Rajah 1 menunjukkan tindak balas antara kuprum(II) oksida dan gas hidrogen.
a
Nyatakan formula kimia bagi kuprum(II) oksida dan gas hidrogen.
Kuprum(II) oksida: …
Gas hidrogen: …
2 marks
b
Nyatakan warna bagi kuprum(II) oksida.
1 marks
c
Nyatakan maklumat kualitatif dan kuantitatif berdasarkan Rajah 1.
2 marks
25 marks
Jadual 1 adalah dua pasang cermin mata yang dibuat daripada dua jenis kaca berbeza.
| Kaca | Maklumat |
|---|---|
| A | - Dibuat daripada kaca silika terlakur<br>- Kekal lutsinar apabila terdedah kepada matahari |
| B | - Dibuat daripada kaca fotokromik<br>- Bertukar gelap apabila terdedah kepada matahari |
Jadual 1
a(i)
Nyatakan dua bahan pengukuhan yang digunakan dalam kaca fotokromik.
2 marks
a(ii)
Nyatakan kelebihan kaca fotokromik tersebut.
1 marks
Rajah 2 menunjukkan kereta api Maglev. Kereta api jenis elektrik ini boleh mencapai kelajuan sehingga 581 km/j.
b(i)
Nyatakan aloi yang digunakan dalam kereta api ini.
1 marks
b(ii)
Mengapakah aloi di 2(b)(i) sesuai digunakan?
1 marks
36 marks
Paip dan baju hujan diperbuat daripada polimer T. Formula struktur bagi polimer T ditunjukkan dalam Rajah 3.1.
a(i)
Apakah maksud polimer?
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama bagi monomer yang membentuk polimer T.
1 marks
Rajah 3.2 menunjukkan carta alir untuk penghasilan tayar kereta. Proses V dijalankan untuk meningkatkan kekenyalan getah asli.
b(i)
Cadangkan larutan U dan nyatakan nama proses V.
Larutan U: …
Proses V: …
2 marks
b(ii)
Bagaimanakah proses V boleh meningkatkan kekenyalan getah asli?
2 marks
47 marks
Persamaan berikut menunjukkan tindak balas penyediaan sabun di dalam makmal.
**Asid palmitik + Larutan J $\rightarrow$ Sabun K + Gliserol**
a(i)
Nyatakan nama bagi tindak balas penyediaan sabun.
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama larutan J jika sabun K ialah natrium palmitat.
1 marks
a(iii)
Pn Salmiah mendapati kotoran pada seluar sukan anaknya masih belum hilang selepas dicuci menggunakan sabun K dan air di rumahnya. Nyatakan nama bahan pencuci yang boleh digunakan bagi mengatasi masalahnya.
1 marks
Seorang pesakit yang berusia 12 tahun mengalami sakit kepala. Anda mempunyai dua pilihan ubat seperti Rajah 4 yang boleh diberikan kepada pesakit itu.
b(i)
Pilih ubat manakah yang lebih sesuai diberikan kepada pesakit itu dan nyatakan bagaimanakah ubat itu boleh diambil.
2 marks
b(ii)
Terangkan mengapa anda memilih ubat tersebut.
2 marks
58 marks
Unsur X terletak dalam Kumpulan 1 dan Kala 3 dalam Jadual Berkala Unsur. Rajah 5 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk mengkaji tindak balas antara unsur X dengan gas klorin.
a
Nyatakan warna bagi gas klorin.
1 marks
b
Nyatakan nama unsur X.
1 marks
c
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas ini.
2 marks
d
Hitungkan jisim hasil tindak balas yang terbentuk jika 0.5 mol X terbakar lengkap dalam gas klorin.
[Jisim molar hasil tindak balas: 58.5 g mol^-1^]
2 marks
e
Unsur X dan klorin terletak dalam kala yang sama di dalam Jadual Berkala Unsur. Bandingkan keelektronegatifan bagi unsur X dan klorin. Berikan satu sebab.
