Rajah 1.1 menunjukkan pelbagai aplikasi dalam Teknologi Hijau.
a(i)
Apakah maksud Teknologi Hijau?
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu sektor dalam Teknologi Hijau di Malaysia dan contoh aplikasinya.
2 marks
b
Rajah 1.2 menunjukkan pelbagai sisa buangan pepejal di kawasan perumahan.
Berikan dua cara untuk menguruskan sisa buangan pepejal tersebut menggunakan Teknologi Hijau.
2 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan alat muzik yang diperbuat daripada aloi X.
a
Namakan aloi X.
1 marks
b
Nyatakan unsur-unsur yang boleh digunakan untuk menghasilkan aloi X.
2 marks
c
Nyatakan dua sifat aloi X.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan graf suhu melawan masa bagi penentuan takat lebur bahan Q.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan takat lebur?
1 marks
b
Nyatakan takat lebur bagi bahan Q.
1 marks
c
Lukiskan susunan zarah bahan Q pada suhu 60 °C dan 90 °C.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: susunan zarah pada 60 °C dan pada 90 °C.)*
2 marks
d
Azfar menyejukkan leburan bahan Q bagi penentuan takat beku. Semasa proses penyejukan, bahan Q tidak dikacau secara berterusan.
Lakarkan graf penyejukan yang terhasil.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label dan unit paksi, serta bentuk lengkung dari awal hingga akhir.)*
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan formula struktur asid laktik yang terhasil daripada respirasi anaerobik.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan formula empirik?
1 marks
a(ii)
Nyatakan formula empirik asid laktik.
1 marks
a(iii)
Hitung bilangan molekul dalam 4.5 g asid laktik.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
[Pemalar Avogadro = 6.02 × 10^23^ mol^-1^]
2 marks
Ammonium sulfat merupakan baja yang digunakan untuk meningkatkan tumbesaran tumbuhan dan dapat dihasilkan daripada tindak balas antara ammonia dan asid sulfurik.
b(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut.
2 marks
b(ii)
Jika seorang petani ingin menghasilkan ammonium nitrat, namakan asid yang perlu digunakan untuk bertindak balas dengan ammonia.
1 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan dua jenis struktur molekul bagi sebatian kovalen.
Berdasarkan Rajah 5.1,
a(i)
Kenal pasti jenis struktur P.
1 marks
a(ii)
Bandingkan kekonduksian elektrik bagi struktur molekul ringkas dan struktur P. Terangkan jawapan anda.
2 marks
Rajah 5.2 menunjukkan beberapa jenis ikatan yang terdapat di dalam sebatian yang berbeza. Berdasarkan Rajah 5.2,
b(i)
Kenal pasti ikatan R dalam ion ammonium.
1 marks
b(ii)
Terangkan secara ringkas pembentukan natrium fluorida.
2 marks
b(iii)
Takat didih bagi natrium fluorida lebih tinggi daripada metana. Terangkan perbezaan takat didih bagi kedua-dua sebatian.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan keadaan sebatang paku besi pada sebongkah kayu.
a(i)
Nyatakan syarat bagi pengaratan.
1 marks
a(ii)
Nyatakan formula kimia bagi karat.
1 marks
Rajah 6.2 menunjukkan pemerhatian terhadap keratan rentas dua blok besi yang disadur dengan dua logam berbeza iaitu X dan Y selepas bahagian tercalar terdedah selama sebulan. Berdasarkan Rajah 6.2,
b(i)
Namakan logam X dan Y.
X: …
Y: …
2 marks
b(ii)
Tuliskan setengah persamaan pengoksidaan bagi Set I dan Set II.
Set I: …
Set II: …
2 marks
c
Rajah 6.3 menunjukkan jeriji besi dan dua kaedah yang boleh digunakan untuk menghalang pengaratan jeriji besi tersebut.
| Kaedah I | Kaedah II |
|---|---|
| Jeriji besi yang dicat | Jeriji besi yang dialoikan dengan karbon, kromium dan nikel |
Rajah 6.3
Anda ditugaskan untuk memilih kaedah yang lebih sesuai untuk melindungi jeriji besi daripada berkarat dan terangkan jawapan anda.
3 marks
710 marks
Jadual 1 menunjukkan dua set eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
| Set | Bahan tindak balas | Masa yang diambil untuk mengumpul 60 cm^3^ gas (s) |
|---|---|---|
| I | Ketulan zink berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.2 mol dm^-3^ | 90 |
| II | Ketulan zink berlebihan + 25 cm^3^ asid hidroklorik 0.2 mol dm^-3^ + larutan kuprum(II) sulfat | 30 |
Jadual 1
a(i)
Nyatakan maksud kadar tindak balas.
