Jadual 1 menunjukkan dua jenis kosmetik M dan N yang digunakan secara meluas oleh pengguna.
| Jenis kosmetik | Kegunaan |
|---|---|
| M | Sebagai pelembap kulit dan masker muka. |
| N | Sebagai deodoran dan minyak wangi. |
Jadual 1
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kosmetik?
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 1, kenal pasti jenis kosmetik M dan N.
M: …
N: …
2 marks
c
Terangkan mengapa nanoteknologi digunakan secara meluas dalam pembuatan bahan kosmetik.
2 marks
25 marks
Jadual 2 menunjukkan beberapa sifat fizik bagi unsur Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur.
| Unsur | Takat lebur (°C) | Takat didih (°C) | Jejari atom (nm) |
|---|---|---|---|
| Klorin, Cl | −101 | −34 | 0.099 |
| Bromin, Br | −7 | 59 | 0.114 |
| Iodin, I | 114 | 184 | 0.133 |
Jadual 2
a
Nyatakan nama lain bagi unsur Kumpulan 17.
1 marks
b
Nyatakan perubahan jejari atom apabila menuruni Kumpulan 17. Terangkan.
2 marks
c
Lukiskan susunan zarah bagi bromin pada suhu bilik. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagaimana zarah-zarah bromin disusun dan jarak antara zarah-zarah itu.)*
1 marks
d
Nyatakan **satu** langkah keselamatan yang harus diamalkan apabila mengendalikan klorin dan bromin di makmal.
1 marks
36 marks
Rajah 1 menunjukkan formula struktur polimer X yang digunakan untuk menghasilkan produk Y.
a(i)
Apakah maksud polimer?
1 marks
a(ii)
Lukis formula struktur bagi monomer yang membentuk polimer X. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam monomer dan ikatan antara atom-atom tersebut.)*
1 marks
Jadual 3 menunjukkan dua pemerhatian bagi keadaan lateks apabila ditambah bahan A dan bahan B.
| Bahan | Pemerhatian |
|---|---|
| A | Menggumpal |
| B | Tidak menggumpal |
Jadual 3
b(i)
Namakan bahan yang ditambah ke dalam cecair lateks.
Bahan A: …
Bahan B: …
2 marks
b(ii)
Terangkan secara ringkas proses penggumpalan lateks yang berlaku selepas terdedah kepada udara selama beberapa hari.
2 marks
47 marks
Rajah 2.1 menunjukkan satu alat yang lazim digunakan oleh pekerja binaan untuk memotong jubin.
a(i)
Nyatakan jenis seramik yang digunakan untuk menghasilkan jubin.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 2.1, namakan X dan nyatakan sifat X yang membolehkan ia digunakan untuk memotong jubin.
2 marks
Maya ingin memilih bekas yang sesuai untuk menyimpan jeruk buah. Rajah 2.2 menunjukkan bekas yang boleh digunakan untuk tujuan itu.
b(i)
Bekas manakah yang lebih sesuai? Wajarkan jawapan anda.
3 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** kekurangan bekas tersebut, berdasarkan jawapan anda di 4(b)(i).
1 marks
58 marks
Jadual 4 menunjukkan persamaan bagi dua tindak balas melibatkan oksida logam P dan logam Q. Formula empirik bagi oksida P dan oksida Q ditentukan melalui Kaedah I dan Kaedah II.
| Kaedah | Persamaan |
|---|---|
| I | H~2~ + PO $\rightarrow$ P + H~2~O |
| II | 2Q + O~2~ $\rightarrow$ 2QO |
Jadual 4
a
Apakah yang dimaksudkan dengan formula empirik?
1 marks
b
Cadangkan nama logam Q.
1 marks
c
Apabila 4.5 g unsur Q terbakar dengan lengkap menghasilkan 7.5 g oksida Q. Apakah formula empirik bagi oksida logam tersebut?
[Jisim atom relatif: Q = 24, O = 16]
4 marks
d
Kaedah yang manakah lebih sesuai digunakan untuk menentukan formula empirik bagi kuprum(II) oksida, CuO? Terangkan.
2 marks
69 marks
Rajah 3 menunjukkan satu model susunan radas untuk pengekstrakan logam dalam industri.
Berdasarkan Rajah 3,
a(i)
Namakan proses untuk mengekstrak logam daripada bijihnya.
1 marks
a(ii)
Bahan X ditambah untuk merendahkan takat lebur aluminium oksida. Apakah bahan X?
1 marks
a(iii)
Nyatakan **satu** kegunaan logam yang diekstrakkan.
