Suatu eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji sifat keasidan bagi larutan A. Larutan A adalah campuran asid etanoik glasial dalam pelarut K.
Rajah 1 menunjukkan pemerhatian bagi eksperimen itu.
a(i)
Nyatakan maksud asid.
1 marks
a(ii)
Namakan ion yang bertanggungjawab untuk menunjukkan sifat keasidan suatu asid.
1 marks
a(iii)
Berdasarkan pemerhatian dalam Rajah 1, cadangkan pelarut K.
1 marks
a(iv)
Terangkan pemerhatian bagi larutan A.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan komponen yang diperbuat daripada seramik dan aloi bagi sebuah motosikal berkuasa tinggi.
Enjin diperbuat daripada Aloi Q yang terdiri daripada besi dan atom X.
a
Nyatakan nama bagi aloi yang digunakan untuk membuat enjin dalam Rajah 2.
1 marks
b
Apakah nama bagi atom X?
1 marks
c
Lukis rajah berlabel untuk menunjukkan susunan atom-atom dalam aloi itu.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: saiz dan susunan atom-atom dalam aloi itu, dan label bagi setiap jenis atom.)*
2 marks
d
Apakah sifat aloi yang menyebabkannya sesuai untuk membuat enjin?
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur. P, Q, R, S dan T bukan merupakan simbol sebenar unsur.
Berdasarkan kepada Rajah 3,
a
Apakah prinsip asas yang digunakan dalam penyusunan unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur?
1 marks
b(i)
Seorang pelajar menjalankan eksperimen untuk mengkaji kereaktifan dua logam alkali, R dan S, yang terletak dalam Kumpulan 1 Jadual Berkala dengan air. Berdasarkan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala, yang manakah lebih reaktif?
1 marks
b(ii)
Unsur R bertindak balas dengan gas oksigen berlebihan menghasilkan sebatian oksida.
Tuliskan persamaan kimia apabila R bertindak balas dengan gas oksigen.
2 marks
c(i)
Nyatakan dua unsur yang dapat membentuk sebatian kovalen.
1 marks
c(ii)
Berdasarkan jawapan anda di c(i), apakah formula molekul bagi sebatian kovalen yang terbentuk?
1 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan polimer poliglikolik digunakan untuk menghasilkan tali benang jahitan pembedahan yang mudah larut dan tidak perlu ditanggalkan secara manual selepas pembedahan.
a(i)
Apakah maksud polimer?
1 marks
a(ii)
Polimer poliglikolik terbentuk melalui proses pempolimeran kondensasi. Terangkan tindak balas pempolimeran kondensasi.
2 marks
Ali adalah seorang pesakit gastrik dan dia sedang mengalami sakit kepala. Bagi meredakan sakit kepalanya, Ali telah mengambil aspirin. Malangnya, dia mengalami kesakitan dalam perut.
b(i)
Terangkan mengapa beliau mengalami keadaan sedemikian.
2 marks
b(ii)
Cadangkan nama ubat yang boleh menggantikan aspirin.
1 marks
b(iii)
Nyatakan kesan sampingan jika ubat yang dicadangkan di 4(b)(ii) diambil secara berlebihan.
1 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan susunan radas untuk menentukan kadar tindak balas antara 20 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ dan ketulan zink berlebihan yang dijalankan pada suhu 30 °C dalam Eksperimen I.
Berdasarkan rajah di atas,
a
Apakah maksud kadar tindak balas?
1 marks
b
Nyatakan satu pemerhatian dalam eksperimen itu.
1 marks
Berikut merupakan persamaan kimia bagi tindak balas di atas:
Zn + __HCl $\rightarrow$ ZnCl~2~ + H~2~
c(i)
Seimbangkan persamaan kimia bagi tindak balas di atas.
1 marks
c(ii)
Hitung isipadu gas hidrogen yang terbebas.
[Isipadu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
3 marks
d
Sebagai seorang ahli kimia, cadangkan satu cara bagaimana anda dapat meningkatkan kadar tindak balas dalam Eksperimen I tanpa mengubah isipadu dan kepekatan larutan asid hidroklorik. Seterusnya, lakarkan lengkung dengan melabelkan sebagai Eksperimen II pada paksi yang sama pada graf di bawah.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: bentuk lengkung Eksperimen II berbanding lengkung Eksperimen I — kecerunan awal dan aras isipadu maksimum gas.)*
2 marks
69 marks
Jadual 6 menunjukkan takat lebur dan takat didih bagi tiga bahan.
| Bahan | Takat lebur (°C) | Takat didih (°C) |
|---|---|---|
| X | 80.0 | 218.0 |
| Y | -101.0 | -25.0 |
| Z | 801.0 | 1413.0 |
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan takat lebur?
