Rajah 1.1 menunjukkan formula struktur bagi polimer semula jadi yang terdapat dalam lateks daripada pokok getah.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
b
Polimer boleh dikelaskan kepada polimer termoplastik, termoset dan elastomer berdasarkan ciri-cirinya. Nyatakan kelas bagi jenis polimer dalam Rajah 1.1.
1 marks
c
Nyatakan nama bahan yang boleh ditambah untuk mengekalkan lateks dalam keadaan cecair.
1 marks
d
Polimer dalam Rajah 1.1 menjalani proses Z untuk menambah baik sifat-sifat asalnya seperti dalam Rajah 1.2.
Nyatakan nama bagi proses Z dan lukiskan struktur polimer yang terbentuk dalam ruang yang disediakan.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagaimana rantai-rantai polimer disambungkan, atom yang menyambungkannya dan di mana sambungan itu berlaku pada rantai.)*
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan graf lengkung penyejukan dari suhu 50.0 °C ke suhu bilik bagi asid laurik, C~12~H~24~O~2~. Takat beku asid laurik ialah 43.8 °C.
a
Nyatakan jenis zarah yang hadir dalam asid laurik.
1 marks
b
Namakan proses perubahan keadaan jirim yang terlibat untuk mendapatkan lengkung dalam Rajah 2.
1 marks
c
Tandakan takat beku bagi asid laurik pada Rajah 2.
*(Huraikan tanda anda dalam perkataan: di mana anda menandakan takat beku dan nilai yang ditulis.)*
1 marks
d
Lukis susunan zarah asid laurik pada 30 °C dan 45 °C.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: susunan dan jarak antara zarah-zarah pada setiap suhu.)*
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan ubat yang diberi kepada pesakit untuk melegakan kesakitan.
> **Rajah 3:** kotak ubat berlabel "ASPIRIN 500" — "acetilsalicilatna kiselina, 20 (2×10) tableta" (Bayer).
Berdasarkan Rajah 3,
a(i)
Nyatakan jenis ubat tersebut.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu kesan sampingan jika aspirin diberikan kepada kanak-kanak.
1 marks
b
Seorang pesakit mengalami gejala gatal-gatal, bengkak dan artritis. Cadangkan jenis ubat yang sesuai untuk merawat gejala-gejala tersebut.
1 marks
c
Bidang nanoteknologi telah berkembang dengan sangat meluas dan digunakan dalam pelbagai bidang. Penurasan air tidak ketinggalan menggunakan teknologi ini bagi memastikan penurasan lebih efisien dapat dijalankan. Cadangkan satu alotrop karbon yang sesuai digunakan sebagai penurasan bahan. Terangkan jawapan anda.
3 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan petikan daripada sebuah artikel.
> **Teknologi Kereta Api Laju STAR 21**
>
> STAR 21 ialah kereta api laju pertama di Jepun yang menggunakan motor elektrik jenis frekuensi boleh ubah. Badan kereta api ini dibuat daripada aluminium berkembar menggunakan bahagian berongga panjang yang dikimpal bersama. Pemasangannya menggunakan paku rivet duralumin, iaitu teknik yang dipelajari daripada pembinaan kapal terbang.
>
> (Dipetik dan diubahsuai daripada: https://rollingstockworld.com/passenger-cars/history-evolution-of-experimental-high-speed-trains-in-japan/)
a
Apakah unsur lain yang terdapat dalam paku rivet selain daripada aluminium?
1 marks
b(i)
Terangkan mengapa duralumin lebih kuat berbanding dari aluminium.
2 marks
b(ii)
Duralumin mengandungi 93% aluminium. Hitung berat aluminium dalam kg jika berat satu gerabak ialah 35 tan.
[1 tan = 1000 kg]
2 marks
c
Sebuah syarikat pembekal internet di kawasan luar bandar menghadapi masalah liputan dan penghantaran data yang perlahan apabila menggunakan kabel kuprum. Penduduk mengadu sukar mengikuti kelas dalam talian dan mesyuarat maya. Cadangkan cara untuk mengatasi masalah tersebut dan terangkan.
2 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan dua set eksperimen yang telah dijalankan untuk mengkaji sifat gas hidrogen klorida.
a
Nyatakan jenis ikatan dalam gas hidrogen klorida.
1 marks
b
Apakah yang akan diperhatikan apabila kertas litmus biru dimasukkan ke dalam tabung uji bagi Set I dan Set II? Terangkan jawapan anda.
3 marks
c
Hitung kepekatan larutan yang terhasil apabila 480 cm^3^ gas hidrogen klorida pada keadaan bilik dilarutkan ke dalam 500 cm^3^ air suling. Seterusnya, tentukan nilai pH larutan yang terhasil.
[Isipadu molar = 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
4 marks
69 marks
Dua eksperimen dijalankan untuk menyiasat kesan kepekatan asid sulfurik ke atas kadar suatu tindak balas. Jadual 6 menunjukkan keputusan eksperimen.
a
Nyatakan satu faktor yang boleh mempengaruhi kadar tindak balas.
1 marks
Berdasarkan Jadual 6,
b(i)
namakan gas yang terbebas dalam eksperimen ini.
