Rajah 1 menunjukkan produk-produk yang dihasilkan menggunakan getah sintetik X dan getah asli.
Nyatakan satu ciri getah sintetik dan getah asli.
a(i)
Getah sintetik:
1 marks
a(ii)
Getah asli:
1 marks
b
Nyatakan nama bagi polimer getah asli.
1 marks
Berdasarkan Rajah 1:
c(i)
Apakah getah sintetik X?
1 marks
c(ii)
Nyatakan nama proses untuk meningkatkan ciri-ciri getah asli supaya ia mempunyai kualiti yang lebih baik dan tahan lebih lama?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan dua jenis ikatan yang terdapat dalam ion ammonium.
a
Nyatakan jenis zarah bagi ion ammonium.
1 marks
b
Apakah unsur-unsur yang terdapat dalam ion ammonium?
1 marks
c
Nyatakan formula kimia bagi ion ammonium itu.
1 marks
d
Berdasarkan Rajah 2, labelkan jenis ikatan Y dan ikatan Z.
Y: …
Z: …
2 marks
36 marks
Jadual 3 menunjukkan maklumat bagi unsur P, Q dan R.
| Unsur | Nombor proton | Nombor nukleon |
|---|---|---|
| P | 11 | 23 |
| Q | 11 | 24 |
| R | 12 | 24 |
Jadual 3
a
Apakah yang dimaksudkan dengan nombor nukleon?
1 marks
Berdasarkan Jadual 3,
b(i)
Tulis susunan elektron bagi ion P.
1 marks
b(ii)
Lukis struktur atom bagi unsur R.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: kandungan nukleus dan labelnya, bilangan petala dan bilangan elektron dalam setiap petala.)*
2 marks
Rajah 3 menunjukkan satu kebocoran paip.
c(i)
Unsur yang manakah paling sesuai digunakan pada satu peralatan bagi mengesan kebocoran itu?
1 marks
c(ii)
Nyatakan satu kelemahan bagi peralatan yang digunakan.
1 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji sifat kimia satu unsur Kumpulan 1 dalam Jadual Berkala Unsur.
a
Nyatakan kaedah penyimpanan unsur Kumpulan 1 di dalam makmal.
1 marks
b
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara Q dan gas oksigen.
2 marks
c
Hitungkan jisim sebatian yang terbentuk apabila 0.08 mol unsur Q bertindak balas lengkap dengan oksigen.
[Jisim atom relatif: O = 16, Q = 39]
2 marks
d
Ramalkan nilai pH bagi larutan QOH yang terbentuk. Berikan satu alasan.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan susunan atom bagi satu bahan yang digunakan secara meluas dalam bidang nanoteknologi.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan nanoteknologi?
1 marks
b
Nyatakan satu ciri yang terdapat pada bahan tersebut yang membolehkan ianya digunakan dalam penghasilan sensor.
1 marks
c
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara grafen dengan oksigen untuk menghasilkan karbon dioksida.
2 marks
Rajah 5.2 menunjukkan keadaan tapak pelupusan sampah yang memberi impak buruk kepada alam sekitar.
d
Cadangkan dua kaedah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan impak buruk seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2.
2 marks
Rajah 5.3 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji kakisan logam tulen dan aloinya.
e
Terangkan perbezaan pemerhatian dalam Rajah 5.3.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan formula struktur bagi dua jenis sebatian yang biasa digunakan sebagai bahan tambah makanan.
Berdasarkan Rajah 6.1:
a(i)
Nyatakan fungsi bagi kedua-dua sebatian tersebut.
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis zarah dan formula empirik bagi sebatian X.
Jenis zarah: …
Formula empirik: …
2 marks
a(iii)
1200 cm^3^ gas klorin bertindak balas dengan natrium berlebihan untuk membentuk sebatian Y. Persamaan kimia berikut mewakili tindak balas itu.
2Na + Cl~2~ $\rightarrow$ 2NaCl
Hitung jisim bagi sebatian Y yang terhasil.
[Jisim atom relatif: Na = 23, Cl = 35.5; Isi padu molar gas = 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
3 marks
Pepejal X dan pepejal Y dilarutkan dalam air bagi menghasilkan larutan. Rajah 6.2 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji kekonduksian elektrik larutan itu. Rajah 6.3 menunjukkan perbualan antara dua orang murid.
b
Berdasarkan Rajah 6.1, Rajah 6.2 dan Rajah 6.3, murid manakah yang memberikan pernyataan yang betul? Terangkan jawapan anda.
