Rajah 1 menunjukkan struktur atom bagi tiga atom karbon A, B dan C yang mempunyai sifat kimia yang sama tetapi sifat fizik yang berbeza.
a
Apakah istilah bagi bilangan proton yang terdapat dalam nukleus bagi sesuatu atom?
1 marks
b
Nyatakan satu kegunaan bagi isotop karbon-14 dalam kehidupan harian.
1 marks
c
Apakah keadaan fizik bagi karbon pada keadaan bilik?
1 marks
d
Mengapakah atom karbon A, B dan C mempunyai sifat kimia yang sama?
1 marks
e
Nyatakan nombor nukleon bagi atom karbon C.
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan penyediaan satu larutan menggunakan kaedah X.
a
Nyatakan formula kimia bagi ferum(III) klorida.
1 marks
b
Nyatakan dua parameter yang mesti disukat dengan tepat untuk menyediakan larutan piawai.
2 marks
Berdasarkan Rajah 2,
c(i)
Nyatakan kaedah X.
1 marks
c(ii)
Nyatakan perubahan warna larutan di akhir penyediaan larutan.
1 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen yang dijalankan ke atas logam tulen.
a(i)
Apakah yang berlaku kepada kepingan besi selepas 4 hari?
1 marks
a(ii)
Pengaloian merupakan salah satu kaedah untuk mengatasi masalah di 3(a)(i). Namakan aloi bagi besi yang boleh mengatasi masalah tersebut.
1 marks
a(iii)
Gangsa merupakan sejenis aloi. Lukis susunan atom bagi gangsa.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: saiz dan susunan atom-atom serta label setiap jenis atom.)*
2 marks
Rajah 3.2 menunjukkan objek yang dihasilkan daripada dua jenis seramik yang berbeza.
b(i)
Berdasarkan Rajah 3.2, nyatakan objek lain yang boleh dihasilkan daripada seramik A dan B.
Seramik A: …
1 marks
b(ii)
Seramik B: …
1 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan graf bagi bilangan atom karbon, hidrogen dan oksigen per molekul bagi dua sebatian karbon yang berbeza.
a
Namakan kumpulan berfungsi bagi alkohol.
1 marks
Berdasarkan Rajah 4,
b
Nyatakan formula empirik bagi alkohol Q dan asid karboksilik A.
Alkohol Q: …
Asid karboksilik A: …
2 marks
4.0 g alkohol Q terbakar lengkap dengan gas oksigen menghasilkan air dan gas yang mengeruhkan air kapur.
c(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas ini.
2 marks
c(ii)
Hitungkan bilangan mol gas karbon dioksida yang terhasil.
[Jisim molar alkohol Q = 60 g mol^-1^]
2 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur. Huruf-huruf yang digunakan adalah bukan simbol sebenar unsur-unsur tersebut.
a(i)
Nyatakan satu unsur yang merupakan logam peralihan.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu ciri istimewa unsur di (a)(i).
1 marks
Unsur R bertindak balas dengan oksigen membentuk oksida logam, R~2~O~3~.
b(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas ini.
2 marks
b(ii)
Hitung nombor pengoksidaan bagi unsur R dalam oksida logam, R~2~O~3~.
2 marks
c
Apabila unsur Q dan S bertindak balas dengan P untuk menghasilkan halida logam, didapati unsur Q lebih reaktif berbanding unsur S. Terangkan perbezaan pemerhatian tersebut.
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan dua struktur polimer sintetik.
a
Nyatakan satu contoh polimer sintetik.
1 marks
b
Berdasarkan jawapan anda di 6(a), tulis persamaan pempolimeran bagi polimer yang terbentuk.
*(Huraikan formula struktur dalam persamaan anda dengan perkataan: atom-atom pada setiap atom karbon, jenis ikatan antara atom karbon, dan bagaimana n ditunjukkan.)*
2 marks
Berdasarkan Rajah 6,
c(i)
Kenal pasti jenis polimer bagi:
P: …
Q: …
2 marks
c(ii)
Bandingkan sifat ketahanan haba bagi polimer P dan Q. Terangkan.
2 marks
d
Penggunaan nilon dan poliester yang dilapisi zarah nano dapat meningkatkan kualiti fabrik dalam pembuatan pakaian sukan. Nyatakan kelebihan fabrik yang dihasilkan. Terangkan jawapan anda.