2 marks
69 marks
Jadual 2 menunjukkan dua eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
Jadual 2
a
Berikan satu faktor yang boleh mempengaruhi kadar tindak balas.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 2, nyatakan satu sebab mengapa isipadu akhir gas yang diperolehi dalam eksperimen I dan eksperimen II adalah sama.
Bandingkan kadar tindak balas bagi Eksperimen I dan Eksperimen II. Terangkan jawapan anda.
3 marks
710 marks
Rajah 6 menunjukkan carta alir tindak balas kimia bagi hidrokarbon P.
a
Nyatakan maksud hidrokarbon.
1 marks
b
Nyatakan siri homolog bagi hidrokarbon P.
1 marks
c(i)
Hidrokarbon P terbakar dengan lengkap dalam oksigen pada Tindak balas I dan menghasilkan jelaga. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas itu.
2 marks
c(ii)
Hitungkan peratus jisim karbon per molekul dalam hidrokarbon P.
[Jisim atom relatif: H = 1; C = 12]
1 marks
d
Kenal pasti P, Q dan Tindak balas III.
P: …
Q: …
Tindak balas III: …
3 marks
e
Huraikan secara ringkas bagaimana tindak balas III boleh dijalankan di dalam makmal.
2 marks
810 marks
Rajah 7 menunjukkan gambar rajah susunan radas pentitratan antara larutan kalium hidroksida dan asid sulfurik cair dengan menggunakan penunjuk S.
Berdasarkan Rajah 7,
a(i)
Nyatakan nama bagi radas R.
1 marks
a(ii)
Cadangkan satu penunjuk S.
1 marks
b
Dalam eksperimen ini, 10.00 cm^3^ asid sulfurik cair diperlukan untuk meneutralkan dengan lengkap 25.0 cm^3^ larutan kalium hidroksida 1.0 mol dm^-3^. Hitung kemolaran asid sulfurik cair.
4 marks
Jadual 3 menunjukkan asid etanoik, CH~3~COOH yang berada dalam tiga keadaan berbeza dan pemerhatian yang diperolehi apabila diuji dengan kertas litmus biru.
| Eksperimen | Keadaan asid etanoik | Pemerhatian |
|---|---|---|
| I | Asid etanoik dalam air | Kertas litmus biru bertukar merah |
| II | Asid etanoik dalam propanon | Tiada perubahan |
Jadual 3
c
Bandingkan perbezaan pemerhatian dalam eksperimen I dan eksperimen II.
2 marks
d
Huraikan secara ringkas bagaimana garam yang terhasil dalam Rajah 7 dapat dihablurkan.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 8 menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas antara argentum nitrat dan natrium klorida.
a(i)
Tuliskan formula kimia bagi argentum klorida dan nyatakan keterlarutan argentum klorida dalam air.
2 marks
a(ii)
Tuliskan dua pernyataan yang boleh ditafsir daripada Rajah 8.
2 marks
a(iii)
Cadangkan satu sebatian klorida yang lain untuk menggantikan natrium klorida untuk mendapatkan nilai haba pemendakan yang sama. Terangkan jawapan anda.
2 marks
Jadual 4 menunjukkan keputusan bagi tiga eksperimen yang berlainan antara larutan kuprum(II) sulfat dan zink berlebihan dalam eksperimen I dan eksperimen II, dan dengan argentum berlebihan dalam eksperimen III.
b(i)
Dengan membandingkan,
- eksperimen I dan eksperimen II, ramalkan nilai T~1~. Terangkan jawapan anda.
- eksperimen I dan eksperimen III, ramalkan nilai T~2~. Terangkan jawapan anda.
6 marks
b(ii)
Cadangkan satu logam lain yang dapat menyesarkan ion kuprum(II), Cu^2+^ dalam eksperimen I. Nyatakan satu pemerhatian dalam tindak balas yang berlaku.
2 marks
b(iii)
Hitung haba penyesaran kuprum oleh zink dalam eksperimen I. Tulis persamaan kimia yang terlibat.
