksida.
| Deskripsi | Jisim (g) |
|---|---|
| Salur kaca | 43.46 |
| Salur kaca + oksida kuprum | 47.46 |
| Salur kaca + logam kuprum | 46.66 |
Jadual 3
Dengan menggunakan keputusan yang diperoleh, tentukan formula empirik bagi kuprum oksida.
[Jisim atom relatif: O = 16, Cu = 64]
4 marks
58 marks
Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur. Huruf P, Q, R, S dan T bukan merupakan simbol sebenar unsur.
Berdasarkan Rajah 3,
a
Nyatakan unsur yang boleh membentuk oksida amfoterik.
1 marks
b
Unsur P terletak dalam Kumpulan 18 dalam Jadual Berkala Unsur. Nyatakan **satu** kegunaan unsur P.
1 marks
Unsur Q boleh bertindak balas dengan air dan menghasilkan larutan tidak berwarna.
c(i)
Apakah yang dapat diperhatikan apabila sekeping kertas litmus merah dicelup ke dalam larutan tidak berwarna tersebut?
1 marks
c(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara unsur Q dengan air.
2 marks
d(i)
Susun unsur-unsur Q, R dan S berdasarkan saiz atom dalam tertib menurun.
1 marks
d(ii)
Terangkan jawapan anda dalam 5(d)(i).
2 marks
69 marks
Rajah 4 menunjukkan gambar rajah aras tenaga apabila etanol bertindak balas dengan oksigen berlebihan.
a
Tuliskan formula kimia bagi etanol.
1 marks
Berdasarkan Rajah 4,
b
Nyatakan jenis tindak balas dari segi perubahan tenaga.
1 marks
c(i)
Kenal pasti X dan Y.
X: …
Y: …
2 marks
c(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas itu.
2 marks
d
Bandingkan jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas dengan jumlah kandungan tenaga hasil tindak balas.
1 marks
e
4.6 g etanol telah bertindak balas lengkap dalam oksigen berlebihan. Hitungkan haba yang dibebaskan dalam eksperimen ini.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
2 marks
710 marks
Rajah 5 menunjukkan satu siri tindak balas kimia bagi sebatian M. Sebatian M ialah hidrokarbon tak tepu yang mempunyai empat atom karbon.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon?
1 marks
Berdasarkan Rajah 5,
b(i)
Isomer ialah molekul yang mempunyai formula molekul yang sama tetapi formula struktur yang berbeza. Lukiskan **satu** isomer bagi sebatian M.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai karbon, kedudukan ikatan antara atom-atom karbon dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon.)*
1 marks
b(ii)
Kenal pasti Tindak balas I, Tindak balas II dan sebatian P.
Tindak balas I: …
Tindak balas II: …
Sebatian P: …
3 marks
c
Pembakaran sebatian M dan sebatian N menghasilkan kejelagaan yang berbeza. Jelaskan pernyataan ini dan sertakan bukti melalui pengiraan peratus jisim karbon per molekul bagi sebatian M dan sebatian N masing-masing.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
3 marks
d
Kedua-dua sebatian P dan sebatian M boleh digunakan sebagai bahan api. Penggunaan sebatian yang manakah yang lebih mesra alam sekitar? Terangkan jawapan anda.
2 marks
810 marks
Rajah 6.1 menunjukkan formula struktur bagi anion sabun. Sabun boleh disediakan daripada sumber semula jadi melalui proses hidrolisis minyak atau lemak oleh alkali.
Berdasarkan Rajah 6.1,
a(i)
Nyatakan nama proses untuk menghasilkan sabun.
1 marks
a(ii)
Kenal pasti bahagian yang larut dalam air.
1 marks
Sewaktu ingin menyalakan unggun api di kawasan perkhemahan, tangan Hisham telah terkena api dan melecur.
b(i)
Nyatakan satu ubat tradisional yang boleh digunakan untuk merawat tangan Hisham.
1 marks
b(ii)
Bagaimanakah Hisham boleh menggunakan bahan yang dinyatakan di 8(b)(i) untuk merawat lukanya?
2 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan dua produk kecantikan yang dimiliki oleh Mawar.
| | Krim pelembap A | Krim pelembap B |
|---|---|---|
| Bahan-bahan | Air, dimethicone, propilena glikol, gliserin | Air, gel aloe vera, pewarna semula jadi |
Rajah 6.2
Sebagai seorang pengguna, cadangkan krim pelembap yang manakah yang boleh digunakan oleh Mawar. Wajarkan jawapan anda.
3 marks
d
Dialog dalam Rajah 6.3 menunjukkan perbincangan antara pekerja-pekerja sebuah syarikat pengeluaran makanan.
> **Pekerja 1:** Baiklah, saya bercadang untuk menghasilkan produk makanan baharu untuk kanak-kanak.
>
> **Pekerja 2:** Bagus juga idea itu. Mari pastikan produk tahan lama.
>
> **Pekerja 3:** Saya cadangkan makanan yang manis tetapi rendah kalori.
>
> **Pekerja 4:** Saya setuju. Bagus juga idea itu.
Rajah 6.3
Berdasarkan Rajah 6.3, kenal pasti jenis bahan tambah makanan yang dibincangkan oleh pekerja-pekerja itu.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Aiman menjalankan eksperimen untuk mengkaji penguraian hidrogen peroksida, H~2~O~2~. Dia merekodkan isi padu gas oksigen yang terbebas. Pada minit yang ke-5, dia menambahkan satu spatula serbuk hitam ke dalam larutan hidrogen peroksida, H~2~O~2~. Serbuk hitam yang digunakan dapat meningkatkan kadar penguraian hidrogen peroksida. Kenal pasti serbuk hitam itu dan nyatakan fungsi serbuk hitam yang digunakan.
