Kuala Lumpur Trial 2026 Chemistry Kertas 2 · TOP 5
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Chemistry
Kuala Lumpur Trial 2026 Chemistry Kertas 2 · TOP 5
Kuala Lumpur Trial TOP 5 · 2026
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
15 marks
Rajah 1 menunjukkan pembentukan titisan air pada permukaan luar gelas.
Berdasarkan Rajah 1,
a
Nyatakan nama proses semasa pembentukan titisan air pada permukaan luar gelas tersebut.
1 marks
b(i)
Apakah jenis zarah yang terdapat dalam air?
1 marks
b(ii)
Lukiskan susunan zarah air dalam udara. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagaimana zarah-zarah air disusun dan jarak antara zarah-zarah tersebut.)*
1 marks
c
Sekiranya air dipanaskan sehingga suhu 90 °C, apakah perubahan yang akan berlaku kepada zarah-zarah air dari segi tenaga kinetik dan pergerakan zarah dalam air tersebut?
2 marks
25 marks
Jadual 1 menunjukkan dua eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
Berdasarkan Jadual 1,
a
Berikan **satu** faktor yang boleh mempengaruhi kadar tindak balas.
1 marks
b
Nyatakan satu sebab mengapa isi padu akhir gas yang diperolehi dalam Eksperimen I dan Eksperimen II adalah sama.
1 marks
c(i)
Hitung kadar tindak balas purata bagi Eksperimen II.
1 marks
c(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi eksperimen itu.
2 marks
36 marks
Jadual 2 menunjukkan maklumat beberapa unsur dalam Jadual Berkala Unsur.
| Unsur | Na | Mg | Al | Si | P | S | Cl |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nombor proton | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
Jadual 2
a
Berdasarkan Jadual 2, nyatakan sifat bagi aluminium oksida.
1 marks
b
Unsur P bertindak balas dengan unsur Cl membentuk sebatian X. Apakah sifat fizik bagi sebatian X?
1 marks
c(i)
Unsur Na bertindak balas dengan unsur Cl membentuk sebatian Y. Tulis persamaan kimia bagi pembentukan sebatian Y.
2 marks
c(ii)
0.05 mol Na bertindak balas dengan Cl untuk membentuk sebatian Y. Hitungkan isi padu gas klorin yang diperlukan.
[Isi padu molar = 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
2 marks
47 marks
Rajah 2.1 menunjukkan struktur Lewis bagi pembentukan ion ammonium, NH~4~^+^.
Berdasarkan Rajah 2.1,
a(i)
Tuliskan susunan elektron bagi atom nitrogen.
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis ikatan yang terbentuk.
1 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan susunan elektron bagi dua jenis unsur berlainan yang bertindak balas membentuk suatu sebatian.
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku.
2 marks
c
Hitung jisim magnesium yang digunakan sekiranya 2.0 g sebatian terbentuk dalam tindak balas itu.
[Jisim atom relatif: O = 16, Mg = 24]
3 marks
58 marks
Rajah 3.1 menunjukkan perbualan di antara Tiara dan ibunya.
Berdasarkan perbualan di atas,
a(i)
Nyatakan maksud asid.
1 marks
a(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas antara cuka dan natrium hidroksida.
2 marks
b
Tindak balas antara cuka dan ketulan marmar menghasilkan gas yang tidak berwarna. Nyatakan nama gas tersebut.
1 marks
c
Tiara ingin menyediakan 350 cm^3^ asid metanoik 0.1 mol dm^-3^ daripada asid metanoik 0.2 mol dm^-3^. Hitung isi padu asid metanoik yang diperlukan untuk menyediakan larutan yang diingini.
2 marks
d
Rajah 3.2 menunjukkan seorang kanak-kanak sedang menangis kerana telah digigit seekor serangga semasa bermain di taman permainan.
Cadangkan **satu** bahan yang boleh disapu pada kakinya untuk mengurangkan rasa sakit tanpa menyebabkan kecederaan seterusnya. Wajarkan cadangan anda.
