Rajah 1 menunjukkan sebuah kereta yang terdapat di pasaran.
Bahan X diperbuat daripada campuran kaca dan plastik.
a(i)
Namakan bahan X.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu kelebihan menggunakan bahan X.
1 marks
Jadual 1 menunjukkan aloi W dan komposisinya.
| Unsur | Peratus (%) |
|---|---|
| Ferum | 98 |
| Karbon | 2 |
Jadual 1
b(i)
Aloi W digunakan untuk membuat badan kereta seperti dalam Rajah 1. Namakan aloi W.
1 marks
b(ii)
Terangkan mengapa aloi W lebih keras daripada ferum tulen.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan struktur atom bagi natrium.
Atom natrium mempunyai tiga zarah subatom iaitu proton, elektron dan neutron.
a
Namakan zarah subatom yang paling ringan.
1 marks
b
Tuliskan perwakilan piawai bagi natrium.
1 marks
Natrium-24 adalah isotop natrium.
c(i)
Nyatakan maksud isotop.
1 marks
c(ii)
Nyatakan bilangan neutron bagi natrium-24.
1 marks
c(iii)
Nyatakan kegunaan natrium-24.
1 marks
36 marks
Unsur X dan unsur Y boleh bertindak balas untuk membentuk satu sebatian kimia. Rajah 3 menunjukkan **susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk**.
Berdasarkan Rajah 3,
a
Tuliskan susunan elektron bagi atom X.
1 marks
b
Tuliskan persamaan kimia bagi pembentukan sebatian di Rajah 3.
2 marks
Molekul Q terdiri daripada unsur Y sahaja. Sifat fizik molekul Q adalah seperti berikut:
- Wujud sebagai gas berwarna kuning-kehijauan pada suhu bilik.
- Mempunyai takat didih yang rendah.
Berdasarkan maklumat di atas,
c(i)
Nyatakan jenis sebatian untuk molekul Q.
1 marks
c(ii)
Lukiskan susunan elektron molekul Q.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam molekul, bilangan elektron dalam setiap petala, dan elektron yang dikongsi antara atom.)*
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan maklumat tentang baja urea. Baja urea penting dalam pertanian moden untuk membekalkan nitrogen yang diperlukan untuk pertumbuhan optimum tanaman.
Berdasarkan Rajah 4,
a(i)
Nyatakan maksud formula molekul.
1 marks
a(ii)
Nyatakan formula empirik bagi urea.
1 marks
a(iii)
Namakan semua unsur yang terdapat dalam urea.
1 marks
Ammonia bertindak balas dengan karbon dioksida untuk membentuk urea dan air di bawah tekanan tinggi pada suhu 180 °C.
b(i)
Tuliskan persamaan kimia yang seimbang untuk tindak balas di atas.
2 marks
b(ii)
Hitung jisim urea jika 42 dm^3^ karbon dioksida bertindak balas dengan ammonia berlebihan.
[Jisim molar urea: 60 g mol^-1^; Isi padu molar: 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
2 marks
58 marks
Formula struktur berikut menunjukkan monomer getah asli.
a
Namakan monomer tersebut berdasarkan kaedah penamaan IUPAC.
1 marks
Ali, seorang penoreh getah mendapati bahawa lateks yang telah dikumpul daripada ladang getah akan menggumpal jika terdedah kepada udara untuk suatu tempoh masa tertentu.
b(i)
Terangkan fenomena di atas.
3 marks
b(ii)
Cadangkan satu bahan yang sesuai untuk menghalang penggumpalan lateks. Terangkan jawapan anda.
2 marks
Rajah 5 menunjukkan satu proses untuk mengubahsuai getah asli.
c(i)
Namakan proses X.
1 marks
c(ii)
Nyatakan **satu** kelebihan akibat pengubahsuaian tersebut.
1 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan satu carta alir tindak balas bagi klorin.
Berdasarkan Rajah 6,
a(i)
Kenal pasti sebatian P.
1 marks
a(ii)
Nyatakan pemerhatian apabila kertas litmus biru dimasukkan ke dalam hasil tindak balas antara klorin dan air.
1 marks
a(iii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara klorin dengan ferum.
2 marks
Kereaktifan klorin dengan air lebih tinggi berbanding bromin.
b(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara bromin dengan air.
