Rajah 1 menunjukkan dua jenis ubat yang biasa digunakan untuk menyingkirkan angin dalam badan.
a
Nyatakan definisi ubat.
1 marks
b
Nyatakan jenis ubat seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.
Halia: …
Antasid: …
2 marks
Pada zaman dahulu halia digunakan secara meluas untuk merawat kembung perut akibat angin dalam badan.
c(i)
Apakah kelebihan menggunakan halia berbanding antasid?
1 marks
c(ii)
Bagaimanakah cara halia digunakan untuk merawat penyakit tersebut?
1 marks
25 marks
Asid laurik, C~12~H~24~O~2~ adalah sejenis asid lemak yang boleh diperolehi daripada buah kelapa. Rajah 2 menunjukkan susunan radas bagi aktiviti pemanasan pepejal asid laurik. Pepejal asid laurik dipanaskan daripada suhu bilik ke 60.0 °C dan didapati ia mula melebur pada suhu 43.8 °C.
a
Nyatakan jenis zarah bagi asid laurik.
1 marks
Asid laurik perlu dikacau sepanjang pemanasan dijalankan sehingga ia melebur.
b(i)
Mengapakah asid laurik perlu dikacau sepanjang proses pemanasan?
1 marks
b(ii)
Nyatakan takat lebur asid laurik.
1 marks
c(i)
Cadangkan bahan P.
1 marks
c(ii)
Beri sebab.
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan tindak balas pempolimeran penghasilan nilon antara dua jenis monomer iaitu 1,6-heksanadiamina dan dekanadiol diklorida.
a
Apakah maksud polimer?
1 marks
b(i)
Nyatakan jenis tindak balas pempolimeran tersebut.
1 marks
b(ii)
Namakan hasil sampingan X daripada tindak balas pempolimeran tersebut.
1 marks
c
Bidang tekstil telah menjadikan nilon sebagai bahan utama menghasilkan benang. Apakah ciri-ciri polimer nilon yang sesuai dengan pemilihan bahan tersebut?
2 marks
d
Penggunaan cawan plastik terbiodegrasi boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar. Apakah peranan bahan tambah dalam cawan plastik tersebut?
1 marks
47 marks
**(a)** Rajah 4 menunjukkan dua biji belon yang masing-masing mengandungi isi padu gas oksigen dan gas karbon dioksida yang sama pada keadaan suhu dan tekanan piawai, STP.
a(i)
Apakah maksud isi padu molar?
1 marks
a(ii)
Berapakah bilangan mol gas dalam belon A dan belon B?
[Isi padu molar: 22.4 dm^3^ mol^-1^ pada STP]
1 marks
a(iii)
Nyatakan hubung kait antara bilangan mol gas dengan jisim gas dalam belon B.
[Jisim atom relatif: C = 12, O = 16]
1 marks
b
Seorang ahli kimia menganalisis sebatian yang memberi bau buah pisang yang masak ranum. Dia mendapati sebatian ini mengandungi 64.62% karbon, 10.77% hidrogen dan 24.61% oksigen. Apakah formula empirik sebatian tersebut?
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1, O = 16]
4 marks
58 marks
**(a)** Jadual 5 menunjukkan maklumat bagi dua set eksperimen yang telah dijalankan untuk menyiasat faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
| Set | Bahan tindak balas | Suhu (°C) |
|---|---|---|
| I | Serbuk magnesium berlebihan + 50 cm^3^ asid nitrik 0.5 mol dm^-3^ | 40.0 |
| II | Serbuk magnesium berlebihan + 50 cm^3^ asid nitrik 0.5 mol dm^-3^ + larutan kuprum(II) sulfat | 40.0 |
Jadual 5
Berdasarkan Jadual 5,
a(i)
Kenal pasti faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** kuantiti yang boleh diukur untuk menentukan kadar tindak balas.
1 marks
a(iii)
Berikut merupakan persamaan kimia bagi tindak balas dalam eksperimen tersebut.
Mg + 2HNO~3~ $\rightarrow$ Mg(NO~3~)~2~ + H~2~
Hitung jisim magnesium nitrat yang terhasil dalam Set I.
[Jisim atom relatif: Mg = 24, N = 14, O = 16]
3 marks
b
Berdasarkan maklumat pada Jadual 5, gambar rajah profil tenaga bagi Set I adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.
