Selangor Trial 2026 Chemistry Kertas 2 · PINTAS Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Chemistry
Selangor Trial 2026 Chemistry Kertas 2 · PINTAS Set 1
Selangor Trial PINTAS Set 1 · 2026
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
15 marks
Rajah 1 menunjukkan formula struktur bagi dua jenis sebatian yang berbeza.
a(i)
Nyatakan maksud ikatan hidrogen.
1 marks
a(ii)
Namakan ikatan Y dalam molekul etanol.
1 marks
b(i)
Nyatakan jenis ikatan bagi magnesium oksida.
1 marks
b(ii)
Tuliskan formula bagi ion oksida.
1 marks
b(iii)
Tulis susunan elektron bagi atom magnesium.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan struktur atom helium. Atom bagi semua unsur mempunyai tiga zarah subatom iaitu proton, elektron dan neutron.
Berdasarkan Rajah 2,
a(i)
Nyatakan nombor nukleon bagi helium.
1 marks
a(ii)
Tuliskan simbol kimia untuk atom helium dalam bentuk $^{A}_{Z}X$.
1 marks
a(iii)
Atom helium adalah suatu atom neutral. Terangkan.
1 marks
Kuprum semulajadi terdiri daripada dua isotop yang stabil, iaitu ^63^Cu dan ^65^Cu. Jadual 1 menunjukkan peratusan kelimpahan semula jadi bagi setiap isotop kuprum.
| Isotop | Peratus kelimpahan semula jadi (%) |
|---|---|
| ^63^Cu | 69.17 |
| ^65^Cu | 30.83 |
b(i)
Apakah maksud isotop?
1 marks
b(ii)
Berdasarkan Jadual 1, berapakah jisim atom relatif bagi kuprum?
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan suatu cermin mata.
a(i)
Bahan P merupakan sejenis kaca. Nyatakan komponen utama kaca.
1 marks
a(ii)
Bahan P digunakan untuk membuat kanta cermin mata. Nyatakan komposisi bahan P.
1 marks
a(iii)
Nyatakan satu kegunaan lain bahan P.
1 marks
b
Nyatakan contoh bahan komposit yang boleh digunakan pada kanta cermin mata bagi mengurangkan pendedahan terhadap sinaran UV. Terangkan bagaimana bahan itu berfungsi.
3 marks
47 marks
Sebatian Q mempunyai bau seperti buah pisang masak. Rajah 4 menunjukkan unsur-unsur yang terdapat dalam sebatian Q.
**Sebatian Q:** 64.62% Karbon; 24.61% Oksigen; 10.77% Hidrogen; Jisim molekul relatif = 260
a
Apakah yang dimaksudkan dengan formula empirik?
1 marks
b
Tentukan formula empirik bagi sebatian Q.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1, O = 16]
4 marks
c(i)
Kenal pasti formula molekul sebatian Q.
1 marks
c(ii)
Berikan **satu** perbezaan di antara formula empirik dan formula molekul sebatian Q.
1 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan seorang lelaki sedang menyiram pokok menggunakan hos getah paip yang diperbuat daripada polimer Z setelah melalui proses pemvulkanan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
b
Polimer Z adalah sejenis polimer semulajadi, nyatakan satu ciri polimer Z.
1 marks
Rajah 6 menunjukkan formula struktur monomer bagi polimer Z.
c(i)
Lukis formula struktur bagi polimer Z.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam unit berulang, ikatan antara atom-atom itu, dan bagaimana unit itu berulang.)*
1 marks
c(ii)
Ciri-ciri polimer Z dapat ditingkatkan dengan menjalani proses pemvulkanan untuk menghasilkan peralatan seperti hos getah paip. Terangkan bagaimana getah tervulkan dihasilkan.
3 marks
c(iii)
Terdapat juga hos getah paip yang diperbuat daripada getah sintetik. Wajarkan penggunaan getah sintetik berbanding getah asli dalam pembuatan barangan seperti hos getah paip.
2 marks
69 marks
Rajah 7 menunjukkan Jadual Berkala Unsur. Huruf yang digunakan dalam Jadual Berkala Unsur tersebut bukan simbol sebenar bagi unsur-unsur tersebut.