1 marks
b(ii)
tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara magnesium dengan asid sulfurik.
1 marks
b(iii)
hitung isipadu maksimum gas yang terbebas pada suhu bilik dalam eksperimen ini.
[Jisim atom relatif: Mg = 24; Isipadu 1 mol gas pada suhu bilik = 24 dm^3^]
3 marks
c
Bandingkan kadar tindak balas antara eksperimen I dan eksperimen II. Terangkan jawapan anda berdasarkan teori perlanggaran.
3 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan struktur zarah sebatian Z.
a(i)
Nyatakan jenis sebatian Z.
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis zarah subatom yang terlibat dalam pembentukan ikatan kimia.
1 marks
Jadual 7 menunjukkan sifat fizik bahan P, Q dan R.
| Bahan | Takat lebur (°C) | Kekonduksian elektrik: pepejal | Kekonduksian elektrik: leburan |
|---|---|---|---|
| P | 55 | Tidak | Tidak |
| Q | 750 | Tidak | Ya |
| R | 600 | Ya | Ya |
Rajah 7.2 menunjukkan simbol tiga unsur yang berbeza.
$^{12}_{6}\text{K}$ $\quad$ $^{16}_{8}\text{L}$ $\quad$ $^{24}_{12}\text{M}$
Berdasarkan Rajah 7.2,
b(i)
unsur yang manakah merupakan bahan R?
1 marks
b(ii)
kenal pasti unsur-unsur yang boleh membentuk bahan P.
1 marks
b(iii)
lukis susunan elektron bahan P.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom yang terlibat dan bilangannya, susunan elektron setiap atom, dan elektron yang dikongsi.)*
2 marks
b(iv)
hitungkan jisim relatif bahan P.
1 marks
c
Rajah 7.3 menunjukkan sehelai baju yang terkena cat minyak semasa aktiviti melukis.
Antara dua bahan yang ditunjukkan dalam Rajah 7.3, yang manakah lebih sesuai digunakan untuk menanggalkan cat tersebut? Wajarkan jawapan anda.
3 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji penyesaran halogen daripada larutan halidanya oleh halogen X~2~, Y~2~ dan Z~2~.
Berdasarkan Rajah 8,
a(i)
nyatakan fungsi 1,1,1-trikloroetana.
1 marks
a(ii)
susun unsur X, Y dan Z dari segi kekuatan sebagai agen pengoksidaan dalam tertib menaik.
1 marks
a(iii)
tuliskan setengah persamaan pengoksidaan, setengah persamaan penurunan dan kenal pasti agen pengoksidaan bagi Set II.
Setengah persamaan pengoksidaan: …
Setengah persamaan penurunan: …
Agen pengoksidaan: …
3 marks
Jadual 8 menunjukkan dua set eksperimen untuk mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak.
b(i)
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 8, kenal pasti larutan K dan larutan L.
Larutan K: …
Larutan L: …
2 marks
b(ii)
Huraikan secara ringkas ujian kimia untuk menentusahkan hasil yang terbentuk di elektrod P.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan tindak balas yang digunakan dalam industri penghasilan hidrokarbon yang lebih kecil daripada hidrokarbon rantai panjang.
C~7~H~16~ $\xrightarrow[\text{panaskan}]{\text{campuran mangkin}}$ C~2~H~4~ + Hidrokarbon Q
a(i)
Namakan tindak balas di atas dan cadangkan satu mangkin yang boleh digunakan dalam tindak balas tersebut. Nyatakan formula molekul dan lukiskan formula struktur bagi hidrokarbon Q.
*(Huraikan formula struktur anda dalam perkataan: rantai atom karbon (lurus atau bercabang) dan atom-atom hidrogen pada setiap atom karbon.)*
4 marks
a(ii)
5.6 kg sebatian C~2~H~4~ terbakar dalam oksigen berlebihan untuk menghasilkan gas karbon dioksida dan air. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas ini, seterusnya hitungkan isipadu gas karbon dioksida yang terhasil.
[Jisim atom relatif C = 12; H = 1; Isipadu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
5 marks
Rajah 9.2 menunjukkan susunan radas bagi proses penukaran sebatian X kepada sebatian Z. Sebatian X mempunyai bilangan atom karbon per molekul kurang daripada tiga.
b
Berdasarkan pada Rajah 9.2, kenal pasti tindak balas I, tindak balas II, sebatian X, sebatian Y dan sebatian Z. Nyatakan satu persamaan sifat antara sebatian X dan sebatian Z.
6 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan dua tong gas memasak yang berisi jenis gas yang berbeza dan Rajah 9.4 menunjukkan perbualan antara Susan dan Siti.
**Rajah 9.3**
| Jenis gas | Gas R | Gas S |
|---|---|---|
| Jisim molar gas (g mol^-1^) | 44 | 58 |
**Rajah 9.4** (dua gadis bercakap)
> Gadis pertama: "Susan, rumah saya menggunakan tong gas berisi gas R dan 15 mol gas ini menghasilkan haba sebanyak 33301.5 kJ. Gas ini lebih menjimatkan."
