Rajah 1 menunjukkan graf suhu melawan masa bagi peleburan pepejal naftalena.
Berdasarkan Rajah 1
a
Nyatakan jenis zarah dalam naftalena.
1 marks
b
Terangkan mengapa suhu tidak berubah dari t1 ke t3.
2 marks
c
Nyatakan masa apabila semua pepejal naftalena telah bertukar kepada cecair.
1 marks
d
Nyatakan pemerhatian apabila naftalena dipanaskan secara terus.
1 marks
25 marks
Jadual 2 menunjukkan dua jenis produk yang diperbuat daripada dua jenis getah yang berbeza.
a
Getah adalah sejenis polimer.
Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
b
Nyatakan nama monomer bagi getah asli.
1 marks
c(i)
Produk B lebih kuat berbanding produk A.
Terangkan jawapan anda.
2 marks
c(ii)
Nyatakan **satu** ciri lain produk B selain daripada di 2(c)(i).
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik bagi oksida logam M.
Jadual 3 menunjukkan keputusan bagi eksperimen tersebut.
| Penerangan | Jisim (g) |
|---|---|
| Salur kaca | 32.25 |
| Salur kaca + oksida logam M | 42.25 |
| Salur kaca + logam M | 40.25 |
Jadual 3
a
Nyatakan maksud formula empirik.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 3, tentukan formula empirik oksida logam M.
[Jisim atom relatif: O = 16, M = 64]
3 marks
c
Nyatakan bagaimana untuk menentukan sama ada tindak balas dalam salur kaca telah lengkap.
1 marks
d
Namakan satu oksida logam lain yang boleh menggunakan susunan radas sama seperti dalam Rajah 3 untuk menentukan formula empiriknya.
1 marks
47 marks
Jadual 4 menunjukkan bilangan proton bagi atom unsur P, Q, R dan S. Huruf yang digunakan bukan simbol sebenar bagi unsur itu.
| Unsur | Bilangan proton |
|---|---|
| P | 1 |
| Q | 8 |
| R | 11 |
| S | 17 |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4:
a(i)
Unsur manakah merupakan halogen?
1 marks
a(ii)
Unsur di 4(a)(i) bertindak balas dengan air menghasilkan dua jenis asid. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas tersebut.
2 marks
b
Unsur P bertindak balas dengan unsur Q untuk membentuk satu sebatian. Apakah formula bagi sebatian yang terbentuk?
1 marks
c(i)
Unsur Q bertindak balas dengan unsur R untuk membentuk satu sebatian. Lukis susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: zarah-zarah dalam sebatian dan bilangannya, bilangan petala dan elektron dalam setiap zarah, label nukleus dan cas setiap zarah.)*
2 marks
c(ii)
Nyatakan satu sifat fizik bagi sebatian yang terbentuk di c(i).
1 marks
58 marks
Jadual 5 menunjukkan komposisi dan kegunaan empat jenis aloi.
| Jenis aloi | Komposisi | Kegunaan |
|---|---|---|
| Gangsa | Kuprum, Timah | Piala |
| Keluli | Besi, Karbon | Badan kereta |
| X | Besi, Karbon, Kromium, Nikel | Sudu dan garfu |
| Duralumin | Aluminium, Kuprum, Magnesium, Mangan | Badan kapal terbang |
Jadual 5.1
Berdasarkan Jadual 5.1:
a(i)
Namakan X.
1 marks
a(ii)
Nyatakan kegunaan lain aloi di 5(a)(i).
1 marks
b
Penambahan arang kok (karbon) dalam proses pengekstrakan besi adalah bertujuan untuk membebaskan oksigen daripada bijih besi. Campuran besi dan karbon ini akan membentuk keluli. Jadual 5.2 menunjukkan dua jenis keluli dengan peratus karbon yang berbeza.
| Keluli | % karbon |
|---|---|
| Besi tuang | 4.0 |
| Keluli karbon tinggi | 0.8 |
Jadual 5.2
Besi tuang bersifat rapuh manakala keluli karbon tinggi bersifat keras dan kuat. Berdasarkan Jadual 5.2, hitungkan peratus karbon yang perlu disingkirkan daripada besi tuang untuk menghasilkan keluli karbon tinggi.