2 marks
b(ii)
Terangkan mengapa terdapat perbezaan kereaktifan antara bromin dengan klorin.
3 marks
710 marks
Tiga set eksperimen dijalankan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Jadual 7 menunjukkan bahan tindak balas dan masa yang diambil untuk mengumpul 40 cm^3^ gas bagi Set I, Set II dan Set III.
| Set | Bahan tindak balas | Masa yang diambil untuk mengumpul 40 cm^3^ gas (s) |
|---|---|---|
| I | Serbuk kalsium karbonat berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.4 mol dm^-3^ | 30 |
| II | Serbuk kalsium karbonat berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.2 mol dm^-3^ | 50 |
| III | Ketulan kalsium karbonat berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.2 mol dm^-3^ | 90 |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7,
a
Nyatakan maksud kadar tindak balas.
1 marks
b
Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
2 marks
c
Persamaan kimia berikut menunjukkan tindak balas dalam Set I.
CaCO~3~ + 2HCl $\rightarrow$ CaCl~2~ + CO~2~ + H~2~O
Hitungkan isi padu maksimum gas yang terbebas dalam Set I.
[Diberi isi padu molar sebarang gas memenuhi 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
3 marks
d
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 7, lakarkan graf untuk isi padu gas melawan masa untuk Set I, II dan III. (Paksi: Isi padu gas / cm^3^ melawan Masa / s.)
*(Huraikan lakaran anda dalam perkataan: bentuk setiap lengkung dan labelnya, serta nilai-nilai yang ditanda pada paksi-x dan paksi-y.)*
2 marks
Rajah 7 menunjukkan pembuakan buih sabun apabila hidrogen peroksida dicampurkan dengan larutan sabun bagi penghasilan 'elephant toothpaste'.
e
Jika murid ingin mengulangi eksperimen ini, apakah yang harus dilakukan untuk meningkatkan lagi ketinggian pembuakan buih? Terangkan.
2 marks
810 marks
Rajah 8(a) menunjukkan helaian grafen yang digunakan dalam bidang Nanoteknologi.
a
Nyatakan maksud nanoteknologi.
1 marks
b
Bandingkan kekonduksian elektrik antara grafen dan intan. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
c
Selain daripada kekonduksian elektrik, nyatakan **dua** sifat fizik lain bagi grafen.
2 marks
Rajah 8(b) menunjukkan iklan losyen penghalang suria yang menggunakan nanoteknologi.
d(i)
Terangkan kelebihan penggunaan nanoteknologi dalam losyen tersebut.
3 marks
Rajah 8(c) menunjukkan sisa pepejal daripada produk kecantikan.
d(ii)
Dengan menggunakan pengetahuan Teknologi Hijau, cadangkan **dua** kaedah untuk mengatasi masalah itu.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
a
Asid hidroklorik merupakan asid kuat. Nyatakan maksud asid kuat.
1 marks
Jadual 9 menunjukkan nilai pH bagi dua larutan, iaitu asid hidroklorik dan larutan Q. Kedua-dua larutan ini mempunyai kepekatan yang sama.
| Larutan | Nilai pH |
|---|---|
| Asid hidroklorik | 1 |
| Larutan Q | 5 |
Jadual 9
b
Berikan nama bagi larutan Q. Terangkan perbezaan nilai pH untuk kedua-dua larutan ini.
4 marks
Asid bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air.
c(i)
Nyatakan nama tindak balas tersebut.
1 marks
c(ii)
Dalam satu eksperimen, 50 cm^3^ asid hidroklorik telah bertindak balas dengan 20 cm^3^ larutan kalium hidroksida 1.0 mol dm^-3^. Tuliskan persamaan kimia untuk tindak balas ini. Hitungkan kepekatan dan nilai pH untuk asid hidroklorik yang digunakan.
6 marks
Rajah 9 menunjukkan persamaan kimia pemanasan garam L.
Garam L $\xrightarrow{\Delta}$ Pepejal M + Gas N + Gas oksigen
Rajah 9
Pepejal M yang dihasilkan berwarna perang apabila dalam keadaan panas dan berwarna kuning apabila disejukkan. Gas N berwarna perang dan berbau sengit.
d(i)
Namakan pepejal M dan gas N.
