Rajah 1 menunjukkan relau bagas yang digunakan dalam pengekstrakan logam.
a
Namakan bahan utama bagi seramik.
1 marks
b
Nyatakan dua sifat bagi seramik.
2 marks
c
Terangkan mengapa seramik digunakan dalam Rajah 1.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan model bagi persamaan kimia bagi tindak balas pembakaran gas propana.
a
Namakan semua unsur yang hadir dalam gas propana.
1 marks
b
Nyatakan jenis zarah dalam gas propana.
1 marks
c
Apakah formula empirik bagi gas propana?
1 marks
d
Nyatakan dua maklumat daripada model persamaan kimia di Rajah 2 dari aspek kualitatif dan kuantitatif.
2 marks
36 marks
Jadual 1 menunjukkan maklumat bilangan proton, neutron dan elektron bagi atom P, Q dan R.
| Atom | Proton | Neutron | Elektron |
|---|---|---|---|
| P | 11 | 12 | 11 |
| Q | 12 | 12 | 12 |
| R | 11 | 13 | 11 |
Jadual 1
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan nombor nukleon?
1 marks
a(ii)
Nyatakan nombor nukleon bagi atom P.
1 marks
b(i)
Atom yang manakah merupakan isotop?
1 marks
b(ii)
Terangkan sebab jawapan anda di (b)(i).
1 marks
c
Lukiskan struktur atom Q.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: kandungan nukleus serta bilangan petala dan bilangan elektron dalam setiap petala.)*
2 marks
47 marks
Jadual 2 menunjukkan tiga unsur Kumpulan 17 dalam Jadual Berkala Unsur.
| Unsur | Kegunaan dan sifat fizik |
|---|---|
| U | Digunakan di dalam peluntur; wujud sebagai gas pada suhu bilik; takat lebur: −101 °C |
| V | Salah satu bahan dalam pemadam api; wujud sebagai cecair pada suhu bilik; takat lebur: −7 °C |
| W | Sebagai disinfektan; wujud sebagai pepejal pada suhu bilik; takat lebur: 114 °C |
Jadual 2
a(i)
Nyatakan nama lain untuk Kumpulan 17.
1 marks
a(ii)
Terangkan mengapa takat lebur W lebih tinggi berbanding U.
2 marks
Dalam satu eksperimen yang lain, seorang murid melarutkan unsur U dan W ke dalam air dalam dua tabung uji berlainan seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.
b(i)
Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen pada Rajah 3.
| U | W |
|---|---|
| Larut dengan cepat | Larut dengan perlahan |
| Larutan kuning kehijauan terhasil | Larutan perang terhasil |
Jadual 3
Berdasarkan pemerhatian dalam Jadual 3, bandingkan kereaktifan unsur U dan W.
1 marks
b(ii)
Terangkan jawapan anda di (b)(i).
3 marks
58 marks
Rajah 4 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji kekonduksian elektrik.
a
Nyatakan jenis sebatian kuprum(II) oksida.
1 marks
b
Nyatakan jenis daya tarikan antara zarah-zarah dalam sebatian kuprum(II) oksida.
1 marks
c
Berdasarkan Rajah 4, susunan radas yang manakah boleh mengkonduksikan elektrik? Terangkan jawapan anda.
2 marks
Amir membantu datuknya mengemas di rumah lama. Tiba-tiba lampu berkelip dan berlaku percikan elektrik. Pemeriksaan mendapati dawai kuprum lama telah rosak dan hampir terputus.
d(i)
Bagaimanakah Amir dapat memperbaiki dawai kuprum yang hampir terputus itu?
1 marks
d(ii)
Dengan menggunakan konsep ikatan logam, huraikan bagaimana tenaga elektrik dapat dialirkan semula setelah pengubahsuaian dilakukan.
3 marks
69 marks
Jadual 4 menunjukkan tiga jenis polimer sintetik, ciri-ciri dan kegunaannya.
a(i)
Apakah unit asas bagi polimer?
1 marks
a(ii)
Tulis persamaan kimia pembentukan polimer X.
*(Huraikan formula struktur dalam persamaan anda dengan perkataan: atom-atom pada setiap atom karbon, jenis ikatan antara atom karbon, dan bagaimana n ditunjukkan.)*
2 marks
a(iii)
Nyatakan satu kegunaan polimer Y.
