Rajah 1 menunjukkan kandungan dalam satu tin nanas.
> **Kandungan:** Nanas, jus nanas, asid sitrik, etil butanoat, bahan X
Rajah 1
a
Nyatakan maksud bahan tambah makanan.
1 marks
Berdasarkan Rajah 1, nyatakan fungsi asid sitrik dan etil butanoat.
b(i)
Asid sitrik
1 marks
b(ii)
Etil butanoat
1 marks
Bahan X ditambah sebagai pengawet dan perisa.
c(i)
Nyatakan bahan X.
1 marks
c(ii)
Nyatakan bagaimana bahan X boleh berfungsi sebagai pengawet?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan simbol bagi unsur U, unsur V dan unsur W. Huruf yang digunakan bukan simbol sebenar bagi unsur-unsur itu.
$^{23}_{11}\text{U}$ $\quad$ $^{27}_{13}\text{V}$ $\quad$ $^{35}_{17}\text{W}$
Rajah 2
a(i)
Nyatakan maksud kala.
1 marks
a(ii)
Dalam kala manakah terletaknya unsur U, V dan W dalam Jadual Berkala Unsur? Terangkan jawapan anda.
2 marks
Asid nitrik dihasilkan melalui proses Ostwald.
b(i)
Nyatakan logam peralihan yang digunakan sebagai mangkin dalam proses itu.
1 marks
b(ii)
Nyatakan **satu** sifat istimewa **lain** bagi unsur peralihan.
1 marks
36 marks
Penguraian kalium klorat(V), KClO~3~ oleh haba digunakan untuk menghasilkan gas oksigen di makmal. Persamaan kimia berikut mewakili tindak balas penguraian kalium klorat(V).
2KClO~3~ (p) $\rightarrow$ **X** KCl (p) + **Y** O~2~ (g)
Berdasarkan persamaan kimia,
a
Nyatakan keadaan fizik bagi kalium klorat(V).
1 marks
b
Nyatakan nilai X dan Y.
X: …
Y: …
1 marks
c
Sekumpulan penyelidik memerlukan 200 dm^3^ gas oksigen bagi satu penyelidikan. Sebagai persediaan, 1 kg kalium klorat(V), KClO~3~ telah dibeli. Adakah pembelian tersebut mencukupi? Terangkan.
[Jisim atom relatif: O = 16, Cl = 35.5, K = 39; 1 mol gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
4 marks
47 marks
Rajah 3.1 menunjukkan penggunaan kaca P dan kaca Q.
a(i)
Nyatakan jenis kaca P dan kaca Q.
P: …
Q: …
2 marks
a(ii)
Terangkan mengapa kaca P dan kaca Q digunakan pada bangunan tersebut?
2 marks
Rajah 3.2 menunjukkan satu pasu seramik.
b(i)
Apakah komponen utama untuk membuat pasu seramik?
1 marks
b(ii)
Seramik juga digunakan dalam bidang perubatan. Nyatakan jenis seramik termaju yang digunakan dalam implan gigi dan berikan **satu** sifat seramik termaju itu.
2 marks
58 marks
Jadual 1 menunjukkan maklumat tentang dua polimer sintetik yang digunakan dalam kehidupan seharian, terilena dan polisterina.
Jadual 1
a
Nyatakan maksud polimer.
1 marks
b(i)
Nyatakan **satu** kegunaan terilena.
1 marks
b(ii)
Nyatakan hasil sampingan tindak balas pempolimeran bagi pembentukan terilena.
1 marks
b(iii)
Bandingkan tindak balas pempolimeran bagi penghasilan terilena dan polisterina, selain daripada penghasilan hasil sampingan.
1 marks
c
Tuliskan satu persamaan kimia untuk menunjukkan tindak balas pempolimeran untuk menghasilkan polisterina.
2 marks
Rajah 4 menunjukkan contoh bahan yang dihasilkan daripada nilon.
d
Beri **dua** sebab mengapa nilon sesuai untuk tujuan ini.
2 marks
69 marks
Rajah 5.1 menunjukkan susunan radas untuk elektrolisis larutan kuprum(II) sulfat.
