Rajah 1 menunjukkan formula molekul bagi dua jenis agen pencuci, sabun dan Q.
| Agen pencuci sabun | Agen pencuci Q |
|---|---|
| CH~3~(CH~2~)~10~COO^-^Na^+^ | CH~3~(CH~2~)~11~OSO~3~^-^Na^+^ |
a
Nyatakan nama proses pembentukan sabun.
1 marks
b
Nyatakan alkali yang digunakan dalam kedua-dua agen pencuci itu.
1 marks
c
Apakah nama bahagian dalam struktur sabun yang larut dalam air?
1 marks
d
Nyatakan keberkesanan agen pencuci Q dalam air laut. Berikan satu sebab.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan proses penukaran logam tulen kepada gangsa.
a
Apakah istilah yang digunakan untuk campuran dua atau lebih unsur yang mana unsur utamanya ialah logam?
1 marks
b
Nyatakan satu sifat bagi logam tulen.
1 marks
c
Nyatakan nama bagi atom G.
1 marks
d
Bandingkan kekerasan kuprum tulen dan gangsa.
1 marks
e
Nyatakan satu kegunaan gangsa dalam kehidupan harian.
1 marks
36 marks
Jadual 3 menunjukkan maklumat tentang isotop-isotop silikon.
| Isotop | Kelimpahan semulajadi (%) | Nombor proton |
|---|---|---|
| Silikon-28 | 92.23 | 14 |
| Silikon-29 | 4.67 | 14 |
| Silikon-30 | 3.10 | 14 |
a
Apakah yang dimaksudkan dengan nombor proton?
1 marks
b
Nyatakan bilangan neutron bagi Silikon-30.
1 marks
c
Lukis struktur atom bagi isotop Silikon-29.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan proton dan neutron dalam nukleus, serta bilangan elektron dalam setiap petala.)*
2 marks
d
Hitung jisim atom relatif bagi silikon.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur. Kedua-dua unsur terletak antara Kumpulan 3 hingga Kumpulan 12 dalam Jadual Berkala Unsur.
a
Apakah nama bagi kumpulan unsur yang terletak antara Kumpulan 3 hingga Kumpulan 12 dalam Jadual Berkala Unsur?
1 marks
Rajah 4.2 menunjukkan satu kegunaan salah satu unsur dalam Rajah 4.1.
Minyak sawit —(Ni, 180 °C)$\rightarrow$ Marjerin
b
Nyatakan fungsi nikel dalam proses itu.
1 marks
Ferum dalam Rajah 4.1 boleh bertindak balas dengan gas klorin untuk menghasilkan satu sebatian.
c(i)
Nyatakan warna bagi sebatian yang terhasil.
1 marks
c(ii)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas itu.
2 marks
c(iii)
0.1 mol ferum bertindak balas dengan gas klorin berlebihan menghasilkan satu sebatian. Hitung jisim sebatian itu.
[Jisim atom relatif: Cl = 35.5, Fe = 56]
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan susunan elektron bagi atom unsur E, Q dan R.
Unsur R bertindak balas dengan unsur E menghasilkan sebatian J.
Unsur R juga boleh bertindak balas dengan unsur Q untuk menghasilkan sebatian Z.
a(i)
Apakah tujuan pembentukan sebatian?
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis ikatan bagi sebatian J.
1 marks
a(iii)
Tulis persamaan kimia bagi pembentukan sebatian J.
2 marks
a(iv)
Lukis gambar rajah susunan elektron bagi sebatian Z.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan setiap jenis atom dalam sebatian Z, elektron yang dikongsi antara atom-atom, dan bilangan elektron pada petala terluar setiap atom.)*
2 marks
Jadual 5 menunjukkan takat lebur dan takat didih bagi kedua-dua sebatian J dan sebatian Z.
| Sebatian | Takat lebur (°C) | Takat didih (°C) |
|---|---|---|
| J | 714.0 | 1412.0 |
| Z | −23.0 | 76.7 |
b
Berdasarkan Jadual 5, terangkan perbezaan takat lebur dan takat didih bagi kedua-dua sebatian itu.