2 marks
69 marks
Rajah 4 menunjukkan dua kaedah untuk menentukan formula empirik suatu sebatian.
Berdasarkan Rajah 4,
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan formula empirik?
1 marks
a(ii)
Nyatakan kaedah yang sesuai untuk menentukan formula empirik zink oksida. Berikan sebab anda.
2 marks
a(iii)
Berdasarkan Kaedah II, hitungkan formula empirik bagi kuprum oksida dengan menggunakan maklumat berikut.
| Perkara | Jisim (g) |
|---|---|
| Jisim tiub kaca | 10.21 |
| Jisim tiub kaca + kuprum oksida sebelum pemanasan | 16.46 |
| Jisim tiub kaca + kuprum selepas pemanasan | 15.21 |
[Jisim atom relatif: O = 16, Cu = 64]
4 marks
b
Gas hidrogen dialirkan selama 10 saat sebelum pemanasan dimulakan dan aliran gas diteruskan sehingga salur kaca berada pada suhu bilik setelah pemanasan dihentikan. Jelaskan mengapa.
2 marks
710 marks
Berikut ialah bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan sabun.
- Minyak sawit
- Larutan kalium hidroksida pekat
- Air suling
- Natrium klorida
Berdasarkan pengetahuan anda dalam penyediaan sabun,
a(i)
Nyatakan nama bagi tindak balas yang digunakan dalam penyediaan sabun.
1 marks
a(ii)
Apakah fungsi natrium klorida dalam penyediaan sabun?
1 marks
a(iii)
Rajah 5 menunjukkan formula struktur satu anion sabun.
Bulatkan pada bahagian anion sabun yang larut dalam air pada Rajah 5. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bahagian anion sabun yang anda bulatkan.)*
1 marks
a(iv)
Nyatakan satu bahan yang boleh digunakan untuk menggantikan minyak sawit dalam penyediaan sabun di dalam makmal.
1 marks
b
Jadual 3.1 menunjukkan dua set eksperimen untuk membandingkan keberkesanan tindakan pencucian sabun dan detergen di dalam air berasid.
| Set | Bahan |
|---|---|
| I | 100 cm^3^ larutan sabun + 50 cm^3^ air berasid + stokin dengan kotoran berminyak |
| II | 100 cm^3^ larutan detergen + 50 cm^3^ air berasid + stokin dengan kotoran berminyak |
Jadual 3.1
Nyatakan pemerhatian bagi Set I dan Set II.
Set I: …
Set II: …
2 marks
Jadual 3.2 menunjukkan maklumat berkaitan dua jenis ubat, P dan S.
| Ubat | Penerangan |
|---|---|
| P | Digunakan untuk melegakan kesakitan; Tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak |
| S | Digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan bakteria |
Jadual 3.2
Berdasarkan Jadual 3.2,
c(i)
Anak lelaki Azmir sedang demam. Beri satu alasan mengapa ubat P tidak sesuai untuk anaknya yang berumur satu tahun. Cadangkan satu ubat yang boleh menggantikan ubat P.
2 marks
c(ii)
Apakah tindakan yang perlu diambil untuk memastikan keberkesanan ubat S? Berikan alasan anda.
2 marks
810 marks
Rajah 6 menunjukkan suatu peralatan yang diperbuat daripada sejenis aloi.
Berdasarkan Rajah 6,
a(i)
Nyatakan maksud aloi.
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama aloi bagi peralatan ini.
1 marks
a(iii)
Nyatakan dua unsur yang menghasilkan aloi bagi jawapan anda di 8(a)(ii).
1 marks
Jadual 4 menunjukkan dua jenis bahan buatan dalam industri.
| Bahan buatan | Nama produk | Komponen |
|---|---|---|
| A | Konkrit diperkukuhkan | Simen, pasir, batu kecil dan keluli |
| B | Silikon karbida | Silikon dan karbon |
Jadual 4
b(i)
Nyatakan jenis bahan buatan A dan B.
