Asid askorbik, juga dikenali sebagai vitamin C penting dalam kehidupan harian dalam mengekalkan kesihatan kulit, gusi dan tulang.
Rajah 1 di bawah menunjukkan formula struktur bagi asid askorbik.
a(i)
Nyatakan maksud formula molekul.
1 marks
a(ii)
Namakan istilah bagi 'jisim purata bagi satu atom unsur yang dibandingkan dengan 1/12 jisim satu atom karbon-12'.
1 marks
a(iii)
Apakah simbol bagi atom oksigen?
1 marks
Berdasarkan Rajah 1 di atas,
b(i)
Namakan semua unsur yang terdapat dalam molekul asid askorbik.
1 marks
b(ii)
Tuliskan formula empirik bagi asid askorbik.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan simbol kimia unsur S dan T.
$^{24}_{12}\text{S}$ $\qquad$ $^{16}_{8}\text{T}$
Rajah 2
a(i)
Tuliskan susunan elektron bagi unsur S.
1 marks
a(ii)
Lukiskan susunan elektron bagi ion T.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan petala, bilangan elektron dalam setiap petala, apa yang ditulis dalam nukleus dan cas ion.)*
2 marks
Unsur S dan T bertindak balas untuk menghasilkan sebatian ion U.
b(i)
Nyatakan maksud sebatian ion.
1 marks
b(ii)
Nyatakan keadaan fizik sebatian ion U dalam keadaan suhu bilik.
1 marks
36 marks
Jadual 1 menunjukkan maklumat bagi dua set eksperimen untuk menyiasat satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara asid hidroklorik, HCl dan kalsium karbonat, CaCO~3~.
| Set | Bahan | Isi padu gas terkumpul dalam 3 minit (cm^3^) |
|---|---|---|
| I | 100 cm^3^ asid hidroklorik, HCl 0.25 mol dm^-3^ + ketulan kalsium karbonat berlebihan, CaCO~3~ | 60.0 |
| II | 100 cm^3^ asid hidroklorik, HCl 0.50 mol dm^-3^ + ketulan kalsium karbonat berlebihan, CaCO~3~ | 120.0 |
Jadual 1
a
Nyatakan maksud kadar tindak balas.
1 marks
b
Nyatakan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam eksperimen ini.
1 marks
c(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas dalam eksperimen ini.
2 marks
c(ii)
Lakarkan graf isi padu gas yang terhasil melawan masa bagi kedua-dua set eksperimen dalam masa 3 minit yang pertama pada paksi yang sama.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: label dan unit pada setiap paksi, bentuk setiap lengkung, serta nilai akhir dan label bagi setiap set.)*
2 marks
47 marks
| ^1^H |
|---|
| ^3^Li |
| ^11^Na |
| ^19^K |
Rajah 3
Rajah 3 menunjukkan senarai unsur Kumpulan 1. Semakin menuruni Kumpulan 1, saiz atom semakin bertambah.
a(i)
Nyatakan nama lain bagi Kumpulan 1.
1 marks
a(ii)
Kalium lebih reaktif di dalam pembakaran berbanding litium. Terangkan.
2 marks
0.1 mol kalium bertindak balas dengan air menghasilkan kalium hidroksida dan gas hidrogen.
b(i)
Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas kimia di atas.
2 marks
b(ii)
Kira isi padu maksimum gas hidrogen yang terbentuk pada keadaan bilik.
[Isi padu gas menempati pada keadaan bilik pada 1 mol = 24 dm^3^]
2 marks
58 marks
Jadual 2 di bawah menunjukkan maklumat bagi atom-atom P, Q, R dan S.
| Atom | Bilangan proton | Bilangan neutron |
|---|---|---|
| P | 15 | 16 |
| Q | 15 | 17 |
| R | 11 | 12 |
| S | 12 | 12 |
Jadual 2
a
Nyatakan maksud isotop.
1 marks
b
Berdasarkan Jadual 2 di atas, pilih atom-atom yang merupakan isotop.
