Rajah 1 menunjukkan susunan elektron bagi dua jenis sebatian yang berbeza.
a
Apakah tujuan sesuatu atom menderma elektron?
1 marks
Berdasarkan Rajah 1:
b(i)
Tuliskan formula kimia bagi sebatian A.
1 marks
b(ii)
Nyatakan jenis ikatan yang terbentuk dalam sebatian B.
1 marks
b(iii)
Tuliskan susunan elektron bagi atom Q.
1 marks
b(iv)
Sebatian yang manakah larut di dalam pelarut organik?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan formula struktur bagi kafeina.
a
Apakah maksud formula molekul?
1 marks
Berdasarkan Rajah 2,
b(i)
Namakan semua unsur yang terdapat dalam kafeina.
1 marks
b(ii)
Tuliskan formula molekul dan formula empirik bagi kafeina.
Formula molekul bagi kafeina: …
Formula empirik bagi kafeina: …
2 marks
c
Nyatakan jenis zarah yang wujud dalam kafeina.
1 marks
36 marks
Jadual 3.1 menunjukkan bilangan proton dan bilangan neutron bagi atom R, S dan T.
| Atom | Bilangan proton | Bilangan neutron |
|---|---|---|
| R | 12 | 13 |
| S | 14 | 15 |
| T | 14 | 16 |
Jadual 3.1
a
Nyatakan tiga zarah subatom dalam suatu atom.
1 marks
Berdasarkan Jadual 3.1:
b(i)
Mengapakah atom S dan T mempunyai sifat kimia yang sama?
1 marks
b(ii)
Lukiskan susunan elektron bagi ion R.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: nukleus, bilangan petala, bilangan elektron dalam setiap petala dan cas ion.)*
2 marks
c
Jadual 3.2 menunjukkan maklumat mengenai klorin. Klorin mengandungi dua isotop. Berdasarkan maklumat yang diberi, hitungkan nombor nukleon isotop Cl-y.
[Jisim atom relatif: Cl = 35.5]
| Isotop | Kelimpahan semula jadi |
|---|---|
| Cl-35 | 75% |
| Cl-y | 25% |
Jadual 3.2
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan perwakilan piawai bagi atom-atom unsur X dan Y. Huruf yang digunakan bukan simbol sebenar unsur tersebut.
$^{23}_{11}\text{X}$ $\qquad$ $^{39}_{19}\text{Y}$
Rajah 4
a
Nyatakan bagaimana unsur-unsur disusun dalam Jadual Berkala Unsur.
1 marks
Berdasarkan Rajah 4:
b(i)
Kenal pasti kumpulan bagi unsur X dan Y di dalam Jadual Berkala Unsur.
1 marks
b(ii)
Berikan sebab bagi jawapan di 4(b)(i).
1 marks
0.2 mol unsur Y dimasukkan ke dalam sebuah kelalang kon yang berisi air dan gas yang terbebas dikumpulkan.
c(i)
Tulis persamaan kimia untuk menunjukkan tindak balas ini.
2 marks
c(ii)
Hitung isipadu maksimum bagi gas yang terbebas.
[Isipadu molar: 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
2 marks
58 marks
Dua set eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Jadual 5 menunjukkan masa yang diambil bagi mengumpul 40 cm^3^ gas hidrogen.
| Set | Bahan tindak balas | Masa yang diambil untuk mengumpul 40 cm^3^ gas hidrogen (s) |
|---|---|---|
| I | Serbuk zink berlebihan + 25 cm^3^ asid HX 0.2 mol dm^-3^ | 90 |
| II | Serbuk zink berlebihan + 25 cm^3^ asid H~2~Y 0.2 mol dm^-3^ | 40 |
Jadual 5
a
Nyatakan perubahan lain yang boleh diukur selain daripada isi padu gas untuk menentukan kadar tindak balas dalam eksperimen ini.
1 marks
b
Rajah 5 menunjukkan graf isipadu gas hidrogen melawan masa bagi Set II.
Lakar dan labelkan lengkung bagi Set I pada paksi yang sama dalam Rajah 5 apabila tindak balas telah lengkap.
*(Huraikan lakaran graf anda dalam perkataan: kecerunan awal lengkung Set I berbanding Set II, masa lengkung Set I mencapai 40 cm^3^ dan aras akhir lengkung Set I berbanding Set II.)*
1 marks
c(i)
Tuliskan persamaan ion bagi eksperimen ini.
2 marks
c(ii)
Hitung kadar tindak balas purata bagi mengumpul 40 cm^3^ gas dalam Set I dan Set II.
Set I: …
Set II: …
2 marks
c(iii)
Bandingkan kadar tindak balas bagi Set I dan Set II. Terangkan.