Berdasarkan Rajah 5, lukis profil tenaga untuk Set II dan tandakan tenaga pengaktifan bagi Set I sebagai Ea dan tenaga pengaktifan Set II sebagai Ea'.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: lengkung Set II (di mana ia bermula, puncaknya dan di mana ia berakhir berbanding Set I) dan di mana Ea dan Ea' ditandakan.)*
3 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan unsur kala 3 yang tidak diwakili simbol sebenar unsur-unsur berkenaan.
| Unsur | P | Q | R |
|---|---|---|---|
| Nombor di atas simbol | 16 | 17 | 18 |
| Nombor di bawah simbol | 32 | 35.5 | 40 |
Rajah 6
a(i)
Tuliskan susunan elektron bagi atom P.
1 marks
a(ii)
Mengapakah unsur P terletak pada kala 3?
1 marks
Gas Q merupakan gas berwarna yang bertindak balas dengan 1.12 g ferum menghasilkan pepejal perang.
b(i)
Tuliskan persamaan kimia tindak balas yang berlaku.
2 marks
b(ii)
Hitung isi padu gas Q yang terhasil pada keadaan bilik.
[Isi padu molar gas pada keadaan bilik: 24 dm^3^ mol^-1^]
3 marks
c(i)
R tidak reaktif secara kimia. Jelaskan.
1 marks
c(ii)
Nyatakan kegunaan unsur R.
1 marks
710 marks
Rajah 7 menunjukkan susunan radas eksperimen untuk menyiasat pemindahan elektron pada suatu jarak.
a
Nyatakan fungsi asid sulfurik cair.
1 marks
Merujuk kepada tindak balas yang berlaku di elektrod R,
b(i)
Nyatakan perubahan warna bagi larutan kalium dikromat(VI) berasid.
1 marks
b(ii)
Nyatakan jenis tindak balas yang berlaku.
1 marks
b(iii)
Hitung nombor pengoksidaan kromium dalam ion dikromat(VI), Cr~2~O~7~^2-^.
2 marks
Merujuk kepada tindak balas yang berlaku di elektrod S,
c(i)
Tulis setengah persamaan bagi tindak balas yang berlaku.
1 marks
c(ii)
Nyatakan pemerhatian yang berlaku di elektrod S.
1 marks
c(iii)
Huraikan ujian kimia untuk menentukan hasil yang terbentuk.
2 marks
d
Cadangkan **satu** bahan yang dapat menggantikan larutan kalium dikromat(VI) untuk mendapatkan hasil yang sama di elektrod S.
1 marks
810 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk menentukan haba pemendakan.
a
Apakah maksud haba pemendakan?
1 marks
b
Nyatakan **satu** pemerhatian bagi tindak balas ini.
1 marks
c
Tulis persamaan ion bagi tindak balas yang berlaku.
1 marks
Persamaan termokimia bagi tindak balas pemendakan seperti di bawah:
Na~2~CO~3~(ak) + CaCl~2~(ak) $\rightarrow$ CaCO~3~(p) + 2NaCl(ak) ΔH = +21 kJ mol^-1^
d(i)
Hitung bilangan mol kalsium karbonat yang terbentuk.
1 marks
d(ii)
Hitung suhu terendah campuran bagi tindak balas ini.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
2 marks
e
Rajah 8.2 menunjukkan gambar rajah profil tenaga bagi haba pemendakan. Tandakan haba pemendakan dengan menggunakan simbol ΔH pada Rajah 8.2.
*(Huraikan tandaan anda dalam perkataan: di mana anak panah ΔH dilukis, iaitu di antara aras tenaga yang mana.)*
1 marks
f
Semasa perlawanan ragbi, seorang pemain mendapati lututnya bengkak selepas terjatuh di padang. (Gambar menunjukkan seorang pemain ragbi terjatuh di padang.)
Sebagai seorang pelajar kimia, cadangkan kaedah untuk membantu pemain itu. Terangkan bagaimana ia dapat mengurangkan kesakitan pemain itu.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Jadual 9.1 menunjukkan nilai pH bagi ammonia dan natrium hidroksida dengan kepekatan yang sama.
| Alkali | Kepekatan (mol dm^-3^) | Nilai pH |
|---|---|---|
| Ammonia | 1.0 | 10.0 |
| Natrium hidroksida | 1.0 | 14.0 |
Jadual 9.1
Terangkan mengapa nilai pH bagi kedua-dua alkali itu berbeza.
