Jadual 1 menunjukkan maklumat bagi dua unsur, X dan Y.
| Unsur | Susunan elektron | Bilangan neutron |
|---|---|---|
| X | 2.7 | 10 |
| Y | 2.8.8.2 | 20 |
a
Nyatakan nombor proton dan nombor nukleon bagi atom Y.
Nombor proton: …
Nombor nukleon: …
2 marks
b
Tuliskan susunan elektron bagi ion X.
1 marks
c
Lukiskan struktur atom bagi atom X.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: apa yang ada dalam nukleus (dengan bilangannya), bilangan petala dan bilangan elektron dalam setiap petala.)*
2 marks
25 marks
Seorang tukang kebun menggunakan baja ammonium nitrat, NH~4~NO~3~, untuk menyuburkan tanaman. Beliau melarutkan 0.042 mol ammonium nitrat dalam air. Kemudian, larutan natrium hidroksida ditambah bertujuan untuk meneutralkan tanah tersebut.
a
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas ammonium nitrat dengan natrium hidroksida untuk menghasilkan natrium nitrat, ammonia dan air.
2 marks
b
Hitungkan jisim air yang terbentuk daripada tindak balas ini.
[Jisim atom relatif: H = 1; N = 14; O = 16]
2 marks
c
Huraikan persamaan kimia daripada 2(a) secara kualitatif.
1 marks
36 marks
Rajah 1 menunjukkan perwakilan piawai bagi beberapa unsur dari kumpulan yang sama.
$^{35}_{17}\text{Cl}$ $\qquad$ $^{80}_{35}\text{Br}$ $\qquad$ $^{127}_{53}\text{I}$
a
Apakah maksud kumpulan?
1 marks
b
Nyatakan kumpulan bagi unsur-unsur itu.
1 marks
c
Mengapakah unsur-unsur berkenaan terletak dalam kumpulan yang sama?
1 marks
d
Klorin dan bromin bertindak balas dengan ferum untuk menghasilkan logam halida. Bandingkan kereaktifan di antara klorin dan bromin dengan ferum. Terangkan jawapan anda.
3 marks
47 marks
Jadual 2 menunjukkan nama dan formula molekul beberapa sebatian.
| Nama | Formula molekul |
|---|---|
| Magnesium oksida | MgO |
| Ammonia | NH~3~ |
| Naftalena | C~10~H~8~ |
Berdasarkan Jadual 2,
a(i)
nyatakan sebatian ion.
1 marks
a(ii)
terangkan keterlarutan ammonia dalam air.
2 marks
b
Nitrogen dan hidrogen bertindak balas untuk membentuk sebatian ammonia. Lukis pembentukan ikatan hidrogen bagi sebatian yang terbentuk.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: molekul-molekul yang dilukis, atom-atom yang terlibat dalam ikatan hidrogen dan label yang diberikan.)*
2 marks
c
Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid untuk membandingkan sifat fizik dua sebatian yang berbeza.
Berdasarkan Rajah 2, bandingkan kekonduksian elektrik bagi kedua-dua sebatian itu. Terangkan jawapan anda.
2 marks
58 marks
Jadual 3 menunjukkan komposisi dan kegunaan tiga jenis aloi.
| Jenis aloi | Komposisi | Kegunaan |
|---|---|---|
| Loyang | 70% Kuprum, 30% Zink | P |
| Q | 90% Kuprum, 10% Stanum | Piala (gambar piala) |
| Duralumin | 93% Aluminium, 3% Kuprum, 3% Magnesium, 1% Mangan | Basikal lumba (gambar basikal lumba) |
Berdasarkan Jadual 3,
a(i)
cadangkan P.
1 marks
a(ii)
nyatakan nama bagi aloi Q.
1 marks
b
Anda diberikan piala loyang dan piala Q. Setiap piala mempunyai jisim sama iaitu 400 g. Hitung jisim kuprum dalam setiap piala tersebut.
2 marks
c
Alex Yoong ialah pelumba kereta kebangsaan. Cadangkan aloi yang sesuai untuk pembuatan kereta lumba beliau. Berikan alasan anda.
2 marks
d
Rajah 3 menunjukkan diameter lekuk bagi bongkah kuprum dan bongkah loyang bagi satu eksperimen untuk mengkaji kekerasan logam tulen dan aloi.
Jelaskan mengapa diameter lekuk yang terbentuk pada bongkah loyang lebih kecil?
2 marks
69 marks
Jadual 4 menunjukkan Eksperimen I dan Eksperimen II dalam penyediaan garam.