3 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan susunan radas untuk menghasilkan garam.
a
Garam ialah sebatian ion yang terbentuk apabila satu ion daripada asid digantikan dengan ion logam atau ion ammonium. Apakah ion itu?
1 marks
b
Tuliskan formula kimia bagi larutan hijau yang terbentuk dalam Set I.
1 marks
c
Berdasarkan pemerhatian dalam Rajah 7.1, kenal pasti ion R^2+^, Q^2+^ dan ion T.
R^2+^: …
Q^2+^: …
Ion T: …
3 marks
d
0.1 mol ion T dalam Set III bertindak balas dengan ion klorida membentuk mendakan. Tulis persamaan ion bagi tindak balas itu. Hitung jisim mendakan yang terbentuk.
[Jisim molar mendakan = 278 g mol^-1^]
3 marks
Rajah 7.2 menunjukkan sejenis gas berasid Y yang dibebaskan oleh kilang industri.
e
Gas Y boleh dihasilkan daripada tindak balas antara pepejal natrium sulfit, Na~2~SO~3~ dan asid hidroklorik. Lukis gambar rajah berlabel untuk menentusahkan kehadiran gas Y di dalam makmal.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan, bagaimana radas disusun dan disambungkan, serta label setiap bahagian.)*
2 marks
810 marks
Tindak balas jam iodin ialah tindak balas yang berlaku antara larutan hidrogen peroksida berasid dengan larutan kalium iodida bagi menghasilkan iodin. Iodin kemudiannya bertindak balas dengan kanji membentuk larutan biru tua. Kadar tindak balas ditentukan dengan merekod masa apabila warna biru kelihatan. Persamaan ion berikut mewakili tindak balas yang berlaku.
H~2~O~2~ (ak) + 2I^-^ (ak) + 2H^+^ (ak) $\rightarrow$ I~2~ (ak) + 2H~2~O (ce)
Sekumpulan murid menjalankan eksperimen tindak balas jam iodin untuk mengkaji satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Jadual 8 menunjukkan keputusan bagi eksperimen itu.
| Set | Kepekatan larutan kalium iodida (mol dm^-3^) | Masa diambil bagi warna biru untuk kelihatan (s) | 1/masa (s^-1^) |
|---|---|---|---|
| I | 3.0 | 20 | 0.050 |
| II | 4.5 | 13 | 0.077 |
| III | 6.0 | 10 | 0.100 |
Jadual 8
Berdasarkan Jadual 8:
a
Apakah yang diwakili dengan 1/masa?
1 marks
b
Lakarkan graf bagi kepekatan larutan kalium iodida melawan 1/masa.
*(Huraikan lakaran graf anda dalam perkataan: label dan unit bagi kedua-dua paksi, serta bentuk garis graf.)*
2 marks
c(i)
Nyatakan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam eksperimen itu.
1 marks
c(ii)
Bandingkan kadar tindak balas bagi Set I dan Set II. Terangkan jawapan anda berdasarkan Teori Perlanggaran.
3 marks
Rajah 8 menunjukkan beberapa ketul gula batu dan secawan air.
d
Tanpa mengubah suhu air, nyatakan satu kaedah bagi melarutkan gula itu dengan kadar keterlarutan yang lebih tinggi. Terangkan jawapan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan dua contoh sebatian hidrokarbon tak tepu.
a
Nyatakan satu ciri hidrokarbon tak tepu. Nyatakan nama bagi sebatian X dan sebatian Y mengikut sistem penamaan IUPAC. Kemudian lukiskan satu formula struktur isomer lain bagi sebatian Y.
*(Huraikan formula struktur anda dalam perkataan: rantai karbon dan cabang (jika ada), kedudukan ikatan ganda, dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon.)*
4 marks
Hidrokarbon tepu Z mempunyai bilangan atom karbon yang sama dengan sebatian X. Kedua-dua sebatian terbakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan. Rajah 9.2 menunjukkan kejelagaan nyalaan semasa pembakaran kedua-dua sebatian.
b
Tulis persamaan kimia bagi pembakaran sebatian Z. Kertas turas manakah menunjukkan kejelagaan bagi sebatian Z? Terangkan jawapan anda.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12]
6 marks
Jadual 9 menunjukkan maklumat tentang sebatian karbon J, M dan Q.
| J | M | Q |
|---|---|---|
| Terhasil daripada proses penapaian ketulan nanas. Mudah terbakar dengan nyalaan biru dan tidak menghasilkan jelaga. | Sebatian yang mempunyai ikatan ganda dua antara atom karbon yang merupakan ahli kedua dalam siri homolog itu. Menukarkan warna jingga larutan kalium dikromat(VI) berasid kepada warna hijau. | Sebatian bukan hidrokarbon dengan tiga atom karbon. Bertindak balas dengan sebatian J membentuk sebatian berbau manis buah-buahan. |
Jadual 9
c(i)
Kenal pasti sebatian karbon J, M dan Q. Kemudian nyatakan formula am dan lukiskan formula struktur bagi sebatian karbon J, M dan Q tersebut.
