Jadual 1 menunjukkan bilangan proton dan bilangan neutron dalam tiga isotop Natrium iaitu Natrium-22, Natrium-23 dan Natrium-24.
| Isotop | Bilangan proton | Bilangan neutron |
|---|---|---|
| Natrium-22 | 11 | 11 |
| Natrium-23 | 11 | 12 |
| Natrium-24 | 11 | 13 |
Jadual 1
a
Nyatakan maksud isotop.
1 marks
b
Nyatakan tiga zarah subatom.
1 marks
c
Tulis susunan elektron bagi atom Natrium-22.
1 marks
d
Tulis perwakilan piawai bagi isotop Natrium-23 dalam bentuk $^{A}_{Z}X$.
1 marks
e
Nyatakan **satu** kegunaan Natrium-24.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan pelbagai kegunaan grafen sebagai sensor. Perkembangan pesat bidang kejuruteraan, perubatan dan lain-lain disiplin ilmu menyumbang kepada aplikasi nanoteknologi terkini dalam pelbagai aspek kehidupan. Antara bahan penting ialah alotrop karbon yang dikenali sebagai grafen.
a
Apakah maksud nanoteknologi?
1 marks
b(i)
Nyatakan **satu** sifat fizik grafen.
1 marks
b(ii)
Mengapakah grafen sesuai digunakan dalam sensor?
1 marks
c(i)
Mengapakah zarah nano sesuai diaplikasikan dalam bidang tekstil dan kosmetik?
1 marks
c(ii)
Berikan **satu** kegunaan lain nanoteknologi dalam bidang tekstil atau kosmetik.
1 marks
36 marks
Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen yang dijalankan di makmal bagi menentukan sifat oksida unsur yang terdapat dalam Kala 3 Jadual Berkala Unsur.
| Oksida bagi unsur dalam Kala 3 | Pemerhatian: Larutan natrium hidroksida | Pemerhatian: Asid nitrik |
|---|---|---|
| X oksida | Larut membentuk larutan tak berwarna | Tiada perubahan |
| Y oksida | Tiada perubahan | Larut membentuk larutan tak berwarna |
| Z oksida | Larut membentuk larutan tak berwarna | Larut membentuk larutan tak berwarna |
Jadual 3
a
Nyatakan definisi Kala dalam Jadual Berkala Unsur.
1 marks
b
Berdasarkan keputusan eksperimen dalam Jadual 3, susunkan semua unsur mengikut pertambahan saiz atom.
1 marks
c(i)
Jika formula kimia Y oksida adalah YO, tuliskan persamaan kimia apabila Y oksida bertindak balas lengkap dengan asid nitrik.
2 marks
c(ii)
Jika 0.05 mol YO bertindak balas dengan 100 cm^3^ asid nitrik, hitung kepekatan asid nitrik yang digunakan.
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan susunan radas untuk tindak balas antara gas hidrogen klorida dan gas ammonia. T~1~, T~2~ dan T~3~ adalah kedudukan yang mungkin bagi wasap putih terbentuk dalam eksperimen itu selepas lima minit.
a
Nyatakan jenis zarah bagi gas ammonia.
1 marks
Berdasarkan Rajah 4,
b(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas itu.
2 marks
b(ii)
Nyatakan kedudukan di mana wasap putih terbentuk.
1 marks
b(iii)
Beri satu sebab bagi jawapan anda di (b)(ii).
1 marks
c
Hitung jisim bagi wasap putih yang terbentuk apabila 0.5 mol gas ammonia bertindak balas.
[Jisim atom relatif: H = 1, N = 14, Cl = 35.5]
2 marks
58 marks
Jadual 5 menunjukkan nombor proton dan nombor nukleon bagi atom X, atom Y dan atom Z. Sebatian P terbentuk antara unsur bukan logam dan unsur bukan logam manakala sebatian Q terbentuk antara unsur logam dan unsur bukan logam.
| Atom | Nombor proton | Nombor nukleon |
|---|---|---|
| X | 1 | 1 |
| Y | 3 | 7 |
| Z | 8 | 16 |
Jadual 5
a
Nyatakan **satu** jenis ikatan kovalen.
1 marks
b(i)
Pilih **dua** unsur yang boleh membentuk sebatian P.
