Rajah 1 menunjukkan sebuah Tugu Negara dan saksofon.
a
Apakah maksud aloi?
1 marks
Tugu Negara diperbuat daripada aloi Y manakala saksofon diperbuat daripada aloi Z. Kedua-dua jenis aloi menggunakan logam kuprum sebagai unsur utama.
b(i)
Kenal pasti aloi Z.
1 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** unsur lain dalam aloi Y.
1 marks
c
Apakah kelebihan Tugu Negara dan saksofon dihasilkan daripada aloi, bukan logam tulennya?
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan pelbagai peringkat pengurusan sisa dalam Teknologi Hijau.
a
Apakah maksud Teknologi Hijau?
1 marks
b
Nyatakan satu sektor dalam Teknologi Hijau dan contoh aplikasinya.
2 marks
c
Rajah 2a menunjukkan bagaimana pekerja syarikat pengurusan sisa pepejal mengumpulkan sampah secara berkala.
Terdapat pelbagai sisa buangan di kawasan perumahan anda seperti sisa makanan dan botol plastik. Sebagai seorang pelajar yang mempunyai pengetahuan mengenai Teknologi Hijau, cadangkan **dua** kaedah yang boleh mengatasi masalah itu.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan suatu proses pengekstrakan logam aluminium dari bijihnya.
a
Apakah nama kaedah yang digunakan untuk mengekstrak aluminium tersebut?
1 marks
b
Apakah fungsi kriolit?
1 marks
c
Tuliskan setengah persamaan yang berlaku di anod.
1 marks
Persamaan kimia di bawah menunjukkan pengekstrakan logam besi daripada bijihnya menggunakan tindak balas penurunan oleh karbon.
2Fe~2~O~3~(p) + 3C(p) → 4Fe(ce) + 3CO~2~(g)
Rajah 3a
d(i)
Mengapakah aluminium tidak dapat diekstrak dengan menggunakan tindak balas penurunan oleh karbon?
1 marks
d(ii)
Namakan logam yang dapat digunakan untuk mengekstrak kuprum daripada kuprum(II) oksida. Terangkan jawapan anda.
2 marks
47 marks
Jadual 4 di bawah menunjukkan haba pembakaran beberapa alkohol.
| Alkohol | Formula molekul | Haba pembakaran (kJ mol^-1^) |
|---|---|---|
| Etanol | C~2~H~5~OH | −1 376 |
| Propanol | C~3~H~7~OH | −2 016 |
Jadual 4
a
Apakah maksud haba pembakaran?
1 marks
b
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 4, bandingkan nilai bagi haba pembakaran etanol dan propanol. Terangkan jawapan anda.
2 marks
Haba yang terbebas daripada pembakaran lengkap 4.6 g etanol digunakan untuk memanaskan 200 cm^3^ air.
c(i)
Hitung tenaga haba yang dibebaskan dalam tindak balas ini.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1, O = 16]
2 marks
c(ii)
Hitung perubahan suhu dalam tindak balas itu.
[Muatan haba tentu air: 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk mengkaji sifat hidrogen klorida di dalam dua pelarut berlainan.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan asid?
1 marks
a(ii)
Terangkan pemerhatian bagi Set I dan Set II.
2 marks
a(iii)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku dalam Set I.
2 marks
Rajah 5.2 menunjukkan nilai pH bagi dua jenis asid.
b(i)
Nilai pH bagi Z lebih rendah daripada nilai pH bagi asid etanoik.
Hitung nilai Z.
1 marks
b(ii)
Terangkan mengapa nilai pH asid hidroklorik lebih rendah berbanding dengan nilai pH asid etanoik.
2 marks
69 marks
Jadual 6 menunjukkan maklumat unsur dalam Jadual Berkala Unsur. Huruf yang digunakan bukan merupakan simbol sebenar unsur.
| Unsur | P | Q | R | S | T | U | V |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nombor proton | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
Jadual 6
a
Berdasarkan jadual, nyatakan sifat oksida bagi oksida R.
1 marks
b
Unsur T bertindak balas dengan V membentuk sebatian X. Nyatakan jenis ikatan bagi sebatian X.
1 marks
c(i)
Unsur P bertindak balas dengan unsur V membentuk sebatian Y. Tulis persamaan kimia bagi pembentukan sebatian Y.
2 marks
c(ii)
0.05 mol P bertindak balas dengan V untuk membentuk sebatian Y. Hitungkan isi padu V yang diperlukan.
[Isi padu molar = 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
2 marks
d
Rajah 6 Set I dan Set II menunjukkan radas bagi mengkaji kekonduksian elektrik bagi dua jenis sebatian yang berbeza.
Terangkan perbezaan pemerhatian bagi rajah Set I dan Set II.