Berdasarkan Rajah 7,
a
Nyatakan maksud Kala dalam Jadual Berkala Unsur.
1 marks
b(i)
Tuliskan susunan elektron bagi ion W.
1 marks
b(ii)
Unsur W bertindak balas dengan oksigen membentuk satu oksida logam. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut.
2 marks
Rajah 8 menunjukkan sifat kimia oksida unsur yang berubah apabila merentasi kala 3.
Merentasi kala 3 $\rightarrow$
| Oksida bes | Oksida amfoterik | Oksida asid |
|---|---|---|
b(iii)
Terangkan ujian kimia yang boleh dijalankan untuk mengenal sifat kimia W oksida yang terbentuk dan pemerhatiannya.
2 marks
c
Unsur T dan U bertindak balas dengan ferum untuk menghasilkan logam halida. Bandingkan kereaktifan di antara unsur T dan U apabila bertindak balas dengan ferum. Terangkan jawapan anda.
3 marks
710 marks
Rajah 9 menunjukkan seorang pengguna menggunakan krim pemutih kulit.
a
Namakan bahan terlarang yang mungkin terdapat dalam krim tersebut.
1 marks
b
Terangkan bagaimana bahan tersebut memberi kesan kepada kulit.
1 marks
c
Cadangkan **tiga** cara untuk mengenal pasti sama ada sesuatu produk kosmetik adalah selamat digunakan.
3 marks
d
Seorang remaja mengambil makanan ringan yang mengandungi bahan tambah makanan setiap hari. Wajarkan sama ada tabiat ini selamat untuk kesihatan.
3 marks
e
Terangkan **dua** kesan jangka panjang bagi penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan terlarang terhadap kesihatan pengguna.
2 marks
810 marks
Rajah 10 menunjukkan dua jenis cecair pencuci tandas yang hendak digunakan oleh seorang pekerja pembersihan. Pekerja itu mendapati kotoran hilang lebih cepat apabila menggunakan cecair A.
a
Berdasarkan Rajah 10, nyatakan **satu** faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam situasi ini.
1 marks
b
Cadangkan **tiga** cara lain untuk meningkatkan kadar tindak balas semasa proses pembersihan.
3 marks
c
Terangkan perbezaan kadar tindak balas antara cecair A dan cecair B berdasarkan Teori Perlanggaran.
4 marks
d
Seorang pengguna ingin menjimatkan kos tetapi masih mahu pembersihan yang berkesan. Cadangkan **satu** kaedah yang sesuai dan jelaskan jawapan anda berdasarkan konsep kadar tindak balas.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 11 menunjukkan susunan radas bagi dua sel, Sel I dan Sel II yang disambungkan bersama. Jadual 2 menunjukkan sebahagian daripada nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah.
| Tindak balas sel setengah | E° / V (298 K) |
|---|---|
| Zn^2+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Zn | −0.76 |
| Cl~2~ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ 2Cl^-^ | +1.36 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e^-^ $\rightleftharpoons$ 4OH^-^ | +0.40 |
| Cu^2+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Cu | +0.34 |
| 2H^+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ H~2~ | 0.00 |
| S~2~O~8~^2-^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ 2SO~4~^2-^ | +2.01 |
a(i)
Berdasarkan Rajah 11 dan Jadual 2, nyatakan fungsi titian garam dalam Sel I. Kenal pasti terminal negatif dalam Sel I.
2 marks
a(ii)
terangkan tindak balas yang berlaku pada elektrod karbon W dan elektrod karbon X dalam Sel II dari segi:
- pergerakan ion-ion ke setiap elektrod
- pemilihan ion untuk dioksidakan dan diturunkan dan sebab mengapa ion itu dipilih
- setengah persamaan di setiap elektrod
- pemerhatian di setiap elektrod
10 marks
Rajah 12 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji kesan dua logam berbeza P dan Q ke atas pengaratan besi. Keputusan eksperimen selepas beberapa hari adalah seperti dalam Jadual 3.
b
| Tabung uji | Pemerhatian |
|---|---|
| I | Tompok biru |
| II | Tiada perubahan |
Berdasarkan Jadual 3, cadangkan nama logam P dan Q. Terangkan mengapa terdapat perbezaan pemerhatian dalam kedua-dua tabung uji tersebut.