2 marks
69 marks
Jadual 6 menunjukkan maklumat bagi eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
| Set | Bahan tindak balas | Suhu (°C) | Masa yang diambil untuk mengumpul 40 cm^3^ gas (s) |
|---|---|---|---|
| I | Ketulan kalsium karbonat berlebihan + 50 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ | 30.0 | 35 |
| II | Ketulan kalsium karbonat berlebihan + 50 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ | 40.0 | 25 |
a
Nyatakan satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
1 marks
Berdasarkan Jadual 6:
b(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku dalam Set I.
2 marks
b(ii)
Hitung kadar tindak balas purata bagi Set I dan Set II.
2 marks
b(iii)
Bandingkan kadar tindak balas antara Set I dan Set II.
1 marks
b(iv)
Terangkan jawapan anda di b(iii) berdasarkan teori perlanggaran.
3 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan carta alir yang melibatkan tindak balas bagi garam kuprum(II) karbonat.
a
Nyatakan keterlarutan bagi garam kuprum(II) karbonat.
1 marks
b
Tindak balas II ialah tindak balas penguraian ganda dua. Nyatakan nama bagi larutan Z.
1 marks
c
Kenal pasti garam D, gas X dan mendakan E.
Garam D: …
Gas X: …
Mendakan E: …
3 marks
d
Cadangkan satu modifikasi yang boleh dilakukan supaya pepejal perang terbentuk apabila tindak balas III diulang.
Terangkan jawapan anda.
3 marks
Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen lain bagi menghasilkan mendakan berwarna putih menggunakan larutan barium nitrat. Murid itu diberikan tiga bahan kimia berbeza seperti dalam Rajah 7.2.
- Larutan ammonium karbonat
- Larutan magnesium klorida
- Larutan kalium sulfat
e
Larutan manakah yang perlu digunakan oleh murid itu? Berikan satu sebab.
Larutan digunakan: …
Sebab: …
2 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk menentukan haba peneutralan. Suhu campuran berubah daripada 28.5 °C ke 35.0 °C.
a
Nyatakan jenis alkali bagi natrium hidroksida.
1 marks
b
Nyatakan jenis tindak balas dalam Rajah 8 berdasarkan perubahan haba.
1 marks
c
Hitung haba peneutralan dalam eksperimen ini.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
3 marks
d
Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas ini.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: paksi, aras bahan tindak balas dan aras hasil tindak balas (apa yang ditulis pada setiap aras), serta nilai ΔH.)*
3 marks
e
Haba peneutralan apabila asid hidroklorik digantikan dengan cuka dengan isi padu dan kepekatan yang sama adalah lebih rendah. Wajarkan pernyataan tersebut. Berikan satu sebab.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Jadual 9 menunjukkan maklumat tentang satu eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Asid-asid yang digunakan mempunyai darjah pengionan yang tinggi dalam air.
| Set | Bahan tindak balas |
|---|---|
| I | 50 cm^3^ asid monoprotik X 1.0 mol dm^-3^ + 3 g ketulan magnesium |
| II | 50 cm^3^ asid monoprotik X 1.0 mol dm^-3^ + 3 g serbuk magnesium |
| III | 50 cm^3^ asid diprotik M 1.0 mol dm^-3^ + 3 g serbuk magnesium |
a
Nyatakan maksud kadar tindak balas dan cadangkan nama bagi asid X dan asid M.
3 marks
Berdasarkan Jadual 9:
b(i)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas dalam Set I. Hitungkan isi padu maksimum gas yang dibebaskan.
[Jisim atom relatif bagi Mg = 24]
[1 mol sebarang gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
6 marks
b(ii)
Bandingkan kadar tindak balas antara Set I dan Set II. Terangkan jawapan anda menggunakan teori perlanggaran.
5 marks
b(iii)
Lakarkan graf isi padu gas melawan masa bagi Set I, Set II dan Set III pada paksi yang sama.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: label kedua-dua paksi, label setiap lengkung, bentuk setiap lengkung dan isi padu akhir gas bagi setiap set.)*
4 marks
c
Seorang murid menambahkan satu spatula serbuk kuprum(II) sulfat ke dalam campuran Set III. Bandingkan kadar tindak balas antara Set III dengan tindak balas yang ditambahkan dengan serbuk kuprum(II) sulfat itu dan berikan satu sebab.
2 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan dua tindak balas redoks yang melibatkan larutan ferum(II) sulfat.
a(i)
Nyatakan maksud tindak balas redoks.
Apakah warna bagi larutan ferum(II) sulfat?