1 marks
a(ii)
Hitung kadar tindak balas purata bagi Set I dan Set II.
2 marks
a(iii)
Persamaan termokimia berikut menunjukkan haba tindak balas antara zink dan asid hidroklorik.
Zn + 2HCl $\rightarrow$ ZnCl~2~ + H~2~ ΔH = −12.55 kJ mol^-1^
Lukis satu gambar rajah profil tenaga untuk Set I dan Set II. Labelkan **E~a~** bagi tenaga pengaktifan untuk Set I dan **E~a~'** bagi tenaga pengaktifan Set II pada profil tenaga yang sama.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: paksi, aras bahan dan hasil tindak balas, lengkung bagi setiap set, dan kedudukan E~a~ dan E~a~'.)*
2 marks
b
Set III dijalankan dengan menggunakan asid sulfurik 0.2 mol dm^-3^ bagi menggantikan asid hidroklorik dalam Set I. Bandingkan isi padu maksimum gas yang dibebaskan pada Set I dan Set III. Terangkan jawapan anda.
3 marks
c
Rajah 7 menunjukkan perbualan antara Cikgu Mimi dengan Cikgu Kamisah semasa majlis sambutan Aidilfitri di maktab mereka.
> Cikgu Mimi: "Saya mengambil masa 3 jam untuk memasak rendang daging ini. Adakah cara lain untuk memasaknya dengan lebih cepat?"
>
> Cikgu Kamisah: "Awak boleh menggunakan periuk tekanan."
Selepas perbualan tersebut, Cikgu Mimi mengambil keputusan untuk memasak rendang daging menggunakan periuk tekanan.
Dengan menggunakan konsep kadar tindak balas yang anda pelajari, wajarkan cara memasak yang dipilih oleh Cikgu Mimi.
2 marks
810 marks
Rajah 8.1 menunjukkan pembakaran heksana dan heksena.
a(i)
Nyatakan satu ciri siri homolog.
1 marks
a(ii)
Heksana dan heksena menghasilkan jelaga apabila dibakar. Bandingkan kejelagaan nyalaan semasa pembakaran heksana dan heksena dalam oksigen berlebihan.
1 marks
Rajah 8.2 menunjukkan siri tindak balas yang melibatkan propena.
b(i)
Alkohol P boleh dihasilkan daripada propena melalui tindak balas I.
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas I.
1 marks
b(ii)
2400 cm^3^ propena digunakan dalam tindak balas I. Hitungkan jisim alkohol P yang terhasil.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16; Isi padu molar pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
2 marks
b(iii)
Propena menghasilkan sebatian R melalui suatu tindak balas pempolimeran. Nyatakan jenis tindak balas pempolimeran yang berlaku dan berikan satu sebab.
Jenis pempolimeran: …
Sebab: …
2 marks
b(iv)
Sebatian Q yang terhasil melalui pengoksidaan alkohol P boleh digunakan sebagai bahan utama untuk menghasilkan perisa nenas iaitu etil propanoat dan perisa pisang iaitu propil propanoat.
Cadangkan bahan yang sesuai dan huraikan secara ringkas penyediaan perisa nenas atau pisang di dalam makmal.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan perwakilan piawai bagi kalium.
$^{39}_{19}\text{K}$
Rajah 9.1
a
Kenal pasti kedudukan kalium dalam Jadual Berkala Unsur dan terangkan jawapan anda.
4 marks
b
Unsur Z terletak dalam Kala 3 Jadual Berkala Unsur. Rajah 9.2 menunjukkan pemerhatian bagi tindak balas oksida Z.
Berdasarkan Rajah 9.2, terangkan perbezaan pemerhatian. Cadangkan unsur Z. Ramalkan pemerhatian sekiranya oksida Z digantikan dengan aluminium oksida dalam Set I.
5 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan susunan alat radas untuk mengkaji kereaktifan halogen apabila bertindak balas dengan wul besi.
Jadual 2 menunjukkan pemerhatian apabila J dan L bertindak balas dengan wul besi panas.
| Halogen | Pemerhatian |
|---|---|
| J | Wul besi terbakar cergas dengan nyalaan terang. Pepejal perang terbentuk. |
| L | Wul besi berbara dengan terang. Pepejal perang terbentuk. |
Jadual 2
Berdasarkan pemerhatian, bandingkan kereaktifan J dan L apabila bertindak balas dengan wul besi panas. Terangkan jawapan anda.