1 marks
a(ii)
Nyatakan bahan yang wujud dalam keadaan gas pada suhu 10 °C.
1 marks
a(iii)
Lakarkan graf suhu melawan masa bagi bahan X apabila ia disejukkan daripada suhu 90 °C sehingga mencapai suhu 50 °C.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label paksi, bentuk lengkung dan suhu yang ditandakan pada graf.)*
2 marks
a(iv)
Lukiskan susunan radas bagi proses pemanasan bahan X.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas yang digunakan, bagaimana ia disusun, cara bahan X dipanaskan dan label.)*
2 marks
b
Rajah 6.2(a) dan Rajah 6.2(b) menunjukkan graf lengkung penyejukan bagi naftalena yang diplotkan oleh dua murid yang berbeza.
Nyatakan perbezaan yang ketara bagi kedua-dua graf tersebut dan terangkan mengapa fenomena R berlaku.
3 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk menyiasat tindak balas redoks.
Berdasarkan Sel X
a(i)
Apakah maksud tindak balas redoks?
1 marks
a(ii)
Kenal pasti terminal positif.
Terminal positif: …
1 marks
a(iii)
Tuliskan persamaan setengah bagi terminal negatif.
1 marks
Berdasarkan Sel Y
b(i)
Nyatakan fungsi larutan kalium bromida dan larutan ferum(III) klorida.
2 marks
b(ii)
Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas di sel Y.
2 marks
b(iii)
Selepas 30 minit, nyatakan pemerhatian yang diperolehi pada larutan ferum(III) klorida. Terangkan mengapa pemerhatian tersebut diperoleh.
2 marks
c
Rajah 7.2 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak.
Sekumpulan murid telah menggantikan larutan asid sulfurik kepada larutan glukosa, didapati jarum galvanometer tidak terpesong. Wajarkan tindakan kumpulan murid tersebut.
1 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan dua botol reagen yang berlabel yang mengandungi sebatian karbon yang digunakan untuk menghasilkan sejenis perisa tiruan.
- Botol A: C~3~H~7~OH
- Botol B: CH~3~COOH
a
Nyatakan maksud sebatian karbon.
1 marks
b
Lukiskan dan namakan formula struktur bagi sebatian dalam botol A.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai atom karbon, kedudukan kumpulan –OH dan atom-atom H bagi setiap formula struktur, serta nama setiap satu.)*
2 marks
c(i)
Larutan dalam botol A boleh bertindak balas dengan larutan dalam botol B. Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas yang terlibat.
2 marks
c(ii)
Namakan hasil yang terbentuk.
1 marks
d
Huraikan satu ujian kimia secara ringkas untuk membezakan sebatian C~3~H~7~OH dan CH~3~COOH.
3 marks
e
Etanol banyak digunakan dalam kehidupan harian, terutamanya dalam industri perubatan dan penjagaan diri. Salah satu kegunaan utamanya adalah sebagai bahan aktif dalam pembasmi kuman (hand sanitizer) kerana sifatnya yang mampu membunuh kuman dan virus. Sejak penularan wabak penyakit berjangkit seperti COVID-19, penggunaan pembasmi kuman berasaskan alkohol telah meningkat secara mendadak dalam kalangan masyarakat.
Wajarkan penggunaan etanol sebagai bahan utama dalam penghasilan pembasmi kuman.
1 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Seorang murid telah menjalankan eksperimen untuk menentukan haba peneutralan dengan menggunakan 50 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ dan 50 cm^3^ larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm^-3^. Jadual 9 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.
| Bacaan | Suhu (°C) |
|---|---|
| Suhu awal larutan asid hidroklorik | 29.0 |
| Suhu awal larutan natrium hidroksida | 28.0 |
| Suhu tertinggi campuran tindak balas | 35.0 |
a(i)
Nyatakan maksud haba peneutralan.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Jadual 9, hitung:
- Perubahan haba semasa tindak balas.
- Bilangan mol air terbentuk.
- Haba peneutralan bagi tindak balas tersebut.
[Muatan haba tentu bagi air = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; Ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
3 marks
a(iii)
Eksperimen ini diulang dengan menggunakan 50 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ dan 50 cm^3^ larutan kalium hidroksida 1.0 mol dm^-3^. Ramalkan perubahan suhu dan berikan alasan anda.
2 marks
Rajah 9.1 menunjukkan gambarajah aras tenaga bagi dua tindak balas kimia.
b(i)
Berdasarkan Rajah 9.1, cadangkan satu contoh bagi setiap tindak balas dalam Set I dan Set II.
2 marks
b(ii)
Bina sebuah jadual untuk membandingkan tindak balas dalam Set I dan Set II dari segi jenis tindak balas, perubahan suhu, perubahan tenaga haba semasa pemutusan dan pembentukan ikatan, jumlah kandungan tenaga bahan dan hasil tindak balas.