3 marks
710 marks
Rajah 7 menunjukkan carta alir bagi pembentukan perisa nanas dengan alkohol X dan asid butanoik.
a
Nyatakan nama tindak balas 1.
1 marks
b
Apakah kumpulan berfungsi bagi alkohol X?
1 marks
c(i)
Alkohol X dibakar dengan oksigen berlebihan menghasilkan gas Y dan air. Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi tindak balas tersebut.
2 marks
c(ii)
Jika 2.3 g alkohol X digunakan, hitung isi padu gas Y yang terhasil.
[1 mol gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
3 marks
Perisa nanas boleh dihasilkan melalui tindak balas antara alkohol X dengan asid butanoik.
d(i)
Namakan ester tersebut.
1 marks
d(ii)
Cadangkan produk dalam industri makanan yang menggunakan ester di (d)(i).
1 marks
d(iii)
Wajarkan penggunaan ester dalam industri pemakanan.
1 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan susunan elektron sebatian yang terbentuk daripada tindak balas bahan X dan Y.
a(i)
Tuliskan susunan elektron bagi atom X dan atom Y.
Atom X: …
Atom Y: …
2 marks
a(ii)
Nyatakan jenis daya tarikan antara zarah-zarah dalam sebatian tersebut.
1 marks
a(iii)
Jelaskan proses pembentukan sebatian dalam Rajah 8.
3 marks
b
Puan Juriah meletakkan pepejal putih ke dalam almari untuk menghalau lipas. Sifat fizik pepejal putih itu adalah seperti berikut:
- Tidak boleh mengalirkan arus elektrik dalam semua keadaan.
- Takat lebur dan takat didih yang rendah.
Berdasarkan maklumat tersebut, kenal pasti jenis sebatian pepejal putih itu dan terangkan ciri-ciri setiap satunya.
4 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Jadual 9.1 menunjukkan kesan pemanasan ke atas dua sebatian ion yang berbeza iaitu sebatian X dan Y. Sebatian-sebatian tersebut terdiri daripada kation yang sama. Pemanasan sebatian-sebatian tersebut menghasilkan pepejal yang berwarna kuning apabila panas dan bertukar putih apabila sejuk.
| Sebatian | Ujian pengesahan gas | Pemerhatian |
|---|---|---|
| Sebatian X | Mengeruhkan air kapur | Gas tidak berwarna P terbebas |
| Sebatian Y | Menyalakan kayu uji berbara | Gas tidak berwarna Q terbebas |
| Sebatian Y | Menukarkan kertas litmus biru ke merah | Gas berwarna perang R terbebas |
Jadual 9.1
a(i)
Nyatakan nama bagi gas P, gas Q dan gas R yang dibebaskan dalam tindak balas I dan II. Seterusnya namakan sebatian X dan sebatian Y.
5 marks
a(ii)
Huraikan satu ujian kimia untuk menentusahkan kation yang hadir dalam sebatian Y.
4 marks
Seorang murid diberi tugasan untuk menyediakan larutan piawai menggunakan pepejal natrium hidroksida.
b(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan larutan piawai?
1 marks
b(ii)
Hitung jisim pepejal natrium hidroksida yang perlu dilarutkan dengan 500 cm^3^ air suling untuk menghasilkan larutan piawai dengan kemolaran 1.0 mol dm^-3^.
[Jisim atom relatif: Na = 23, O = 16, H = 1]
2 marks
c
Murid tersebut diminta menyediakan 250 cm^3^ larutan piawai natrium hidroksida 0.5 mol dm^-3^ daripada larutan stok natrium hidroksida 1.0 mol dm^-3^.
Namakan kaedah untuk menyediakan larutan piawai tersebut. Hitung isi padu larutan stok yang diperlukan untuk menyediakan larutan piawai tersebut.
3 marks
Seterusnya murid tersebut dikehendaki menggunakan larutan piawai natrium hidroksida tersebut untuk menentukan kemolaran asid sulfurik dengan menggunakan susunan radas seperti Rajah 9.2.
d(i)
Namakan kaedah yang ditunjukkan dalam rajah tersebut.
1 marks
d(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas di atas. Tentukan kemolaran larutan natrium hidroksida yang digunakan sekiranya 25 cm^3^ asid sulfurik 0.5 mol dm^-3^ diperlukan untuk meneutralkan 25 cm^3^ larutan natrium hidroksida.
4 marks
1020 marks
Jadual 10.1 menunjukkan dua set eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara asid hidroklorik dengan kalsium karbonat berlebihan.
a(i)
Jadual 10.1:
| Set | Susunan radas | Masa diambil untuk mengumpul 40 cm^3^ gas karbon dioksida (s) |
|---|---|---|
| I | 50 cm^3^ asid hidroklorik 0.1 mol dm^-3^ + ketulan kalsium karbonat (gas dikumpul melalui sesaran air dalam buret) | 50 |
| II | 50 cm^3^ asid hidroklorik 0.1 mol dm^-3^ + serbuk kalsium karbonat (gas dikumpul melalui sesaran air dalam buret) | 20 |
Nyatakan definisi bagi kadar tindak balas.
