Rajah 1 menunjukkan gambar rajah susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk antara ion natrium, Na^+^ dan ion oksida, O^2-^.
a
Berdasarkan Rajah 1, nyatakan jenis ikatan bagi sebatian yang terbentuk.
1 marks
b
Tuliskan formula kimia bagi sebatian tersebut.
1 marks
c
Nyatakan daya tarikan yang wujud antara ion natrium, Na^+^ dan ion oksida, O^2-^.
1 marks
d
Terangkan secara ringkas bagaimana sebatian dalam Rajah 1 terbentuk.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan piala yang dimenangi oleh Azrul dalam Pertandingan Catur Peringkat Kebangsaan. Piala ini diperbuat daripada aloi X dengan komposisi utamanya ialah kuprum.
a(i)
Nyatakan jenis aloi X.
1 marks
a(ii)
Lukis dan label susunan atom dalam aloi yang dinyatakan di a(i).
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: susunan dan saiz atom-atom serta label setiap jenis atom.)*
2 marks
b
Bamper kereta ialah salah satu bahan komposit yang bersifat ringan dan mempunyai kekuatan regangan yang tinggi.
Nyatakan bahan matriks dan bahan pengukuhan bagi bahan komposit tersebut.
Bahan matriks: …
Bahan pengukuhan: …
2 marks
36 marks
Jadual 1 menunjukkan tiga bahan dan formula kimianya.
| Bahan | Formula kimia |
|---|---|
| Natrium | Na |
| Klorin | Cl~2~ |
| X | ……. |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1:
a(i)
Tandakan ✓ bagi jenis zarah yang terdapat dalam natrium.
| Jenis zarah | |
|---|---|
| Atom | |
| Molekul | |
| Ion | |
(Tulis jenis zarah yang anda tandakan.)
1 marks
a(ii)
Takat lebur klorin dan takat didih klorin masing-masing ialah −101.0 °C dan −34.0 °C. Apakah keadaan fizik klorin pada 27.0 °C?
1 marks
b(i)
Sebatian X terbentuk apabila natrium bertindak balas dengan klorin. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut.
2 marks
b(ii)
Hitungkan jisim natrium yang diperlukan untuk bertindak balas dengan lengkap dengan 2 mol klorin.
[Jisim molar X = 58 g mol^-1^]
2 marks
47 marks
Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur.
a(i)
Unsur manakah yang merupakan gas monoatom?
1 marks
a(ii)
Bandingkan saiz antara atom P dan T. Berikan sebab.
2 marks
b(i)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara unsur P dengan air.
2 marks
b(ii)
0.5 mol unsur P bertindak balas dengan air. Hitung isi padu gas yang terbebas.
[Isi padu molar gas pada keadaan bilik: 24 dm^3^ mol^-1^]
2 marks
58 marks
Rajah 4 menunjukkan penguraian pepejal M kepada pepejal kuprum(II) oksida dan gas N.
Pepejal M —(Tindak balas 1)→ Pepejal kuprum(II) oksida + Gas N
Rajah 4
a(i)
Nyatakan warna kuprum(II) oksida.
1 marks
a(ii)
Kenal pasti Pepejal M.
1 marks
b(i)
Bagaimanakah Tindak balas 1 dilakukan?
1 marks
b(ii)
Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas ini.
1 marks
b(iii)
Lukis gambar rajah berlabel bagi Tindak balas 1.
*(Huraikan gambar rajah anda dalam perkataan: radas yang digunakan, bagaimana ia disusun, dan label-labelnya.)*
2 marks
c
Huraikan secara ringkas ujian pengesahan bagi gas N.
2 marks
69 marks
Jadual 2 menunjukkan maklumat bagi dua set eksperimen yang telah dijalankan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
| Eksperimen | Bahan tindak balas | Masa untuk tanda 'X' hilang dari penglihatan (s) |
|---|---|---|
| I | 100 cm^3^ larutan natrium tiosulfat 0.5 mol dm^-3^ + asid nitrik 1.0 mol dm^-3^ berlebihan pada 40 °C | 50 |
| II | 100 cm^3^ larutan natrium tiosulfat 0.5 mol dm^-3^ + asid nitrik 1.0 mol dm^-3^ berlebihan pada 60 °C | 30 |
Jadual 2
a
Apakah maksud kadar tindak balas?
