Rajah 1 menunjukkan produk kosmetik yang dapat memberikan penampilan yang cantik serta meningkatkan keyakinan seseorang.
a
Nyatakan maksud kosmetik.
1 marks
b
Nyatakan dua jenis bahan asas dalam pembuatan kosmetik.
2 marks
c(i)
Aida disahkan mengalami kerosakan buah pinggang oleh doktor disebabkan oleh penggunaan produk kosmetik.
Cadangkan satu bahan kimia terlarang yang ada dalam produk kosmetik tersebut.
1 marks
c(ii)
Nyatakan satu lagi kesan sampingan penggunaan bahan kimia dalam (c)(i).
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan perwakilan piawai bagi unsur-unsur dalam kumpulan 17.
| Fluorin | Klorin | Bromin | Iodin |
|---|---|---|---|
| $^{19}_{9}\text{F}$ | $^{35}_{17}\text{Cl}$ | $^{80}_{35}\text{Br}$ | $^{127}_{53}\text{I}$ |
Rajah 2
a
Apakah nama kumpulan 17?
1 marks
b
Nyatakan warna gas klorin.
1 marks
c
Antara unsur-unsur dalam Rajah 2, yang manakah digunakan sebagai bahan dalam pemadam api?
1 marks
d
Atom fluorin lebih kecil daripada atom klorin.
Terangkan mengapa fluorin lebih mudah membentuk ion negatif berbanding atom klorin.
2 marks
36 marks
Jadual 1 menunjukkan takat lebur dan takat didih bagi tiga bahan.
| Bahan | Takat lebur (°C) | Takat didih (°C) |
|---|---|---|
| P | 80 | 218 |
| R | −101.0 | −35.0 |
| S | 801.0 | 1413.0 |
Jadual 1
a
Apakah yang dimaksudkan dengan takat beku?
1 marks
b
Nyatakan bahan yang wujud dalam keadaan gas pada suhu 10 °C.
1 marks
c(i)
Lakarkan graf suhu melawan masa bagi bahan P apabila ia disejukkan daripada suhu 70 °C sehingga mencapai suhu 30 °C.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label paksi, bentuk lengkung dari awal hingga akhir, dan nilai suhu yang ditanda pada paksi.)*
2 marks
c(ii)
Lukiskan susunan radas bagi proses penyejukan bahan P.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas yang digunakan, bagaimana radas disusun, dan label setiap bahagian.)*
2 marks
47 marks
Rajah 3 menunjukkan carta alir bagi lateks yang dikumpulkan daripada pokok getah dan digunakan untuk menghasilkan lateks dalam bentuk pepejal dan cecair.
a(i)
Getah asli (lateks) merupakan polimer semulajadi yang dinamakan poliisoprena.
Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
a(ii)
Namakan proses II.
1 marks
a(iii)
Nyatakan satu contoh bahan X.
1 marks
Jadual 2 menunjukkan maklumat-maklumat bagi dua contoh plastik yang digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian.
| Plastik A | Plastik B |
|---|---|
| (gambar beg plastik) | (gambar botol plastik) |
Maklumat bagi kedua-dua plastik:
- Diperbuat daripada polimer sintetik iaitu polietena.
- Sukar diuraikan oleh mikroorganisma.
Jadual 2
b(i)
Tuliskan persamaan kimia pempolimeran etena untuk membentuk polietena.
2 marks
b(ii)
Pembuangan polimer sintetik seperti plastik A dan B boleh menyebabkan sistem saliran dan sungai tersekat dan mungkin mengakibatkan banjir kilat.
Cadangkan dua cara bagi menyelesaikan isu pencemaran tersebut.
2 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan peralatan yang digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk di dapur dan diperbuat daripada aloi Y.
a
Apakah maksud aloi?
1 marks
b
Unsur utama bagi Y ialah ferum. Namakan unsur yang ditambahkan untuk membentuk Y.
1 marks
c
Lukis susunan atom di dalam aloi Y.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: jenis atom, saiz dan susunan atom-atom, serta label.)*
2 marks
d
Azizul merupakan seorang pelumba basikal. Dia menghadapi masalah untuk menang sekiranya basikal yang digunakannya berat.
Cadangkan apa yang perlu dilakukan pada basikalnya agar dapat memenangi pertandingan lumba basikal?
2 marks
e
Maklumat di bawah berkaitan tentang aloi gangsa dan aloi loyang.
- Gangsa terdiri daripada 90% kuprum dan 10% stanum.
- Loyang terdiri daripada 70% kuprum dan 30% zink.
