Rajah 1 menunjukkan satu pingat yang diperbuat daripada gangsa.
a
Namakan unsur yang ditambah kepada kuprum untuk membentuk gangsa.
1 marks
b
Lukis susunan atom dalam gangsa.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: jenis-jenis atom yang dilukis, saiz relatif dan susunannya, serta label bagi setiap jenis atom.)*
2 marks
c
Mengapakah gangsa adalah lebih sesuai untuk membuat pingat berbanding dengan kuprum?
1 marks
d
Namakan satu aloi lain bagi kuprum.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan lengkung pemanasan pada ais.
a
Nyatakan jenis zarah dalam ais.
1 marks
b
Apakah maksud takat lebur?
1 marks
c
Nyatakan keadaan fizik bagi ais semasa proses peleburan.
1 marks
d
Mengapakah suhu kekal malar di antara B dan C walaupun pemanasan diteruskan?
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan struktur grafen yang digunakan dalam satu industri. Grafen adalah bahan yang terpenting dalam bidang nanosains dan nanoteknologi kerana saiznya yang berukuran 0.1 nm.
a
Apakah maksud nanoteknologi?
1 marks
b
Namakan satu bidang yang menggunakan grafen.
1 marks
c
Nyatakan satu sifat fizik bagi grafen.
1 marks
d
Apakah ciri istimewa bagi grafen yang menjadikannya sesuai dalam penghasilan sensor?
1 marks
e
Berdasarkan Rajah 3, namakan atom X dan jenis ikatan terbentuk.
Nama atom X: …
Jenis ikatan: …
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan dua kaedah yang digunakan untuk menentukan formula empirik bagi oksida logam X dan oksida logam Y.
a
Apakah maksud formula empirik?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 4, cadangkan kaedah yang manakah sesuai digunakan untuk menentukan formula empirik bagi
Magnesium oksida: …
Oksida plumbum: …
2 marks
Jadual 1 menunjukkan maklumat yang diperolehi dari satu eksperimen menggunakan Kaedah II dalam Rajah 4.
| Perkara | Jisim (g) |
|---|---|
| Salur kaca | 4.128 |
| Salur kaca + oksida logam Y | 4.318 |
| Salur kaca + logam Y | 4.280 |
c(i)
Tentukan formula empirik bagi oksida Y.
[Jisim atom relatif: O = 16, Y = 64]
3 marks
c(ii)
Gas hidrogen dialirkan selama 10 saat sebelum pemanasan dimulakan. Jelaskan mengapa.
1 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen untuk mengkaji sifat keasidan asid oksalik.
a(i)
Nyatakan maksud asid.
1 marks
a(ii)
Terangkan perbezaan bagi pemerhatian antara Eksperimen I dengan Eksperimen II.
1 marks
Asid A adalah asid monoprotik. Asid A yang telah dicelup dengan pH meter telah memberi bacaan pH 1.
b(i)
Cadangkan asid A.
1 marks
b(ii)
25 cm^3^ asid A melengkapkan peneutralan 50 cm^3^ larutan natrium hidroksida, NaOH 0.5 mol dm^-3^. Dengan menggunakan asid A yang dinamakan di 5(b)(i), tulis persamaan kimia seimbang bagi tindak balas peneutralan itu. Seterusnya tentukan kepekatan asid A.
3 marks
c
Rajah 5.1 menunjukkan Sarah telah disengat oleh seekor lebah di lengannya semasa berada di kawasan rumahnya.
Cadangkan apakah bahan yang ada di rumah Sarah yang boleh digunakan untuk rawatan awal. Wajarkan penggunaan bahan tersebut.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan formula struktur bagi dua hidrokarbon.
a(i)
Nyatakan maksud isomer.
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama sebatian X dan sebatian Y dengan menggunakan penamaan IUPAC.
Sebatian X: …
Sebatian Y: …
2 marks
a(iii)
Lukis formula struktur untuk satu lagi isomer sebatian X.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan dan susunan atom karbon, atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon dan jenis ikatan.)*
1 marks
Hidrokarbon X dan Y menghasilkan jelaga apabila terbakar.
b(i)
Bandingkan kejelagaan nyalaan semasa pembakaran hidrokarbon X dan Y dalam keadaan gas oksigen berlebihan.
