Rajah 1 menunjukkan ilustrasi proses kekenyalan polimer bagi dua jenis getah.
Berdasarkan Rajah 1,
a
Nyatakan jenis Getah A dan Getah B.
A: …
B: …
2 marks
b(i)
Getah B dapat dihasilkan daripada Getah A melalui satu proses X. Namakan proses bagi menghasilkan Getah B.
1 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana Getah B dihasilkan di dalam makmal.
1 marks
c
Nyatakan **satu** perbezaan sifat bagi Getah A dan Getah B.
1 marks
25 marks
Jadual 2 menunjukkan maklumat bagi zarah J, K, L dan M.
| Zarah | Nombor proton | Nombor nukleon |
|---|---|---|
| J | 6 | 12 |
| K | 6 | 14 |
| L | 8 | 16 |
| M | 12 | 24 |
Jadual 2
Berdasarkan jadual di atas, jawab soalan-soalan berikut:
a
Nyatakan maksud nombor nukleon.
1 marks
b
Tuliskan perwakilan piawai bagi zarah L dalam bentuk $^{A}_{Z}X$.
1 marks
c
Nyatakan susunan elektron bagi ion M.
1 marks
d
Pilih **dua** zarah yang merupakan isotop. Terangkan jawapan anda.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur. R, S, T dan U bukan simbol sebenar unsur.
a
Nyatakan prinsip asas penyusunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur.
1 marks
b
Nyatakan unsur dalam Rajah 3 yang wujud sebagai molekul.
1 marks
Unsur R dan unsur S boleh bertindak balas dengan T. Berikut merupakan maklumat tentang pemerhatian yang diperolehi apabila unsur R dan unsur S dibakar dalam balang gas berisi T.
- R terbakar perlahan dengan nyalaan merah
- S terbakar cergas dengan nyalaan kuning
c(i)
Dengan menggunakan konsep kereaktifan unsur kumpulan 1, terangkan mengapa unsur S terbakar dengan nyalaan yang cergas berbanding unsur R.
3 marks
c(ii)
Jika unsur S dibakar dalam balang gas berisi U, ramalkan tahap kecergasan nyalaan yang terhasil.
1 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan struktur suatu sebatian hidrokarbon sikloalkana. Formula empirik bagi sebatian ini ialah CH~2~. Sebatian ini terbakar dalam oksigen berlebihan membebaskan air dan gas yang mengeruhkan air kapur.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan formula empirik?
1 marks
b
Tentukan formula molekul bagi sebatian hidrokarbon itu.
1 marks
c(i)
Nyatakan nama gas yang terbebas.
1 marks
c(ii)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas pembakaran yang berlaku.
2 marks
c(iii)
Jika 0.2 mol sebatian itu terbakar, tentukan isi padu gas yang terbebas pada keadaan bilik.
[1 mol gas menempati 24.0 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
2 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan satu set mangkuk porselin.
Berdasarkan Rajah 5,
a(i)
Nyatakan komponen utama untuk membuat mangkuk porselin tersebut.
1 marks
a(ii)
Nyatakan sifat asas bagi seramik.
1 marks
b(i)
Silikon karbida merupakan salah satu contoh seramik X. Nyatakan jenis seramik X.
1 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** contoh kegunaan silikon karbida dalam industri dan terangkan ciri-ciri berdasarkan kegunaannya.
3 marks
Jadual 5 menunjukkan maklumat tentang dua jenis kaca P dan kaca Q.
| Jenis kaca | Komposisi |
|---|---|
| P | Silika, natrium karbonat, kalsium karbonat |
| Q | Silika, boron oksida, kalsium karbonat |
Jadual 5
c
Seorang pembantu makmal mendapati radas kaca makmal yang dibelinya mudah retak apabila dibasuh setelah dipanaskan. Kaca jenis yang manakah yang harus dipilih oleh pembantu makmal itu untuk mengatasi masalah tersebut? Berikan alasan anda.
2 marks
69 marks
Jadual 6 menunjukkan maklumat bagi kedudukan unsur X, Y dan Z dalam Jadual Berkala Unsur.
| Unsur | X | Y | Z |
|---|---|---|---|
| Kumpulan | 14 | 2 | 17 |
| Kala | 2 | 3 | 3 |
Jadual 6
Berdasarkan Jadual 6,
a
Tulis formula kimia bagi molekul Z.
1 marks
b
Nyatakan bagaimana molekul Z boleh terbentuk?
1 marks
c
Tiga unsur dalam Jadual 6, boleh bergabung dan membentuk dua jenis sebatian yang berbeza iaitu sebatian A dan sebatian B. Sebatian A mempunyai takat lebur dan didih yang tinggi manakala sebatian B mempunyai takat lebur dan didih yang rendah. Lengkapkan jadual di bawah.
| Jenis sebatian | A | B |
|---|---|---|
| Nama ikatan yang terbentuk | … | … |
| Unsur-unsur yang terlibat | … | … |
4 marks
Rajah 6 di bawah merupakan satu eksperimen yang digunakan untuk menguji kekonduksian elektrik bagi sebatian-sebatian yang terhasil.
d
Anda perlu memilih salah satu sebatian yang telah anda nyatakan di (c). Berdasarkan Rajah 6 di atas, terangkan bagaimana sebatian yang telah anda pilih boleh menyebabkan mentol dalam Rajah 6 ini akan menyala.