2 marks
c
Ahmad ialah pelumba basikal kebangsaan. Cadangkan aloi yang sesuai untuk pembuatan basikal lumba Ahmad. Berikan alasan anda.
2 marks
d
Rajah 5 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen untuk membandingkan kekerasan antara gangsa dan logam tulennya.
Jadual 5.3 menunjukkan diameter lekuk antara dua jenis blok.
| Jenis blok | Diameter lekuk (cm) |
|---|---|
| Kuprum | 0.8 |
| Gangsa | 0.6 |
Jadual 5.3
Jelaskan perbezaan diameter lekuk yang terbentuk.
2 marks
69 marks
Penggunaan masker muka telah menjadi rutin harian, bukan hanya dalam kalangan wanita tetapi juga lelaki. Rajah 6.1 menunjukkan beberapa bahan yang sering terdapat dalam masker muka.
a(i)
Nyatakan jenis kosmetik untuk masker muka.
1 marks
a(ii)
Namakan satu produk lain di bawah kategori yang sama dengan masker muka.
1 marks
a(iii)
Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa beberapa syarikat yang tidak berdaftar menggunakan bahan kimia berbahaya dalam kosmetik mereka. Namakan bahan kimia dalam kosmetik yang boleh menyebabkan kulit sensitif dan pendedahan kulit yang tinggi kepada sinaran ultraungu yang berbahaya.
1 marks
a(iv)
Orang yang mempunyai kulit sensitif harus menggunakan kosmetik buatan sendiri sebagai pilihan yang lebih baik. Nyatakan satu kelebihan kosmetik buatan sendiri.
1 marks
Rajah 6.2 menunjukkan sejenis bahan yang digunakan dalam bidang nanoteknologi.
b(i)
Apakah nama bahan tersebut?
1 marks
b(ii)
Apakah unsur utama dalam bahan yang dinyatakan di (b)(i)?
1 marks
b(iii)
Nyatakan satu kegunaan bahan tersebut dalam bidang nanoteknologi.
1 marks
b(iv)
Nyatakan dua sifat fizik bahan tersebut yang membolehkannya digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.
2 marks
710 marks
Rajah 7 menunjukkan alkohol P, C~4~H~9~OH yang berantai lurus melalui tindak balas I membentuk sebatian Q. Alkohol P bertindak balas dengan sebatian Q melalui tindak balas II membentuk sebatian R.
a
Nyatakan nama bagi alkohol P, C~4~H~9~OH.
1 marks
b
Lukis formula struktur untuk **dua** isomer bagi alkohol P, C~4~H~9~OH.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagi setiap isomer, rantai karbon, atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon dan kedudukan kumpulan –OH.)*
2 marks
c(i)
Nyatakan pemerhatian bagi tindak balas I.
1 marks
c(ii)
Namakan kumpulan berfungsi bagi sebatian Q.
1 marks
d
Semasa pandemik Covid-19, penggunaan cecair pembasmi kuman yang mengandungi sehingga 70% sebatian P digunakan secara meluas sebagai salah satu usaha untuk mencegah jangkitan kuman. Walau bagaimanapun, menurut pakar perubatan, amalan membasuh tangan menggunakan air dan sabun adalah lebih berkesan berbanding penggunaan cecair pembasmi kuman.
Cadangkan mengapa penggunaan cecair pembasmi kuman menjadi pilihan berbanding amalan membasuh tangan dengan air dan sabun.
2 marks
e(i)
Namakan tindak balas II.
1 marks
e(ii)
Tulis persamaan kimia seimbang bagi tindak balas II.
2 marks
810 marks
Sekumpulan pelajar telah menjalankan eksperimen untuk mengkaji tindak balas redoks.
Rajah 8.1 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak.
Hitungkan nombor pengoksidaan kromium dalam ion dikromat(VI).
