Rajah 1.1 menunjukkan formula struktur bagi nilon.
a(i)
Apakah jenis pempolimeran bagi nilon?
1 marks
a(ii)
Nyatakan **satu** sifat dan **satu** kegunaan nilon.
2 marks
Rajah 1.2 menunjukkan struktur sejenis polimer.
b
Lukis dan namakan monomer yang terlibat.
*(Huraikan lukisan formula struktur anda dalam perkataan: atom-atom karbon, ikatan antara atom karbon, dan atom atau kumpulan yang terikat pada setiap karbon.)*
2 marks
25 marks
Jadual 1 menunjukkan beberapa bahan kimia dengan formula kimia.
| Bahan kimia | Formula kimia |
|---|---|
| Plumbum(II) nitrat | Pb(NO~3~)~2~ |
| Litium | Li |
| P | ZnSO~4~ |
| Gas nitrogen | N~2~ |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1,
a(i)
Nyatakan jenis zarah bagi plumbum(II) nitrat.
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis ikatan kimia dalam gas nitrogen.
1 marks
a(iii)
Namakan bahan P.
1 marks
a(iv)
Kelaskan bahan kimia dalam Jadual 1 kepada unsur dan sebatian.
| Unsur | Sebatian |
|---|---|
| … | … |
2 marks
36 marks
Rajah 2 menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik oksida kuprum.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan formula empirik?
1 marks
b
Apakah perubahan yang dapat diperhatikan pada serbuk kuprum(II) oksida?
1 marks
c(i)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara asid hidroklorik dengan zink.
2 marks
c(ii)
13 g serbuk zink bertindak balas dengan asid hidroklorik berlebihan. Tentukan isipadu gas hidrogen yang terhasil.
[Jisim atom relatif: Zn = 65; 1 mol gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
2 marks
47 marks
Rajah 3 menunjukkan perubahan jirim.
a(i)
Apakah maksud jirim?
1 marks
a(ii)
Apakah proses P dan perubahan tenaga yang terlibat?
Proses P: …
Perubahan tenaga: …
2 marks
Jadual 2 menunjukkan maklumat tentang isotop boron.
| Isotop | Kelimpahan semula jadi | Jisim isotop |
|---|---|---|
| Boron-11 | 80% | 11 |
| Boron-10.05 | 20% | 10.05 |
Jadual 2
b(i)
Hitung jisim atom relatif bagi boron.
2 marks
b(ii)
Aisha menyapu aseton pada kulitnya untuk membasmi kuman pada luka. Tidak lama selepas itu, dia berasa sejuk pada bahagian kulit tersebut. Terangkan mengapa.
2 marks
58 marks
Rajah 4 menunjukkan maklumat bagi empat sebatian organik W, X, Y dan Z.
| Sebatian | Maklumat |
|---|---|
| W | Mempunyai 6 atom karbon; mengandungi karbon dan hidrogen sahaja; menyahwarnakan warna perang air bromin |
| X | Mempunyai 6 atom karbon; mengandungi karbon dan hidrogen sahaja; tidak menyahwarnakan warna perang air bromin |
| Y | Mempunyai 3 atom karbon; larut dalam air; bertindak balas dengan magnesium menghasilkan gas hidrogen |
| Z | Mempunyai 3 atom karbon; larut dalam air; bertindak balas dengan asid etanoik menghasilkan bau manis |
Rajah 4
a
Berdasarkan sebatian organik Y, tentukan
(i) formula molekul: …
(ii) siri homolog: …
2 marks
W dan X terbakar dalam oksigen menghasilkan jelaga.
b(i)
Sebatian manakah menghasilkan lebih banyak jelaga?
1 marks
b(ii)
Terangkan jawapan anda di 5(b)(i).
[Jisim atom relatif: H = 1; C = 12]
3 marks
c
Sebatian Z boleh membentuk dua isomer. Lukis formula struktur satu daripada isomer itu dan nyatakan nama mengikut penamaan IUPAC.
*(Huraikan formula struktur anda dalam perkataan: rantai karbon, atom yang terikat pada setiap karbon dan kedudukan kumpulan –OH.)*
2 marks
69 marks
Rajah 5 menunjukkan sebuah Jadual Berkala Unsur.
Rajah 5
Berdasarkan Rajah 5,
a
Apakah yang dimaksudkan dengan kumpulan?