3 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan produk stoking anti bau dan anti bakteria menggunakan nanoteknologi. Stoking ini lebih sesuai digunakan oleh para atlet.
a(i)
Nyatakan maksud nanoteknologi.
1 marks
a(ii)
Mengapakah stoking ini sesuai digunakan oleh para atlet?
1 marks
a(iii)
Terangkan bagaimana produk ini berbeza dengan produk yang bukan nanoteknologi?
3 marks
Rajah 7.2 menunjukkan ciri-ciri bangunan Exchange 106 Tun Razak. Salah satu bangunan tertinggi ini berfungsi sebagai hab kewangan utama di Malaysia.
b
Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan dalam Rajah 7.2, jelaskan bagaimana reka bentuk dan pembinaan bangunan Exchange 106 dapat membantu mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.
3 marks
c
Pembuangan air sisa domestik dan air sisa industri kedua-duanya merupakan ancaman kepada alam sekitar. Pada pendapat anda, air sisa yang manakah lebih memberi kesan negatif kepada alam sekitar? Jelaskan.
2 marks
810 marks
Jadual 8 menunjukkan maklumat bagi tindak balas antara kalsium karbonat dengan asid hidroklorik untuk mengkaji faktor suhu terhadap kadar tindak balas.
| Eksperimen | Bahan kimia | Suhu (°C) | Masa untuk mengumpul 40 cm^3^ gas (s) |
|---|---|---|---|
| I | Kalsium karbonat berlebihan + 50 cm^3^ asid hidroklorik 0.1 mol dm^-3^ | 50 | 45 |
| II | Kalsium karbonat berlebihan + 50 cm^3^ asid hidroklorik 0.1 mol dm^-3^ | 30 | 120 |
Jadual 8
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan kadar tindak balas?
1 marks
a(ii)
Mengapakah kalsium karbonat perlu ditambah secara berlebihan?
1 marks
b
Kalsium karbonat bertindak balas dengan asid hidroklorik menghasilkan garam kalsium klorida, CaCl~2~. Persamaan kimia berikut mewakili tindak balas itu.
CaCO~3~ + 2HCl $\rightarrow$ CaCl~2~ + CO~2~ + H~2~O
Tentukan jisim kalsium klorida yang terhasil.
[Jisim atom relatif: Ca = 40, Cl = 35.5]
3 marks
c
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 8, bandingkan kadar tindak balas antara eksperimen I dan eksperimen II dan terangkan jawapan anda menggunakan teori perlanggaran.
3 marks
Rajah 8 menunjukkan perbualan antara doktor dengan pesakit gastrik tentang cara pengambilan ubat.
> **Pesakit:** Bagaimana cara pengambilan ubat pil ini?
>
> **Doktor:** Cara yang paling baik ialah kunyah terlebih dahulu.
Rajah 8
d
Berdasarkan perbualan dalam Rajah 8, wajarkan preskripsi doktor tentang cara pengambilan ubat itu.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Jadual 9 menunjukkan elektrod, elektrolit dan pemerhatian pada anod bagi tiga sel elektrolisis.
| Set | Elektrolit | Elektrod | Pemerhatian di anod |
|---|---|---|---|
| I | Larutan kuprum(II) klorida, CuCl~2~ 0.0001 mol dm^-3^ | Karbon | Gelembung gas tak berwarna dibebaskan |
| II | Larutan kuprum(II) klorida, CuCl~2~ 1.0 mol dm^-3^ | Karbon | Gelembung gas kuning kehijauan dibebaskan |
| III | Larutan kuprum(II) klorida, CuCl~2~ 0.0001 mol dm^-3^ | Kuprum | Anod semakin menipis |
Jadual 9
Berdasarkan Jadual 9,
a(i)
Apakah maksud elektrolisis?
1 marks
a(ii)
Namakan anion yang terdapat di dalam larutan kuprum(II) klorida, CuCl~2~.
2 marks
a(iii)
Nyatakan nama gas yang terhasil pada anod di dalam sel elektrolisis I dan II. Terangkan jawapan anda.
Diberi nilai E°:
| Setengah persamaan | E° |
|---|---|
| O~2~ + 2H~2~O + 4e ⇌ 4OH^-^ | +0.40 V |
| Cl~2~ + 2e ⇌ 2Cl^-^ | +1.36 V |
4 marks
a(iv)
Tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas yang berlaku pada anod sel elektrolisis III. Terangkan bagaimana hasil pada anod sel elektrolisis III terbentuk.
3 marks
Sarahauni menggunakan susunan radas pada Rajah 9.1 untuk menyadur kunci besi dengan logam argentum, Ag.
b(i)
Nyatakan dua tujuan kunci besi ini disadur dengan argentum.