1 marks
b(ii)
Lukis rajah susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk di (b)(i).
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan atom setiap unsur dan kedudukannya, bilangan petala dan elektron bagi setiap atom, elektron yang dikongsi, serta label atom dan nukleus.)*
2 marks
c
Unsur Y dan unsur Z boleh membentuk sebatian Q. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku.
2 marks
d
Antara sebatian P dan sebatian Q, sebatian manakah yang boleh membentuk ikatan hidrogen? Terangkan jawapan anda.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan satu siri tindak balas kimia bagi suatu sebatian karbon P.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan sebatian karbon?
1 marks
b
Nyatakan nama Tindak balas I.
1 marks
Sebatian P bertindak balas dengan sebatian Q menghasilkan sebatian R dalam Tindak balas II.
c(i)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku.
2 marks
c(ii)
Jika 0.1 mol sebatian P diperlukan untuk bertindak balas lengkap dengan sebatian Q, tentukan jisim sebatian R yang terhasil.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1, O = 16]
2 marks
Rajah 6.2 menunjukkan satu botol reagen yang dilabel sebagai cecair X.
d
Huraikan secara ringkas ujian kimia untuk mengesahkan sama ada cecair X itu adalah sebatian P atau sebatian Q.
3 marks
710 marks
Asid etanoik, CH~3~COOH adalah asid lemah. Rajah 7.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen untuk mengkaji sifat keasidan asid etanoik.
a(i)
Nyatakan maksud asid lemah.
1 marks
a(ii)
Nyatakan kebesan asid etanoik dan terangkan.
2 marks
a(iii)
Berdasarkan Rajah 7.1, terangkan perbezaan pemerhatian bagi eksperimen itu.
3 marks
a(iv)
Tulis persamaan kimia tindak balas antara asid etanoik dan kalsium karbonat dalam eksperimen II.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan bagaimana pengasidan laut berlaku.
b(i)
Jumlah asid karbonik, H~2~CO~3~ yang tinggi meningkatkan keasidan air menyebabkannya tidak sesuai dengan kehidupan akuatik.
Jika air laut dalam Rajah 7.2 dipindahkan ke dalam sebuah akuarium, cadangkan **satu** kaedah untuk memastikan pH air sesuai untuk ikan hidup di dalamnya.
1 marks
b(ii)
Berikan sebab bagi jawapan di (b)(i).
1 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan gabungan sel kimia dengan sel elektrolisis. Bagi mengesan kehadiran arus elektrik, sebiji mentol telah disambung pada litar itu.
Jadual 8 menunjukkan sebahagian daripada nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah.
| Persamaan sel setengah | E^0^ / V (298 K) |
|---|---|
| Mg^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Mg | −2.38 |
| Zn^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Zn | −0.76 |
| 2H^+^ + 2e $\rightleftharpoons$ H~2~ | 0.00 |
| Cu^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Cu | +0.34 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e $\rightleftharpoons$ 4OH^-^ | +0.40 |
| Ag^+^ + e $\rightleftharpoons$ Ag | +0.80 |
| S~2~O~8~^2-^ + 2e $\rightleftharpoons$ 2SO~4~^2-^ | +2.01 |
Jadual 8
a
Nyatakan **satu** faktor yang mempengaruhi hasil elektrolisis pada elektrod bagi elektrolisis larutan akueus.
1 marks
b
Merujuk Sel II, elektrod karbon manakah merupakan anod?
1 marks
c(i)
Nyatakan nama hasil yang terbentuk di elektrod X dalam Sel II.
1 marks
c(ii)
Terangkan jawapan anda.
2 marks
d
Mentol menyala apabila litar dilengkapkan. Ini menunjukkan terdapat arus elektrik dalam litar itu.
Terangkan bagaimana arus elektrik terhasil dalam litar tersebut.
3 marks
e
Aiman hendak mengubah nyalaan mentol supaya menjadi lebih terang. Dia telah menggantikan zink dengan magnesium dan larutan zink sulfat diganti dengan larutan magnesium sulfat.
Wajarkan tindakan Aiman itu.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan 4 set eksperimen mengkaji tindak balas antara 2 g marmar dengan 15 cm^3^ asid hidroklorik, HCl.
a
Apakah maksud kadar tindak balas? Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan **satu** perubahan yang dapat diperhatikan dan diukur untuk menentukan kadar tindak balas.