2 marks
Seterusnya, kumpulan pelajar tersebut menyediakan dua set radas bagi mengkaji faktor pemilihan ion untuk dinyahcas dalam elektrolisis larutan natrium klorida. Jadual 8.1 menunjukkan pemerhatian di anod bagi kedua-dua set eksperimen tersebut.
| Set | Larutan | Pemerhatian di anod |
|---|---|---|
| I | Larutan natrium klorida 0.001 mol dm^-3^ | Gas tidak berwarna terbebas; kayu uji berbara menyala |
| II | Larutan natrium klorida 1.0 mol dm^-3^ | Gas kuning kehijauan terbebas; gas menukarkan kertas litmus biru lembap kepada merah kemudian luntur |
Jadual 8.1
Berdasarkan Jadual 8.1,
b(i)
Nyatakan ion yang terpilih untuk dinyahcas di anod dalam set I dan set II.
Set I: …
Set II: …
2 marks
b(ii)
Jelaskan faktor pemilihan ion di anod dalam set II.
1 marks
c
Dalam satu sesi yang lain, kumpulan pelajar tersebut dikehendaki menjalankan satu eksperimen untuk menyadur sebatang sudu besi bagi mencegah pengaratan.
Jadual 8.2 menunjukkan senarai radas dan bahan yang dibekalkan.
**Radas dan bahan:**
- Bikar
- Wayar penyambung
- Kepingan kuprum
- Ammeter
- Sudu besi
- Larutan X
- Sel kering
- Suis
Jadual 8.2
Dengan mencadangkan satu larutan X yang sesuai, lukiskan satu rajah berlabel bagi menunjukkan susunan radas bagi proses penyaduran tersebut. Rajah itu hendaklah menggunakan radas dan bahan yang dibekalkan dalam Jadual 8.2.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: larutan X yang anda cadangkan, bagaimana radas disambung dalam litar, objek yang disambung kepada setiap terminal sel kering, dan label-label pada rajah.)*
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan dua jenis makanan ringan berasaskan kentang.
a
Berdasarkan Rajah 9, makanan manakah yang mengambil masa yang lebih singkat untuk dimasak? Nyatakan faktor yang terlibat.
2 marks
Jadual 9 menunjukkan maklumat tentang bahan tindak balas yang digunakan dalam tiga eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi suatu kadar tindak balas. Tindak balas di antara logam zink dan asid hidroklorik menghasilkan gas X.
| Eksperimen | Bahan-bahan tindak balas | Masa untuk mengumpul 50 cm^3^ gas (s) |
|---|---|---|
| I | Serbuk zink berlebihan dan 30 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ | 20 |
| II | Ketulan zink berlebihan dan 30 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ | 50 |
| III | Ketulan zink berlebihan dan 30 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ | 30 |
Jadual 9
b(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan kadar tindak balas dan nyatakan nama gas X yang terhasil.
2 marks
b(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara serbuk zink dan asid hidroklorik. Hitungkan isi padu maksimum bagi gas yang terhasil dalam eksperimen I.
[Isi padu molar gas pada keadaan bilik ialah 24 dm^3^ mol^-1^]
5 marks
b(iii)
Hitungkan kadar tindak balas purata bagi Eksperimen III.
1 marks
b(iv)
Bandingkan kadar tindak balas antara
- Eksperimen I dan Eksperimen II
- Eksperimen II dan Eksperimen III
Terangkan perbandingan anda dengan merujuk kepada Teori Perlanggaran.
10 marks
1020 marks
Artikel di bawah merujuk kepada trem pertama di dunia yang menggunakan bahan api hidrogen.
> **TREM BERKUASA HIDROGEN DIBANGUNKAN DI CHINA**
>
> Dalam usaha untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang banyak dan berbahaya, syarikat SIFANG telah mencipta trem berkuasa hidrogen pertama di China. Trem tersebut beroperasi sepenuhnya dengan sel bahan api hidrogen. Apabila 1 mol hidrogen dibakar, haba terbebas ialah 282 kJ. Kelajuan yang tertinggi hanyalah 70 kilometer sejam dan digunakan di kawasan bandar sahaja. Trem ini direka untuk membawa 380 penumpang.