1 marks
b
Mengapakah hasil campuran tindak balas ini bertukar menjadi keruh?
1 marks
c(i)
Hitungkan kadar tindak balas bagi Eksperimen I.
1 marks
c(ii)
Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas dalam eksperimen tersebut.
2 marks
d(i)
Ramalkan masa yang diambil untuk tanda 'X' hilang dari penglihatan sekiranya larutan natrium tiosulfat berkepekatan 1.0 mol dm^-3^ digunakan dalam Eksperimen II tanpa mengubah suhu dan isi padu yang sama.
1 marks
d(ii)
Terangkan jawapan anda di d(i) menggunakan teori pelanggaran.
3 marks
710 marks
Rajah 5 menunjukkan kesan tindakan pencucian agen pencuci A dan B ke atas pakaian yang kotor akibat terkena kuah kari.
a(i)
Pembentukan kekat berlaku apabila air laut bertindak balas dengan agen pencuci A.
Nyatakan nama **dua** ion di dalam air laut yang menyebabkan pembentukan kekat.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 5, nyatakan jenis agen pencuci B.
1 marks
b
Jadual 3 menunjukkan keputusan apabila larutan X dan larutan Y ditambah ke dalam lateks selepas ditinggalkan selama 15 minit.
| Set | Keputusan |
|---|---|
| Lateks + larutan X | Lateks menggumpal |
| Lateks + larutan Y | Lateks tidak menggumpal |
Jadual 3
Cadangkan larutan X dan larutan Y. Terangkan perbezaan bagi kedua-dua set.
3 marks
c
Jadual 4 menunjukkan tiga jenis kosmetik beserta kegunaannya.
| Jenis kosmetik | Kegunaan |
|---|---|
| R | Untuk memberikan haruman |
| Kosmetik rias | S |
| T | Untuk merawat badan |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4, tuliskan jawapan bagi R, S dan T.
R: …
S: …
T: …
3 marks
d
Puan T bercadang ingin membeli puding bagi majlis sambutan hari jadi anaknya. Rajah 6 menunjukkan jenis pewarna yang digunakan bagi puding yang dijual di dua buah kedai.
Wajarkan pilihan yang boleh dibuat oleh Puan T. Berikan sebab.
2 marks
810 marks
Rajah 7 menunjukkan formula struktur bagi tiga sebatian karbon, sebatian A, sebatian B dan sebatian C.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan sebatian karbon?
1 marks
b
Nyatakan kumpulan berfungsi bagi sebatian A.
1 marks
Sebatian A boleh ditukarkan kepada sebatian B melalui proses I.
c(i)
Nyatakan nama bagi proses I.
1 marks
c(ii)
Nyatakan satu keadaan yang perlu digunakan untuk menjalankan proses I.
1 marks
c(iii)
Lukiskan formula struktur bagi satu isomer sebatian A.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: susunan atom karbon, kedudukan ikatan ganda dua dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon.)*
1 marks
Sebatian B terbakar dengan nyalaan biru.
d(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi pembakaran sebatian itu.
2 marks
d(ii)
Sebatian B dan sebatian C boleh bertindak balas untuk menghasilkan satu sebatian karbon lain yang kurang tumpat daripada air.
Huraikan secara ringkas bagaimana tindak balas itu dapat dijalankan di dalam makmal.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 8 menunjukkan suatu set eksperimen yang dijalankan oleh pelajar untuk menentukan haba pemendakan bagi mendakan X.
Berdasarkan Rajah 8,
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan haba pemendakan? Tuliskan formula kimia bagi kalium iodida.
2 marks
a(ii)
Nyatakan jenis tindak balas di atas. Apakah warna mendakan X?
2 marks
b
Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas tersebut. Hitung haba pemendakan bagi mendakan X dalam eksperimen itu.