Rajah 5.1
Jadual 2 menunjukkan sebahagian siri keupayaan elektrod piawai.
| Tindak balas sel setengah | E^0^ / V (298 K) |
|---|---|
| 2H^+^ + 2e $\rightleftharpoons$ H~2~ | 0.00 |
| Cu^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Cu | +0.34 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e $\rightleftharpoons$ 4OH^-^ | +0.40 |
| S~2~O~8~^2-^ + 2e $\rightleftharpoons$ 2SO~4~^2-^ | +2.01 |
Jadual 2
a
Nyatakan warna bagi larutan kuprum(II) sulfat.
1 marks
b
Nyatakan pemerhatian pada elektrod X. Terangkan.
3 marks
Seorang murid mendapati cincin besinya telah berkarat.
c(i)
Cadangkan bagaimana untuk menjadikan cincin besi tersebut lebih menarik dan tahan karat dengan menggunakan konsep elektrolisis.
1 marks
c(ii)
Lukis dan label susunan radas bagi kaedah yang dicadangkan di 6(c)(i).
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas yang digunakan, bagaimana litar disambungkan, bahan setiap elektrod dan di mana setiap satu disambungkan, larutan yang digunakan dan label-label pada rajah)*
2 marks
Rajah 5.2 menunjukkan proses pengekstrakan aluminium daripada aluminium oksida.
d
Terangkan kesan pengekstrakan logam ini kepada alam sekitar.
2 marks
710 marks
Sekumpulan murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Rajah 6.1 menunjukkan pemerhatian bagi eksperimen tersebut.
Rajah 6.1
Berdasarkan Rajah 6.1,
a
Nyatakan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
1 marks
b
Nyatakan **satu** perubahan yang dapat diperhatikan dalam eksperimen ini yang boleh digunakan untuk menentukan kadar tindak balas.
1 marks
c
Hitung kadar tindak balas bagi Set I dan Set II.
Set I: …
Set II: …
4 marks
d
Adakah sesuai untuk asid sulfurik menggantikan asid hidroklorik dalam eksperimen ini? Terangkan jawapan anda.
2 marks
Ahmad mengulangi eksperimen dengan menggunakan susunan radas seperti Rajah 6.2.
e
Terangkan bagaimana Ahmad dapat menentukan perbezaan kadar tindak balas bagi Set I dan Set II.
2 marks
810 marks
Rajah 7.1 menunjukkan satu sebatian yang digunakan untuk menghasilkan baja.
a(i)
Nyatakan jenis ikatan kimia bagi sebatian tersebut.
1 marks
a(ii)
Nyatakan bagaimana ikatan di 8(a)(i) terbentuk.
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji takat lebur dan takat didih bagi kalium klorida dan naftalena.
b
Didapati naftalena telah melebur pada 78 °C, manakala kalium klorida tidak menunjukkan perubahan selepas sepuluh minit. Terangkan.
2 marks
c
Apabila ketulan ais ditambahkan ke dalam segelas sirap, ais akan terapung kerana ais kurang tumpat daripada sirap. Hal ini kerana molekul air dalam ais membentuk ikatan hidrogen. Lukis dan label satu gambar rajah untuk menerangkan penyataan itu. Jawapan anda mesti menunjukkan ikatan dalam molekul air, H~2~O.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: molekul-molekul air yang dilukis, atom dalam setiap molekul, jenis-jenis ikatan dan di mana setiap ikatan dilabel)*
2 marks
Rajah 7.3 menunjukkan skala kekerasan Mohs yang berskala dari 1 hingga 10.
| Skala | 1 | 7 | 10 |
|---|---|---|---|
| Bahan | Talkum | Kuarza | Berlian |
Semakin keras $\rightarrow$
Rajah 7.3
d
Berlian adalah satu alotrop karbon. Terangkan mengapa berlian berada pada skala 10 pada skala Mohs?
1 marks
e
Jessica ingin menghilangkan pengilat kuku pada jarinya. Antara air dan aseton, yang manakah lebih sesuai digunakan untuk menanggalkan pengilat kuku? Wajarkan pilihan Jessica.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 8 menunjukkan carta alir pertukaran sebatian X kepada sebatian W, sebatian Y dan sebatian Z.
a
Nyatakan maksud hidrokarbon tak tepu.
1 marks
Berdasarkan Rajah 8,
b
Namakan tindak balas I, tindak balas II, sebatian W, sebatian X dan sebatian Y. Nyatakan siri homolog dan formula am bagi sebatian W, sebatian X dan sebatian Y.