1 marks
a(ii)
Hitung kadar tindak balas purata dalam set I.
1 marks
a(iii)
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 10.1, bandingkan kadar tindak balas antara set I dengan set II. Terangkan jawapan anda menggunakan teori perlanggaran.
5 marks
a(iv)
Lakarkan graf isi padu gas karbon dioksida yang terkumpul melawan masa bagi eksperimen dalam set I dan set II pada paksi yang sama.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label dan unit paksi, bentuk setiap lengkung, nilai yang ditanda pada paksi, dan label lengkung.)*
2 marks
Suatu eksperimen dijalankan untuk mengkaji kadar tindak balas antara zink dengan asid nitrik. Dalam eksperimen itu, ketulan zink berlebihan bertindak balas dengan 25 cm^3^ asid nitrik bagi set III dan set IV. Jadual 10.2 menunjukkan keputusan yang diperolehi daripada eksperimen itu.
| Set | Kepekatan asid nitrik (mol dm^-3^) | Suhu (°C) | Kadar tindak balas |
|---|---|---|---|
| III | 0.2 | 27 | Rendah |
| IV | 1.0 | 37 | Tinggi |
Jadual 10.2
b(i)
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 10.2, nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Pilih satu daripada faktor itu dan terangkan jawapan anda menggunakan teori perlanggaran.
6 marks
b(ii)
Tulis persamaan kimia seimbang bagi tindak balas antara asid nitrik dengan zink. Hitung isi padu maksimum gas yang terbebas pada keadaan bilik bagi set III.
[Isi padu molar gas = 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji tindak balas redoks.
a
Tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas pengoksidaan dan penurunan yang berlaku di set I dan set II. Kemudian tentukan perubahan nombor pengoksidaan untuk klorin bagi kedua-dua set.
4 marks
b
Dalam satu eksperimen yang lain, seorang murid menjalankan eksperimen di dalam makmal untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan ion-ion untuk dinyahcas pada elektrod berbeza. Rajah 11.2 menunjukkan susunan radas bagi kedua-dua set eksperimen itu.
Jadual 11.1 menunjukkan sebahagian daripada nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah.
| Tindak balas sel setengah | E° / V (298 K) |
|---|---|
| Cl~2~ + 2e^-^ ⇌ 2Cl^-^ | +1.36 |
| NO~3~^-^ + 2H^+^ + 2e^-^ ⇌ NO~2~^-^ + H~2~O | +0.42 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e^-^ ⇌ 4OH^-^ | +0.40 |
| 2H^+^ + 2e^-^ ⇌ H~2~ | 0.00 |
| K^+^ + e^-^ ⇌ K | −2.92 |
Jadual 11.1
Berdasarkan Rajah 11.2 dan Jadual 11.1, banding dan bezakan set I dan set II dari segi:
- Ion-ion tertarik ke anod
- Pemilihan ion untuk dioksidakan
- Sebab mengapa ion itu dipilih untuk dioksidakan
- Pemerhatian di anod
8 marks
c
Jadual 11.2 menunjukkan sebahagian daripada siri keupayaan elektrod piawai.
| Persamaan setengah | E° / V (298 K) |
|---|---|
| Mg^2+^(ak) + 2e ⇌ Mg(p) | −2.38 |
| Zn^2+^(ak) + 2e ⇌ Zn(p) | −0.76 |
| Fe^2+^(ak) + 2e ⇌ Fe(p) | −0.44 |
| 2H^+^(ak) + 2e ⇌ H~2~(g) | 0.00 |
| Cu^2+^(ak) + 2e ⇌ Cu(p) | +0.34 |
Jadual 11.2
Rajah 11.3 menunjukkan senarai bahan dan radas yang dibekalkan untuk membina satu sel kimia.
| | | |
|---|---|---|
| Tomato | Wayar penyambung | Mentol LED |
| Paku besi | Kepingan zink; Kepingan magnesium | Wayar kuprum |
| Sudu plastik | Kertas pasir | Rod karbon |
Rajah 11.3
Dengan menggunakan pengetahuan kimia anda, lukis susunan radas sel kimia yang dapat menyalakan mentol LED. Susunan radas yang dibina perlulah menggunakan bahan dan radas yang sesuai daripada senarai dalam Rajah 11.3. Huraikan secara ringkas langkah pembinaan sel kimia itu dan terangkan tindak balas redoks yang berlaku. Kemudian tentukan nilai bacaan voltan yang diperolehi.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bahan dan radas yang digunakan, bagaimana ia disambung, dan label setiap bahagian.)*
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open