Pahang Trial 2026 Chemistry Kertas 2 · PINTAS Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Chemistry
Pahang Trial 2026 Chemistry Kertas 2 · PINTAS Set 1
Pahang Trial PINTAS Set 1 · 2026
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
15 marks
Sekumpulan murid menjalankan eksperimen untuk menentukan takat lebur bagi serbuk asid laurik, C~12~H~24~O~2~.
Berdasarkan Rajah 1,
a
nyatakan jenis zarah dalam serbuk asid laurik.
1 marks
b
apakah kaedah yang digunakan untuk memanaskan asid laurik bagi eksperimen ini?
1 marks
c
nyatakan takat lebur asid laurik.
1 marks
d
mengapakah suhu kekal malar di antara Q dan R?
2 marks
25 marks
Asid boleh dikelaskan kepada tiga iaitu asid monoprotik, asid diprotik dan asid triprotik.
a
Namakan satu contoh asid monoprotik kuat.
1 marks
b
Apakah zarah yang dapat menunjukkan sifat keasidan dalam asid di 2(a)?
1 marks
c
Mengapakah asid etanoik glasial tidak dapat menunjukkan sifat keasidan?
1 marks
d
Asid formik, HCOOH digunakan dalam penggumpalan lateks. Adakah asid formik sejenis asid diprotik? Berikan sebab.
2 marks
36 marks
Jadual 3 menunjukkan keputusan eksperimen yang dijalankan untuk menentukan kadar tindak balas antara 20 cm^3^ asid sulfurik 0.5 mol dm^-3^ dengan zink berlebihan.
| Masa (s) | 0.0 | 60.0 | 120.0 | 180.0 | 240.0 | 300.0 | 360.0 | 420.0 | 480.0 | 540.0 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Isipadu gas (cm^3^) | 0.00 | 24.00 | 40.00 | 51.00 | 57.00 | 64.00 | 68.00 | 70.00 | 70.00 | 70.00 |
Jadual 3
Berdasarkan eksperimen ini,
a(i)
nyatakan dua faktor yang mungkin mempengaruhi kadar tindak balas.
2 marks
a(ii)
nyatakan perubahan yang dapat diperhatikan dan diukur.
1 marks
a(iii)
namakan larutan yang terhasil.
1 marks
Hitungkan
b(i)
kadar tindak balas purata keseluruhan.
1 marks
b(ii)
kadar tindak balas purata dalam minit kedua.
1 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan ramuan yang digunakan dalam pembuatan sos cili.
Berdasarkan Rajah 4.1,
a(i)
namakan jenis bahan tambah makanan dalam sos cili.
1 marks
a(ii)
mengapakah jenis bahan tambah makanan di 4(a)(i) ditambahkan pada sos cili?
1 marks
Sabun boleh disediakan daripada sumber semulajadi melalui proses hidrolisis minyak atau lemak oleh alkali. Rajah 4.2 menunjukkan formula struktur bagi anion sabun.
b(i)
Namakan proses untuk menghasilkan sabun.
1 marks
b(ii)
Berdasarkan Rajah 4.2, kenal pasti bahagian yang larut dalam gris.
1 marks
Rajah 4.3 menunjukkan produk kecantikan yang dibeli oleh Aisyah secara atas talian.
Selepas seminggu, kulit Aisyah semakin cerah namun merengsa. Aisyah mengambil tindakan untuk menyemak kandungan produk tersebut dalam laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara. Dia mendapati produk tersebut telah ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi bahan kimia terlarang X.
c(i)
Cadangkan nama bahan kimia terlarang X.
1 marks
c(ii)
Terangkan kesan yang akan dialami oleh Aisyah sekiranya dia terus menggunakan produk tersebut dalam jangka masa yang panjang.
2 marks
58 marks
Rajah 5 menunjukkan tindak balas antara larutan plumbum(II) nitrat dan larutan kalium iodida.
Berdasarkan Rajah 5,
a
tuliskan formula kimia bagi kalium iodida.
1 marks
b
namakan mendakan kuning yang terbentuk.
1 marks
tindak balas ini menghasilkan mendakan kuning dan larutan tidak berwarna.
c(i)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas ini.
2 marks
c(ii)
Jika 0.25 mol larutan plumbum(II) nitrat digunakan dalam tindak balas tersebut, hitungkan bilangan mol larutan tidak berwarna yang terbentuk.
1 marks
d
Jadual 5 menunjukkan maklumat bagi dua jenis baja yang biasa digunakan oleh sepuluh orang petani di kebun masing-masing.
**Ammonium nitrat**
- Formula kimia: NH~4~NO~3~
- Digunakan oleh tiga orang petani.
- Keadaan pokok: daun menjadi agak kekuningan (klorosis); ketinggian pokok bertambah dengan perlahan; daun bersaiz lebih kecil.
**Urea**
- Formula kimia: (NH~2~)~2~CO
- Digunakan oleh tujuh orang petani.
