Rajah 1 menunjukkan perbualan seorang doktor dengan pesakitnya.
> **Doktor:** En. Chan, anda telah dijangkiti penyakit yang disebabkan oleh bakteria. Saya akan berikan Ubat A untuk menahan sakit yang boleh dimakan apabila perlu. Saya juga memberikan Ubat B yang mesti dimakan mengikut dos yang ditetapkan sehingga semua ubat ini habis.
Rajah 1
a
Nyatakan jenis Ubat A dan Ubat B.
Ubat A: …
Ubat B: …
2 marks
b
Nyatakan nama Ubat A yang diberikan oleh doktor kepada En. Chan.
1 marks
c
En. Chan tidak menghabiskan Ubat B yang perlu diambil. Berikan dua kesan akibat daripada tindakannya itu.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan sinki seramik di dapur.
a(i)
Nyatakan bahan utama bagi seramik.
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis seramik bagi sinki.
1 marks
a(iii)
Selain digunakan untuk membuat sinki, seramik juga digunakan secara meluas dalam kehidupan. Nyatakan satu kegunaan seramik dalam bidang perubatan.
1 marks
b
Nyatakan aloi yang digunakan dalam pembuatan paip air. Terangkan mengapa.
2 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan kegunaan sejenis getah sintetik dalam kehidupan harian.
Berdasarkan Rajah 3.1,
a(i)
nyatakan jenis polimer bagi getah sintetik.
1 marks
a(ii)
namakan getah sintetik A.
1 marks
Rajah 4 menunjukkan dua monomer yang terlibat dalam pembentukan Polimer A.
b(i)
Namakan Polimer A.
1 marks
b(ii)
Lukiskan formula struktur Polimer A.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: unit berulang polimer, atom-atom dan ikatan di dalamnya, serta bagaimana unit itu bersambung dalam rantai)*
1 marks
c
Mikroplastik terhasil semasa proses penguraian sisa plastik. Kajian menunjukkan penemuan mikroplastik di dalam awan dan di bahagian paling dalam di lautan. Ini menunjukkan bahawa tahap pencemaran mikroplastik dalam ekosistem semakin meningkat. Cadangkan dua kaedah yang boleh dilakukan bagi menghalang peningkatan pencemaran mikroplastik ini.
2 marks
47 marks
Rajah 5 menunjukkan graf suhu melawan masa apabila cecair naftalena disejukkan.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan takat beku?
1 marks
a(ii)
Nyatakan takat beku bagi naftalena.
1 marks
a(iii)
Kenal pasti keadaan jirim dari B ke C.
1 marks
Susunan elektron bagi ion Z^3+^ ialah 2.8.8.
b(i)
Atom Z mengandungi 14 neutron. Hitung nombor nukleon bagi atom Z.
2 marks
b(ii)
Lukiskan struktur atom bagi atom Z.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan petala, bilangan elektron dalam setiap petala, dan kandungan nukleus)*
2 marks
58 marks
Rajah 6 menunjukkan eksperimen yang telah dijalankan dengan memasukkan serbuk besi berlebihan ke dalam larutan kuprum(II) sulfat. Haba penyesaran yang diperolehi adalah −250 kJ mol^-1^.
a(i)
Nyatakan maksud haba penyesaran.
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis tindak balas yang berlaku.
1 marks
a(iii)
Serbuk besi berlebihan ditambah kepada 100 cm^3^ larutan kuprum(II) sulfat, 0.1 mol dm^-3^. Tuliskan persamaan kimia dan hitungkan perubahan suhu tindak balas.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
4 marks
a(iv)
Nyatakan pemerhatian pada larutan kuprum(II) sulfat, dan terangkan jawapan anda.
2 marks
69 marks
Maklumat berikut adalah mengenai unsur yang terdapat dalam sebatian Q yang boleh digunakan untuk menentukan formula empirik sebatian Q.
**Sebatian Q**
- 40.00% karbon
- 6.67% hidrogen
- X % oksigen
Jisim molekul relatif: 180
a
Apakah maksud formula empirik?
1 marks
b
Hitung nilai X dalam sebatian Q.
1 marks
c
Tentukan formula empirik bagi sebatian Q.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
3 marks
d(i)
Kenal pasti formula molekul bagi sebatian Q.
2 marks
d(ii)
Berikan dua perbezaan di antara formula empirik dan formula molekul sebatian Q.
2 marks
710 marks
Jadual 1 menunjukkan elektrolisis larutan natrium klorida dengan menggunakan elektrod-elektrod karbon.
Jadual 1
Jadual 2 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah bagi beberapa bahan.
| Persamaan sel setengah | E^0^ / V (298 K) |
|---|---|
| Na^+^ + e^-^ $\rightleftharpoons$ Na | −2.71 |
| 2H^+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ H~2~ | 0.00 |
| Cu^2+^ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ Cu | +0.34 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e^-^ $\rightleftharpoons$ 4OH^-^ | +0.40 |
| Cl~2~ + 2e^-^ $\rightleftharpoons$ 2Cl^-^ | +1.36 |
Jadual 2
Berdasarkan Sel I,
a(i)
nyatakan semua kation yang hadir dalam larutan natrium klorida.
1 marks
a(ii)
Namakan hasil yang terbentuk di katod.
1 marks
b
Nyatakan hasil yang terbentuk di anod bagi Sel I dan Sel II. Kenal pasti faktor yang mempengaruhi pemilihan ion yang dinyahcaskan.
3 marks
c
Eksperimen bagi Sel I diulang dengan menukarkan larutan natrium klorida dengan larutan kuprum(II) klorida dengan kepekatan yang sama. Adakah hasil di katod tetap sama? Jelaskan.