2 marks
Seorang pelajar menjalankan tiga set eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara 2 g marmar dan asid hidroklorik. Rajah 7.1 menunjukkan gambar rajah susunan radas bagi eksperimen tersebut. Rajah 7.2 menunjukkan masa yang diambil untuk perubahan jisim marmar bagi Eksperimen I dan Eksperimen III.
b(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara marmar dan asid hidroklorik. Hitungkan nilai X.
[Jisim relatif marmar: 100]
6 marks
b(ii)
Bandingkan kadar tindak balas antara
- Eksperimen I dan Eksperimen II
- Eksperimen I dan Eksperimen III
Terangkan perbandingan anda dengan merujuk kepada Teori Perlanggaran.
10 marks
c
Apabila gas hidrogen, H~2~ ditindakbalaskan bersama-sama dengan gas klorin, Cl~2~, gas hidrogen klorida, HCl terbentuk.
Bahan tindak balas, gas hidrogen, H~2~ dan gas klorin, Cl~2~ perlu berlanggar pada orientasi yang betul untuk menghasilkan perlanggaran berkesan dan tindak balas berlaku. Rajah 7.3 menunjukkan susunan atom bahan dan hasil tindak balas.
Lukiskan gambar rajah berlabel bagi menunjukkan orientasi zarah bahan tindak balas, hidrogen, H~2~ dan klorin, Cl~2~ yang menghasilkan perlanggaran berkesan.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: kedudukan dan arah molekul hidrogen dan klorin sebelum dan semasa berlanggar, zarah yang terhasil, dan label setiap peringkat.)*
2 marks
1020 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji penurunan kuprum(II) oksida.
a(i)
Selepas kuprum(II) oksida dipanaskan, pepejal perang terbentuk di dalam tiub pembakaran itu.
Nyatakan jenis zarah yang hadir dalam gas hidrogen dan nyatakan warna kuprum(II) oksida.
2 marks
a(ii)
Kenal pasti larutan X dan sebatian Y yang digunakan dalam Rajah 8.1.
2 marks
a(iii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku dalam Rajah 8.1. Hitungkan jisim pepejal perang yang terhasil sekiranya 2 g kuprum(II) oksida dipanaskan dengan lengkap.
[Jisim atom relatif: H = 1, O = 16, Cu = 64]
6 marks
b
Rajah 8.2 menunjukkan tiga set susunan radas dan pemerhatian di anod dan katod bagi elektrolisis larutan kuprum(II) klorida, CuCl~2~.
Jadual 4 menunjukkan sebahagian daripada siri keupayaan elektrod piawai.
| Tindak balas sel setengah | E° / V (298 K) |
|---|---|
| 2H^+^(ak) + 2e^−^ $\rightleftharpoons$ H~2~(g) | 0.00 |
| Cu^2+^(ak) + 2e^−^ $\rightleftharpoons$ Cu(p) | +0.34 |
| O~2~(g) + 2H~2~O(ce) + 4e^−^ $\rightleftharpoons$ 4OH^−^(ak) | +0.40 |
| Cl~2~(g) + 2e^−^ $\rightleftharpoons$ 2Cl^−^(ak) | +1.36 |
Jadual 4
Berdasarkan Rajah 8.2 dan Jadual 4, terangkan perbezaan pemerhatian di anod dalam Set I, Set II dan Set III. Tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas yang berlaku di katod dalam ketiga-tiga set itu.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Seorang pelajar menyediakan satu larutan piawai menggunakan natrium karbonat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.1.
a(i)
Setelah natrium karbonat dilarutkan, pelajar itu memindahkan larutan yang terhasil ke dalam kelalang volumetrik. Bekas yang diisi natrium karbonat dan bikar itu dibilas beberapa kali dengan air suling dan dituang ke dalam kelalang volumetrik.
Apakah yang dimaksudkan dengan larutan piawai? Mengapakah pelajar itu membilas bekas yang diisi dengan natrium karbonat dan bikar itu dengan air suling? Kenal pasti anion yang terdapat dalam larutan piawai yang terhasil.
3 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 9.1, hitungkan kepekatan larutan piawai yang disediakan oleh pelajar itu sekiranya 53 g natrium karbonat dilarutkan dan dituang ke dalam kelalang volumetrik itu.
[Jisim relatif natrium karbonat = 106]
2 marks
a(iii)
Rajah 9.2 menunjukkan satu carta alir bagi tindak balas yang berlaku apabila garam G dipanaskan. Larutan natrium karbonat dalam Rajah 9.1 telah digunakan dalam Tindak balas II untuk menghasilkan pepejal K.
Pepejal H yang terhasil bertukar daripada perang ke kuning setelah disejukkan, dan gas I yang terbebas berwarna perang.
Berdasarkan Rajah 9.2, kenal pasti garam G, pepejal H, gas I, gas J dan pepejal K. Tuliskan persamaan kimia bagi Tindak balas II.
7 marks
b
Seorang pelajar telah mendapati natrium karbonat yang digunakannya telah tertumpah dan bercampur dengan X karbonat. Rajah 9.3 menunjukkan campuran yang terhasil: sebuah mangkuk berisi "campuran garam natrium karbonat dan garam X karbonat berwarna hijau".
Huraikan kaedah yang boleh diambil oleh pelajar itu untuk mengasingkan kedua-dua garam karbonat itu. Huraikan juga bagaimana pelajar itu dapat mengesahkan kehadiran kation X di dalam garam itu.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open