1 marks
b
Nyatakan unsur yang boleh melakukan perkongsian elektron dengan unsur klorin untuk membentuk ikatan kovalen.
1 marks
Logam aluminium bertindak balas dengan gas klorin membentuk aluminium klorida.
__ Al + __ Cl~2~ $\rightarrow$ __ AlCl~3~
c(i)
Lengkapkan persamaan kimia di atas.
1 marks
c(ii)
Sekiranya 0.2 mol logam aluminium digunakan, berapakah isipadu gas klorin yang diperlukan pada keadaan bilik supaya dapat bertindak balas dengan lengkap bagi menghasilkan aluminium klorida.
[1 mol menempati 24 dm^3^ isipadu gas pada keadaan bilik]
2 marks
d
Unsur W terletak di bawah Na di dalam Kumpulan 1. Terangkan perbezaan kereaktifan unsur W dengan Na apabila bertindak balas dengan air.
4 marks
710 marks
Rajah 6 menunjukkan contoh kegunaan seramik. Seramik boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu seramik tradisional dan seramik termaju.
a(i)
Apakah maksud seramik?
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu sifat asas bagi seramik X.
1 marks
a(iii)
Nyatakan tiga bahan binaan daripada seramik yang digunakan dalam pembinaan rumah.
3 marks
Grafen merupakan salah satu alotrop bagi karbon selain berlian dan grafit.
b(i)
Terangkan tiga perbezaan antara grafen dan karbon dari segi kekuatan, pengaliran elektrik dan lutsinar.
3 marks
b(ii)
NanoMalaysia Autonomous Vehicle – Navi oleh NanoMalaysia merupakan kereta tanpa pemandu yang menggunakan teknologi nano. Wajarkan penggunaan kereta tersebut berbanding kereta biasa.
2 marks
810 marks
Jadual 3 menunjukkan maklumat berkaitan dengan dua jenis asid, **J** dan **K**.
| Jenis asid | J | K |
|---|---|---|
| Formula asid | H~2~SO~4~ | CH~3~COOH |
| Nilai pH | 0.7 | 5.0 |
Jadual 3
Berdasarkan maklumat di atas,
a(i)
Apakah kebesan asid J?
1 marks
a(ii)
Terangkan jawapan anda di 8(a)(i).
1 marks
b(i)
Tentukan kemolaran asid K dalam unit mol dm^-3^.
1 marks
b(ii)
Tulis persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas antara asid K dengan serbuk zink.
2 marks
Rajah 7.1 menunjukkan carta alir bagi beberapa siri tindak balas yang berlaku ke atas Garam N.
Berdasarkan carta alir di atas,
c(i)
Kenal pasti oksida logam yang terurai apabila Garam N dipanaskan.
1 marks
c(ii)
Namakan gas yang tidak berwarna.
1 marks
Sekumpulan murid diberi tugasan untuk mengembungkan belon dengan menggunakan bahan dan radas seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.2. Mereka mendapati belon tidak mengembung.
d(i)
Anda seorang murid kimia dan selaku ketua kumpulan, apakah keputusan yang perlu diambil untuk menggantikan mana-mana satu bahan bagi membolehkan belon tersebut mengembung?
1 marks
d(ii)
Ringkaskan bagaimana bahan itu boleh membantu belon mengembung?
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 8.1 menunjukkan dua jenis sabun yang sama dalam keadaan berbeza yang digunakan dalam pencucian.
a
Sabun manakah yang lebih baik dalam tindakan pencucian? Apakah faktor kadar tindak balas yang terlibat?
2 marks
Syakir telah menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara kalsium karbonat dan asid nitrik. Jadual 4 menunjukkan maklumat bagi bahan tindak balas dan masa yang diambil untuk mengumpul 40 cm^3^ gas Z.
| Set | Bahan tindak balas | Masa diambil (s) |
|---|---|---|
| I | Serbuk kalsium karbonat berlebihan dan 50 cm^3^ asid nitrik 1.0 mol dm^-3^ | 25 |
| II | Serbuk kalsium karbonat berlebihan dan 50 cm^3^ asid nitrik 0.5 mol dm^-3^ | 50 |
Jadual 4
b(i)
Nyatakan maksud kadar tindak balas.