2 marks
d
Sudu besi boleh disadur dengan argentum supaya tahan kakisan. Dengan mencadangkan larutan yang sesuai, lukis dan labelkan gambar rajah susunan radas bagi penyaduran sudu besi.
Cadangan larutan: …
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas yang digunakan, bagaimana litar disambungkan, kedudukan setiap elektrod dalam larutan dan label-label pada rajah)*
3 marks
810 marks
Rajah 7 menunjukkan susunan radas pentitratan menggunakan larutan natrium hidroksida, dengan asid hidroklorik dan asid etanoik. Rajah 8 menunjukkan dapatan data dari kedua-dua eksperimen tersebut.
a(i)
Nyatakan fungsi larutan fenolftalein.
1 marks
a(ii)
Nyatakan perubahan warna larutan fenolftalein apabila mencapai takat akhir.
1 marks
a(iii)
Berdasarkan eksperimen I tuliskan persamaan kimia dan hitung nilai isipadu asid hidroklorik yang diperlukan untuk meneutralkan larutan natrium hidroksida.
3 marks
b
Berdasarkan Rajah 8, bandingkan isipadu asid pada takat akhir dan terangkan.
2 marks
c
Cadangkan garam yang sesuai untuk bertindak balas dengan garam yang terhasil dalam eksperimen I bagi menghasilkan garam AgCl. Huraikan secara ringkas langkah-langkah penyediaan garam tersebut.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Jadual 4 menunjukkan tiga unsur Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur.
| Unsur | Kegunaan dan sifat fizik |
|---|---|
| U | Digunakan di dalam peluntur; wujud sebagai gas pada suhu bilik; takat lebur: −101 °C |
| V | Salah satu bahan dalam pemadam api; wujud sebagai cecair pada suhu bilik; takat lebur: −7 °C |
| W | Sebagai disinfektan; wujud sebagai pepejal pada suhu bilik; takat lebur: 114 °C |
Jadual 4
a(i)
Nyatakan nama lain untuk Kumpulan 17. Berikan satu sebab mengapa unsur U, V dan W terletak dalam Kumpulan 17.
2 marks
a(ii)
Takat lebur W lebih tinggi berbanding U kerana dipengaruhi oleh saiz unsurnya. Terangkan mengapa.
2 marks
a(iii)
Tindak balas antara besi dengan unsur V menghasilkan pepejal berwarna perang. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut dan hitungkan jisim besi yang diperlukan untuk menghasilkan 7.4 g pepejal berwarna perang.
[Jisim atom relatif: Fe = 56, V = 80]
6 marks
Rajah 9 menunjukkan carta alir bagi pembentukan sebatian A dan sebatian B. Kekonduksian elektrik bagi kedua-dua sebatian ini diuji.
b(i)
Kenal pasti jenis sebatian bagi sebatian A dan sebatian B.
2 marks
b(ii)
Nyatakan perbezaan kekonduksian elektrik bagi sebatian A dan sebatian B. Terangkan mengapa.
6 marks
b(iii)
Jika pepejal sebatian B dipanaskan sehingga lebur, ramalkan pemerhatian pada mentol dan berikan sebab.
2 marks
1020 marks
a
Sebatian organik boleh dikelaskan kepada hidrokarbon dan bukan hidrokarbon. Nyatakan sumber utama hidrokarbon dan berikan satu contoh sebatian bukan hidrokarbon.
2 marks
b
Tuliskan persamaan kimia bagi pembakaran lengkap gas metana dalam oksigen berlebihan dan hitung jisim metana yang diperlukan jika 1.2 dm^3^ gas oksigen digunakan pada STP.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1; Isi padu molar gas pada STP = 22.4 dm^3^ mol^-1^]
6 marks
Rajah 10 menunjukkan beberapa siri tindak balas yang melibatkan sebatian X.
Berdasarkan Rajah 10,
c(i)
Lukis formula struktur dan namakan mengikut sistem penamaan IUPAC bagi satu isomer C~3~H~7~OH.
*(Huraikan formula struktur anda dalam perkataan: rantai karbon, atom yang terikat pada setiap karbon dan kedudukan kumpulan –OH.)*
2 marks
c(ii)
Namakan Tindak balas I dan Tindak balas II. Nyatakan dua keadaan untuk Tindak balas I berlaku. Kenal pasti sebatian X, sebatian Y, bahan Q dan kumpulan berfungsi bagi sebatian Z. Namakan siri homolog dan tuliskan formula am bagi sebatian Y.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Jadual 5 menunjukkan tindak balas dalam Eksperimen I dan Eksperimen II.
Jadual 5
a
Nyatakan kebesan asid nitrik. Terangkan mengapa cawan polistirena digunakan dalam Eksperimen I dan Eksperimen II. Tulis persamaan kimia bagi Eksperimen I.
5 marks
b
Bandingkan haba tindak balas bagi Eksperimen I dan Eksperimen II. Terangkan jawapan anda.
5 marks
c
Farid menjalankan Eksperimen I di dalam makmal bagi mengkaji kadar tindak balas. Dia merekodkan isipadu gas yang terbebas dan mendapati masa yang diambil untuk tindak balas lengkap adalah 7 minit. Farid merancang untuk meningkatkan kadar tindak balas eksperimen tersebut tanpa menambah atau mengubah bahan tindak balas. Cadangkan faktor yang dapat meningkatkan kadar tindak balas dan huraikan eksperimen. Dalam huraian anda, lakarkan graf isipadu gas melawan masa bagi menunjukkan perbezaan kadar tindak balas.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label dan unit kedua-dua paksi, lengkung bagi setiap eksperimen dan bagaimana lengkung-lengkung itu berbeza.)*
10 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open