2 marks
b
Tuliskan persamaan kimia dan nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas tersebut.
4 marks
c
Lukis rajah bagi susunan radas eksperimen I untuk mengumpul gas yang terhasil.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas yang digunakan, bahan di dalam setiap radas, bagaimana radas disambungkan dan bagaimana gas dikumpul, serta label.)*
2 marks
d
Berdasarkan Rajah 9, bandingkan kadar tindak balas antara:
- Eksperimen II dan Eksperimen IV
- Eksperimen III dan Eksperimen IV
10 marks
e
Tablet antasid digunakan oleh doktor untuk meneutralkan asid di dalam perut. Doktor menggalakkan pesakit untuk mengunyah tablet berbanding dengan cara menelan. Jelaskan tindakan doktor tersebut.
2 marks
1020 marks
a
Rajah 10.1 menunjukkan kegunaan bagi dua bahan komposit.
Berdasarkan Rajah 10.1, nyatakan nama bahan komposit A dan bahan komposit B. Seterusnya nyatakan bahan pengukuhan dan bahan matriks bagi kedua-dua bahan komposit tersebut. Nyatakan kelebihan bahan komposit B berdasarkan penggunaannya serta terangkan mengapa ia bertukar menjadi gelap apabila terkena cahaya dan menjadi lutsinar semula apabila keadaan malap.
9 marks
b
Jadual 10.2 menunjukkan jenis kaca dan kegunaannya.
| Jenis kaca | Kegunaan |
|---|---|
| Kaca X | Membuat kanta teleskop |
| Kaca Y | Membuat alat radas makmal |
| Kaca Z | Bekas kaca |
Jadual 10.2
Berdasarkan Jadual 10.2, nyatakan jenis kaca X, kaca Y dan kaca Z. Jika kaca borosilikat mempunyai komposisi 80% silika, 15% boron oksida dan 5% alumina, hitungkan jisim setiap komponen dalam 1 kg kaca borosilikat.
6 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan salah satu kegunaan polisterina.
Berdasarkan Rajah 10.3, nyatakan jenis pempolimeran bagi pembentukan polimer itu. Tulis persamaan tindak balas pempolimeran bagi pembentukan polisterina. Hitung jisim molekul relatif monomer itu dan nyatakan kegunaan lain bagi polisterina.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1]
*(Persamaan boleh ditulis dengan formula ringkas: nyatakan monomer, polimer dan pekali.)*
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Jadual 11 menunjukkan formula molekul dan haba pembakaran etanol dan propanol.
| Alkohol | Formula molekul | Haba pembakaran / kJ mol^-1^ |
|---|---|---|
| Etanol | C~2~H~5~OH | −1368 |
| Propanol | C~3~H~7~OH | −2022 |
Jadual 11
a(i)
Nyatakan definisi haba pembakaran.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 11, nyatakan jenis tindak balas yang berlaku dalam pembakaran etanol dan propanol.
Bandingkan haba pembakaran yang terhasil dan terangkan mengapa nilai haba pembakaran yang diperolehi berbeza.
4 marks
a(iii)
Etanol dibakar dalam oksigen berlebihan membebaskan gas karbon dioksida dan air. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku. Seterusnya hitung isi padu gas karbon dioksida yang terbebas pada keadaan bilik jika 92 g etanol dibakar.
[Jisim molar etanol: 46 g mol^-1^]
[Isi padu molar pada keadaan bilik: 24 dm^3^ mol^-1^]
5 marks
a(iv)
Fariha telah melakukan eksperimen untuk menentukan haba pembakaran propanol di dalam makmal. Berdasarkan keputusan eksperimen yang diperolehi oleh Fariha didapati nilai haba pembakaran propanol adalah lebih rendah berbanding seperti dalam Jadual 11. Terangkan mengapa.
2 marks
b
> "Haba yang dibebaskan apabila asid kuat bertindak balas dengan alkali kuat adalah lebih tinggi berbanding haba yang dibebaskan apabila asid lemah bertindak balas dengan alkali kuat."
Cadangkan contoh asid dan alkali yang sesuai, huraikan kaedah bagaimana untuk membuktikan pernyataan di atas.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open