Rajah 1 menunjukkan simbol kimia yang mewakili empat unsur W, X, Y dan Z.
$^{7}_{3}\text{W}$ $\quad$ $^{12}_{6}\text{X}$ $\quad$ $^{14}_{6}\text{Y}$ $\quad$ $^{40}_{18}\text{Z}$
Rajah 1
a(i)
Nyatakan maksud nombor nukleon.
1 marks
a(ii)
Nyatakan nombor proton atom X.
1 marks
Berdasarkan Rajah 1,
b(i)
Dua unsur yang manakah ialah isotop?
1 marks
b(ii)
Terangkan mengapa isotop yang dinyatakan di (b)(i) mempunyai sifat kimia yang sama?
1 marks
b(iii)
Berikan satu kegunaan isotop yang dinyatakan di (b)(i).
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan satu pingat dan komposisinya.
a(i)
90% kuprum, 5% unsur Q
Rajah 2
Apakah maksud aloi?
1 marks
a(ii)
Nyatakan unsur Q.
1 marks
Rajah 3 menunjukkan radas makmal yang diperbuat daripada sejenis kaca.
b(i)
Rajah 3
Nyatakan jenis kaca yang digunakan dalam penghasilan radas makmal ini.
1 marks
b(ii)
Nyatakan satu sifat jenis kaca yang dinyatakan di 2(b)(i).
1 marks
c
Rajah 4 menunjukkan sebuah pasu porselin.
Rajah 4
Nyatakan komponen utama yang digunakan untuk menghasilkan pasu porselin itu.
1 marks
36 marks
Jadual 1 menunjukkan unsur-unsur dalam Kala 3 dalam Jadual Berkala Unsur. P, Q, R, S, T, U, V dan W tidak mewakili simbol sebenar unsur berkenaan.
| Unsur | P | Q | R | S | T | U | V | W |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nombor proton | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
Jadual 1
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kala?
1 marks
b
Unsur W merupakan gas monoatom. Terangkan.
1 marks
0.2 mol unsur P bertindak balas lengkap dengan gas oksigen yang berlebihan membentuk oksida logam P.
c(i)
Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi tindak balas itu.
2 marks
c(ii)
Hitung jisim maksimum oksida logam P yang terbentuk.
2 marks
47 marks
Rajah 5 menunjukkan perbualan antara Siti dengan Amir semasa membaca satu iklan dalam media sosial.
> *(Iklan di skrin: "Kopi mentega / Butter coffee" dengan gambar secawan kopi.)*
>
> **Siti:** Inilah kopi yang saya minum untuk kurus, kopi mentega. Saya minum setiap hari selama enam bulan.
>
> **Amir:** Tetapi bukankah mentega tidak elok untuk kesihatan?
Rajah 5
a(i)
Mentega ialah satu contoh lemak. Nyatakan siri homolog bagi lemak.
1 marks
a(ii)
Bandingkan kandungan asid lemak tepu dan tak tepu dalam lemak dan minyak.
2 marks
a(iii)
Apakah nasihat yang boleh diberikan oleh Amir kepada Siti berkaitan dengan dietnya, iaitu meminum kopi mentega pada setiap hari?
2 marks
b
Ali ialah seorang penghidap kencing manis. Apakah pemanis yang boleh digunakan oleh Ali dalam minumannya? Terangkan.
2 marks
58 marks
Seorang murid menjalankan eksperimen untuk membina persamaan ion bagi pembentukan mendakan plumbum(II) iodida dengan menggunakan kaedah X. Jadual 2 menunjukkan ketinggian mendakan yang terbentuk di dalam setiap tabung uji.
| Tabung uji | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Isi padu larutan plumbum(II) nitrat 0.5 mol dm^-3^ (cm^3^) | 5.00 | 5.00 | 5.00 | 5.00 | 5.00 | 5.00 | 5.00 |
| Isi padu larutan kalium iodida 1.0 mol dm^-3^ (cm^3^) | 1.00 | 2.00 | 3.00 | 4.00 | 5.00 | 6.00 | 7.00 |
| Tinggi mendakan (cm) | 1.1 | 2.2 | 3.3 | 4.4 | 5.5 | 5.5 | 5.5 |
Jadual 2
a(i)
Nyatakan nama kaedah X.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Jadual 2, tentukan isi padu larutan kalium iodida yang bertindak balas lengkap dengan 5 cm^3^ larutan plumbum(II) nitrat.
1 marks
a(iii)
Hitung bilangan mol ion iodida yang bertindak balas dengan 1 mol ion plumbum(II).
3 marks
a(iv)
Berdasarkan jawapan di 5(a)(iii), bina persamaan ion bagi pembentukan plumbum(II) iodida.
1 marks
b
Daniel menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan haba ke atas garam Y. Rajah 6 menunjukkan pemerhatian bagi eksperimen ini.
Garam Y $\xrightarrow{\text{Panaskan}}$
- Baki pemanasan berwarna kuning semasa panas, berwarna putih semasa sejuk.
- Gas perang terbebas dan menukarkan warna kertas litmus biru lembap kepada merah.
- Gas yang menyalakan kayu uji berbara terhasil.