Berdasarkan Eksperimen I:
a(i)
tulis persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku.
2 marks
a(ii)
nyatakan nama garam yang terbentuk dalam kelalang kon.
1 marks
a(iii)
nyatakan **satu** contoh garam lain yang boleh disediakan melalui kaedah ini.
1 marks
Berdasarkan Eksperimen II:
b(i)
nyatakan nama bagi tindak balas penyediaan garam T.
1 marks
b(ii)
nyatakan warna bagi garam T.
1 marks
c
Huraikan secara ringkas ujian pengesahan anion bagi larutan S.
3 marks
710 marks
Rajah 4.1 menunjukkan satu siri tindak balas yang berlaku ke atas butena.
Berdasarkan Rajah 4.1,
a(i)
nyatakan nama bagi tindak balas I.
1 marks
a(ii)
nyatakan kumpulan berfungsi bagi sebatian Y.
1 marks
a(iii)
lukis formula struktur bagi **satu** isomer sebatian Y.
*(Huraikan formula struktur anda dalam perkataan: rantai atom karbon (lurus atau bercabang), kedudukan kumpulan –OH dan atom-atom H.)*
1 marks
b(i)
Nyatakan sebatian Z.
1 marks
b(ii)
Tulis persamaan kimia untuk menghasilkan butil etanoat.
2 marks
b(iii)
Cadangkan produk dalam industri pembuatan makanan yang menggunakan butil etanoat.
1 marks
c(i)
Nyatakan formula kimia bagi sebatian W.
1 marks
c(ii)
Rajah 4.2 menunjukkan permukaan periuk milik Puan Salma telah menjadi hitam selepas menggunakan bahan api yang tidak sesuai.
Pada pandangan anda, antara butena dan sebatian W, yang manakah lebih sesuai dijadikan sebagai bahan api untuk memasak di rumah. Terangkan jawapan anda.
2 marks
810 marks
Rajah 5.1 menunjukkan formula struktur bagi dua jenis polimer dan kegunaannya dalam kehidupan harian.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
b
Lukis formula struktur bagi monomer yang membentuk polimer X.
*(Huraikan formula struktur anda dalam perkataan: atom-atom karbon, jenis ikatan antara atom karbon, dan atom atau kumpulan yang terikat pada setiap atom karbon.)*
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 5.1, polimer manakah lebih mesra alam? Terangkan jawapan anda.
2 marks
d
Sarung tangan getah yang diperbuat daripada polimer Y didapati mudah terkoyak apabila disimpan terlalu lama. Terangkan mengapakah perkara ini berlaku dan cadangkan **satu** cara untuk menambah baik penghasilan sarung tangan itu.
2 marks
Kerajaan mengadakan pelbagai program kesedaran masyarakat terhadap pencemaran alam sekitar bagi mempercepatkan usaha ke arah penghasilan serta penggunaan Teknologi Hijau. Rajah 5.2 menunjukkan poster kempen pengurangan penggunaan penyedut minuman yang diperbuat daripada polimer X di sebuah restoran untuk menyambut baik usaha kerajaan.
e(i)
Sebagai seorang murid yang mempunyai pengetahuan tentang Teknologi Hijau, wajarkan tindakan pemilik restoran tersebut.
3 marks
e(ii)
Cadangkan **satu** jenis penyedut minuman yang mesra alam sebagai alternatif kepada penyedut minuman yang diperbuat daripada polimer X.
1 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Jadual 5 menunjukkan formula kimia bagi dua sebatian oksida vanadium.
| Sebatian | Formula kimia |
|---|---|
| P | VO |
| Q | V~2~O~5~ |
Berdasarkan Jadual 5,
a(i)
nyatakan **dua** ciri istimewa bagi unsur vanadium.
2 marks
a(ii)
nyatakan nama bagi kedua-dua sebatian tersebut berdasarkan sistem penamaan IUPAC. Terangkan jawapan anda.
4 marks
a(iii)
Pepejal Q bertindak balas dengan gas hidrogen membentuk vanadium(III) oksida dan air. Berdasarkan pernyataan tersebut,
- tuliskan persamaan kimia
- tentukan bahan yang dioksidakan
- tentukan bahan yang diturunkan
4 marks
Rajah 6 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak bagi suatu tindak balas redoks.
b
Berdasarkan Rajah 6,
(i) nyatakan maksud tindak balas redoks
(ii) kenal pasti terminal positif dan terminal negatif
(iii) nyatakan arah pengaliran elektron
(iv) nyatakan pemerhatian di terminal positif dan terminal negatif
(v) tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas di terminal positif dan terminal negatif
(vi) huraikan secara ringkas ujian kimia untuk mengenal pasti kehadiran ion yang terhasil di terminal negatif.