>
> Gadis kedua: "Siti, rumah saya menggunakan tong gas berisi gas S dan 10 mol gas ini menghasilkan haba sebanyak 28775 kJ. Gas ini juga lebih menjimatkan."
Berdasarkan Rajah 9.3 dan 9.4, gas memasak di rumah siapakah lebih menjimatkan? Buktikan dengan menghitung nilai bahan api bagi gas-gas tersebut.
5 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan susunan radas satu eksperimen untuk menentukan haba peneutralan antara asid dan alkali.
Persamaan termokimia bagi tindak balas ini ialah:
HCl + NaOH $\rightarrow$ NaCl + H~2~O $\quad$ ΔH = −57.12 kJ mol^-1^
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan haba peneutralan? Nyatakan jenis tindak balas berdasarkan perubahan tenaga haba dan lukiskan gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas ini.
*(Huraikan gambar rajah aras tenaga anda dalam perkataan: paksi, aras tenaga bahan dan hasil tindak balas (yang mana lebih tinggi), dan label pada setiap aras.)*
4 marks
a(ii)
Jadual 10.1 menunjukkan haba peneutralan bagi tindak balas antara dua asid monoprotik HQ dan HR dengan larutan natrium hidroksida.
| Eksperimen | Bahan tindak balas | Haba peneutralan (kJ mol^-1^) |
|---|---|---|
| I | HQ + NaOH | −57.0 |
| II | HR + NaOH | −55.0 |
Berdasarkan Jadual 10.1, cadangkan asid HR. Terangkan perbezaan haba peneutralan bagi Eksperimen I dan Eksperimen II. Jika Eksperimen I diulang menggunakan asid sulfurik dengan isipadu dan kepekatan yang sama, ramalkan haba peneutralan tindak balas ini.
5 marks
Rajah 10.2 menunjukkan susunan radas bagi suatu pentitratan.
b(i)
Apakah maksud nilai pH?
Tentukan kekuatan dan kepekatan bagi larutan TOH.
4 marks
b(ii)
Larutan alkali tersebut digunakan untuk meneutralkan 0.002 mol asid sulfurik seperti persamaan di bawah.
2TOH + H~2~SO~4~ $\rightarrow$ T~2~SO~4~ + 2H~2~O
Tentukan isipadu larutan TOH yang digunakan.
2 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan label bagi dua botol asid yang telah tertanggal. Encik Ali telah menguji kedua-dua asid tersebut menggunakan ketulan kecil marmar.
- Label 1: Asid oksalik
- Label 2: Asid sulfurik
| Botol | Perubahan warna air kapur selepas 2 minit | Perubahan warna air kapur selepas 5 minit |
|---|---|---|
| A | Warna air kapur tidak berubah | Air kapur menjadi keruh |
| B | Air kapur menjadi keruh | Air kapur menjadi keruh |
Berdasarkan Jadual 10.2, kenal pasti label bagi setiap botol reagen tersebut. Terangkan jawapan anda.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan satu tindak balas penyesaran logam daripada larutan garamnya.
a
Nyatakan maksud redoks. Berdasarkan Rajah 11.1, tuliskan formula kimia bagi larutan K yang terbentuk dan nyatakan warna pepejal L.
3 marks
b
Ba(NO~3~)~2~ + Na~2~SO~4~ $\rightarrow$ ………… + …………
Salin dan lengkapkan persamaan di atas. Namakan tindak balas di atas. Tentukan sama ada tindak balas tersebut tindak balas redoks atau pun tidak. Terangkan jawapan anda.
4 marks
c
| Garam | Penerangan | Pemerhatian |
|---|---|---|
| Y | Pepejal Y dipanaskan dan gas N yang terbebas diuji dengan kertas litmus biru lembap dan gas P diuji dengan kayu uji berbara. | Baki pepejal M berubah dari warna kuning kepada putih apabila disejukkan. Kertas litmus biru lembap berubah menjadi merah. Kayu uji berbara menyala. |
| Z | Tindak balas antara larutan natrium sulfat 2.0 mol dm^-3^ dan larutan plumbum(II) nitrat 2.0 mol dm^-3^. | Mendakan putih terbentuk. |
Berdasarkan Jadual 11, kenal pasti garam Y, garam Z, baki pepejal M dan gas P. Nyatakan warna gas N yang menukarkan kertas litmus biru lembap kepada merah.
5 marks
d
Rajah 11.2 menunjukkan perbualan seorang guru kimia dengan beberapa orang pelajar di dalam makmal.
> Guru: "Kita akan bantu sebuah kedai akuarium untuk mengatasi masalah air tercemar oleh ion argentum."
(Di atas meja makmal terdapat botol berlabel "SILVER NITRATE".)
Berdasarkan situasi di atas, cadangkan satu bahan dari dapur yang sesuai untuk dicampurkan dengan air tercemar untuk menyingkirkan ion argentum.
Tulis persamaan ion bagi tindak balas tersebut.
Dengan menggunakan kaedah penyediaan garam Z di 11(c), huraikan langkah-langkah bagaimana anda menyingkirkan ion argentum dari air tercemar.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open