2 marks
Berdasarkan Rajah 10,
a(ii)
kenal pasti ion yang hadir dalam larutan perang bagi tindak balas I dan logam X yang digunakan dalam tindak balas II.
2 marks
a(iii)
Bandingkan perbezaan pemerhatian yang diperoleh dalam Tindak balas I dan Tindak balas II berdasarkan aspek berikut:
- Peranan larutan ferum(II) sulfat
- Perubahan nombor pengoksidaan ferum
Kemudian, tuliskan setengah persamaan pengoksidaan, penurunan dan persamaan ion penuh bagi tindak balas I.
8 marks
Jadual 10.1 menunjukkan maklumat bagi dua sel elektrolisis.
| Set | Elektrolit | Katod | Anod | Pemerhatian di anod |
|---|---|---|---|---|
| I | Larutan kalium klorida 0.0001 mol dm^-3^ | Karbon | Karbon | Gelembung gas tidak berwarna terhasil |
| II | Larutan kalium klorida 1.0 mol dm^-3^ | Karbon | Karbon | Gas kuning kehijauan dibebaskan |
Jadual 10.2 menunjukkan nilai E° bagi beberapa sel setengah.
| Tindak balas sel setengah | Nilai E° (V) |
|---|---|
| K^+^(ak) + e $\rightleftharpoons$ K(p) | −2.92 |
| 2H^+^(ak) + 2e $\rightleftharpoons$ H~2~(g) | 0.00 |
| O~2~(g) + 2H~2~O(ce) + 4e $\rightleftharpoons$ 4OH^-^(ak) | +0.40 |
| Cl~2~(g) + 2e $\rightleftharpoons$ 2Cl^-^(ak) | +1.36 |
b(i)
Berdasarkan Jadual 10.1 dan Jadual 10.2, terangkan mengapa terdapat perbezaan dalam pemerhatian di anod bagi Set I dan Set II.
Dalam penerangan anda, sertakan butiran berikut:
- Ion yang dipilih untuk dinyahcaskan
- Sebab bagi pemilihannya
- Hasil tindak balas di anod
6 marks
b(ii)
Cadangkan satu pengubahsuaian yang boleh dilakukan pada Set II untuk menghasilkan gas kuning kehijauan yang lebih banyak di anod. Berikan satu alasan.
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Seorang pengusaha industri makanan ingin menghasilkan perisa epal tiruan bagi minuman dan gula-gula. Bau harum epal dapat dihasilkan apabila satu alkohol dan satu asid karboksilik bertindak balas melalui kaedah refluks dengan kehadiran mangkin. Rajah 11.1 menunjukkan struktur bagi sebatian berbau epal itu.
a(i)
Nyatakan formula am bagi alkohol.
Kenal pasti mangkin yang digunakan dalam pembentukan sebatian berbau epal dan nyatakan nama bagi sebatian berbau epal itu.
3 marks
a(ii)
Tulis persamaan kimia bagi pembentukan sebatian berbau epal. Kemudian, hitung jisim sebatian yang terhasil itu jika 0.05 mol alkohol digunakan.
[Jisim atom relatif: C = 12, O = 16, H = 1]
4 marks
Rajah 11.2 menunjukkan carta alir penukaran bagi sebatian X. Sebatian X mempunyai formula am C~n~H~2n~ dan mempunyai 5 atom karbon per molekul.
b(i)
Berdasarkan Rajah 11.2: Kenal pasti sebatian G, sebatian X, sebatian Q dan sebatian Z. Nyatakan perubahan warna kepada larutan K~2~Cr~2~O~7~ berasid.
5 marks
b(ii)
Kejelagaan nyalaan semasa pembakaran dipengaruhi oleh bilangan atom karbon per molekul bagi sesuatu sebatian. Dengan menggunakan sebatian Q dan satu lagi sebatian lain daripada siri homolog yang sama dengan sebatian Q, huraikan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara bilangan atom karbon per molekul dengan kuantiti jelaga yang dihasilkan.
Dalam huraian anda, sertakan butiran berikut:
- Nama sebatian lain yang digunakan
- Prosedur
- Jangkaan hubungan antara bilangan atom karbon per molekul dengan kuantiti jelaga yang dihasilkan
- Pengiraan bagi membuktikan kuantiti jelaga yang dihasilkan bagi sebatian Q dan satu lagi sebatian yang digunakan
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1]
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open