Berdasarkan maklumat di atas, terangkan perbezaan kandungan serta sifat bagi kedua-dua aloi.
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan pemerhatian warna bahan yang terdapat pada kedua-dua lengan tiub-U untuk mengkaji pemindahan elektron dalam suatu jarak yang telah dijalankan selepas 30 minit.
Jadual 3 menunjukkan maklumat bahan yang digunakan semasa eksperimen tersebut.
| Elektrod | Bahan |
|---|---|
| X | Larutan ferum(II) sulfat |
| Y | Larutan kalium manganat(VII) berasid |
Jadual 3
a
Nyatakan warna larutan kalium manganat(VII) berasid.
1 marks
b
Nyatakan pemerhatian yang berlaku pada elektrod X.
1 marks
c
Tentukan nombor pengoksidaan mangan dalam ion MnO~4~^-^.
2 marks
d
Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas yang berlaku pada elektrod Y.
2 marks
e
Namakan bahan reagen lain yang boleh digunakan untuk mengantikan larutan ferum(II) sulfat supaya hasil yang sama berlaku pada elektrod X dan tuliskan persamaan ion keseluruhan bagi tindak balas tersebut.
3 marks
710 marks
Rajah 7 menunjukkan dua tindak balas yang melibatkan sebatian C~2~H~5~OH.
a
Nyatakan kumpulan berfungsi bagi sebatian C~2~H~5~OH.
1 marks
Salah satu kegunaan sebatian C~2~H~5~OH dalam tindak balas I adalah sebagai bahan api.
Persamaan kimia bagi tindak balas I adalah seperti berikut:
C~2~H~5~OH(ce) + 3O~2~(g) → 2CO~2~(g) + 3H~2~O(ce)
b(i)
Tafsirkan persamaan kimia tersebut secara kuantitatif.
1 marks
b(ii)
Hitungkan isi padu gas terbebas apabila 3.68 g C~2~H~5~OH terbakar lengkap dalam udara.
[Jisim molar C~2~H~5~OH = 46 g mol^-1^; 1 mol gas menempati isi padu 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
3 marks
Berdasarkan tindak balas II
c(i)
Nyatakan nama tindak balas ini.
1 marks
c(ii)
Nyatakan satu pemerhatian dalam tindak balas ini.
1 marks
c(iii)
Lukis formula struktur bagi sebatian X.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam molekul dan ikatan antara atom-atom tersebut.)*
1 marks
d
Sebatian X digunakan secara meluas dalam pembuatan makanan seperti tomato sos dan mayonis.
Wajarkan penggunaan sebatian X dalam makanan dan berikan alasan.
2 marks
810 marks
Rajah 8.1 menunjukkan graf haba pembakaran melawan bilangan atom karbon per molekul beberapa jenis alkohol.
a
Apakah maksud haba pembakaran?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 8.1, apakah nilai haba pembakaran etanol?
1 marks
c
Berdasarkan maklumat dari (b), tentukan perubahan suhu bagi 2.3 g etanol yang memanaskan bekas kuprum yang berisi 200 cm^3^ air suling.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan larutan: 1 g cm^-3^]
[Jisim atom relatif: C = 12; H = 1; O = 16]
3 marks
d
Berdasarkan nilai dalam (c), bandingkan perubahan suhu eksperimen yang sama dilakukan oleh Ali di makmal sekolahnya dan nyatakan sebab kepada jawapan itu.
2 marks
e
Rajah 8.2 menunjukkan perbualan seorang murid kepada gurunya semasa perkhemahan tentang nilai bahan api.
> Murid: "Cikgu, mengapakah kayu api yang digunakan untuk memasak mengambil masa yang lebih lama daripada memasak dengan menggunakan dapur gas?"
> Guru: "Setiap bahan membebaskan haba pembakaran yang berbeza. Untuk makluman awak, nilai bahan api kayu ialah 2 kJ mol^-1^ manakala gas butana dalam gas memasak ialah 11.8 kJ mol^-1^."
Guru tersebut menggunakan gas butana dalam dapur memasak. Wajarkan penggunaan gas butana dalam dapur memasak bagi kegunaan penyediaan makanan seramai 80 orang murid semasa perkhemahan. Huraikan jawapan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan perwakilan piawai bagi unsur X.
$^{12}_{6}\text{X}$
Rajah 9.1
Unsur X bertindak balas dengan oksigen membentuk suatu sebatian. Sebatian yang terbentuk tidak mengkonduksi arus elektrik dalam semua keadaan.