11 marks
c
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas II. Nyatakan keadaan bagi tindak balas ini. Jika 4.2 g sebatian X digunakan, hitung jisim sebatian Y yang terhasil.
[Jisim atom relatif: C = 12, O = 16, H = 1]
5 marks
d
Nyatakan pemerhatian bagi tindak balas III. Lukiskan formula struktur dan namakan sebatian Z mengikut sistem penamaan IUPAC.
*(Huraikan formula struktur anda dalam perkataan: rantai karbon, atom-atom yang terikat pada setiap karbon dan semua ikatan.)*
3 marks
1020 marks
Rajah 9.1 menunjukkan dua orang pekerja di sebuah kilang sosej sedang menambah bahan X ke dalam adunan untuk menghasilkan sosej.
a
Bahan X yang ditambahkan ke dalam adunan itu merupakan sejenis garam. Nyatakan maksud garam dan namakan bahan X.
2 marks
Rajah 9.2 menunjukkan satu tindak balas pemanasan bagi pepejal Y.
Pepejal hijau Y $\rightarrow$ Pepejal hitam Z + Gas karbon dioksida
Rajah 9.2
b(i)
Nyatakan Y dan Z.
2 marks
b(ii)
Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi tindak balas pemanasan pepejal hijau Y. Hitung isi padu gas karbon dioksida yang dihasilkan pada suhu bilik jika 74.4 g pepejal hijau Y dipanaskan.
[Jisim molar pepejal hijau Y = 124 g mol^-1^; 1 mol gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
5 marks
b(iii)
Apabila pepejal Z ditambahkan ke dalam asid hidroklorik, satu larutan terbentuk. Namakan larutan yang terhasil dan nyatakan warna larutan itu.
2 marks
Rajah 9.3 menunjukkan aliran tindak balas yang berlaku ke atas oksida logam P.
Berdasarkan Rajah 9.3,
c(i)
Kenal pasti oksida logam P, mendakan putih R dan larutan perang S.
3 marks
c(ii)
Huraikan ujian kimia untuk mengesahkan kehadiran anion dan kation dalam larutan perang Q.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Jadual 3 menunjukkan persamaan termokimia bagi dua set eksperimen.
| Set | Persamaan termokimia |
|---|---|
| I | Zn (p) + 2HCl (ak) $\rightarrow$ ZnCl~2~ (ak) + H~2~ (g) $\quad$ ΔH = −126 kJ mol^-1^ |
| II | CaCO~3~ (p) $\rightarrow$ CaO (p) + CO~2~ (g) $\quad$ ΔH = +178 kJ mol^-1^ |
Jadual 3
Berdasarkan Jadual 3,
a(i)
Tentukan jenis tindak balas bagi Set I dan Set II.
2 marks
a(ii)
Lukiskan gambar rajah aras tenaga bagi Set I dan Set II.
Bandingkan dari segi:
- perubahan haba
- perubahan jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas dan hasil tindak balas
- perubahan tenaga semasa pembentukan dan pemecahan ikatan
*(Huraikan gambar rajah aras tenaga anda dalam perkataan: label paksi, kedudukan aras bahan dan hasil tindak balas bagi setiap set, serta nilai ΔH.)*
5 marks
Rajah 10 menunjukkan satu eksperimen untuk menentukan haba pemendakan argentum klorida, AgCl.
b
Dalam eksperimen ini, suhu meningkat sebanyak 3.0 °C. Hitung haba pemendakan bagi eksperimen ini. Tulis persamaan ion bagi tindak balas yang berlaku. Nyatakan **satu** langkah berjaga-jaga dalam eksperimen ini.
5 marks
Maklumat berikut adalah tentang penggunaan pek sejuk dalam kehidupan seharian.
> Pek sejuk digunakan dalam pertolongan cemas untuk mengurangkan bengkak atau kesakitan akibat kecederaan. Pek sejuk boleh dihasilkan dengan mengaplikasikan tindak balas antara serbuk penaik dengan asid lemah.
c
Berdasarkan pernyataan tersebut, cadangkan **satu** bahan di rumah yang boleh digunakan untuk bertindak balas dengan serbuk penaik. Huraikan kaedah untuk menghasilkan pek sejuk menggunakan kedua-dua bahan tersebut untuk mengurangkan bengkak pada lutut. Nyatakan **dua** kelebihan pek sejuk yang dihasilkan.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open