- Keadaan pokok: daun berwarna hijau; ketinggian pokok bertambah dengan cepat; daun bersaiz lebih besar.
Jadual 5
Jelaskan mengapa lebih ramai petani memilih untuk menggunakan baja urea. Buktikan jawapan anda dengan menunjukkan pengiraan yang berkaitan.
Diberi jisim atom relatif: C = 12, H = 1, N = 14, O = 16.
3 marks
69 marks
Aloi J yang ringan tetapi kuat digunakan untuk membuat badan kapal terbang.
a(i)
apakah bahan utama yang digunakan dalam penghasilan aloi?
1 marks
a(ii)
kenal pasti aloi J.
1 marks
b
Rajah 6 menunjukkan komponen pembedahan bagi penggantian tulang lutut manusia. Bahan X yang digunakan merupakan sejenis seramik termaju. Kenal pasti bahan X. Terangkan kelebihan menggunakan bahan X berbanding logam dalam pembuatan implan tulang lutut tersebut berdasarkan sifat kimianya.
3 marks
Bahan komposit W dihasilkan daripada gabungan bahan matriks U dan bahan pengukuhan V. Jadual 6 menunjukkan perbandingan sifat bagi bahan matriks U, bahan pengukuhan V dan bahan komposit W.
| Bahan matriks U | Bahan pengukuhan V | Bahan komposit W |
|---|---|---|
| Kekuatan regangan rendah; Kekonduksian haba dan elektrik rendah; Tahan kakisan; Tahan lasak | Kekuatan regangan tinggi; Kekonduksian haba dan elektrik rendah | Kekuatan regangan tinggi; Penebat haba dan elektrik; Tahan kakisan; Tahan lasak |
Jadual 6
c(i)
Kenal pasti bahan matriks U, bahan pengukuhan V dan bahan komposit W.
Bahan matriks U: …
Bahan pengukuhan V: …
Bahan komposit W: …
3 marks
c(ii)
Nyatakan satu kegunaan bahan komposit W dalam kehidupan seharian.
1 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan formula struktur bagi satu sebatian karbon Y.
a
Apakah sebatian karbon?
1 marks
Berdasarkan Rajah 7.1,
b(i)
nyatakan kumpulan berfungsi.
1 marks
b(ii)
lukiskan formula struktur satu isomer yang lain.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai karbon, kedudukan kumpulan −OH dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon.)*
1 marks
b(iii)
Sebatian Y boleh bertindak balas dengan asid propanoik, tulis persamaan kimia bagi tindak balas ini.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan satu carta alir bagi tindak balas kimia yang melibatkan Sebatian A.
**Sebatian B** (Boleh menjalani tindak balas pempolimeran penambahan.) ← *Tindak balas I* ← **Sebatian A** (Mempunyai dua atom karbon dan bersifat antiseptik.) → *Tindak balas II* → **Sebatian C** (Cecair tidak berwarna yang menukarkan kertas litmus biru lembap kepada merah.)
Rajah 7.2
Berdasarkan Rajah 7.2,
c(i)
namakan Tindak balas I.
1 marks
c(ii)
kenal pasti Sebatian B.
1 marks
c(iii)
nyatakan formula Sebatian C.
1 marks
d
Pemandu yang memandu kenderaan semasa dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana kebarangkalian yang sangat tinggi untuk mengakibatkan kemalangan jalan raya. Wajarkah tindakan ini? Berikan satu sebab.
2 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan susunan radas bagi menyiasat suatu tindak balas redoks.
a(i)
Nyatakan warna bagi larutan ferum(II) sulfat.
1 marks
a(ii)
Mengapakah eksperimen ini perlu menggunakan larutan ferum(II) sulfat yang baru disediakan?
Jadual 8 menunjukkan maklumat bagi dua set eksperimen untuk mengkaji tindak balas penyesaran kuprum daripada larutan ionnya.
Jadual 8
Terangkan perbezaan pemerhatian bagi kedua-dua set eksperimen tersebut.
3 marks
c
Anda dibekalkan dengan satu galvanometer dan larutan asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^. Dengan menggunakan radas-radas lain yang sesuai di dalam makmal, lukiskan gambar rajah susunan radas untuk mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak antara air klorin dan larutan ferum(II) sulfat. Labelkan pengaliran elektron dalam gambar rajah itu.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas yang digunakan dan cara ia disusun, bahan atau larutan di setiap bahagian berserta labelnya, serta arah pengaliran elektron.)*
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Gas klorin berbau sengit, beracun dan berbahaya.
a(i)
Berikan dua langkah keselamatan ketika mengendalikan klorin dalam makmal.
2 marks
a(ii)
Diberi nombor proton bagi atom klorin ialah 17. Nyatakan kumpulan bagi klorin dalam Jadual Berkala Unsur dan terangkan jawapan anda.
