Rajah 1 menunjukkan kitar air yang melibatkan perubahan keadaan jirim.
a
Berikan maksud jirim.
1 marks
b
Nyatakan nama proses T dan nyatakan sama ada tenaga haba diserap atau dibebaskan.
2 marks
c
Lengkapkan kotak berikut dengan melukis susunan zarah air bagi menunjukkan perubahan ketika proses U.
[Kotak kosong] —— Proses U ——> [Kotak kosong]
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: susunan zarah air dalam kotak sebelum proses U dan dalam kotak selepas proses U)*
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan contoh bahan kaca dan seramik masing-masing yang digunakan dalam kehidupan seharian.
a(i)
Nyatakan komponen utama bagi kaca.
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis kaca yang digunakan dalam Rajah 2. Berikan satu sebab.
2 marks
b
Berikan satu contoh sebatian yang membentuk seramik.
1 marks
c
Nyatakan satu perbezaan sifat asas kaca dan seramik.
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan paip air yang diperbuat daripada sejenis polimer.
a
Nyatakan nama monomer bagi polimer itu.
1 marks
b
Apakah jenis tindak balas pempolimeran bagi pembuatan polikloroetena?
1 marks
c
Tuliskan persamaan pempolimeran bagi polikloroetena.
2 marks
d
Apakah sifat-sifat polimer tersebut yang menjadikannya sesuai digunakan sebagai paip air?
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan sebahagian Jadual Berkala Unsur. Huruf-huruf yang digunakan tidak mewakili simbol unsur yang sebenar.
Berdasarkan Rajah 4,
a
nyatakan unsur yang wujud sebagai gas monoatom.
1 marks
b
tuliskan simbol X bagi unsur yang membentuk oksida amfoterik pada Rajah 4.
*(Huraikan dalam perkataan: kala dan kumpulan bagi kotak tempat anda menulis X)*
1 marks
c
susun unsur dalam Kala 3 daripada saiz atom paling kecil kepada saiz atom paling besar.
1 marks
d(i)
Bandingkan kereaktifan unsur H dan unsur J apabila bertindak balas dengan oksigen.
1 marks
d(ii)
Jelaskan jawapan anda di 4(d)(i).
3 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan bahan-bahan bagi dua mi segera yang berbeza.
| Mi segera | Bahan-bahan |
|---|---|
| A | Tepung diperkaya, minyak sawit, asid sitrik, serpihan daun bawang kering, putih telur, laktosa, mononatrium glutamat, lemak ayam, pewarna azo kuning |
| B | Tepung diperkaya, minyak sawit, asid sitrik, serpihan daun bawang kering, putih telur, laktosa, serbuk bawang, serbuk bawang putih, serbuk ayam organik, pewarna azo kuning |
*Rajah 5.1*
Berdasarkan Rajah 5.1,
a(i)
apakah jenis bahan tambah makanan bagi asid sitrik?
1 marks
a(ii)
apakah nama bahan tambah makanan yang digunakan supaya mi segera kelihatan lebih menarik?
1 marks
a(iii)
Berdasarkan bahan-bahan dalam Rajah 5.1, mi segera manakah paling kurang memberikan kesan buruk apabila dimakan secara berlebihan? Berikan sebab anda.
2 marks
Minyak sawit merupakan lemak tak tepu.
Rajah 5.2 menunjukkan persamaan kimia bagi tindak balas penghidrogenan minyak sawit X kepada lemak tepu Y.
b(i)
Seimbangkan persamaan kimia dalam Rajah 5.2.
1 marks
b(ii)
Hitung jisim lemak tepu yang terhasil apabila 73.9 g minyak sawit digunakan dalam tindak balas penghidrogenan itu.