2 marks
b(ii)
Selepas 30 minit eksperimen dijalankan, Salim mendapati kunci besi masih belum disadur dengan argentum. Cadangkan elektrolit X yang sesuai digunakan dan apakah yang patut dilakukan oleh Salim pada kepingan argentum dan kunci besi supaya kunci besi tersebut dapat disadur dengan argentum.
3 marks
Rajah 9.2 menunjukkan susunan radas untuk menulenkan argentum tak tulen yang mengandungi kuprum sebagai bendasing melalui proses elektrolisis.
c
Lukis simbol bateri pada ruang yang disediakan pada Rajah 9.2 untuk menyambung logam argentum tulen dan logam argentum tak tulen. Sekiranya jisim awal bagi elektrod logam argentum tulen yang digunakan adalah 25.3 g dan setelah 30 minit didapati jisim akhir bagi logam argentum tulen meningkat menjadi 36.1 g.
Hitungkan bilangan mol bagi argentum yang telah diekstrakkan dari logam argentum tak tulen tersebut.
Tulis setengah persamaan untuk tindak balas yang berlaku di anod dan katod.
[Jisim atom relatif: Ag = 108]
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: simbol bateri yang dilukis dan terminal mana yang disambung kepada setiap logam argentum.)*
5 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan seorang pesakit yang dimasukkan ke dalam tubuhnya sejenis larutan garam. Larutan garam yang dimasukkan ke dalam tubuh pesakit ini dikenali sebagai 'normal saline'. Normal saline ini adalah larutan piawai garam natrium klorida dengan kepekatan 0.15 mol dm^-3^.
a(i)
Apakah maksud larutan piawai? Nyatakan radas yang diperlukan untuk menyediakan larutan piawai.
2 marks
a(ii)
Tentukan jisim pepejal natrium klorida yang diperlukan untuk menyediakan 500 cm^3^ larutan piawai itu.
[Jisim molar NaCl = 58.5 g mol^-1^]
2 marks
b
Larutan natrium klorida juga boleh disediakan melalui tindak balas lain yang melibatkan asid dengan alkali. Larutan natrium klorida yang terhasil boleh bertindak balas dengan larutan plumbum(II) nitrat untuk menghasilkan garam tak terlarutkan.
Cadangkan **dua** bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan larutan natrium klorida itu. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas penghasilan garam tak terlarutkan itu. Seterusnya, tafsir persamaan kimia itu berdasarkan aspek kualitatif dan kuantitatif.
6 marks
Anda diberikan garam R yang menghasilkan pepejal T yang berwarna kuning ketika panas dan putih ketika sejuk, gas Q dan gas P apabila dipanaskan seperti ditunjukkan di dalam rajah di bawah.
Garam R $\rightarrow$ Pepejal T + Gas tak berwarna Q + Gas perang P
Rajah 10.2
c(i)
Nyatakan nama pepejal T, gas Q dan gas P.
3 marks
c(ii)
Sebagai seorang pelajar kimia, huraikan secara ringkas bagaimana anda dapat mengesahkan kation dan anion yang terdapat di dalam garam R.
7 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Salah satu keunikan yang terdapat dalam kehidupan etnik Sabah dan Sarawak ialah minuman tuak.
Tuak menjadi elemen penting sebagai bahan utama dalam upacara ritual dan hari besar seperti perayaan tahunan oleh Masyarakat Iban, Melanau, Dayak dan suku-suku kaum etnik yang lain.
Tuak ialah sejenis minuman yang disediakan melalui proses penapaian. Yis merembeskan enzim zimase yang menukarkan glukosa kepada etanol, C~2~H~5~OH dan karbon dioksida, CO~2~.
Sebagai peringatan, tuak dapat membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal dan muntah sekiranya diminum berlebihan.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan penapaian?
1 marks
a(ii)
Tuliskan persamaan tindak balas yang berlaku.
2 marks
b
Apakah siri homolog, formula am dan kumpulan berfungsi bagi etanol?
3 marks
c
Propanol dan etanol merupakan ahli dalam siri homolog yang sama. Berbanding dengan etanol, propanol berkebolehan wujud secara isomer. Apakah yang dimaksudkan dengan isomer? Lukiskan **salah satu** isomer propanol dan namakan isomer tersebut mengikut sistem penamaan IUPAC.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai karbon, atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon dan kedudukan kumpulan berfungsi.)*
3 marks
Salah satu kegunaan siri homolog bagi etanol dan propanol adalah sebagai bahan api. Ini disebabkan ianya mudah menyala dan pembakarannya membebaskan haba yang banyak tanpa jelaga. Ini boleh dilihat pada graf di bawah.
d(i)
Berdasarkan graf di atas,
Nyatakan maksud haba pembakaran. Terangkan mengapa nilai haba pembakaran yang dibebaskan semakin bertambah apabila bilangan atom karbon per molekul bertambah.
3 marks
d(iii)
Huraikan bagaimana anda akan menjalankan eksperimen untuk menentukan haba pembakaran bagi metanol, etanol, propanol dan butanol?
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open