1 marks
Rajah 4 menunjukkan susunan radas elektrolisis larutan kalium hidroksida dan larutan kalium klorida dengan menggunakan elektrod karbon.
Jadual 5 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai.
| Persamaan setengah sel | Keupayaan elektrod piawai, E°/V (298 K) |
|---|---|
| K^+^ + e $\rightleftharpoons$ K | −2.92 |
| 2H^+^ + 2e $\rightleftharpoons$ H~2~ | 0.00 |
| O~2~ + H~2~O + 4e $\rightleftharpoons$ 4OH^−^ | +0.40 |
| Cl~2~ + 2e $\rightleftharpoons$ 2Cl^−^ | +1.36 |
Jadual 5
Berdasarkan Rajah 4 dan Jadual 5,
b(i)
Nyatakan semua kation yang hadir dalam kedua-dua sel elektrolisis.
1 marks
b(ii)
Huraikan satu ujian kimia bagi menentusahkan hasil yang terbentuk pada elektrod Q dan S.
2 marks
b(iii)
Nyatakan nama hasil yang terbentuk pada elektrod R.
1 marks
b(iv)
Terangkan jawapan anda di 6(b)(iii).
2 marks
710 marks
Rajah 5 menunjukkan dua bahan api yang berlainan yang boleh didapati dengan mudah di semua stesen petrol seluruh Malaysia.
a(i)
Nyatakan maksud haba pembakaran.
1 marks
a(ii)
Bandingkan haba pembakaran bagi petrol dan diesel.
1 marks
a(iii)
Vishantan telah mengisi 2.28 liter petrol ke dalam tangki motosikalnya. Hitungkan haba yang terbebas jika petrol terbakar lengkap dalam oksigen berlebihan.
[Jisim molekul relatif petrol = 114; Anggap 1 liter bersamaan 1000 g]
3 marks
b
Jadual 6 menunjukkan nilai bahan api bagi beberapa jenis bahan api.
| Bahan api | Nilai bahan api (kJ g^-1^) |
|---|---|
| Petrol | 34 |
| Metanol | 30 |
| Gas asli | 50 |
| Gas hidrogen | 143 |
Jadual 6
Petrol telah digunakan secara meluas di dalam negara kita. Berdasarkan Jadual 6, pilih bahan api yang sesuai digunakan bagi menggantikan petrol. Wajarkan pilihan anda.
2 marks
c
Daziel dan rakan-rakan telah menyertai satu perkhemahan STEM. Mereka ditugaskan untuk memasak tanpa menggunakan api. Sebagai murid kimia, anda dikehendaki membantu Daziel untuk mereka cipta satu pek panas. Pilih bahan-bahan yang sesuai dan terangkan bagaimana ia berfungsi.
- Pek makanan
- Air
- Besen
- Ammonium nitrat
- Kalsium oksida
3 marks
810 marks
Rajah 6 menunjukkan kaedah penyediaan garam barium sulfat.
Berdasarkan Rajah 6,
a(i)
Namakan jenis tindak balas ini.
1 marks
a(ii)
Cadangkan larutan X dan Y yang digunakan di dalam tindak balas tersebut.
Larutan X: …
Larutan Y: …
2 marks
a(iii)
Tuliskan persamaan kimia untuk tindak balas tersebut.
2 marks
Satu eksperimen dijalankan untuk membina persamaan ion bagi pembentukan plumbum(II) iodida menggunakan kaedah perubahan berterusan.
- Isi padu tetap 5.00 cm^3^ larutan plumbum(II) nitrat, Pb(NO~3~)~2~ 0.5 mol dm^-3^ diisikan ke dalam setiap 8 tabung uji yang sama saiz.
- Isi padu yang berbeza larutan kalium iodida, KI 1.0 mol dm^-3^ ditambahkan ke dalam setiap tabung uji.
- Tinggi mendakan kuning plumbum(II) iodida yang terbentuk dalam setiap tabung uji diukur dan direkod. Satu graf tinggi mendakan melawan isi padu kalium iodida diplot.
Berdasarkan Rajah 7,
b(i)
Hitung bilangan mol ion iodida yang bertindak balas dengan 1 mol ion plumbum(II).
3 marks
b(ii)
Berdasarkan jawapan di 8(b)(i), bina persamaan ion bagi pembentukan plumbum(II) iodida.
1 marks
b(iii)
Terangkan mengapa kelapan-lapan tabung uji yang digunakan adalah bersaiz sama.
1 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 8.1 menunjukkan perwakilan piawai bagi tiga unsur W, X dan Y. Huruf-huruf ini bukan simbol sebenar unsur dalam Jadual Berkala Unsur.