A: …
B: …
2 marks
b(ii)
Apakah kelebihan menggunakan konkrit diperkukuhkan berbanding konkrit?
1 marks
Kaca fotokromik sangat sensitif terhadap cahaya. Kaca fotokromik lazimnya digunakan untuk membuat kaca bagi cermin mata yang menjadi gelap di bawah sinaran matahari yang terang, tetapi menjadi lutsinar dalam kecerahan biasa atau rendah.
c(i)
Nyatakan nama bahan kimia yang menyebabkan perubahan tersebut.
1 marks
c(ii)
Terangkan secara ringkas bagaimana perubahan tersebut berlaku.
2 marks
c(iii)
Nyatakan satu kegunaan kaca fotokromik dalam kehidupan harian kita selain daripada cermin mata gelap.
1 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 7.1 menunjukkan carta alir bagi penukaran hidrokarbon tak tepu S. Hidrokarbon tak tepu S mempunyai tiga atom karbon per molekul.
Berdasarkan Rajah 7.1,
a(i)
Nyatakan nama dan kumpulan berfungsi bagi hidrokarbon tak tepu S. Lukis formula struktur sebatian R, nyatakan nama sebatian R dan formula amnya. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam sebatian R dan bagaimana atom-atom itu disambungkan oleh ikatan.)*
5 marks
a(ii)
Kedua-dua hidrokarbon tak tepu S dan hidrokarbon tepu T boleh dibakar lengkap dalam oksigen berlebihan. Tulis persamaan kimia bagi pembakaran lengkap untuk hidrokarbon tepu T. Tentukan hidrokarbon yang akan menghasilkan jelaga yang lebih banyak. Terangkan jawapan anda.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12]
6 marks
Rajah 7.2 menunjukkan suatu susunan radas bagi tindak balas melibatkan etanol. Sebatian U yang terhasil digunakan dalam tindak balas A seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.
Berdasarkan Rajah 7.2 dan Jadual 5,
b(i)
Nyatakan nama sebatian U dan tindak balas untuk menghasilkan sebatian U. Nyatakan perubahan warna bagi larutan kalium dikromat(VI) berasid.
3 marks
b(ii)
Nyatakan nama tindak balas A dan sebatian X. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas A serta nyatakan dua sifat fizik sebatian X.
6 marks
1020 marks
Persamaan kimia bagi tindak balas penyesaran antara logam M dengan larutan kuprum(II) sulfat adalah seperti berikut:
M + CuSO~4~ $\rightarrow$ MSO~4~ + Cu
a(i)
Berdasarkan persamaan kimia itu, cadangkan logam M, jika haba penyesaran bagi tindak balas yang diperoleh daripada eksperimen ialah -210 kJ mol^-1^.
1 marks
a(ii)
Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas penyesaran antara logam M dengan larutan kuprum(II) sulfat. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: paksi, aras-aras tenaga dan kedudukannya, label pada setiap aras serta nilai yang ditulis pada rajah.)*
3 marks
a(iii)
Hitung perubahan suhu apabila serbuk M yang berlebihan dicampurkan ke dalam 100 cm^3^ larutan kuprum(II) sulfat 0.5 mol dm^-3^.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
3 marks
a(iv)
Jelaskan mengapa logam M yang ditambah kepada larutan kuprum(II) sulfat perlu berada dalam bentuk serbuk dan berlebihan.
3 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk menentukan haba pembakaran bagi alkohol di dalam makmal kimia.
Jadual 6.1 menunjukkan haba pembakaran yang diperoleh daripada eksperimen yang dijalankan menggunakan susunan radas seperti dalam Rajah 8.1.
| Alkohol | Haba pembakaran (kJ mol^-1^) |
|---|---|
| Etanol | -1300 |
| Propanol | -1963 |
| Butanol | -2613 |
Jadual 6.1
b(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan haba pembakaran etanol?