*(Huraikan setiap formula struktur dalam perkataan: rantai karbon, ikatan antara atom karbon, atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon dan kumpulan berfungsi.)*
9 marks
c(ii)
Sebatian J juga boleh bertindak balas dengan larutan kalium dikromat(VI) berasid. Nyatakan nama hasil tindak balas itu.
1 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan hubungan antara kepekatan asid dan nilai pH bagi asid A dan asid E. Kedua-dua asid adalah asid monoprotik.
Jadual 10 menunjukkan maklumat tentang tindak balas peneutralan yang melibatkan asid A dan asid E. Tindak balas yang berlaku adalah tindak balas eksotermik.
| Set | Bahan tindak balas | Haba peneutralan (kJ mol^-1^) |
|---|---|---|
| I | 50 cm^3^ asid A + 50 cm^3^ natrium hidroksida | −57.3 |
| II | 50 cm^3^ asid E + 50 cm^3^ natrium hidroksida | −x |
| III | 50 cm^3^ asid E + 50 cm^3^ larutan ammonia | −y |
Jadual 10
a
Nyatakan dua maklumat bagi tindak balas eksotermik.
2 marks
Berdasarkan Rajah 10 dan Jadual 10:
b(i)
Cadangkan asid A dan asid E. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku dalam Set I. Hitung perubahan suhu bagi Set I sekiranya kemolaran kedua-dua asid A dan larutan natrium hidroksida ialah 1.0 mol dm^-3^.
7 marks
b(ii)
Tentukan kepekatan ion hidrogen bagi asid A dengan nilai pH 1.0. Bandingkan nilai pH bagi kedua-dua asid A dan E dengan kepekatan 0.01 mol dm^-3^. Terangkan jawapan anda berdasarkan aspek berikut:
- kepekatan ion hidrogen
- hubungan antara kepekatan ion hidrogen dan nilai pH
4 marks
b(iii)
Ramalkan nilai bagi x dan y. Terangkan perbezaan haba peneutralan bagi:
- Set I dan Set II
- Set II dan Set III
7 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Tindak balas redoks berdasarkan pemindahan elektron boleh dikaji dengan menggunakan sel kimia. Jadual 11 menunjukkan sebahagian daripada nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah.
| Tindak balas sel setengah | E° / V (298 K) |
|---|---|
| O~2~ + 2H~2~O + 4e^-^ ⇌ 4OH^-^ | +0.40 |
| Cu^2+^ + 2e^-^ ⇌ Cu | +0.34 |
| 2H^+^ + 2e^-^ ⇌ H~2~ | 0.00 |
| Mg^2+^ + 2e^-^ ⇌ Mg | −2.38 |
Jadual 11
Berikut merupakan notasi sel yang mewakili satu sel kimia.
> Mg(p) | Mg^2+^(ak, 1.0 mol dm^-3^) || Cu^2+^(ak, 1.0 mol dm^-3^) | Cu(p)
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 11 dan notasi sel:
a(i)
Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku dalam sel kimia.
1 marks
a(ii)
Kenal pasti terminal negatif sel kimia tersebut dan berikan satu sebab. Lukis susunan radas dan seterusnya hitung voltan sel kimia itu.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: elektrod dan larutan dalam setiap bekas, bagaimana kedua-duanya disambungkan, serta label setiap bahagian.)*
6 marks
a(iii)
Bandingkan terminal positif dan terminal negatif sel kimia tersebut dari segi:
- Bahan yang mengalami penurunan dan pengoksidaan
- Pemerhatian
Kemudian, terangkan proses pengoksidaan berdasarkan pemindahan elektron.
5 marks
Ahmad menggunakan susunan radas dalam Rajah 11 untuk menyadur kunci besi dengan logam kuprum. Selepas 30 minit eksperimen dijalankan, Ahmad mendapati tiada perubahan pada kunci besi itu.
b
Dengan mengubahsuai susunan radas itu, huraikan satu eksperimen untuk menyadur kunci besi dengan kuprum. Dalam huraian anda, sertakan setengah persamaan bagi tindak balas yang berlaku di anod dan katod.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open