1 marks
b
Rajah 5 menunjukkan dua jenis tindak balas pempolimeran iaitu tindak balas V dan tindak balas W.
Rajah 5
Berdasarkan Rajah 5, banding bezakan tindak balas V dan tindak balas W.
3 marks
c
Beg plastik adalah bahan buangan polimer yang terbanyak di negara kita. Apakah kaedah yang sesuai dalam pengurusan sisa beg plastik bagi memastikan penggunaan beg plastik lebih lestari? Terangkan jawapan anda.
2 marks
710 marks
Rajah 6 menunjukkan proses pencucian sabun.
a(i)
Nyatakan nama bagi tindak balas penyediaan sabun.
1 marks
a(ii)
Cadangkan alkali yang sesuai untuk menghasilkan sabun dalam Rajah 6.
1 marks
Berdasarkan Rajah 6,
b(i)
Terangkan pemerhatian.
2 marks
b(ii)
Cadangkan bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Terangkan jawapan anda.
2 marks
Rajah 7 menunjukkan satu preskripsi ubat yang diberikan oleh doktor kepada Sir Tar.
c(i)
Berdasarkan Rajah 7, apakah masalah kesihatan yang dihadapi oleh Sir Tar?
2 marks
c(ii)
Sir Tar mempunyai pilihan sama ada menggunakan ubat moden atau ubat tradisional. Sebagai pelajar kimia, bantu Sir Tar untuk membuat pilihan. Wajarkan pilihan anda.
2 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan dua proses pengekstrakan logam daripada bijihnya iaitu Proses X dan Proses Y.
Berdasarkan Proses X dalam Rajah 8,
a(i)
Namakan Proses X.
1 marks
a(ii)
Tuliskan setengah persamaan di anod dan katod.
Anod: …
Katod: …
2 marks
Merujuk kepada Proses Y dalam Rajah 8, persamaan kimia menunjukkan proses penghasilan besi dalam industri melalui tindak balas antara bijih besi, Fe~2~O~3~ dan arang kok, C.
b(i)
Tentukan perubahan nombor pengoksidaan bagi ferum dalam tindak balas ini.
1 marks
b(ii)
Sekiranya kilang tersebut mampu memproses 640 kg bijih besi sehari menggunakan karbon yang berlebihan, hitung jisim besi yang dapat dihasilkan dalam sehari.
3 marks
c
Berdasarkan Rajah 8, proses yang manakah sesuai digunakan untuk mengekstrak bijih timah? Terangkan jawapan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Sumber utama hidrokarbon ialah petroleum atau minyak mentah. Petroleum tidak dapat digunakan sebelum diproses. Petroleum perlu diasingkan kepada pecahannya sebelum dapat digunakan melalui proses penapisan. Jadual 5 menunjukkan pecahan dalam petroleum dapat diasingkan mengikut takat didih.
| Hasil pengasingan petroleum | Takat didih (°C) |
|---|---|
| X | < 40 |
| Y | 40 – 75 |
| Z | 75 – 150 |
Jadual 5
a
Namakan dua proses dalam penapisan petroleum. Nyatakan perbandingan bagi Y dan Z dari segi kebolehbakaran dan warna bagi sebatian tersebut. Susun sebatian X, Y dan Z mengikut tertib menurun saiz molekul dan terangkan mengapa terdapat perbezaan takat didih bagi X, Y dan Z.
8 marks
b
Nafta adalah campuran hidrokarbon yang terdiri daripada 5 hingga 10 atom karbon. Salah satu hasil sulingan dalam nafta ialah heksana. Tuliskan persamaan kimia bagi pembakaran heksana. Hitungkan isipadu gas karbon dioksida yang terbebas pada keadaan bilik apabila 8.6 g heksana terbakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan.
[Jisim atom relatif: C = 12; H = 1; 1 mol gas menempati 24 dm^3^]
6 marks
c
Rajah 9 menunjukkan graf takat didih melawan bilangan atom karbon per molekul sebatian karbon yang mempunyai satu ikatan ganda dua.
Rajah 9
Nyatakan siri homolog dan formula am, lukis dan namakan formula struktur bagi sebatian karbon mengikut penamaan IUPAC yang mempunyai takat didih bawah daripada 0 °C. Kenal pasti keadaan fizik sebatian karbon heksena pada suhu bilik. Apakah hubungan antara bilangan atom karbon dengan takat didih?