2 marks
69 marks
Jadual 6 menunjukkan maklumat mengenai sebatian karbon X, Y dan Z apabila bertindak balas dengan larutan kalium manganat(VII), KMnO~4~ berasid dan serbuk natrium karbonat.
| Sebatian | Bilangan atom karbon | Siri homolog | Tindak balas dengan larutan KMnO~4~ berasid | Tindak balas dengan natrium karbonat |
|---|---|---|---|---|
| X | 4 | Alkena | √ | X |
| Y | 3 | Asid karboksilik | X | √ |
| Z | 6 | Alkohol | √ | X |
Jadual 6
a
Apakah formula am alkena?
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 6, namakan sebatian Z.
1 marks
0.5 mol sebatian Y bertindak balas dengan serbuk natrium karbonat berlebihan dan menghasilkan natrium propanoat, air dan gas karbon dioksida.
c(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas ini.
2 marks
c(ii)
Hitungkan bilangan molekul gas karbon dioksida yang dihasilkan.
[Pemalar Avogadro: 6.02 × 10^23^ mol^-1^]
2 marks
d
Nyatakan pemerhatian bagi tindak balas sebatian X dan Z terhadap larutan kalium manganat(VII) berasid dan bandingkan tindak balas yang berlaku dalam sebatian X dan Z.
3 marks
710 marks
Rajah 7 menunjukkan tiub-U berisi larutan ferum(II) sulfat, FeSO~4~ dan larutan kalium dikromat(VI), K~2~Cr~2~O~7~ berasid.
Berdasarkan Rajah 7,
a(i)
Kenal pasti anod dan katod.
Anod: …
Katod: …
2 marks
a(ii)
Tuliskan persamaan setengah untuk menyokong jawapan anda di 7(a)(i).
Anod: …
Katod: …
3 marks
b
Kenal pasti agen penurunan dan cadangkan bahan lain yang boleh menggantikan agen penurunan tersebut.
2 marks
c
Tandakan arah pengaliran elektron pada Rajah 7.
*(Huraikan dalam perkataan: arah pengaliran elektron — dari elektrod mana ke elektrod mana dan melalui apa.)*
1 marks
d
Murid diminta menjalankan eksperimen yang sama tanpa menggunakan tiub-U. Lukis susunan radas bagi eksperimen tersebut dengan menggunakan radas yang sesuai.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas yang digunakan, bagaimana kedua-dua larutan diasingkan atau disambungkan, elektrod, litar luar dan label setiap bahagian.)*
2 marks
810 marks
Polimer boleh dikelaskan sebagai polimer semulajadi dan polimer sintetik. Rajah 8.1 menunjukkan formula struktur bagi suatu polimer.
Berdasarkan Rajah 8.1,
a(i)
Nyatakan jenis polimer tersebut.
1 marks
a(ii)
Lukis formula struktur monomer bagi polimer dalam Rajah 8.1.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam monomer dan ikatan antara atom-atom tersebut.)*
1 marks
a(iii)
Tuliskan persamaan kimia bagi pembentukan polimer dalam Rajah 8.1.
2 marks
a(iv)
Nyatakan **satu** contoh objek yang diperbuat daripada bahan yang sama seperti Rajah 8.1.
1 marks
b
Jadual 8.1 menunjukkan keputusan bagi eksperimen yang dijalankan ke atas lateks.
| Prosedur | Pemerhatian |
|---|---|
| Bahan P ditambahkan kepada lateks. | Lateks menggumpal dengan cepat. |
| Bahan Q ditambahkan kepada lateks. | Tiada perubahan |
Jadual 8.1
Berdasarkan Jadual 8.1, cadangkan bahan P dan Q.
P: …
Q: …
2 marks
c
Jadual 8.2 menunjukkan maklumat bagi dua jenis penyedut minuman yang terdapat dalam suatu restoran diperbuat daripada polimer berbeza.
| Penyedut minuman S | Penyedut minuman T |
|---|---|
| Diperbuat daripada selulosa | Diperbuat daripada pecahan petroleum |
Jadual 8.2
Anda sebagai pencinta alam sekitar, penyedut minuman manakah menjadi pilihan anda dalam penggunaan kehidupan seharian? Wajarkan jawapan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan dua set susunan radas eksperimen yang dijalankan oleh seorang pelajar untuk mengkaji haba penyesaran kuprum daripada larutan kuprum(II) sulfat.
a(i)
Nyatakan maksud haba penyesaran.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan perubahan suhu, nyatakan jenis tindak balas bagi Set I.
1 marks
a(iii)
Cadangkan logam W bagi Set II dan nyatakan warna enapan yang terhasil.
2 marks
a(iv)
Hitungkan haba penyesaran bagi Set I dan Set II.