[Jisim molar X = 739 g mol^-1^, Jisim molar Y = 745 g mol^-1^]
3 marks
69 marks
Jadual 1 menunjukkan keterlarutan sebatian P dan sebatian Q apabila ditambah ke dalam air dan pelarut organik.
| Sebatian | Air | Pelarut organik |
|---|---|---|
| P | Larut | Tidak larut |
| Q | Tidak larut | Larut |
*Jadual 1*
a(i)
Nyatakan jenis ikatan dalam sebatian P.
1 marks
a(ii)
Apakah persamaan dalam pembentukan sebatian P dan sebatian Q?
1 marks
a(iii)
Etanol mempunyai jenis ikatan yang sama dengan sebatian Q. Nyatakan keterlarutan etanol dalam air dan berikan satu alasan.
2 marks
Apabila gas hidrogen klorida bertindak balas dengan gas ammonia, wasap putih terbentuk.
b(i)
Nyatakan nama ikatan yang terbentuk dalam kation wasap putih itu.
1 marks
b(ii)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas itu.
2 marks
b(iii)
Hitungkan bilangan molekul yang terdapat dalam 8.5 g gas ammonia.
[Jisim atom relatif: H = 1, N = 14, Pemalar Avogadro = 6.02 × 10^23^]
2 marks
710 marks
Jadual 2 menunjukkan hasil tindak balas pembakaran bagi CH~4~.
| Set | Keadaan pembakaran | Hasil tindak balas |
|---|---|---|
| I | Pembakaran lengkap | X dan H~2~O |
| II | Pembakaran tidak lengkap | Jelaga dan H~2~O |
*Jadual 2*
a(i)
Apakah siri homolog bagi CH~4~?
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama bagi X dalam Set I.
1 marks
a(iii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas dalam Set II.
2 marks
a(iv)
Hitung isi padu gas oksigen yang digunakan apabila 0.5 mol jelaga terhasil dalam Set II.
[Isi padu molar gas = 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
1 marks
b
Rajah 6.1 menunjukkan satu papan tanda keselamatan di stesen minyak.
Wajarkan amaran pada papan tanda keselamatan itu.
2 marks
c
Rajah 6.2 menunjukkan formula struktur bagi satu ester dengan bauan epal.
Nyatakan nama ester tersebut dan lukiskan dua formula struktur isomer bagi alkohol yang digunakan dalam penyediaan ester itu.
Nama ester: …
Formula struktur isomer: …
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai karbon setiap isomer dan atom karbon tempat kumpulan –OH terikat)*
3 marks
810 marks
Larutan piawai kuprum(II) nitrat disediakan melalui dua kaedah. Rajah 7.1 menunjukkan penyediaan larutan piawai itu.
a(i)
Berdasarkan Rajah 7.1, hitungkan nilai Z.
[Jisim molar Cu(NO~3~)~2~ = 188 g mol^-1^]
2 marks
a(ii)
Bandingkan keamatan warna biru bagi kedua-dua larutan piawai yang disediakan. Berikan satu sebab.
2 marks
Larutan piawai yang disediakan melalui kaedah II digunakan untuk menyediakan sejenis garam tak terlarutkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.2.
b(i)
Berdasarkan Rajah 7.2, nyatakan kaedah yang digunakan bagi penyediaan garam tak terlarutkan.
1 marks
b(ii)
nyatakan nama larutan A dan mendakan Y yang dihasilkan.
Larutan A: …
Mendakan Y: …
2 marks
b(iii)
huraikan satu ujian kimia untuk menentusahkan kehadiran kation dalam mendakan Y.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 8.1 menunjukkan contoh tindak balas cepat dan tindak balas perlahan dalam kehidupan seharian.
Nyatakan satu contoh lain tindak balas cepat dan tindak balas perlahan.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
b(i)
Berdasarkan Rajah 8.2, nyatakan dua perubahan yang boleh diperhatikan untuk menentukan kadar tindak balas.
2 marks
b(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas dalam Set I dan hitung isi padu gas yang terbebas dalam tindak balas di Set I.