$^{1}_{1}\mathrm{W} \qquad ^{16}_{8}\mathrm{X} \qquad ^{24}_{12}\mathrm{Y}$
Rajah 8.1
a(i)
Apakah maksud ikatan kovalen?
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 8.1, pilih dua jenis unsur yang berlainan untuk membentuk satu sebatian kovalen. Terangkan pembentukan sebatian tersebut, sertakan formula molekul dan rajah susunan elektron. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagi rajah susunan elektron: atom-atom yang terlibat, bilangan elektron dalam setiap petala setiap atom dan pasangan elektron yang dikongsi.)*
7 marks
b
Molekul ammonia boleh membentuk ikatan datif dengan ion hidrogen. Lukis struktur Lewis bagi ion yang terbentuk dan labelkan ikatan datif. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam ion, pasangan elektron di sekeliling atom pusat, cas ion dan ikatan yang dilabel.)*
2 marks
c
Rajah 8.2 dan 8.3 menunjukkan susunan radas dan pemerhatian bagi satu eksperimen untuk mengkaji kekonduksian elektrik dan takat lebur dua jenis sebatian.
Berdasarkan pemerhatian dalam Rajah 8.2 dan Rajah 8.3, nyatakan jenis sebatian bagi magnesium klorida dan asetamida. Jelaskan perbezaan pemerhatian bagi kedua-dua jenis sebatian ini berdasarkan aspek berikut:
- Kekonduksian elektrik
- Takat lebur
10 marks
1020 marks
a
Maklumat berikut menunjukkan dua situasi untuk melarutkan garam di dalam air.
- Situasi I: Garam halus lebih mudah larut di dalam air panas berbanding dengan air sejuk.
- Situasi II: Garam halus lebih mudah larut berbanding garam kasar di dalam air sejuk.
Berdasarkan situasi tersebut, nyatakan dua faktor yang terlibat. Dengan memilih salah satu situasi, jelaskan bagaimana faktor tersebut mempengaruhi keterlarutan garam.
4 marks
Jadual 7 menunjukkan tiga set eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji kadar tindak balas antara zink dengan asid nitrik.
| Set | Bahan tindak balas | Suhu (°C) |
|---|---|---|
| I | 9 g serbuk zink + 25 cm^3^ asid nitrik 0.2 mol dm^-3^ | 30 |
| II | 9 g serbuk zink + 25 cm^3^ asid nitrik 0.2 mol dm^-3^ | 50 |
| III | 9 g serbuk zink + 25 cm^3^ asid nitrik 0.2 mol dm^-3^ + larutan kuprum(II) sulfat | 30 |
Jadual 7
b(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara zink dan asid nitrik. Hitung isi padu maksimum gas yang terbebas dalam Set I.
[Jisim atom relatif: Zn = 65; Isi padu molar gas = 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
6 marks
b(ii)
Bandingkan kadar tindak balas bagi:
- Set I dan Set II
- Set I dan Set III
Terangkan jawapan anda berdasarkan Teori Perlanggaran.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 9.1 menunjukkan pertukaran sebatian P kepada sebatian Q. Sebatian P mempunyai formula molekul C~4~H~10~O.
Berdasarkan Rajah 9.1,
a(i)
- Nyatakan siri homolog bagi sebatian P.
- Sebatian P boleh membentuk isomer. Lukiskan formula struktur bagi **satu** isomer itu dan namakannya mengikut sistem penamaan IUPAC.
- Namakan tindak balas II dan lukis gambar rajah berlabel bagi menunjukkan susunan radas penyediaan sebatian Q dalam makmal. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: formula struktur isomer yang anda pilih (atom-atom dan ikatannya); dan bagi gambar rajah susunan radas: radas yang digunakan, kedudukan bahan, cara pemanasan dan pengumpulan hasil, serta label-labelnya.)*
6 marks
a(ii)
Tulis persamaan kimia seimbang bagi pembakaran lengkap 2.1 g sebatian P dan hitung isi padu gas karbon dioksida yang terhasil.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16; 1 mol bagi sebarang gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
5 marks
Rajah 9.2 menunjukkan formula struktur bagi sebatian organik M yang terkandung dalam losyen badan.
b
Dengan menggunakan bahan dan radas yang sesuai, huraikan penyediaan sebatian organik M di dalam makmal. Dalam penerangan anda, nyatakan pemerhatian bagi hasil yang terbentuk dan tulis persamaan kimia bagi tindak balas itu.
9 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open