Rajah 1 menunjukkan struktur atom bagi unsur Q dan R.
Berdasarkan Rajah 1,
a(i)
nyatakan bilangan elektron valens bagi atom Q.
1 marks
a(ii)
nyatakan nombor nukleon bagi atom Q.
1 marks
b
Tuliskan perwakilan piawai bagi atom R dalam bentuk $^{A}_{Z}X$.
1 marks
c
Takat didih bagi R ialah −180 °C. Nyatakan susunan zarah dan pergerakan zarah pada suhu bilik.
2 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan dua jenis jongkong emas.
| Jongkong emas 24K | Jongkong emas 22K |
|---|---|
| Mengandungi 99.9% emas | Mengandungi 91.7% emas dan 8.3% kuprum |
a(i)
Nyatakan maksud aloi.
1 marks
a(ii)
Pilih jongkong emas yang paling sesuai untuk menghasilkan cincin emas. Beri **satu** sebab.
2 marks
Rajah 2.2 menunjukkan gentian optik yang digunakan untuk penghantaran data.
b
Terangkan bagaimana gentian optik menghantar data dan maklumat.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik magnesium oksida.
Berdasarkan Jadual 1, tentukan formula empirik magnesium oksida.
[Jisim atom relatif: Mg = 24, O = 16]
4 marks
c
Mengapakah penutup mangkuk pijar perlu dibuka sekali sekala semasa eksperimen dijalankan?
1 marks
47 marks
Jadual 2 menunjukkan susunan elektron dan takat didih bagi unsur fluorin, klorin dan bromin.
| Unsur | Susunan elektron | Takat didih (°C) |
|---|---|---|
| Fluorin | 2.7 | −101 |
| Klorin | 2.8.7 | −7 |
| Bromin | 2.8.18.7 | 114 |
a
Nyatakan kumpulan bagi unsur-unsur dalam Jadual 2.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 2, terangkan perubahan takat didih bagi ketiga-tiga unsur itu.
3 marks
c(i)
Unsur klorin bertindak balas dengan ferum untuk menghasilkan pepejal perang. Cadangkan nama bagi pepejal perang tersebut.
1 marks
c(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut.
2 marks
58 marks
Rajah 4.1 menunjukkan struktur grafit dan helaian grafen di dalamnya. Grafen merupakan bahan yang penting dalam bidang nanoteknologi.
a(i)
Apakah maksud nanoteknologi?
1 marks
a(ii)
Namakan ikatan Y yang terdapat dalam helaian grafen.
1 marks
a(iii)
Grafen digunakan untuk membuat kain kalis air yang popular dalam kalangan penyelam dan perenang. Berikan **satu** sebab.
1 marks
Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan dengan menggunakan prinsip elektrolisis merupakan pendekatan Teknologi Hijau yang boleh digunakan untuk mengolah air sisa.
b(i)
Nyatakan nama proses yang digunakan.
1 marks
b(ii)
Dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan, lukis gambar rajah susunan radas untuk menjalankan proses yang dinyatakan di (b)(i) di dalam makmal.
Elektrod karbon, Sisa air, Sel kering, Bikar, Wayar
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagaimana radas disusun dan disambung, serta label setiap bahagian.)*
2 marks
Rajah 4.2 menunjukkan keadaan tanaman dua orang petani yang berbeza. Kedua-dua ladang mereka terletak berhampiran kawasan perindustrian.
| Petani A | Petani B |
|---|---|
| Petani A menggunakan air sungai yang tidak dirawat untuk pengairan tanaman. | Petani B menggunakan air sungai yang telah dirawat untuk pengairan tanaman. |
b(iii)
Berdasarkan Rajah 4.2, terangkan perbezaan keadaan tanaman kedua-dua petani tersebut.
2 marks
69 marks
Rajah 5.1 menunjukkan lateks yang dikumpulkan oleh penoreh getah di ladang getah pada awal pagi.
Getah asli yang terdapat dalam lateks ialah polimer semula jadi yang terdiri daripada monomer yang berulang.
a(i)
Namakan monomer getah asli.
1 marks
a(ii)
Terangkan mengapa penggumpalan lateks berlaku apabila dibiarkan terdedah kepada udara.
3 marks
a(iii)
Cadangkan satu bahan yang boleh ditambahkan ke dalam lateks supaya lateks kekal dalam keadaan cecair.
1 marks
Rajah 5.2 menunjukkan struktur molekul getah asli selepas mengalami suatu proses untuk menambahbaik sifat-sifatnya.
b(i)
Namakan proses yang berlaku.
1 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana proses yang terlibat di (b)(i) meningkatkan kekenyalan getah asli.
3 marks
710 marks
Rajah 6 menunjukkan satu siri tindak balas melibatkan sebatian U, C~2~H~5~OH.
a
Nyatakan nama bagi tindak balas I.
1 marks
b
Kenal pasti gas V.
1 marks
c(i)
Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas III.
1 marks
c(ii)
Lukis formula struktur bagi gas W.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam molekul dan ikatan antara atom-atom tersebut.)*
1 marks
d(i)
Nyatakan perubahan warna bagi larutan kalium manganat(VII) berasid dalam tindak balas IV.
1 marks
d(ii)
Berdasarkan Rajah 6, banding beza formula molekul sebatian U dengan sebatian X yang terhasil daripada tindak balas IV.
3 marks
e
Sebatian Y digunakan dalam industri makanan. Wajarkan penggunaan sebatian Y.
Nyatakan jenis tindak balas berdasarkan persamaan termokimia di atas.
1 marks
b
Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas di atas. (Paksi Tenaga disediakan.)