1 marks
b(ii)
Terangkan mengapa terdapat perbezaan kejelagaan hidrokarbon X dan Y.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1]
2 marks
Pengusaha sebuah kilang gula-gula ingin mengeluarkan gula-gula berperisa pir. Seorang ahli kimia di kilang tersebut diarahkan untuk menyediakan satu sampel ester dengan perisa pir melalui tindak balas pengesteran antara alkohol Q dengan sebatian R. Rajah 6.2 menunjukkan langkah penyediaan sampel ester tersebut di dalam makmal.
c(i)
Berdasarkan Rajah 6.2, tulis satu persamaan kimia bagi tindak balas pengesteran antara alkohol Q dengan sebatian R.
1 marks
c(ii)
Wajarkan penggunaan ester dalam gula-gula.
1 marks
710 marks
Rajah 7 menunjukkan gabungan satu sel kimia dengan satu sel elektrolisis.
a
Apakah maksud elektrolisis?
1 marks
Merujuk kepada Sel I,
b(i)
nyatakan semua ion yang hadir dalam larutan natrium klorida.
1 marks
b(ii)
nyatakan pemerhatian di anod.
1 marks
Merujuk kepada Sel II dan keupayaan elektrod piawai, E° bagi setengah sel di bawah:
- Mg^2+^(ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Mg(p) E° = −2.38 V
- Cu^2+^(ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Cu(p) E° = +0.34 V
kenal pasti terminal negatif dan terminal positif bagi sel tersebut.
c(i)
Terminal negatif:
1 marks
c(ii)
Terminal positif:
1 marks
d(i)
Ubah suai Sel II di Rajah 7 supaya dapat berfungsi sebagai sel Daniell. Anda dibekalkan dengan bahan tambahan iaitu larutan magnesium sulfat 1.0 mol dm^-3^ dan larutan asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^ beserta radas lain yang bersesuaian.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bekas dan larutan yang digunakan, elektrod dalam setiap larutan, bagaimana kedua-dua larutan dihubungkan, sambungan wayar dan label.)*
2 marks
d(ii)
Tuliskan notasi sel dan hitungkan voltan sel bagi sel Daniell dalam (d)(i).
Notasi sel: …
Voltan sel: …
3 marks
810 marks
Jadual 2 menunjukkan maklumat bagi eksperimen I, eksperimen II dan eksperimen III.
| Eksperimen | Keadaan bahan tindak balas | Masa yang diambil untuk mengumpul 40 cm^3^ gas (s) |
|---|---|---|
| I | Ketulan zink berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.2 mol dm^-3^ | 90 |
| II | Serbuk zink berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.2 mol dm^-3^ | 55 |
| III | Serbuk zink berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.2 mol dm^-3^ + larutan kuprum(II) sulfat | 30 |
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam Jadual 2:
a
Nyatakan maksud kadar tindak balas dalam eksperimen ini.
1 marks
b(i)
Eksperimen yang manakah menunjukkan kadar tindak balas paling tinggi?
1 marks
b(ii)
Hitung kadar tindak balas purata di b(i).
1 marks
c
Nyatakan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas bagi eksperimen II dan III.
1 marks
d
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara zink dan asid hidroklorik.
2 marks
e
Bandingkan kadar tindak balas bagi eksperimen I dan eksperimen II. Dengan menggunakan teori pelanggaran, terangkan jawapan anda.
4 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 8 menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi dua tindak balas pemendakan.
Berdasarkan Rajah 8,
a(i)
Tindak balas yang manakah membebaskan tenaga haba ke persekitaran semasa tindak balas berlaku? Terangkan.
2 marks
a(ii)
Dalam Set I, apabila 50 cm^3^ larutan natrium klorida 1.0 mol dm^-3^ ditambahkan kepada 50 cm^3^ larutan plumbum(II) nitrat 1.0 mol dm^-3^, suhu meningkat sebanyak 3.5 °C. Tentukan bahan tindak balas yang manakah berlebihan. Hitungkan nilai x.
[Ketumpatan air = 1.0 g cm^-3^, muatan haba tentu air, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
5 marks
a(iii)
Ahmad menjalankan eksperimen Set II dengan menambahkan 50 cm^3^ larutan kalium karbonat 1.0 mol dm^-3^ ke dalam 50 cm^3^ larutan magnesium klorida 1.0 mol dm^-3^. Perubahan suhu dicatat dan seterusnya haba pemendakan bagi eksperimen tersebut dihitung. Akan tetapi, nilai haba pemendakan yang diperoleh tidak sama seperti dalam Rajah 8.
Nyatakan maksud haba pemendakan dan terangkan mengapa nilai haba pemendakan ini berbeza. Tuliskan persamaan termokimia bagi tindak balas ini. Nyatakan warna mendakan yang terbentuk dalam tindak balas ini.