[Diberi muatan haba tentu bagi larutan ialah c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
6 marks
c
Jadual 5 menunjukkan maklumat tentang tiga jenis bahan api yang boleh digunakan untuk pemanasan domestik semasa aktiviti perkhemahan.
| Bahan | Formula kimia | Haba pembakaran (kJ mol^-1^) |
|---|---|---|
| Butana | C~4~H~10~ | 2877 |
| Kerosin | C~12~H~26~ | 6100 |
| Gasolin | C~8~H~18~ | 5460 |
Jadual 5
Berdasarkan Jadual 5, pilih bahan yang terbaik untuk digunakan dari segi nilai bahan api dan terangkan jawapan anda. Tunjukkan langkah pengiraan untuk menyokong pilihan itu. Tuliskan persamaan kimia bagi pembakaran bahan tersebut.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1]
10 marks
1020 marks
a
Rajah 9.1 menunjukkan perbualan antara seorang ibu dan anaknya.
> Anak (memegang sabun): "Ibu, mengapakah sabun yang baru dikeluarkan daripada kotak tidak berasa licin?"
>
> Ibu: "Cuba letak air dan gosok sabun itu. Apakah yang Sarah rasa sekarang?"
>
> Anak (menggosok sabun di bawah air paip): "Licinlah, ibu!"
Berdasarkan Rajah 9.1 nyatakan maksud alkali. Nyatakan ion yang menyebabkan sifat alkali bagi sabun.
2 marks
b(i)
Rajah 9.2 menunjukkan gambar rajah pengionan asid X dalam air yang terbentuk daripada gas X.
Kenal pasti asid X. Nyatakan kation dan anion bagi asid itu.
2 marks
b(ii)
Jika kepekatan asid X ialah 0.1 mol dm^-3^, hitungkan nilai pH bagi asid X.
2 marks
c
Sengatan obor-obor adalah beralkali dan menyebabkan kesakitan. Cadangkan satu bahan yang boleh disapu pada kulit tanpa menyebabkan kecederaan seterusnya. Terangkan jawapan anda.
4 marks
d
Rajah 9.3 menunjukkan pemerhatian bagi tindak balas antara dua jenis asid dan serbuk magnesium dalam dua eksperimen.
Berdasarkan maklumat dalam Rajah 9.3, cadangkan asid P dan kenal pasti gas yang terhasil. Terangkan perbezaan pemerhatian antara Eksperimen I dan Eksperimen II.
5 marks
e
Jadual 6 menunjukkan nilai pH bagi dua asid dengan kepekatan yang sama.
| Asid | Kekuatan asid | Nilai pH |
|---|---|---|
| Y | Asid kuat | 2.0 |
| Z | Asid kuat | 1.0 |
Jadual 6
Dengan menggunakan satu contoh yang dinamakan bagi setiap asid, terangkan perbezaan nilai pH antara asid Y dan asid Z.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 10.1 menunjukkan satu susunan radas yang digunakan untuk menyadurkan sebuah cincin besi yang telah berkarat.
Nyatakan fungsi bagi larutan asid sulfurik cair. Tentukan terminal negatif sel I dan berikan satu sebab bagi jawapan anda.
3 marks
a(ii)
Tuliskan notasi sel bagi sel itu dan hitungkan nilai E°~sel~ yang terhasil.
4 marks
a(iii)
Berdasarkan Sel II dan Jadual 7, terangkan tindak balas yang berlaku di katod dari segi:
- Ion-ion yang tertarik
- Ion yang dipilih untuk diturunkan dan sebab
- Pemerhatian
- Setengah persamaan
5 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan perbualan antara dua orang pelajar mengenai satu tindak balas kimia yang berlaku pada sebuah kapal.
> Pelajar 1: "Saya tertanya-tanya, bagaimana agaknya sebuah kapal yang besar dapat menghalang badannya dari berkarat sedangkan ia selalu berada di laut?"
>
> Pelajar 2: "Oh, menurut cikgu kita, badan kapal akan dipasang dengan kepingan-kepingan logam lain untuk menghalang pengaratan."
Berdasarkan Rajah 10.2, huraikan satu kaedah yang boleh dijalankan dalam makmal, dengan menggunakan radas dan bahan yang sesuai untuk membuktikan pernyataan di atas.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open