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: apa yang ditulis pada setiap aras tenaga, kedudukan aras-aras itu, dan nilai ΔH.)*
1 marks
c
Tentukan kenaikan suhu bagi 200 cm^3^ air di dalam bekas kuprum apabila 0.84 g etanol terbakar dengan lengkap.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16; Muatan haba tentu air = 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
3 marks
d
Eksperimen diulangi dengan menggantikan etanol dengan propanol. Jisim propanol yang sama digunakan untuk memanaskan 200 cm^3^ air di bawah keadaan yang sama. Ramalkan perubahan suhu air tersebut. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
e
Amir tergelincir di dapur dan menyebabkan pergelangan kakinya bengkak dan sakit. Dia memerlukan pek penyejuk untuk melegakan kesakitan tersebut. Sebagai seorang pelajar kimia, cadangkan bahan-bahan yang sesuai yang boleh didapati di rumah dan nyatakan kaedah untuk menyediakan pek penyejuk itu.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 7.1 menunjukkan tindak balas bagi garam magnesium karbonat.
a(i)
Nyatakan definisi bagi garam. Berdasarkan Rajah 7.1, kenal pasti asid X, asid Y dan gas Z. Huraikan satu ujian kimia untuk menentusahkan kehadiran gas Z.
6 marks
Rajah 7.2 menunjukkan nilai pH bagi asid X dan asid Y dengan kepekatan 0.1 mol dm^-3^.
a(ii)
Berdasarkan Rajah 7.2, banding dan terangkan mengapa terdapat perbezaan dalam nilai pH yang diperoleh.
4 marks
Jadual 3 menunjukkan maklumat bagi dua set eksperimen dengan menggunakan asid hidroklorik dengan magnesium untuk menyiasat faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
| Set | Bahan tindak balas | Masa untuk mengumpul gas (s) |
|---|---|---|
| I | Serbuk magnesium berlebihan + 50 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ pada 50.0 °C | 30 |
| II | Serbuk magnesium berlebihan + 50 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ pada 35.0 °C | 60 |
Berdasarkan Jadual 3,
b(i)
tuliskan persamaan ion bagi tindak balas antara magnesium dengan asid hidroklorik. Hitungkan isi padu gas yang terhasil pada keadaan bilik.
[1 mol gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
5 marks
b(ii)
Bandingkan kadar tindak balas antara Set I dan Set II berdasarkan teori perlanggaran.
5 marks
1020 marks
Besi ialah logam yang mudah berkarat. Pengaratan besi merupakan satu contoh tindak balas redoks. Rajah 8.1 menunjukkan mekanisme pengaratan besi.
a(i)
Berdasarkan Rajah 8.1, nyatakan jenis tindak balas yang berlaku pada terminal A dan terminal B.
2 marks
a(ii)
tulis setengah persamaan bagi tindak balas yang berlaku pada terminal A dan terminal B.
2 marks
Dalam tindak balas termit, aluminium, Al yang lebih reaktif akan menurunkan ferum(III) oksida, Fe~2~O~3~ untuk menghasilkan leburan besi, Fe dan aluminium oksida, Al~2~O~3~. Tindak balas ini sangat berguna bagi menghasilkan leburan besi dalam kuantiti yang kecil untuk mengimpal landasan kereta api seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.2.
b(i)
Tuliskan persamaan kimia untuk tindak balas yang berlaku.
2 marks
b(ii)
Hitungkan jisim ferum(III) oksida yang diperlukan untuk menghasilkan 168 g leburan besi bagi kerja mengimpal landasan kereta api.
[Jisim atom relatif: O = 16, Fe = 56]
4 marks
Dua set eksperimen dijalankan untuk mengkaji tindak balas redoks dari segi pemindahan elektron pada suatu jarak. Keputusan eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 4.
c(i)
Berdasarkan pemerhatian dalam Jadual 4, cadangkan larutan X dan larutan Y.
2 marks
c(ii)
Dalam setiap set eksperimen,
- kenal pasti bahan yang dioksidakan. Berikan sebab kepada jawapan anda dari segi perubahan nombor pengoksidaan.
- nyatakan agen pengoksidaan dan agen penurunan.
8 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Jadual 5 menunjukkan maklumat bagi sebatian A dan sebatian B.
| Sebatian | Maklumat |
|---|---|
| Sebatian A | Takat lebur dan takat didih yang tinggi; Boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan leburan dan larutan akueus |
| Sebatian B | Takat lebur dan takat didih yang rendah; Tidak boleh mengkonduksikan elektrik dalam semua keadaan |
Rajah 9.1 menunjukkan perwakilan piawai bagi unsur X, Y dan Z.
$^{12}_{6}X$ $^{24}_{12}Y$ $^{35}_{17}Z$
a
Berdasarkan Jadual 5 dan Rajah 9.1, pilih unsur yang boleh bertindak balas untuk membentuk sebatian A dan sebatian B. Kenal pasti jenis ikatan dalam sebatian A dan sebatian B. Terangkan pembentukan ikatan dalam sebatian A dan tulis formula sebatian A.
10 marks
Rajah 9.2 menunjukkan pemerhatian untuk mengkaji kekonduksian elektrik bagi kuprum.
b
Dengan menggunakan konsep ikatan logam, huraikan bagaimana kuprum dapat mengalirkan tenaga elektrik.
3 marks
c
Sebatian ion dan sebatian kovalen mempunyai keterlarutan yang berbeza dalam air dan aseton. Dengan memberi satu contoh sebatian ion dan satu contoh sebatian kovalen yang sesuai, huraikan satu eksperimen untuk mengkaji keterlarutan sebatian-sebatian tersebut dalam air dan aseton. Dalam huraian anda, sertakan
- Prosedur
- Pemerhatian
7 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open