1 marks
Silikon ialah satu contoh unsur yang mempunyai isotop. Jadual 3 di bawah menunjukkan maklumat tentang isotop silikon, Si.
| Isotop | Kelimpahan semula jadi |
|---|---|
| Si-28 | 92.23% |
| Si-29 | 4.68% |
| Si-30 | 3.08% |
Jadual 3
c(i)
Hitung jisim atom relatif bagi silikon.
2 marks
c(ii)
Semua isotop silikon menunjukkan sifat kimia yang sama. Jelaskan.
1 marks
c(iii)
Puan Wong telah disahkan menghidap kanser tiroid. Cadangkan isotop yang boleh digunakan untuk merawat Puan Wong.
1 marks
d
Rajah 4 di bawah menunjukkan struktur atom X.
Banding dan bezakan antara K dan L.
2 marks
69 marks
Rajah 5 menunjukkan satu sebatian karbon iaitu sebatian R yang boleh didapati secara semula jadi dan boleh juga dihasilkan di dalam makmal melalui tindak balas II.
Berdasarkan Rajah 5, alkohol Q boleh dihasilkan daripada sebatian C~2~H~4~ melalui tindak balas I.
a(i)
Nyatakan kumpulan berfungsi bagi alkohol.
1 marks
a(ii)
Tulis formula molekul bagi alkohol Q.
1 marks
b
Nyatakan nama bagi tindak balas I dan tindak balas II.
Tindak balas I: …
Tindak balas II: …
2 marks
Berdasarkan tindak balas II,
c(i)
Nyatakan nama bagi sebatian R.
1 marks
c(ii)
Tulis persamaan kimia bagi pembentukan sebatian R.
2 marks
c(iii)
0.5 mol alkohol P diperlukan untuk menghasilkan sebatian R. Hitung jisim sebatian R yang terhasil.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
2 marks
710 marks
Rajah 6 menunjukkan satu pingat tempat ketiga dalam pertandingan Inovasi STEM Peringkat Kebangsaan. Pingat itu diperbuat daripada bahan yang dikenali sebagai aloi.
a(i)
Nyatakan satu tujuan pengaloian.
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama aloi yang digunakan untuk membuat pingat itu.
1 marks
Rajah 7 menunjukkan Ana yang menghadapi masalah kulit muka yang tidak sihat dan berjerawat.
b(i)
Oleh itu, Ana telah berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mengatasi masalahnya. Doktor telah memberi Kosmetik Y kepada Ana untuk digunakan. Kosmetik Y dibuat menggunakan teknologi nano.
Berdasarkan situasi di atas,
Nyatakan jenis kosmetik bagi kosmetik Y dan terangkan kesan penggunaan kosmetik Y yang dibuat menggunakan teknologi nano.
3 marks
b(ii)
Masalah kulit yang dihadapi oleh Ana adalah kesan sampingan terhadap penggunaan produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya sebelum ini. Jadual 4 menunjukkan perbandingan kesan sampingan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam kosmetik.
| Bahan kimia berbahaya | Kesan sampingan |
|---|---|
| X | Kulit merengsa serta kerosakan buah pinggang |
| Y | Kulit menjadi hipersensitif |
| Z | Kulit kemerahan dan mengelupas |
Jadual 4
Berdasarkan jadual, nyatakan bahan kimia berbahaya X, Y dan Z.
X: …
Y: …
Z: …
3 marks
b(iii)
Ibu Ana mencadangkan supaya Ana menggunakan kosmetik buatan sendiri iaitu bedak sejuk berbanding produk kosmetik komersial. Wajarkan cadangan ibu Ana itu.
2 marks
810 marks
Rajah 8 di bawah menunjukkan sel elektrolisis dengan menggunakan elektrod karbon X dan Y. Elektrolit yang digunakan ialah larutan kuprum(II) klorida 1.0 mol dm^-3^.