[Muatan haba tentu larutan ialah 4.2 J g^-1^ °C^-1^ dan ketumpatan larutan ialah 1.0 g cm^-3^]
6 marks
1020 marks
Rajah 9 menunjukkan susunan elektron bagi atom unsur M dan atom unsur N yang terletak dalam kumpulan yang sama tetapi kala yang berbeza dalam Jadual Berkala Unsur.
Berdasarkan Rajah 9,
a(i)
Nyatakan maksud bagi kumpulan dan kala. Nyatakan kumpulan dan kala di mana terletaknya unsur N dalam Jadual Berkala Unsur.
4 marks
a(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara unsur M dan gas oksigen. Hitungkan jisim hasil tindak balas yang diperoleh jika 1200 cm^3^ gas oksigen digunakan dalam tindak balas tersebut.
[Jisim atom relatif: O = 16, M = 23; Isi padu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
6 marks
Jadual 5 menunjukkan maklumat bagi atom unsur-unsur P, Q dan R.
| Unsur | P | Q | R |
|---|---|---|---|
| Nombor proton | 6 | 11 | 8 |
Jadual 5
Berdasarkan Jadual 5,
b
Pilih dua unsur yang boleh bertindak balas untuk membentuk dua jenis sebatian:
(i) Sebatian yang mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah,
(ii) Sebatian yang boleh mengalirkan arus elektrik dalam keadaan leburan dan akueus,
dan huraikan pembentukan ikatan bagi kedua-dua sebatian itu.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 10 menunjukkan gabungan satu sel kimia dan sel elektrolisis.
Rajah 10
Jadual 6 menunjukkan sebahagian daripada nilai keupayaan elektrod piawai bagi beberapa jenis ion.
| Tindak balas sel setengah | E^0^ (V) (298 K) |
|---|---|
| Zn^2+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Zn | −0.76 |
| 2H^+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ H~2~ | 0.00 |
| Cu^2+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Cu | +0.34 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e^-^ $\rightleftharpoons$ 4OH^-^ | +0.40 |
| S~2~O~8~^2-^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ 2SO~4~^2-^ | +2.01 |
Jadual 6
a
Nyatakan warna larutan kuprum(II) sulfat. Berdasarkan Rajah 10 dan Jadual 6, kenal pasti terminal negatif dalam Sel I dan terangkan jawapan anda.
3 marks
b
Berdasarkan Sel I, tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas yang berlaku di zink dan di kuprum. Dengan merujuk Jadual 6, hitungkan nilai voltan sel, E^0^~sel~ bagi Sel I.
4 marks
c
Berdasarkan Sel II, terangkan tindak balas yang berlaku di elektrod X dari aspek-aspek berikut:
- Ion-ion yang tertarik ke elektrod X
- ion yang dioksidakan dan sebab
- pemerhatian
- hasil yang terbentuk
5 marks
Rajah 11 menunjukkan perbualan antara dua orang pelajar.
> **Pelajar A:** Nampaknya, kunci besi saya ini sudah mula menunjukkan tanda-tanda berkarat. Apa yang boleh saya lakukan untuk menghalang proses pengaratan ini?
>
> **Pelajar B:** Mungkin awak boleh mengecatnya ataupun menyapukan gris pada kawasan yang berkarat itu.
Rajah 11
d(i)
Gunakan maklumat di atas dan pilih kaedah yang lebih sesuai digunakan untuk mencegah pengaratan. Wajarkan jawapan anda.
2 marks
d(ii)
Selepas beberapa bulan, Pelajar A mendapati kunci besinya sudah mula berkarat. Dengan mengubahsuai Sel II, huraikan secara ringkas satu kaedah lain yang boleh dijalankan oleh pelajar itu untuk menghalang proses pengaratan daripada terus berlaku. Sertakan rajah berlabel dalam jawapan anda.
*(Huraikan rajah berlabel anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan, bagaimana ia disambungkan dalam litar, dan label setiap bahagian.)*
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open