[Nombor proton: J = 17, L = 35]
5 marks
d
Klorin bertindak balas dengan kalium menghasilkan satu sebatian yang mempunyai takat lebur yang tinggi. Namakan hasil tindak balas yang terbentuk. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas tersebut. Hitung jisim sebatian yang terbentuk apabila 3.9 g kalium bertindak balas dengan klorin berlebihan.
[Jisim atom relatif: Cl = 35.5, K = 39]
6 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan susunan alat radas bagi penyediaan garam T.
Berdasarkan Rajah 10,
a(i)
berikan maksud bagi garam terlarutkan. Namakan tindak balas yang berlaku. Nyatakan warna dan namakan garam T yang terhasil.
4 marks
a(ii)
5.0 g serbuk kuprum(II) oksida ditambahkan ke dalam 25 cm^3^ asid nitrik. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas ini. Hitung jisim serbuk kuprum(II) oksida yang **tidak** bertindak balas.
[Jisim atom relatif: O = 16, Cu = 64]
6 marks
b
Jadual 3 menunjukkan maklumat bagi tindakan haba ke atas dua jenis garam plumbum, V dan W.
Berdasarkan Jadual 3, kenal pasti baki X, gas A, gas D dan gas E. Tulis formula bagi garam V dan garam W. Huraikan ujian kimia untuk mengenal pasti anion dalam garam W.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Jadual 4 menunjukkan nilai bahan api bagi bahan api yang berbeza. Petrol merupakan bahan api yang selalu digunakan dalam kenderaan.
| Bahan api | Nilai bahan api (kJ g^-1^) |
|---|---|
| Petrol | 47 |
| X | 35 |
| Y | 50 |
| Z | 143 |
Jadual 4
Berdasarkan Jadual 4, nyatakan maksud nilai bahan api. Pilih bahan api yang paling sesuai untuk menggantikan petrol dalam kenderaan dan terangkan jawapan anda.
3 marks
b
Rajah 11.1 menunjukkan susunan radas bagi dua set eksperimen yang menggunakan 25 cm^3^ larutan argentum nitrat, AgNO~3~ 1.0 mol dm^-3^.
Jadual 5 menunjukkan sebahagian daripada Siri Keupayaan Elektrod Piawai.
| Tindak balas sel setengah | E°/V (298 K) |
|---|---|
| Mg^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Mg | −2.38 |
| Zn^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Zn | −0.76 |
| Sn^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Sn | −0.14 |
| Pb^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Pb | −0.13 |
| Ag^+^ + e $\rightleftharpoons$ Ag | +0.80 |
Jadual 5
Berdasarkan pemerhatian dalam Rajah 11.1, nyatakan jenis tindak balas bagi kedua-dua set berdasarkan perubahan suhu. Dengan merujuk Jadual 5, cadangkan logam P dan logam Q serta berikan sebab anda.
4 marks
c
Rajah 11.2 menunjukkan susunan radas bagi suatu eksperimen untuk menentukan haba peneutralan antara asid nitrik dan larutan kalium hidroksida. Haba peneutralan bagi tindak balas ini ialah −57 kJ mol^-1^.
Jadual 6 menunjukkan keputusan eksperimen.
| Penerangan | Suhu (°C) |
|---|---|
| Suhu awal asid nitrik | 29.0 |
| Suhu awal larutan kalium hidroksida | 29.0 |
| Suhu tertinggi campuran | T~2~ |
Jadual 6
Berdasarkan Rajah 11.2 dan Jadual 6, lukiskan gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas ini dan hitung nilai T~2~.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g^-1^ °C^-1^, ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
*(Huraikan gambar rajah aras tenaga anda dalam perkataan: paksi, aras-aras tenaga dan apa yang ditulis pada setiap aras, serta anak panah dan nilai ΔH.)*
5 marks
d
Rajah 11.3 menunjukkan ciri-ciri kanta cermin mata dalam risalah dari sebuah kedai optometri.
Argentum klorida boleh dihasilkan daripada tindak balas penguraian ganda dua. Cadangkan dua larutan garam yang sesuai untuk menyediakan argentum klorida dan rancang satu eksperimen untuk menentukan haba pemendakan argentum klorida.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open