Rajah 6
Tulis formula bagi kation dan anion dalam garam Y.
Kation: …
Anion: …
2 marks
69 marks
Rajah 7 menunjukkan perbualan antara Puan Suzana, seorang guru kimia dengan muridnya.
> **Murid:** Cikgu, apakah yang dimaksudkan dengan 0.5% asid oksalik yang digunakan untuk tujuan perubatan?
>
> **Puan Suzana:** 0.5% asid oksalik ialah asid oksalik yang berkepekatan 0.2 mol dm^-3^.
Rajah 7
a(i)
Apakah istilah yang diberikan kepada larutan yang kepekatannya diketahui dengan tepat?
1 marks
a(ii)
Asid oksalik boleh bertindak balas dengan ketulan marmar untuk menghasilkan sejenis gas tidak berwarna. Namakan gas tersebut.
1 marks
a(iii)
Sarah ingin menyediakan 250 cm^3^ asid oksalik 0.1 mol dm^-3^ daripada 0.5% asid oksalik.
Hitung isi padu asid oksalik 0.5% yang diperlukan untuk menyediakan larutan yang diingini.
2 marks
b
Rajah 8 menunjukkan seekor obor-obor.
Rajah 8
Kaki Raju telah disengat oleh obor-obor. Cadangkan satu bahan yang boleh disapu pada kakinya untuk mengurangkan rasa sakit tanpa menyebabkan kecederaan seterusnya. Nyatakan sebab bagi cadangan anda.
2 marks
c
Jadual 3 menunjukkan nilai pH bagi dua jenis asid yang mempunyai kepekatan yang sama.
| Asid | Formula kimia | Nilai pH |
|---|---|---|
| P | HX | 4.0 |
| Q | HZ | 2.0 |
Jadual 3
Terangkan perbezaan nilai pH asid.
3 marks
710 marks
Getah asli telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan negara kita. Pelbagai barangan telah dihasilkan daripada getah asli. Rajah 9 menunjukkan beberapa barangan yang dihasilkan daripadanya.
Rajah 9
a(i)
Namakan polimer bagi getah asli.
1 marks
a(ii)
Pempolimeran ialah proses untuk menghasilkan polimer. Cadangkan jenis pempolimeran untuk menghasilkan getah.
1 marks
a(iii)
Getah asli sangat lembut dan tidak tahan haba. Jelaskan bagaimana anda dapat memperbaiki sifat getah asli agar dapat menghasilkan barangan seperti dalam Rajah 9 yang bermutu dan tahan lama.
3 marks
Getah sintetik ialah polimer buatan manusia yang disintesis daripada petroleum dan mineral lain.
b(i)
Getah stirena-butadiena, SBR ialah salah satu contoh getah sintetik. Selain getah tervulkan, SBR juga digunakan untuk membuat tayar kereta. Ramai berpendapat bahawa tayar daripada SBR adalah lebih baik berbanding dengan getah tervulkan.
Pada pendapat anda, mengapakah tayar SBR dikatakan lebih baik?
2 marks
b(ii)
Getah asli dan getah sintetik digunakan secara meluas dalam kehidupan harian. Walau bagaimanapun, penggunaan getah tersebut boleh memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.
Wajarkan kenyataan tersebut.
3 marks
810 marks
Rajah 10 menunjukkan formula struktur bagi dua hidrokarbon.
a(i)
Rajah 10
Nyatakan maksud isomer.
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama sebatian X dan sebatian Y dengan menggunakan penamaan IUPAC.
Sebatian X: …
Sebatian Y: …
2 marks
a(iii)
Lukis formula struktur untuk satu lagi isomer sebatian X.
*(Huraikan lukisan formula struktur anda dalam perkataan: bilangan atom karbon dalam rantai utama, di mana setiap atom karbon disambungkan, dan atom-atom hidrogen pada setiap karbon.)*
1 marks
b(i)
Hidrokarbon X dan Y menghasilkan jelaga apabila terbakar. Bandingkan kejelagaan nyalaan semasa pembakaran hidrokarbon X dan Y dalam keadaan gas oksigen berlebihan.
1 marks
b(ii)
Terangkan mengapa terdapat perbezaan kejelagaan hidrokarbon X dan Y?
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1]
2 marks
Pengusaha sebuah kilang gula-gula ingin mengeluarkan gula-gula berperisa pir. Seorang ahli kimia di kilang tersebut diarahkan untuk menyediakan satu sampel ester dengan perisa pir melalui tindak balas pengesteran antara alkohol Q dengan sebatian R. Rajah 11 menunjukkan langkah penyediaan sampel ester tersebut di dalam makmal.
c(i)
Rajah 11
Berdasarkan Rajah 11, tulis satu persamaan kimia bagi tindak balas pengesteran antara alkohol Q dengan sebatian R.
1 marks
c(ii)
Wajarkan penggunaan ester dalam gula-gula dan berikan **satu** sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 12 menunjukkan hidrogen klorida dalam dua pelarut yang berbeza dan nilai pH masing-masing.
a(i)
Rajah 12
Berikan satu contoh bagi pelarut X dan pelarut Y.