5 marks
Jadual 3 menunjukkan bahan tindak balas yang digunakan oleh Jeffrey semasa menjalankan eksperimen untuk menentukan haba penyesaran kuprum.
| Set | Bahan tindak balas |
|---|---|
| I | Serbuk magnesium berlebihan + 50 cm^3^ larutan kuprum(II) nitrat 0.5 mol dm^-3^ |
| II | Serbuk ferum berlebihan + 50 cm^3^ larutan kuprum(II) nitrat 0.5 mol dm^-3^ |
b(i)
Nyatakan dua pemerhatian daripada Set I.
2 marks
b(ii)
Bandingkan haba penyesaran Set I dan Set II. Terangkan.
2 marks
b(iii)
Rajah 9 menunjukkan perubahan warna larutan dalam Set II selepas tindak balas selesai.
Terangkan perubahan warna larutan ini.
4 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan susunan elektron bagi atom unsur X dan unsur Y yang terletak dalam kumpulan yang sama dalam Jadual Berkala Unsur. Berdasarkan Rajah 10.1,
a(i)
Nyatakan maksud bagi elektron valens dan nyatakan kumpulan di mana terletaknya unsur X dan unsur Y dalam Jadual Berkala Unsur.
2 marks
a(ii)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara unsur X dan gas oksigen. Hitung jisim hasil tindak balas yang diperoleh jika 1200 cm^3^ gas oksigen digunakan dalam tindak balas tersebut.
[Jisim atom relatif: O = 16, X = 23; Isipadu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
5 marks
a(iii)
Unsur X dan unsur Y menunjukkan sifat kimia yang sama tetapi dengan kereaktifan yang berbeza. Bandingkan kereaktifan unsur X dan unsur Y. Terangkan jawapan anda.
3 marks
Rajah 10.2 menunjukkan susunan elektron bagi sebatian A dan sebatian B.
b(i)
Berdasarkan Rajah 10.2, apakah maksud bagi kation?
1 marks
b(ii)
Unsur R bertindak balas dengan unsur P membentuk sebatian A manakala membentuk sebatian B apabila ia bertindak balas dengan unsur Q. Tentukan jenis ikatan yang terbentuk dalam sebatian A dan sebatian B. Terangkan pembentukan bagi salah satu sebatian sama ada sebatian A atau sebatian B.
7 marks
b(iii)
Takat lebur sebatian B adalah lebih tinggi daripada sebatian A. Terangkan mengapa.
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan ubat gigi yang digunakan untuk menjaga kesihatan gigi.
a(i)
Apakah maksud peneutralan?
1 marks
a(ii)
Bagaimana ubat gigi dalam Rajah 11.1 dapat membantu untuk menjaga kesihatan gigi?
2 marks
b
Rajah 11.2 menunjukkan pepejal natrium hidroksida.
Suatu sampel pepejal natrium hidroksida, NaOH dilarutkan dalam air suling untuk menyediakan 100 cm^3^ larutan berkepekatan 0.5 mol dm^-3^ dengan nilai pH 13.7. Hitungkan jisim natrium hidroksida yang perlu digunakan.
Kemudian, larutan tersebut dicairkan bagi menghasilkan larutan baharu berkepekatan 0.1 mol dm^-3^ dengan nilai pH 13. Hitung isipadu air suling yang perlu ditambah ke dalam larutan tersebut.
[Jisim atom relatif: H = 1, O = 16, Na = 23]
4 marks
c
Tiga keping pita magnesium yang berukuran 3 cm telah dimasukkan ke dalam tiga jenis asid berlainan yang berkepekatan 1.0 mol dm^-3^. Jadual 4 menunjukkan keputusan eksperimen.
Pada pendapat anda, mengapa terdapat perbezaan pemerhatian bagi tindak balas di atas? Berikan contoh yang sesuai bagi asid P dan R.
5 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan carta pai jenis mineral dan kandungannya dalam air lombong bijih timah T.
T adalah lombong bijih timah yang telah berhenti beroperasi. T terletak berhampiran kawasan pertanian. Air daripada lombong ini berbau sengit dan tidak selamat untuk diminum kerana mengandungi logam berat dan baja daripada kawasan pertanian akibat daripada proses larut lesap serta membentuk enapan.
Pada pendapat anda, mengapakah air tersebut berbau sengit dan apakah nama bahan yang terkandung di dalam enapan tersebut? Bagaimanakah anda ingin membuktikan bahawa air tersebut mengandungi ion-ion yang membentuk sebatian seperti yang anda nyatakan di dalam enapan dan dalam bahan yang menyebabkan air berbau busuk?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open