2 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan pertukaran suatu sebatian karbon yang mempunyai 4 atom karbon.
- Alkohol J $\rightarrow$ (Tindak balas I, + serpihan porselin) $\rightarrow$ Hidrokarbon K
- Hidrokarbon K $\rightarrow$ (Tindak balas II, + H~2~) $\rightarrow$ Hidrokarbon L
- Alkohol J $\rightarrow$ (Tindak balas III) $\rightarrow$ CO~2~ + H~2~O
Rajah 7.1
a
Tuliskan formula am bagi alkohol.
1 marks
b
Lukiskan formula struktur bagi alkohol J.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai karbon, atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon dan kedudukan kumpulan berfungsi.)*
1 marks
c(i)
Kenal pasti tindak balas I dan II.
Tindak balas I: …
Tindak balas II: …
2 marks
c(ii)
Nyatakan nama bagi Hidrokarbon L.
1 marks
Rajah 7.2 menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi pembakaran alkohol J melalui tindak balas III.
d(i)
Haba yang terbebas daripada pembakaran lengkap 1.2 g alkohol J digunakan untuk memanaskan 200 cm^3^ air.
[Jisim molar J = 74 g mol^-1^]
Hitung haba yang dibebaskan dalam tindak balas ini.
2 marks
d(ii)
Hitung perubahan suhu dalam tindak balas ini.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
1 marks
Jadual 7 menunjukkan nilai dua jenis bahan api.
| Bahan api | Nilai bahan api (kJ g^-1^) |
|---|---|
| Alkohol J | 36 |
| Hidrokarbon L | 51 |
Jadual 7
e
Berdasarkan Jadual 7, bahan api manakah yang anda pilih untuk memasak? Wajarkan pilihan anda.
2 marks
810 marks
Rajah 8.1 menunjukkan penyediaan satu garam tidak terlarutkan.
a
Namakan tindak balas bagi menghasilkan garam tidak terlarutkan.
1 marks
Berdasarkan Rajah 8.1,
b(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas itu.
1 marks
b(ii)
Apakah warna bagi mendakan X?
1 marks
b(iii)
Hitung jisim mendakan X yang terbentuk.
[Jisim atom relatif: N = 14, O = 16, Cu = 64, C = 12, Na = 23, S = 32]
2 marks
Mendakan X dari tindak balas dalam Rajah 8.1 dapat menghasilkan Garam Y dan Gas Z seperti ditunjukkan dalam Rajah 8.2.
Mendakan X + HNO~3~ $\rightarrow$ Garam Y + Gas Z + H~2~O
Rajah 8.2
Berdasarkan Rajah 8.2,
c(i)
Huraikan satu ujian kimia bagi mengenal pasti gas Z.
2 marks
c(ii)
Larutan garam Y yang terhasil boleh ditukarkan menjadi mendakan biru. Bagaimanakah anda dapat menyediakan mendakan biru tersebut di dalam makmal?
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan carta alir bagi pembentukan dan tindak balas bagi gas NH~3~.
- Gas Q: Kumpulan 15, Kala 2
- Gas R: menghasilkan bunyi "pop" apabila diuji dengan kayu uji menyala
- Gas Q + Gas R $\rightarrow$ NH~3~
- NH~3~ + H^+^ $\rightarrow$ (Ikatan L) $\rightarrow$ Ion J
Rajah 9.1
a(i)
Namakan gas NH~3~ dan nyatakan jenis zarah gas NH~3~.
2 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 9.1, kenal pasti ikatan L yang terbentuk antara ion H^+^ dan NH~3~, gas Q, gas R dan lukiskan struktur Lewis bagi ion J.
*(Huraikan struktur Lewis anda dalam perkataan: atom pusat dan atom-atom di sekelilingnya, pasangan elektron bagi setiap ikatan dan asal elektron itu, serta cas ion.)*
4 marks
a(iii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara 2.4 dm^3^ gas Q dan 2.4 dm^3^ gas R pada keadaan bilik. Hitungkan isipadu maksimum gas NH~3~ yang terhasil.
[Isipadu molar: 24.0 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
6 marks
Rajah 9.2 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji kekonduksian elektrik apabila elektrod karbon dicelupkan ke dalam elektrolit.
b(i)
Nyatakan maksud elektrolit.
1 marks
b(ii)
Berdasarkan Rajah 9.2, selepas litar dilengkapkan, murid mendapati mentol tidak menyala. Apakah yang perlu dilakukan oleh murid tersebut bagi mengatasi masalah ini?