[Diberi muatan haba tentu bagi larutan, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
6 marks
Jadual 9 menunjukkan data yang diperolehi daripada dua set eksperimen untuk menentukan haba pemendakan.
| Set | Eksperimen | Haba pemendakan (kJ mol^-1^) |
|---|---|---|
| I | 25 cm^3^ larutan barium klorida 0.5 mol dm^-3^ + 25 cm^3^ larutan zink sulfat 0.5 mol dm^-3^ | −42.0 |
| II | 25 cm^3^ larutan kalium karbonat 0.5 mol dm^-3^ + 25 cm^3^ larutan magnesium klorida 0.5 mol dm^-3^ | +23.1 |
Jadual 9
Berdasarkan Jadual 9,
b(i)
terangkan perbezaan haba pemendakan bagi Set I dan Set II. Penerangan anda mesti merangkumi:
- Perubahan suhu
- Jumlah kandungan tenaga
- Perubahan tenaga haba semasa pemecahan ikatan dan pembentukan ikatan
Tuliskan persamaan termokimia bagi Set I dan lukiskan gambar rajah aras tenaga bagi Set II.
*(Huraikan gambar rajah aras tenaga anda dalam perkataan: paksi tenaga, kedudukan aras bahan tindak balas dan aras hasil tindak balas, bahan yang ditulis pada setiap aras dan nilai ΔH.)*
7 marks
b(ii)
Nilai haba pemendakan semasa eksperimen selalunya lebih rendah berbanding nilai teori. Mengapakah ini berlaku dan apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah ini.
3 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan contoh kegunaan seramik.
a(i)
Berikan satu sifat asas seramik bagi Produk A. Nyatakan jenis seramik bagi Produk B.
2 marks
a(ii)
Seramik digunakan dalam bidang perubatan secara meluas. Berikan satu contoh dan kegunaannya.
2 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan susunan atom dalam dua jenis bahan, A dan B. Bahan B lebih sesuai daripada bahan A untuk membuat badan kereta.
Nyatakan nama bagi bahan B dan atom X. Berdasarkan susunan atom, terangkan mengapa bahan B lebih sesuai untuk membuat badan kereta.
5 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan perbualan antara Aileen dan ibunya.
> **Aileen:** Mama, boleh tak kita bekalkan nenek snek ini sewaktu nenek menunaikan umrah nanti?
>
> **Ibu:** Snek ini tidak sesuai untuk nenek. Snek ini mengandungi bahan seperti gula, minyak, tepung gandum, lesitin, serbuk koko dan susu.
Rajah 10.3
Berdasarkan perbualan di atas, snek tersebut mengandungi beberapa jenis bahan tambah makanan. Nyatakan maksud bahan tambah makanan. Nyatakan satu jenis bahan tambah makanan dalam snek tersebut beserta fungsinya. Sekiranya nenek tersebut menghidapi penyakit diabetes, apakah bahan lain yang boleh menggantikan gula? Terangkan mengapa.
5 marks
d
Rajah 10.4 menunjukkan pemerhatian apabila menggunakan agen pencuci yang berbeza.
Berdasarkan maklumat dalam Rajah 10.4,
- Kenal pasti bahan X, Y dan Z.
- Terangkan perbezaan pemerhatian antara Set I dan Set II.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Rajah 11.1 menunjukkan satu radas penting yang digunakan dalam penyediaan larutan piawai.
Nyatakan maksud larutan piawai. Nyatakan dua parameter yang mesti disukat dengan tepat apabila larutan piawai disediakan dengan menggunakan radas di atas.
3 marks
b
Seorang murid ingin menyediakan 100 cm^3^ larutan piawai natrium karbonat, Na~2~CO~3~ 0.5 mol dm^-3^. Kira jisim natrium karbonat, Na~2~CO~3~ yang diperlukan untuk menyediakan larutan piawai tersebut. Larutan piawai tersebut kemudiannya digunakan untuk menyediakan larutan natrium karbonat, Na~2~CO~3~ yang lebih cair melalui kaedah pencairan. Tentukan isi padu air suling yang perlu ditambah kepada 50 cm^3^ larutan piawai itu supaya dapat menghasilkan larutan natrium karbonat, Na~2~CO~3~ 0.2 mol dm^-3^.
[Jisim atom relatif: Na = 23, O = 16, C = 12]
4 marks
c
Rajah 11.2 di bawah menunjukkan satu carta alir bagi menyediakan mendakan kuning V dari pepejal putih R.
Pepejal S dan gas T adalah hasil tindak balas apabila pepejal R dipanaskan. Gas T yang terhasil boleh mengeruhkan air kapur. Berdasarkan Rajah 11.2, kenal pasti pepejal putih R, pepejal S, gas T, garam U dan mendakan kuning V.
5 marks
d
Farid mendapati tanaman jagung di ladangnya tidak subur. Pegawai pertanian mengesyorkan penggunaan baja ammonium nitrat untuk mengatasi masalah tersebut.
Anda dikehendaki untuk menyediakan baja ammonium nitrat di dalam makmal. Dengan menggunakan bahan dan radas yang sesuai, rancangkan satu eksperimen untuk menyediakan baja tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open