2 marks
a(iii)
8.4 g wul besi bertindak balas dengan gas klorin berlebihan dan menghasilkan pepejal perang. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut dan hitung jisim pepejal perang yang terbentuk.
[Jisim atom relatif: Fe = 56; Cl = 35.5]
6 marks
Jadual 9 menunjukkan keputusan apabila tiga oksida unsur kala 3 ditambah kepada larutan natrium hidroksida dan asid hidroklorik.
| Oksida | Ditambah kepada natrium hidroksida | Ditambah kepada asid hidroklorik |
|---|---|---|
| R | Tindak balas berlaku | Tindak balas berlaku |
| S | Tiada tindak balas berlaku | Tindak balas berlaku |
| T | Tindak balas berlaku | Tiada tindak balas berlaku |
Jadual 9
Berdasarkan Jadual 9,
b(i)
nyatakan jenis oksida bagi R, S dan T.
3 marks
b(ii)
cadangkan unsur R, S dan T.
3 marks
b(iii)
bandingkan keelektronegatifan unsur S dan T. Jelaskan jawapan anda.
4 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk menentukan haba tindak balas antara larutan natrium hidroksida dengan asid nitrik.
Selepas suhu awal kedua-dua larutan dicatatkan, larutan natrium hidroksida dicampurkan ke dalam asid nitrik. Suhu tertinggi campuran, 34.5 °C dicatatkan.
a(i)
Namakan tindak balas yang berlaku dan nyatakan mengapa cawan polistirena digunakan dalam eksperimen ini.
2 marks
a(ii)
Eksperimen diulang dengan menggantikan larutan natrium hidroksida kepada larutan ammonia dan didapati perubahan haba menjadi lebih rendah. Terangkan mengapa.
2 marks
a(iii)
Hitung haba tindak balas bagi eksperimen dalam Rajah 10.1.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
3 marks
a(iv)
Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas yang berlaku dalam Rajah 10.1.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: paksi, aras-aras tenaga dan apa yang ditulis pada setiap aras, arah anak panah, serta nilai haba tindak balas.)*
3 marks
Rajah 10.2 menunjukkan dua set eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid untuk mengkaji haba pemendakan bagi barium sulfat dan mendakan Y.
Berdasarkan Rajah 10.2,
b(i)
cadangkan larutan X sulfat dan mendakan Y.
2 marks
b(ii)
bandingkan perbezaan bagi Set I dan Set II dari segi:
- jenis tindak balas
- perubahan suhu
- perbezaan jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas dan hasil tindak balas
- perubahan tenaga semasa pemecahan ikatan dan pembentukan ikatan
8 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Jadual 11.1 menunjukkan nombor proton bagi empat unsur dalam Jadual Berkala iaitu W, X, Y dan Z.
| Unsur | W | X | Y | Z |
|---|---|---|---|---|
| Nombor proton | 6 | 8 | 12 | 17 |
Jadual 11.1
Berdasarkan Jadual 11.1,
a(i)
unsur Z cenderung untuk menerima elektron dan membentuk ion yang bercas negatif.
Nyatakan nama bagi ion yang bercas negatif. Tuliskan formula dan susunan elektron bagi ion yang terhasil.
3 marks
a(ii)
unsur X boleh membentuk dua jenis sebatian berbeza dengan unsur W dan unsur Y. Lukiskan susunan elektron bagi setiap jenis sebatian yang terbentuk.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagi setiap sebatian, zarah-zarah yang terlibat, bilangan elektron dalam setiap petala, elektron yang dikongsi atau dipindahkan, nukleus, serta label dan cas.)*
4 marks
b
Jadual 11.2 menunjukkan maklumat dua jenis bahan berbeza, Bahan E dan Bahan F.
| Bahan E | Bahan F |
|---|---|
| Dapat mengalirkan arus elektrik kerana terdapat ion-ion yang bergerak bebas. | Dapat mengalirkan arus elektrik kerana terdapat elektron yang bergerak bebas. |
| Kekonduksian elektrik semakin bertambah apabila suhu semakin meningkat. | Kekonduksian elektrik semakin berkurang apabila suhu semakin meningkat. |
| Mengalirkan arus elektrik dan mengalami penguraian kepada juzuk unsur-unsurnya. | Mengalirkan arus elektrik tanpa mengalami penguraian. |
Jadual 11.2
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 11.2, kenal pasti Bahan E dan Bahan F. Namakan satu contoh bagi setiap bahan dan nyatakan jenis ikatan yang wujud dalam Bahan E.
5 marks
c
Kaji pernyataan berikut.
> **Sebatian ion boleh mengkonduksi arus elektrik dalam keadaan leburan.**
Dengan menggunakan serbuk plumbum(II) bromida sebagai contoh, huraikan satu eksperimen untuk membuktikan pernyataan di atas. Huraian anda hendaklah mengandungi:
- prosedur eksperimen
- persamaan ion keseluruhan bagi eksperimen tersebut
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open