Nyatakan nama unsur X dan jenis ikatan yang terbentuk dalam sebatian itu. Tulis persamaan kimia untuk tindak balas itu.
4 marks
b
Jadual 4 menunjukkan nombor proton bagi unsur P, Q, R dan S.
| Unsur | P | Q | R | S |
|---|---|---|---|---|
| Nombor proton | 6 | 8 | 19 | 20 |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4, unsur Q boleh membentuk sebatian dengan unsur P dan unsur S.
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas di antara unsur S dan Q dan lukiskan rajah susunan elektron untuk sebatian tersebut.
Bandingkan sifat fizik sebatian yang terbentuk di antara unsur P dan Q dan unsur Q dan S.
*(Huraikan rajah susunan elektron anda dalam perkataan: setiap zarah dalam sebatian, bilangan petala dan bilangan elektron dalam setiap petala, serta cas.)*
10 marks
Rajah 9.2 menunjukkan carta aliran apabila bahan W dilarutkan dalam dua pelarut berlainan, air dan pelarut X, dan sifat-sifat larutan yang terhasil.
| | Bahan W + air → Larutan Y | Bahan W + pelarut X → Larutan Z |
|---|---|---|
| Kekonduksian elektrik | Boleh mengalirkan elektrik | Tidak boleh mengalirkan elektrik |
| Kertas litmus | Mengubah warna kertas litmus | Tidak mengubah warna kertas litmus |
Rajah 9.2
c(i)
Cadangkan bahan W dan pelarut X.
2 marks
c(ii)
Terangkan perbezaan sifat antara larutan Y dan larutan Z.
4 marks
1020 marks
Tiga eksperimen, I, II dan III dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
Jadual 5 menunjukkan bahan tindak balas dan keadaan tindak balas yang terlibat.
| Eksperimen | Bahan tindak balas | Keadaan tindak balas |
|---|---|---|
| I | Zink berlebihan + 50 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ | Suhu bilik |
| II | Zink berlebihan + 50 cm^3^ asid sulfurik 0.5 mol dm^-3^ | Suhu bilik |
| III | Zink berlebihan + 50 cm^3^ asid sulfurik 0.5 mol dm^-3^ | 60 °C |
Jadual 5
Berdasarkan Jadual 5,
a
nyatakan maksud kadar tindak balas dan jenis zarah bagi zink.
2 marks
b
tulis persamaan kimia bagi tindak balas dalam eksperimen I dan hitungkan jisim zink klorida yang terhasil.
[Jisim atom relatif: Zn = 65; Cl = 35.5]
6 marks
Rajah 10 menunjukkan keputusan bagi eksperimen I, II dan III.
c(i)
Berdasarkan Rajah 10,
banding kadar tindak balas antara eksperimen I dan eksperimen II. Jelaskan jawapan anda menggunakan Teori Perlanggaran.
5 marks
c(ii)
cadangkan satu cara untuk memperoleh lengkungan III tanpa mengubah zink, asid atau suhu dalam eksperimen II. Jelaskan jawapan anda menggunakan Teori Perlanggaran.
5 marks
c(iii)
terangkan mengapa jumlah isi padu gas hidrogen yang dibebaskan dalam eksperimen II adalah dua kali ganda eksperimen I.
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan proses rawatan air oleh Syarikat Air Prasarana.
Berdasarkan Rajah 11.1,
a
Tawas yang digunakan dalam langkah 1 adalah sejenis garam.
Apakah maksud garam?
1 marks
b
Nyatakan hasil tindak balas apabila gas klorin dimasukkan ke dalam air dalam tangki pada langkah 3 dan apakah pemerhatian yang diperolehi apabila kertas litmus dicelupkan ke dalam hasil tindak balas tersebut.
2 marks
Rajah 11.2 menunjukkan carta alir keputusan ujian kimia terhadap tawas yang dijalankan di makmal kimia sekolah Cikgu Syam.
c(i)
Berdasarkan Rajah 11.2,
Berdasarkan kepada Ujian I, II, III dan IV, namakan kation yang hadir dan namakan garam yang terdapat dalam tawas tersebut.
2 marks
c(ii)
Namakan B dan C dan nyatakan tujuan ujian III dilakukan serta tuliskan persamaan kimia bagi ujian II dan V.
7 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan pemerhatian yang diperoleh apabila larutan plumbum(II) nitrat ditambahkan ke dalam larutan A.
Dengan menggunakan pengetahuan kimia anda, huraikan cara untuk menghasilkan mendakan putih di dalam makmal dan tuliskan persamaan ion bagi pembentukan mendakan putih tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open