1 marks
b(ii)
Namakan gas Z yang terhasil. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara kalsium karbonat dan asid nitrik. Hitungkan isi padu maksimum bagi gas Z yang terhasil dalam eksperimen Set I.
[1 mol gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
6 marks
b(iii)
Hitungkan kadar tindak balas purata bagi eksperimen Set I dan eksperimen Set II.
2 marks
b(iv)
Dengan menggunakan teori perlanggaran, terangkan perbezaan kadar tindak balas antara eksperimen Set I dan eksperimen Set II.
5 marks
b(v)
Syakir telah mengulangi eksperimen Set I dengan memanaskan asid nitrik tanpa mengubah kepekatan asid untuk meningkatkan kadar tindak balas. Terangkan bagaimana tindakan itu dapat meningkatkan kadar tindak balas.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan tiga minuman berkarbonat, D, E dan F yang berbeza mengalami tindak balas dengan 3 g kulit telur dan masa yang diambil untuk melarutkan semua kulit telur ditunjuk pada jam randik masing-masing.
c
Berdasarkan Rajah 8.2, minuman berkarbonat manakah yang paling tidak sihat jika kerap diambil? Nyatakan alasan anda.
Tentukan jenis tindak balas haba peneutralan di atas.
1 marks
a(iii)
Tulis persamaan ion bagi tindak balas peneutralan yang pertama.
1 marks
a(iv)
Bandingkan haba peneutralan bagi kedua-dua persamaan termokimia di atas. Terangkan.
8 marks
50 cm^3^ larutan natrium hidroksida, NaOH 0.1 mol dm^-3^ bertindak balas dengan 50 cm^3^ asid nitrik, HNO~3~ 0.1 mol dm^-3^. Suhu awal bagi kedua-dua larutan ialah 28 °C dan suhu tertinggi campuran ialah 35 °C.
b(i)
Hitung haba peneutralan bagi tindak balas ini.
[Muatan haba tentu larutan, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan larutan = 1.0 g cm^-3^]
5 marks
b(ii)
Lukiskan rajah aras tenaga bagi tindak balas ini.
*(Huraikan rajah aras tenaga anda dalam perkataan: label paksi, kedudukan aras bahan dan hasil tindak balas, serta label dan nilai ΔH.)*
2 marks
b(iii)
Nyatakan dua maklumat yang boleh diperolehi daripada gambar rajah aras tenaga di 10(b)(ii).
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 9.1 menunjukkan satu susunan radas tiub-U untuk mengkaji pemindahan elektron pada satu jarak.
Berdasarkan Rajah 9.1,
a(i)
Apakah fungsi asid sulfurik?
1 marks
a(ii)
Elektrod karbon tidak boleh menyentuh lapisan asid sulfurik. Terangkan mengapa?
2 marks
a(iii)
Sekiranya larutan A merupakan larutan ferum(II) sulfat 1.0 mol dm^-3^, cadangkan larutan B yang bersesuaian. Ramalkan pemerhatian pada elektrod X dan Y dan tuliskan persamaan setengah tindak balas yang berlaku pada elektrod X dan Y.
5 marks
Ekhwan menjalankan satu eksperimen penyaduran sudu besi seperti yang ditunjukkan pada Rajah 9.2.
b
Tuliskan persamaan setengah bagi anod dan katod. Berapakah jisim maksimum logam kuprum yang dapat disadurkan pada sudu besi tersebut tanpa menghiraukan kehadiran elektrod kuprum?
[Jisim atom relatif: Cu = 64; Fe = 56]
| Persamaan sel setengah | E^0^ / V (298 K) |
|---|---|
| 2H^+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ H~2~ (g) | 0.00 |
| Fe^2+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Fe (p) | −0.44 |
| Cu^2+^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Cu (p) | +0.34 |
| S~2~O~8~^2-^ (ak) + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ 2SO~4~^2-^ (ak) | +2.01 |
4 marks
Rajah 9.3 menunjukkan sebuah besi pemanggang.
c
Elisa mendapati seminggu selepas menggunakan besi pemanggang, besi pemanggang telah berkarat. Sebagai seorang murid kimia, cadangkan pada Elisa dua cara bagaimana Elisa boleh menghilangkan karat dan dua cara untuk mengelakkan besi pemanggang supaya tidak berkarat. Setiap cadangan tersebut perlu disertakan dengan alasan saintifik.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open