2 marks
a(ii)
Terangkan mengapa hidrogen klorida dalam pelarut X mempunyai nilai pH 4.8.
2 marks
a(iii)
Aminah ingin menjalankan eksperimen elektrolisis larutan hidrogen klorida dengan menggunakan elektrod karbon. Sebagai seorang pelajar kimia, larutan yang manakah akan anda cadangkan untuk digunakan semasa menjalankan eksperimen itu? Jelaskan.
2 marks
b
Rajah 13 menunjukkan perbualan antara ion hidrogen, H^+^ dengan molekul air, H~2~O dalam sebuah komik Kimia.
Rajah 13
Nyatakan jenis ikatan yang terbentuk dan terangkan pembentukan ikatan tersebut.
4 marks
Jadual 4 menunjukkan pemerhatian bagi satu eksperimen untuk mengkaji kekonduksian elektrik plumbum(II) bromida, naftalena dan zink.
| Sebatian | Plumbum(II) bromida (pepejal) | Plumbum(II) bromida (leburan) | Naftalena (pepejal) | Naftalena (leburan) | Zink (pepejal) | Zink (leburan) |
|---|---|---|---|---|---|---|
| Pemerhatian | Mentol tidak menyala | Mentol menyala | Mentol tidak menyala | Mentol tidak menyala | Mentol menyala | Mentol menyala |
Jadual 4
c(i)
Nyatakan jenis ikatan dalam pembentukan plumbum(II) bromida dan zink.
2 marks
c(ii)
Berdasarkan Jadual 4, terangkan perbezaan pemerhatian bagi bahan-bahan tersebut.
8 marks
1020 marks
Rajah 14 menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi dua tindak balas pemendakan.
Rajah 14
Berdasarkan Rajah 14,
a(i)
Tindak balas yang manakah membebaskan tenaga haba ke persekitaran semasa tindak balas berlaku? Terangkan.
2 marks
a(ii)
Dalam Set I, apabila 50 cm^3^ larutan natrium klorida 1.0 mol dm^-3^ ditambahkan kepada 50 cm^3^ larutan plumbum(II) nitrat 1.0 mol dm^-3^, suhu meningkat sebanyak 3.5 °C. Tentukan bahan tindak balas yang manakah berlebihan. Hitungkan nilai *x*.
[Ketumpatan air = 1.0 g cm^-3^, muatan haba tentu air, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
5 marks
a(iii)
Ahmad menjalankan eksperimen Set II dengan menambahkan 50 cm^3^ larutan kalium karbonat 1.0 mol dm^-3^ ke dalam 50 cm^3^ larutan magnesium klorida 1.0 mol dm^-3^. Perubahan suhu dicatat dan seterusnya haba pemendakan bagi eksperimen tersebut dihitung. Akan tetapi, nilai haba pemendakan yang diperoleh tidak sama seperti dalam Rajah 14.
Nyatakan maksud haba pemendakan dan terangkan mengapa nilai haba pemendakan ini berbeza? Tuliskan persamaan termokimia bagi tindak balas ini. Nyatakan warna mendakan yang terbentuk dalam tindak balas ini.
4 marks
Jadual 5 menunjukkan bahan tindak balas yang digunakan oleh Jeffrey semasa menjalankan eksperimen untuk menentukan haba penyesaran kuprum.
| Set | Bahan tindak balas |
|---|---|
| I | Serbuk magnesium berlebihan + 50 cm^3^ larutan kuprum(II) nitrat 0.5 mol dm^-3^ |
| II | Serbuk ferum berlebihan + 50 cm^3^ larutan kuprum(II) nitrat 0.5 mol dm^-3^ |
Jadual 5
b(i)
Nyatakan dua pemerhatian daripada Set I.
2 marks
b(ii)
Bandingkan haba penyesaran Set I dan Set II. Terangkan.
3 marks
b(iii)
Rajah 15 menunjukkan perubahan warna larutan dalam Set II selepas tindak balas selesai.
Rajah 15
Terangkan perubahan warna larutan ini.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 16 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji penyesaran halogen daripada larutan halidanya oleh halogen X.
Rajah 16
a
Apakah maksud tindak balas redoks?
1 marks
b(i)
Cadangkan satu nama bagi halogen X.
1 marks
b(ii)
Tuliskan persamaan setengah pengoksidaan dan penurunan bagi proses yang berlaku.
2 marks
b(iii)
Namakan hasil tindak balas dan huraikan ujian kimia untuk mengesahkan hasil tindak balas tersebut.
4 marks
Rajah 17 menunjukkan susunan radas sel A dan sel B.
c(i)
Rajah 17
Bandingkan sel A dan sel B dari segi hasil yang terbentuk dan pemerhatian pada anod. Tuliskan setengah persamaan pada anod.
6 marks
c(ii)
Rumah Aminah terletak di kawasan persisiran pantai. Dia menghadapi masalah apabila kunci besi rumahnya sering perlu diganti kerana pengaratan berlaku dengan cepat di kawasan tersebut. Sebagai rakan Aminah, cadangkan satu cara bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan konsep elektrolisis.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open