*(Huraikan formula struktur anda dalam perkataan: bilangan atom karbon, kedudukan ikatan ganda dua dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon.)*
6 marks
1020 marks
Jadual 6 menunjukkan persamaan kimia dan nilai haba pemendakan bagi argentum klorida, AgCl dan magnesium karbonat, MgCO~3~.
| Set | Persamaan kimia | Haba pemendakan |
|---|---|---|
| I | AgNO~3~ + NaCl $\rightarrow$ AgCl + NaNO~3~ | −65.5 kJ mol^-1^ |
| II | Mg(NO~3~)~2~ + Na~2~CO~3~ $\rightarrow$ MgCO~3~ + 2NaNO~3~ | Z kJ mol^-1^ |
Jadual 6
a(i)
Jadual 7 menunjukkan keputusan eksperimen Set II yang telah dijalankan oleh seorang murid untuk menentukan nilai Z.
| Perkara | Bacaan |
|---|---|
| Suhu awal larutan magnesium nitrat (°C) | 27.0 |
| Suhu awal larutan natrium karbonat (°C) | 28.0 |
| Suhu campuran (°C) | 25.0 |
Jadual 7
Berdasarkan Jadual 7, hitung nilai Z dalam Set II, jika 50 cm^3^ larutan natrium karbonat 1.0 mol dm^-3^ ditambah ke dalam sebuah cawan polistirena yang mengandungi 50 cm^3^ larutan magnesium nitrat 1.0 mol dm^-3^.
[Muatan haba tentu larutan: 4.2 J g^-1^ °C^-1^, Ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
4 marks
a(ii)
Lukis rajah aras tenaga bagi tindak balas dalam Set I dan Set II.
*(Huraikan rajah aras tenaga anda dalam perkataan bagi setiap set: label paksi, aras bahan dan hasil tindak balas serta kedudukannya, arah anak panah dan nilai ΔH.)*
4 marks
a(iii)
Berdasarkan jawapan anda di (a)(ii), bandingkan rajah aras tenaga Set I dan Set II dari segi:
- Jenis tindak balas
- Perubahan suhu
- Perubahan jumlah kandungan tenaga
- Perubahan tenaga semasa pemutusan ikatan dan pembentukan ikatan
4 marks
a(iv)
Tindak balas di (a)(i) diulangi dengan menggunakan 50 cm^3^ larutan kalium karbonat 1.0 mol dm^-3^ bagi menggantikan larutan natrium karbonat. Ramalkan nilai haba pemendakan bagi tindak balas ini. Terangkan jawapan anda.
2 marks
Rajah 10 menunjukkan skema tindak balas bagi garam kalsium karbonat, CaCO~3~.
b(i)
Berdasarkan Rajah 10, kenal pasti larutan P, larutan Q, oksida logam S dan nama tindak balas I.
4 marks
b(ii)
Huraikan secara ringkas bagaimana anda dapat mengesahkan kehadiran gas T.
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11 menunjukkan graf nilai pH melawan kepekatan bagi dua asid monoprotik yang berbeza iaitu asid J dan asid K.
a
Berdasarkan graf pada Rajah 11, cadangkan nama bagi asid J dan asid K. Terangkan mengapa terdapat perbezaan nilai pH bagi kedua-dua asid.
6 marks
b
Asid J ditambahkan ke dalam dua bikar berbeza yang masing-masing mengandungi pelarut P dan pelarut S. Kemudian dua kertas litmus yang berbeza dimasukkan ke dalam kedua-dua bikar dan dibiarkan selama beberapa minit. Keputusan seperti Rajah 12.
Rajah 12
Dengan menamakan pelarut P dan pelarut S, bandingkan perbezaan pemerhatian pada keputusan dalam Rajah 12.
6 marks
c
> Jumlah zat terlarut per unit isipadu sesuatu larutan mempengaruhi kadar tindak balas.
Dengan menggunakan asid J dan asid K dan pengetahuan anda dalam konsep kadar tindak balas, buktikan pernyataan ini. Dalam huraian anda, sertakan butiran berikut:
- Nama bahan lain yang digunakan bersama
- Langkah-langkah ujian
- Hubungan antara jumlah zat terlarut per unit isipadu dengan kadar tindak balas
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open