Jadual 5 di bawah menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah bagi beberapa bahan.
| Tindak balas setengah | E^0^ (V) (298 K) |
|---|---|
| Na^+^ + e^-^ → Na | −2.71 |
| Cu^2+^ + 2e^-^ → Cu | +0.34 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e^-^ → 4OH^-^ | +0.40 |
| 2H^+^ + 2e^-^ → H~2~ | 0.00 |
| Cl~2~ + 2e^-^ → 2Cl^-^ | +1.36 |
Jadual 5
a
Nyatakan definisi elektrolit.
1 marks
b(i)
Berdasarkan Rajah 8 di atas, namakan gas Z yang terhasil.
1 marks
b(ii)
Tuliskan setengah persamaan bagi pembentukan hasil di 8(b)(i). Huraikan secara ringkas ujian pengesahan bagi gas Z tersebut.
3 marks
c
Seorang pelajar mengulangi proses elektrolisis di atas dengan dua set yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6 di bawah.
Jadual 6
Berdasarkan Jadual 6, terangkan perbezaan pemerhatian pada elektrod Y bagi kedua-dua set eksperimen tersebut.
2 marks
d
Sekumpulan pelajar dikehendaki untuk melakukan proses penyaduran logam bagi satu kunci logam. Jadual 7 di bawah menunjukkan senarai radas dan bahan yang dibekalkan untuk menjalankan proses tersebut.
| Radas dan bahan | | |
|---|---|---|
| Bikar | Wayar | Larutan K |
| Bateri | Kunci logam | Plat argentum |
Jadual 7
Dengan mencadangkan satu larutan K yang sesuai, lukiskan satu rajah berlabel bagi menunjukkan susunan radas bagi proses penyaduran tersebut. Rajah itu hendaklah menggunakan radas dan bahan yang dibekalkan dalam Jadual 7.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: larutan K yang dicadangkan, kedudukan setiap bahan dalam bikar, sambungan setiap elektrod kepada terminal bateri, dan label-labelnya.)*
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
**BAS BERKUASA HIDROGEN DIBANGUNKAN DI JEPUN**
Dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran udara dan pembebasan gas rumah hijau, sebuah syarikat automotif di Jepun telah membangunkan bas berkuasa hidrogen seperti dalam Rajah 9 sebagai sumber tenaga utama. Apabila 1 mol hidrogen dibakar, sebanyak 282 kJ mol^-1^ haba dibebaskan dan bas ini mampu bergerak sejauh 10 kilometer. Bas ini direka khas untuk kegunaan di kawasan bandar.
Berdasarkan artikel,
a(i)
Adakah tindak balas tersebut tindak balas endotermik atau eksotermik? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
a(ii)
Nyatakan ikatan yang diputuskan dan ikatan yang terbentuk.
2 marks
a(iii)
Tuliskan persamaan termokimia bagi pembakaran hidrogen.
2 marks
Dalam satu jarak perjalanan bas tersebut, 50 g cecair hidrogen dibakar dalam oksigen berlebihan. Hitung
[Jisim atom relatif: H = 1]
b(i)
Bilangan mol hidrogen yang digunakan.
1 marks
b(ii)
Jumlah tenaga yang dibebaskan apabila 50 g hidrogen dibakar.
2 marks
b(iii)
Jarak yang mampu dicapai oleh bas tersebut.
1 marks
Maklumat berikut menunjukkan dua eksperimen yang dijalankan untuk menentukan haba peneutralan menggunakan asid yang berbeza dengan larutan natrium hidroksida, NaOH.
**Eksperimen I:** 50 cm^3^ larutan asid hidroklorik, HCl 1.0 mol dm^-3^ ditambah ke dalam 50 cm^3^ larutan natrium hidroksida, NaOH 1.0 mol dm^-3^
**Eksperimen II:** 50 cm^3^ larutan asid etanoik, CH~3~COOH 1.0 mol dm^-3^ ditambah ke dalam 50 cm^3^ larutan natrium hidroksida, NaOH 1.0 mol dm^-3^
Jadual 8 di bawah menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.
| Eksperimen | Haba peneutralan (kJ mol^-1^) |
|---|---|
| I | −57.3 |
| II | −55.4 |
Jadual 8
c(i)
Tindak balas peneutralan berlaku antara asid dan alkali. Bezakan jenis kekuatan asid dan alkali bagi eksperimen I dan II.