6 marks
Rajah 13 menunjukkan perbualan di antara Ahmad dengan Mei Ling.
> Ahmad: "Mei Ling, saya ingin menyadurkan cincin besi saya dengan satu lapisan argentum. Boleh tak anda tunjukkan cara bagaimana saya boleh lakukan?"
>
> Mei Ling: "Boleh Ahmad. Saya akan tunjukkan susunan radas yang digunakan."
c
Lukis satu gambar rajah berlabel susunan radas untuk aktiviti Ahmad.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: komponen radas, bagaimana ia disambung, elektrolit yang digunakan, dan label setiap bahagian.)*
2 marks
1020 marks
Rajah 14 menunjukkan carta alir bagi tindak balas kimia yang melibatkan sebatian P dengan formula molekul C~2~H~5~OH.
a(i)
Nyatakan maksud siri homolog.
1 marks
a(ii)
Namakan kumpulan berfungsi sebatian P.
1 marks
a(iii)
Sebatian P dan sebatian Q mempunyai bilangan atom karbon yang sama. Nyatakan siri homolog bagi sebatian Q dan **satu** sifat fizikalnya.
2 marks
a(iv)
Huraikan tindak balas kimia yang melibatkan sebatian P. Huraian anda perlu merangkumi:
- Formula struktur dan nama bagi sebatian Q dan R.
- Nama bagi tindak balas I dan II.
- Satu ujian kimia untuk membezakan sebatian P dan sebatian R.
- Persamaan kimia bagi tindak balas III.
10 marks
Seorang pelajar menjalankan eksperimen untuk menentukan haba pembakaran bagi etanol, C~2~H~5~OH. Jadual 4 menunjukkan keputusan yang diperolehi:
| Maklumat | Nilai |
|---|---|
| Jisim air, g | 200.00 |
| Suhu awal air, °C | 28.0 |
| Suhu tertinggi air, °C | 53.0 |
| Jisim awal pelita + etanol, g | 150.50 |
| Jisim akhir pelita + etanol, g | 149.58 |
b(i)
Hitungkan haba pembakaran bagi etanol.
[Muatan haba tentu air, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; Jisim molar etanol = 46 g mol^-1^]
4 marks
b(ii)
Berdasarkan jawapan anda di (b)(i), hitungkan nilai bahan api bagi etanol dalam unit kJ g^-1^.
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 15 menunjukkan kepekatan dan nilai pH bagi dua jenis asid dengan kebesan yang sama.
| Asid A | Asid B |
|---|---|
| 1.0 mol dm^-3^ | 1.0 mol dm^-3^ |
| Nilai pH 5 | Nilai pH 1 |
a
Apakah yang dimaksudkan dengan asid kuat?
1 marks
b
Terangkan mengapa kedua-dua asid tersebut mempunyai nilai pH yang berbeza.
2 marks
c
Rajah 16 menunjukkan tangan yang disengat oleh seekor lebah.
Cadangkan **satu** bahan yang boleh disapu pada kulit untuk mengurangkan kesakitan tanpa menyebabkan kecederaan yang lebih serius. Berikan **tiga** sebab bagi cadangan anda.
4 marks
d
Seorang pelajar menjalankan eksperimen untuk membandingkan sifat asid bagi asid etanoik dalam dua pelarut yang berbeza, iaitu air dan benzena. Huraikan perbezaan pemerhatian apabila pita magnesium dimasukkan ke dalam kedua-dua larutan tersebut dan nyatakan zarah yang bertanggungjawab terhadap sifat asid.
5 marks
e
Garam V karbonat apabila dipanaskan menghasilkan baki garam W berwarna kuning apabila panas dan putih apabila disejukkan. Garam W bertindak balas dengan asid hidroklorik menghasilkan garam X.
Rancang satu eksperimen makmal untuk mengenal pasti kation dan anion yang hadir dalam garam X. Huraian anda mestilah merangkumi:
- Bahan kimia yang digunakan
- Prosedur eksperimen bagi kation dan anion
- Pemerhatian
- Kation dan anion yang hadir dalam garam X
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open