10 marks
1020 marks
Hana menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kadar tindak balas antara kalsium karbonat berlebihan dan asid hidroklorik. Gas X yang terbebas dikumpulkan di dalam picagari gas dan isi padu gas X direkod dalam Jadual 6.1 pada selang masa 1 minit selama 6 minit.
| Masa (min) | 0.0 | 1.0 | 2.0 | 3.0 | 4.0 | 5.0 | 6.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Isi padu gas X (cm^3^) | 0.0 | 25.0 | 40.0 | 51.0 | 59.0 | 65.0 | 65.0 |
a(i)
Nyatakan maksud kadar tindak balas.
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama gas X yang terbentuk dalam eksperimen ini.
1 marks
a(iii)
Berdasarkan Jadual 6.1, lukis graf isi padu gas melawan masa pada kertas graf dan hitung:
- kadar tindak balas purata keseluruhan tindak balas
- kadar tindak balas pada minit kedua.
*(Huraikan graf dan tangen anda dalam perkataan: label dan skala paksi, titik-titik yang diplot, bentuk lengkung, dan dua titik yang digunakan pada tangen anda.)*
8 marks
b
Jadual 6.2 menunjukkan maklumat bagi tiga set eksperimen untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara kalsium karbonat, CaCO~3~ dan dua jenis asid yang berlainan.
| Set | Bahan tindak balas | Masa yang diambil untuk mengumpul 70 cm^3^ gas (min) |
|---|---|---|
| I | Serbuk kalsium karbonat berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ | 7.0 |
| II | Ketulan kalsium karbonat berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ | 12.0 |
| III | Serbuk kalsium karbonat berlebihan + 25 cm^3^ asid etanoik 0.5 mol dm^-3^ | 14.0 |
Dengan menggunakan Teori Pelanggaran, bandingkan kadar tindak balas antara:
(i) Set I dan Set II
(ii) Set I dan Set III
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Tindak balas antara gas nitrogen dan gas oksigen yang ditunjukkan dalam persamaan termokimia berikut merupakan tindak balas endotermik.
N~2~(g) + O~2~(g) $\rightarrow$ 2NO(g) $\quad$ ΔH = +180 kJ mol^-1^
Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas endotermik?
1 marks
b
Rajah 7.1 menunjukkan satu senarai tindak balas kimia.
- Melarutkan ammonium sulfat dalam air
- Melarutkan natrium hidroksida dalam air
- Tindak balas antara natrium karbonat dengan asid hidroklorik
- Tindak balas antara natrium hidrogen karbonat dengan asid hidroklorik
Kelaskan **semua** tindak balas kimia dalam Rajah 7.1 kepada tindak balas endotermik dan tindak balas eksotermik.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan susunan radas untuk menentukan haba pemendakan bagi magnesium karbonat. Jadual 7 menunjukkan keputusan yang diperoleh daripada eksperimen di atas.
| Penerangan | Suhu (°C) |
|---|---|
| Suhu awal larutan magnesium nitrat | 29.0 |
| Suhu awal larutan kalium karbonat | 30.0 |
| Suhu terendah campuran | 27.0 |
Berdasarkan Rajah 7.2,
c(i)
tuliskan persamaan ion yang terlibat.
2 marks
c(ii)
hitung perubahan haba dalam tindak balas itu.
[Muatan haba tentu bagi larutan, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; Ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
2 marks
c(iii)
hitung haba pemendakan bagi magnesium karbonat.
3 marks
d
Eksperimen itu diulangi dengan menggunakan 50 cm^3^ larutan natrium karbonat 1.0 mol dm^-3^ bagi menggantikan larutan kalium karbonat. Ramalkan haba pemendakan yang akan diperoleh. Terangkan jawapan anda.
3 marks
e
Kaki Aqif terseliuh apabila dia menuruni tangga di rumahnya. Aqif teringat bahawa dia pernah belajar tentang penggunaan pek sejuk untuk meredakan sakit kakinya yang bengkak. Cadangkan **dua** bahan yang boleh didapati di rumah untuk menghasilkan pek sejuk. Huraikan kaedah untuk menghasilkan pek sejuk dengan bahan yang dicadangkan.
7 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open