8 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan formula struktur propanol dan butanol.
Berdasarkan Rajah 9.2, bandingkan haba pembakaran propanol dan butanol. Terangkan jawapan anda.
4 marks
1020 marks
Jadual 10 menunjukkan persamaan perkataan bagi dua tindak balas melibatkan logam P dan oksida logam Q. Formula empirik bagi oksida P dan oksida Q ditentukan melalui Kaedah I dan Kaedah II.
| Kaedah | Persamaan perkataan |
|---|---|
| I | P + Oksigen $\rightarrow$ Oksida P |
| II | Hidrogen + Oksida Q $\rightarrow$ Q + Air |
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan formula empirik?
1 marks
a(ii)
Berikut merupakan persamaan kimia bagi tindak balas antara logam P dengan gas oksigen.
2P(p) + O~2~(g) $\rightarrow$ 2PO(p)
Nyatakan dua maklumat secara kualitatif dan kuantitatif yang dapat diperolehi daripada persamaan kimia di atas.
2 marks
a(iii)
Cadangkan logam P dan logam Q. Terangkan mengapa logam itu dipilih.
4 marks
a(iv)
Dalam Kaedah II, gas hidrogen dihasilkan melalui tindak balas antara asid dengan logam reaktif. Dengan menggunakan logam reaktif zink, Zn dan contoh asid yang sesuai tuliskan persamaan kimia untuk tindak balas yang menghasilkan gas hidrogen.
Hitungkan jisim logam zink yang diperlukan dalam tindak balas untuk menghasilkan 120 cm^3^ gas hidrogen yang akan digunakan dalam Kaedah II.
[Jisim atom relatif: Zn = 65; H = 1; isipadu molar gas: 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
5 marks
Rajah 10.1 menunjukkan formula struktur bagi kafein yang boleh dijadikan sebagai baja semulajadi untuk tumbuhan.
b(i)
Berdasarkan maklumat di atas, tentukan
- formula molekul bagi kafein.
- peratus nitrogen mengikut jisim dalam kafein.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16, N = 14]
3 marks
b(ii)
Baja biasanya mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Nitrogen diperlukan untuk meningkatkan tumbesaran tumbuhan seperti sayuran. Antara contoh baja yang digunakan oleh petani ialah urea, CO(NH~2~)~2~.
Berdasarkan peratus nitrogen mengikut jisim dalam kafein di 10(b)(i) dan urea, tentukan baja yang terbaik yang patut digunakan oleh petani untuk tanamannya. Jelaskan.
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Seorang ahli kimia ingin menyediakan satu larutan piawai bagi larutan natrium hidroksida dengan kepekatan 0.2 mol dm^-3^ menggunakan kelalang volumetrik 250 cm^3^ daripada larutan stok natrium hidroksida seperti dalam Rajah 11.1.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan larutan piawai?
1 marks
a(ii)
Kelalang volumetrik lebih sesuai digunakan dalam penyediaan larutan piawai. Berikan sebab.
1 marks
a(iii)
25 cm^3^ asid sulfurik diperlukan untuk bertindak balas lengkap dengan 25 cm^3^ larutan piawai natrium hidroksida yang disediakan. Nyatakan jenis tindak balas yang berlaku dan tulis persamaan kimia seimbang bagi tindak balas itu. Hitung kepekatan asid sulfurik yang digunakan.
6 marks
b
Jadual 11 menunjukkan isipadu asid yang diperlukan untuk meneutralkan larutan natrium hidroksida.
| Set | Asid | Alkali | Isipadu asid yang digunakan (cm^3^) |
|---|---|---|---|
| I | asid hidroklorik 0.1 mol dm^-3^ | 25 cm^3^ natrium hidroksida 0.1 mol dm^-3^ | 25 |
| II | asid sulfurik 0.1 mol dm^-3^ | 25 cm^3^ natrium hidroksida 0.1 mol dm^-3^ | 12.5 |
Terangkan mengapa terdapat perbezaan isipadu asid yang digunakan di dalam Set I dan Set II.
3 marks
Rajah 11.2 menunjukkan garam Z yang boleh larut di dalam air suling dan mengion untuk menghasilkan ion Cu^2+^ dan ion X^-^.
c(i)
Cadangkan ion X^-^ yang hadir di dalam larutan garam Z.
Garam Z boleh disediakan dengan mencampurkan dua bahan kimia yang sesuai. Cadangkan dua bahan kimia tersebut.
2 marks
c(ii)
Berdasarkan bahan yang dicadangkan di (c)(i), huraikan satu eksperimen untuk penyediaan garam Z yang kering di dalam makmal.
7 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open