2 marks
d(ii)
Huraikan secara ringkas ujian kimia untuk mengesahkan kehadiran:
- Kation dalam garam L
- Gas N
6 marks
1020 marks
> Butanol merupakan sejenis sebatian karbon yang boleh digunakan sebagai bahan api. Haba pembakaran butanol boleh ditentukan dalam makmal.
Kaji pernyataan berikut.
a(i)
Nyatakan maksud haba pembakaran untuk butanol.
1 marks
a(ii)
Lukiskan susunan radas untuk menentukan haba pembakaran butanol dalam makmal.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan, bagaimana ia disusun, serta label setiap bahagian.)*
2 marks
Jadual 10 menunjukkan keputusan yang diperoleh daripada aktiviti makmal ini.
| | Bacaan awal | Bacaan akhir |
|---|---|---|
| Jisim pelita dengan butanol (g) | 178.45 | 177.71 |
| Suhu 200 cm^3^ air (°C) | 27 | 58 |
Jadual 10
a(iii)
Hitungkan haba pembakaran untuk butanol.
[Jisim atom relatif: H = 1; C = 12; O = 16]
[Ketumpatan air = 1 g cm^-3^; Muatan haba tentu air = 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
4 marks
a(iv)
Jika aktiviti makmal ini diulangi dengan menggantikan butanol dengan propanol, ramalkan haba pembakaran propanol. Berikan **satu** sebab kepada jawapan anda.
2 marks
b
Butena ialah sejenis sebatian karbon, yang juga lazimnya digunakan sebagai bahan api. Keisomeran struktur boleh wujud dalam kedua-dua sebatian butanol dan butena.
Lukiskan formula struktur satu isomer butanol dan satu isomer butena. Bandingkan butanol dan butena dari segi:
- Siri homolog
- Kumpulan berfungsi
- Kekonduksian elektrik serta sebabnya
Butena boleh menghasilkan butanol melalui tindak balas penghidratan. Nyatakan keadaan fizikal semua bahan tindak balas. Tuliskan persamaan kimia untuk tindak balas tersebut.
*(Huraikan setiap formula struktur dalam perkataan: rantai karbon dan cabang (jika ada), ikatan antara atom karbon, atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon dan kedudukan kumpulan berfungsi.)*
11 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan pertukaran ferum(II) nitrat kepada ferum melalui suatu tindak balas redoks.
Larutan ferum(II) nitrat + Logam Y $\xrightarrow{\text{Tindak balas Q}}$ Ferum + Y nitrat
Rajah 11.1
a
Logam Y bertindak balas dengan larutan ferum(II) nitrat melalui tindak balas Q untuk membentuk logam ferum. Namakan logam Y yang sesuai dan nyatakan tindak balas Q.
2 marks
Rajah 11.2 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk mengkaji kereaktifan logam zink terhadap oksigen.
b
Apabila zink dipanaskan, zink oksida terhasil. Nyatakan warna sebatian zink oksida yang terhasil semasa dipanaskan dan tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut. Hitung jisim zink oksida yang terhasil apabila 21.6 g serbuk zink dipanaskan dengan oksigen.
[Jisim atom relatif: O = 16; Zn = 65]
6 marks
Rajah 11.3 menunjukkan penghasilan besi dalam industri melalui tindak balas antara bijih besi, Fe~2~O~3~ dan arang kok, C.
c
Tentukan nombor pengoksidaan bagi besi dalam sebatian Fe~2~O~3~ dan nyatakan nama sebatian itu mengikut penamaan IUPAC. Nyatakan sama ada logam aluminium boleh diekstrak daripada bijihnya melalui kaedah dalam Rajah 11.3. Terangkan jawapan anda.
4 marks
Rajah 11.4 menunjukkan Suchein mengambil bahagian dalam suatu pertandingan STEM. Dia ingin menunjukkan bahawa tindak balas redoks boleh menyebabkan pemindahan elektron walaupun bahan-bahan tindak balas diasingkan. Bahan-bahan yang digunakan adalah larutan ferum(II) nitrat, asid sulfurik cair dan larutan kalium manganat(VII) berasid.
d
Huraikan eksperimen tersebut untuk menunjukkan bagaimana pemindahan elektron berlaku pada suatu jarak. Jawapan anda mesti mengandungi:
- rajah susunan radas berlabel
- prosedur eksperimen
*(Huraikan rajah anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan, kedudukan setiap larutan, bagaimana elektrod disambungkan, serta label setiap bahagian.)*
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open