Berdasarkan artikel:
a(i)
Adakah tindak balas tersebut tindak balas endotermik atau eksotermik? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
a(ii)
Pembakaran hidrogen akan menghasilkan molekul air.
Tuliskan persamaan termokimia bagi pembakaran hidrogen, dan lukis gambar rajah aras tenaga untuk pembakaran hidrogen.
*(Huraikan gambar rajah aras tenaga anda dalam perkataan: label paksi, aras tenaga bahan dan hasil serta kedudukan masing-masing, arah anak panah, dan apa yang ditulis pada setiap aras dan pada anak panah.)*
5 marks
b
Dalam satu eksperimen, 100 g cecair hidrogen dibakar dalam oksigen berlebihan.
Hitung jumlah tenaga yang dibebaskan apabila 100 g hidrogen dibakar.
[Jisim atom relatif: H = 1]
3 marks
c
Wajarkan penggunaan hidrogen sebagai bahan api.
3 marks
d
Dalam satu eksperimen, 50 cm^3^ asid kuat monoprotik dicampurkan dengan 50 cm^3^ larutan kalium hidroksida, KOH di dalam cawan polistirena. Kepekatan asid dan alkali adalah sama. Suhu campuran itu bertambah sebanyak 6.5 °C. Tulis persamaan kimia seimbang bagi tindak balas itu. Hitungkan nilai haba yang dibebaskan dalam eksperimen itu.
Bandingkan jumlah haba yang dibebaskan jika eksperimen diulang dengan menggunakan asid etanoik. Jelaskan.
[Muatan haba tentu larutan, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
7 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Ali adalah seorang pesakit gastrik. Rajah 11.1 menunjukkan ubat yang diambil oleh Ali yang mengandungi bes.
a(i)
Apakah maksud bes?
1 marks
a(ii)
Bagaimanakah ubat dalam Rajah 11.1 dapat membantu Ali untuk merawat sakit gastriknya?
2 marks
a(iii)
Jisim ubat yang diambil oleh Ali ialah 1000 mg di mana nisbah kandungan aluminium hidroksida kepada magnesium hidroksida dalam ubat tersebut ialah 1 : 0.6. Kepekatan asid hidroklorik di dalam perut Ali ialah 1.0 mol dm^-3^.
Tentukan bilangan mol asid yang telah bertindak balas dengan salah satu bahan yang terdapat di dalam ubat berkenaan.
[Jisim molar: Al(OH)~3~ = 78 g mol^-1^, Mg(OH)~2~ = 58 g mol^-1^, 1 g = 1000 mg]
4 marks
b
Tiga keping pita magnesium yang sama panjang telah dimasukkan ke dalam tiga jenis asid berlainan yang berkepekatan 1.0 mol dm^-3^. Jadual 11 menunjukkan keputusan eksperimen.
Pada pendapat anda, mengapakah terdapat perbezaan pemerhatian bagi ketiga-tiga tindak balas di atas? Berikan contoh yang sesuai bagi asid HX dan H~2~Z.
5 marks
c
Rajah 11.2 menunjukkan graf jenis mineral dan kandungannya dalam air lombong bijih timah Q.
Q adalah lombong bijih timah yang telah berhenti beroperasi. Q terletak berhampiran kawasan pertanian. Air daripada lombong ini tidak selamat untuk diminum dan berbau busuk kerana mengandungi logam berat dan mengandungi baja daripada kawasan pertanian akibat daripada proses larut lesap serta membentuk enapan.
Pada pendapat anda, mengapakah air tersebut berbau busuk dan apakah nama bahan yang terkandung di dalam enapan tersebut? Bagaimanakah anda ingin membuktikan bahawa air tersebut mengandungi ion-ion sebatian seperti yang anda nyatakan di dalam enapan dan menentusahkan bahan yang menyebabkan air berbau busuk?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open