Tentukan kadar tindak balas purata bagi Set I sekiranya masa yang diambil untuk tindak balas lengkap adalah 1 minit.
[Isi padu molar gas = 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
6 marks
b(iii)
Bandingkan kadar tindak balas Set I dan Set II. Terangkan jawapan anda berdasarkan teori perlanggaran.
Lakarkan graf isi padu melawan masa bagi kedua-dua set pada paksi yang sama.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label dan unit paksi, bentuk lengkung bagi Set I dan Set II, dan isi padu akhir gas bagi setiap set)*
8 marks
b(iv)
Cadangkan kaedah untuk meningkatkan kadar tindak balas dalam Set II tanpa mengubah jumlah isi padu gas yang terbebas. Berikan satu sebab.
2 marks
1020 marks
Rajah 9.1 menunjukkan susunan radas sel kimia untuk mengkaji tindak balas redoks.
Jadual 3 menunjukkan sebahagian daripada nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah.
| Tindak balas sel setengah | E^0^ / V (298 K) |
|---|---|
| Zn^2+^ (ak) + 2e $\rightleftharpoons$ Zn (p) | −0.76 |
| Cl~2~ (g) + 2e $\rightleftharpoons$ 2Cl^-^ (ak) | +1.36 |
| O~2~ (g) + 2H~2~O (ce) + 4e $\rightleftharpoons$ 4OH^-^ (ak) | +0.40 |
| Cu^2+^ (ak) + 2e $\rightleftharpoons$ Cu (p) | +0.34 |
| 2H^+^ (ak) + 2e $\rightleftharpoons$ H~2~ (g) | 0.00 |
| S~2~O~8~^2-^ (ak) + 2e $\rightleftharpoons$ 2SO~4~^2-^ (ak) | +2.01 |
*Jadual 3*
a(i)
Nyatakan maksud tindak balas redoks dan fungsi titian garam.
2 marks
Berdasarkan Rajah 9.1 dan Jadual 3,
a(ii)
kenal pasti terminal negatif. Berikan satu sebab.
2 marks
a(iii)
tuliskan persamaan ion dan notasi sel. Hitungkan nilai voltan bagi sel itu.
6 marks
Rajah 9.2 menunjukkan susunan radas sel kimia dalam Rajah 9.1 yang digabungkan dengan satu sel yang lain.
b
Terangkan tindak balas di elektrod karbon X dan karbon Y. Penerangan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek berikut:
- ion yang tertarik kepada elektrod
- ion yang dipilih untuk dinyahcas dan sebab
- setengah persamaan pada elektrod
- nama hasil tindak balas yang terbentuk
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 10 menunjukkan tindak balas fotosintesis bagi sebatang pokok.
Semasa tindak balas fotosintesis, karbon dioksida bertindak balas dengan air menghasilkan glukosa, C~6~H~12~O~6~ dan oksigen. Nyatakan jenis tindak balas dari segi perubahan haba dan tuliskan persamaan termokimia bagi tindak balas itu.
4 marks
Jadual 4.1 menunjukkan susunan radas bagi dua set eksperimen untuk menentukan haba pemendakan bagi plumbum(II) sulfat.
b(i)
Berdasarkan Jadual 4.1, tentukan haba pemendakan bagi plumbum(II) sulfat dalam Set I jika 630 J haba dibebaskan.
2 marks
b(ii)
ramalkan dan terangkan jawapan anda bagi:
- haba pemendakan bagi plumbum(II) sulfat dalam Set II.
- perubahan suhu dalam Set II.
4 marks
Jadual 4.2 menunjukkan haba pembakaran bagi dua jenis bahan.
c(i)
Bahan manakah yang lebih sesuai digunakan sebagai bahan api? Berikan satu sebab.
2 marks
c(ii)
Huraikan satu eksperimen untuk menentukan nilai haba pembakaran bagi bahan-bahan itu.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open