1 marks
b(ii)
Didapati haba pembakaran alkohol yang diperoleh daripada eksperimen dalam Rajah 8.1 kurang tepat. Cadangkan **satu** penambahbaikan yang perlu dilakukan ke atas susunan radas yang digunakan supaya keputusan yang lebih tepat akan diperoleh.
1 marks
b(iii)
Berdasarkan Jadual 6.1, terangkan mengapa haba pembakaran bagi ketiga-tiga alkohol tersebut berbeza.
4 marks
b(iv)
Rajah 8.2 menunjukkan tren pintar hidrogen yang dicipta oleh syarikat pengangkutan untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau berbanding dengan tren yang menggunakan bahan api tradisional.
Jadual 6.2 menunjukkan tiga jenis bahan api dengan nilai bahan api masing-masing.
| Jenis bahan api | Nilai bahan api (kJ g^-1^) |
|---|---|
| Hidrogen | 143 |
| Petrol | 34 |
| Arang batu | 30 |
Jadual 6.2
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 6.2,
- nyatakan maksud nilai bahan api.
- adakah gas hidrogen sesuai digunakan sebagai bahan api dalam tren berbanding dengan bahan api tradisional? Wajarkan jawapan anda.
- hitung haba pembakaran bagi hidrogen. [Jisim atom relatif: H = 1]
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
a
Seorang murid menjalankan eksperimen di dalam makmal untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcas pada elektrod berbeza. Rajah 9.1 menunjukkan susunan radas bagi kedua-dua set eksperimen itu.
Jadual 7.1 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai bagi beberapa bahan.
| Tindak balas sel setengah | E^0^ (V) (298 K) |
|---|---|
| Cu^2+^ + 2e^-^ ⇌ Cu | +0.34 |
| O~2~ + 2H~2~O + 4e^-^ ⇌ 4OH^-^ | +0.40 |
| 2H^+^ + 2e^-^ ⇌ H~2~ | 0.00 |
| NO~3~^-^ + 4H^+^ + 3e^-^ ⇌ NO + 2H~2~O | +0.96 |
Jadual 7.1
Berdasarkan Rajah 9.1 dan Jadual 7.1, banding dan bezakan Set I dan Set II dari segi:
- Ion-ion tertarik ke anod
- Zarah yang dioksidakan dan sebabnya
- Pemerhatian di anod
- Setengah persamaan bagi tindak balas di anod
10 marks
b(i)
Rajah 9.2 menunjukkan perbezaan kecerahan nyalaan mentol apabila dua pasang logam yang berbeza digunakan.
Berdasarkan Rajah 9.2, rancang eksperimen untuk menyiasat hubungan antara pasangan logam dengan nilai voltan sel. Anda dikehendaki menggunakan bahan dan radas di bawah.
- Kepingan kuprum
- Kepingan zink
- Voltmeter
- Paku besi
- Kertas pasir
- Wayar penyambung
- Larutan natrium klorida, NaCl 1.0 mol dm^-3^
Huraikan secara ringkas langkah pembinaan sel kimia itu. Kemudian tentukan nilai voltan yang diperolehi bagi setiap pasangan logam menggunakan Jadual 7.2.
| Tindak balas sel setengah | E^0^ (V) (298 K) |
|---|---|
| Cu^2+^ + 2e^-^ ⇌ Cu | +0.34 |
| Zn^2+^ + 2e^-^ ⇌ Zn | -0.76 |
| 2H^+^ + 2e^-^ ⇌ H~2~ | 0.00 |
| Fe^2+^ + 2e^-^ ⇌ Fe | -0.44 |
Jadual 7.2
8 marks
b(ii)
Gas X terbentuk di terminal positif bagi sel kimia yang dibina dalam soalan 11(b)(i). Huraikan satu ujian kimia untuk mengesahkan gas X.
2 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open