1 marks
b(iii)
Bandingkan jenis ikatan dan kekonduksian elektrik dalam elektrolit dan wayar penyambung selepas murid mengambil tindakan di 9(b)(ii). Terangkan jawapan anda untuk sifat kekonduksian elektrik.
6 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk mengkaji kadar tindak balas antara garam karbonat dalam kulit telur dengan asid nitrik yang berbeza kepekatan.
Pengurangan jisim kulit telur direkodkan dalam Jadual 10 pada sela masa 60 saat selama 8 minit.
| Masa, s | Jisim kulit telur (g), Set I: asid nitrik X mol dm^-3^ | Jisim kulit telur (g), Set II: asid nitrik Y mol dm^-3^ |
|---|---|---|
| 0.0 | 11.00 | 11.00 |
| 60.0 | 9.60 | 6.80 |
| 120.0 | 8.30 | 4.20 |
| 180.0 | 7.50 | 2.40 |
| 240.0 | 6.70 | 1.30 |
| 300.0 | 6.20 | 1.00 |
| 360.0 | 6.00 | 1.00 |
| 420.0 | 6.00 | 1.00 |
| 480.0 | 6.00 | 1.00 |
Jadual 10
a
Berdasarkan Jadual 10, nyatakan maksud kadar tindak balas. Lukis graf jisim kulit telur melawan masa pada kertas graf dan hitung kadar tindak balas pada minit ketiga bagi Set II.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label dan unit kedua-dua paksi, skala, titik-titik yang diplot dan garisan bagi setiap set, serta tangen yang anda lukis dan bagaimana kecerunannya dikira.)*
7 marks
b
Dengan menggunakan Teori Pelanggaran, bandingkan kadar tindak balas antara Set I dan Set II.
5 marks
c
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas dan hitung kepekatan asid nitrik yang digunakan dalam Set I.
[Jisim atom relatif: Ca = 40, C = 12, O = 16]
5 marks
d
Berdasarkan tindak balas di antara asid nitrik dan kulit telur, huraikan satu ujian kimia untuk mengesahkan kehadiran anion dalam larutan garam yang dihasilkan.
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk mengkaji tindak balas redoks dalam suatu sel kimia.
a(i)
Nyatakan maksud redoks. Tanpa menggunakan tiub-U, lukiskan susunan radas lain untuk mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak menggunakan bahan yang sama dalam Rajah 11.1.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan, bagaimana ia disusun dan disambungkan, serta label setiap bahagian.)*
3 marks
a(ii)
Jadual 11.1 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai, E^0^ bagi bahan yang digunakan dalam Rajah 11.1.
| Tindak balas sel setengah | E^0^ / V (298 K) |
|---|---|
| Fe^3+^ + e^-^ ⇌ Fe^2+^ | +0.77 |
| Cl~2~ + 2e^-^ ⇌ 2Cl^-^ | +1.36 |
Jadual 11.1
Berdasarkan Rajah 11.1 dan Jadual 11.1, tulis notasi sel dan hitung nilai voltan sel kimia tersebut.
4 marks
Rajah 11.2 menunjukkan perbualan antara dua pelajar dan Jadual 11.2 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai, E^0^ bagi bahan yang terlibat dalam perbualan tersebut.
> **Ali:** Apabila logam X ditambahkan ke dalam larutan kuprum(II) sulfat, bekas menjadi panas.
>
> **Rama:** Eh, saya tambah logam Y ke dalam larutan kuprum(II) sulfat tetapi tiada perubahan pun!
Rajah 11.2
| Tindak balas sel setengah | E^0^ / V (298 K) |
|---|---|
| X^2+^ + 2e^-^ ⇌ X | −2.38 |
| Cu^2+^ + 2e^-^ ⇌ Cu | +0.34 |
| Y^+^ + e^-^ ⇌ Y | +0.80 |
Jadual 11.2
Berdasarkan Rajah 11.2 dan Jadual 11.2,
b(i)
Buktikan pernyataan mereka.
5 marks
b(ii)
Anda sebagai rakan Ali dan Rama, huraikan satu eksperimen untuk menentukan nilai haba yang terbebas seperti dalam tindak balas tersebut. Huraian anda harus mengandungi:
- Cadangan logam X dan Y
- Prosedur
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open