2 marks
c(ii)
Banding dan bezakan nilai haba peneutralan bagi eksperimen I dan eksperimen II.
4 marks
d
Rajah 10 menunjukkan dua gambar rajah aras tenaga.
Bezakan kedua-dua gambar rajah itu.
4 marks
1020 marks
a
Rajah 11 menunjukkan gas HA yang disalurkan ke dalam dua buah bikar yang masing-masing mengandungi metilbenzena dan air untuk mengkaji sifat asid.
Berdasarkan Rajah 11, bandingkan dan terangkan perbezaan dalam pemerhatian dalam bikar P dan Q.
5 marks
b
Jadual 9 menunjukkan nilai pH bagi asid HA 0.1 mol dm^-3^ di dalam air dan asid etanoik 0.1 mol dm^-3^.
| Set | Nilai pH |
|---|---|
| I: Asid HA 0.1 mol dm^-3^ di dalam air | 1 |
| II: Asid etanoik 0.1 mol dm^-3^ | X |
Jadual 9
Cadangkan nama bagi asid HA. Ramalkan nilai X dalam Set II. Terangkan perbezaan dalam nilai pH bagi Set I dan Set II.
5 marks
Berikut adalah dua contoh garam sulfat yang boleh disediakan di dalam makmal.
| Kalium sulfat | Kalsium sulfat |
|---|---|
c(i)
Daripada contoh-contoh ini, kenal pasti garam terlarutkan dan tak terlarutkan.
2 marks
c(ii)
Nyatakan bahan tindak balas bagi penyediaan garam terlarutkan di 10(c)(i).
2 marks
d
Dalam suatu eksperimen, 100 g plumbum(II) karbonat ditambah ke dalam 100 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas itu dan hitung isi padu gas yang terhasil pada keadaan bilik.
[Jisim atom relatif: Pb = 207; C = 12; O = 16]
[1 mol gas menempati 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 12 menunjukkan contoh polimer.
a(i)
Nyatakan jenis polimer bagi getah.
1 marks
a(ii)
Namakan monomer bagi kedua-dua polimer semula jadi tersebut.
2 marks
b(i)
Rajah 13 menunjukkan satu perbualan di antara Ahmad dengan pegawai Lembaga Getah Malaysia.
> Ahmad: "Encik, saya ingin menghantar 1000L susu getah sebagai sampel ke Singapura."
>
> Pegawai: "Ya, tetapi untuk mengekalkan keadaannya, anda perlu menyediakan 1L NaOH dengan pH 10."
Sebagai seorang pelajar kimia, anda diminta untuk membantu Ahmad bagi menyediakan larutan piawai tersebut. Kira kepekatan natrium hidroksida, NaOH di dalam unit mol dm^-3^ yang diperlukan oleh Ahmad. Kemudian berapakah jisim natrium hidroksida, NaOH yang diperlukan untuk menyediakan larutan piawai tersebut.
[Jisim atom relatif: Na = 23, O = 16, H = 1]
4 marks
b(ii)
Banding dan bezakan keadaan getah sekiranya Ahmad mencampurkan larutan NaOH ke dalam susu getah berbanding dengan dibiarkan sahaja.
5 marks
c(i)
Di zaman moden sekarang ini, selain daripada getah tervulkan, getah sintetik juga menjadi pilihan. Wajarkan pilihan anda, sekiranya anda merupakan pengusaha kilang kasut.
3 marks
c(ii)
Rancang bagaimana getah tervulkan dapat dihasilkan di dalam makmal sekolah anda. Huraian anda mestilah menyatakan bahan-bahan yang terlibat dan langkah-langkah eksperimen.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open