4 marks
Jadual 9.2 menunjukkan susunan radas dan pemerhatian bagi dua set eksperimen. Tujuan eksperimen ini ialah untuk mengkaji kekonduksian elektrik dan **satu** sifat asid apabila hidrogen klorida dilarutkan dalam pelarut X dan pelarut Y.
b(i)
Berdasarkan Jadual 9.2,
Cadangkan pelarut X dan pelarut Y.
2 marks
b(ii)
Terangkan perbezaan dalam pemerhatian bagi kedua-dua set eksperimen. Tulis **satu** persamaan kimia yang terlibat.
8 marks
c
Rajah 9 menunjukkan plaster yang digunakan ke atas kaki yang patah.
Danish telah diberi tugasan untuk menyediakan plaster kalsium sulfat dengan menggunakan bahan seperti kalsium nitrat dan natrium sulfat di dalam makmal. Namakan tindak balas tersebut. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut dan tentukan jisim kalsium nitrat yang diperlukan untuk menyediakan 2 kg plaster kalsium sulfat.
[Jisim atom relatif: O = 16, S = 32, Ca = 40, N = 14]
6 marks
1020 marks
**(a)** Rajah 10 menunjukkan susunan radas dan pemerhatian bagi satu aktiviti untuk mengkaji satu sifat bagi sebatian ion dan sebatian kovalen. Bahan P dan bahan Q dipanaskan dalam kukus air dan kedua-dua bahan mempunyai ikatan kimia yang berbeza.
a(i)
Nyatakan jenis sebatian bagi bahan P dan bahan Q. Terangkan perbezaan bagi pemerhatian yang diperolehi dalam Rajah 10.
6 marks
a(ii)
Jadual 10 menunjukkan nombor proton bagi unsur W, X, Y dan V.
| Unsur | W | X | Y | V |
|---|---|---|---|---|
| Nombor proton | 6 | 8 | 10 | 12 |
Jadual 10
Berdasarkan Jadual 10, pilih dua unsur berbeza yang boleh membentuk sebatian P. Terangkan pembentukan sebatian P dan lukis susunan elektron untuk menunjukkan ikatan kimia yang terbentuk.
*(Huraikan lukisan susunan elektron anda dalam perkataan: atom-atom yang bergabung dan bilangannya, bilangan elektron dalam setiap petala, dan elektron yang dikongsi.)*
9 marks
b
Unsur V boleh bertindak balas dengan gas klorin berlebihan membentuk sebatian V klorida. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku. Seterusnya, tentukan jisim sebatian yang terbentuk jika 4.8 g unsur V digunakan dalam tindak balas itu.
[Jisim atom relatif: V = 24, Cl = 35.5]
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 11 menunjukkan dua jenis tindak balas penukaran sebatian C~4~H~9~OH kepada sebatian organik yang lain.
C~4~H~8~ $\xrightarrow{\text{Tindak balas M}}$ C~4~H~9~OH $\xrightarrow{\text{Tindak balas N}}$ C~4~H~8~
Rajah 11
Berdasarkan Rajah 11, nyatakan kumpulan berfungsi bagi C~4~H~9~OH dan nyatakan nama bagi tindak balas M dan tindak balas N. Lukis gambar rajah susunan radas bagi tindak balas N.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan, bahagian yang dipanaskan, bagaimana hasil dikumpul, dan label pada rajah.)*
5 marks
Sebatian R dihasilkan daripada tindak balas fermentasi glukosa. Sebatian R ditambah dengan larutan kalium dikromat(VI) berasid untuk menghasilkan sebatian S. Seterusnya sebatian R dan sebatian S bertindak balas dengan kehadiran asid sulfurik pekat menghasilkan sebatian T.
b(i)
Nyatakan sebatian R, sebatian S dan sebatian T. Lukis formula struktur bagi sebatian R dan sebatian S.
*(Huraikan formula struktur anda dalam perkataan: atom-atom dalam setiap sebatian dan bagaimana setiap atom diikat.)*
5 marks
b(ii)
Nyatakan nama tindak balas untuk menghasilkan sebatian T. Dengan menggunakan jawapan anda di (b)(i), huraikan bagaimana sebatian T dapat dihasilkan di dalam makmal. Sertakan persamaan kimia yang terlibat. Seterusnya hitung jisim sebatian T yang terhasil jika 0.5 mol sebatian R digunakan.
[Jisim atom relatif: C = 12, O = 16, H = 1]
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open