Rajah 1 menunjukkan litar pengesan kebocoran gas yang dipasang di rumah untuk mengesan kebocoran gas. Sensor yang digunakan dalam litar tersebut dibina menggunakan nano teknologi.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan nanoteknologi?
1 marks
b
Namakan atom X dan ikatan P yang menyambung atom-atom X.
Atom X: …
Ikatan P: …
2 marks
c
Terangkan mengapa grafen sangat sesuai digunakan sebagai sensor untuk mengesan kebocoran gas?
2 marks
25 marks
Permukaan kuali dilapisi dengan Teflon untuk mengelakkan makanan melekat pada permukaan kuali tersebut. Rajah 2 menunjukkan sebahagian formula struktur Teflon yang digunakan untuk melapisi permukaan dalaman kuali tersebut.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
a(ii)
Lukiskan formula struktur bagi unit asas bagi Teflon.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam unit asas dan ikatan antara atom-atom tersebut.)*
1 marks
b(i)
Apakah jenis tindak balas pempolimeran yang terlibat dalam pembentukan polimer yang ditunjukkan dalam Rajah 2?
1 marks
b(ii)
Terangkan bagaimana polimer tersebut terbentuk melalui jenis tindak balas yang dinyatakan di (b)(i).
2 marks
36 marks
Kafein adalah satu bahan perangsang yang biasa ditemui dalam kopi atau teh. Rajah 3 menunjukkan formula struktur bagi kafein.
Berdasarkan Rajah 3
a
Namakan unsur yang diwakili oleh huruf 'N'.
1 marks
b
Tuliskan formula empirik dan formula molekul bagi kafein.
Formula molekul: …
Formula empirik: …
2 marks
c
Apakah jenis zarah yang terdapat dalam kafein?
1 marks
d
Hitungkan peratus atom karbon yang terdapat dalam kafein tersebut.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, N = 14, O = 16]
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan bagaimana wasap putih, ammonium klorida terbentuk apabila gas ammonia bertindak balas dengan gas hidrogen klorida.
Berdasarkan Rajah 4
a(i)
Namakan ikatan kimia yang membentuk sebatian ammonia.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu sifat fizik bagi ammonia.
1 marks
Persamaan kimia bagi tindak balas dalam Rajah 4 adalah seperti berikut:
NH~3~(g) + HCl(g) $\rightarrow$ NH~4~Cl(p)
b(i)
Nyatakan dua maklumat yang dapat disimpulkan dari persamaan kimia yang ditunjukkan di atas.
2 marks
b(ii)
Ion ammonium terbentuk melalui ikatan datif. Dengan menggunakan lukisan yang sesuai, tunjukkan bagaimana pembentukan ion ammonium terbentuk dan labelkan ikatan yang terlibat.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: zarah-zarah yang bergabung, pasangan elektron yang dikongsi, ion yang terhasil dan label setiap jenis ikatan.)*
3 marks
58 marks
Etanol yang terhasil dari proses penapaian bercampur dengan air. Etanol tersebut perlu diasingkan daripada air untuk mendapat etanol tulen. Rajah 5.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk mendapatkan etanol tulen. Hasil penapaian dipanaskan sehingga suhu 85 °C dan etanol mendidih pada suhu 76 °C.
a
Apakah maksud takat didih?
1 marks
b(i)
Namakan proses yang berlaku pada alat radas Q.
1 marks
b(ii)
Lakarkan graf pemanasan bagi etanol bermula dari suhu bilik sehingga suhu mencecah 85 °C dan tunjukkan takat didih bagi etanol pada graf tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label kedua-dua paksi, bentuk lengkung graf dan di mana takat didih ditunjukkan.)*
2 marks
c(i)
Lukiskan susunan zarah etanol semasa berada dalam turus penyuling P.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagaimana zarah-zarah etanol disusun dan jarak antara zarah-zarah itu.)*
1 marks
c(ii)
Bandingkan tenaga kinetik yang dimiliki zarah etanol semasa berada di dalam turus penyuling P dan di Q.
1 marks
Rajah 5.2 menunjukkan doktor membersihkan lengan pesakitnya dengan etanol sebelum menyuntik pesakitnya.
d
Selepas disapu dengan etanol, kulit pesakit tersebut terasa sejuk. Terangkan mengapa situasi ini berlaku.
2 marks
69 marks
Jadual 6 menunjukkan perbandingan maklumat bagi tindak balas unsur X dan unsur Y dengan gas oksigen dan gas klorin. Unsur X dan unsur Y berada dalam kumpulan yang berbeza dalam Jadual Berkala Unsur.
| Unsur | Tindak balas dengan oksigen | Tindak balas dengan klorin |
|---|---|---|
| X | Mengalami pengoksidaan membentuk sebatian XO dan jika pengoksidaan berterusan, pepejal perang dengan formula X~2~O~3~ terbentuk. | Terbakar dengan terang menghasilkan pepejal berwarna perang dengan formula XCl~3~ |
| Y | Mengalami pengoksidaan membentuk pepejal putih, Y~2~O dan larut dalam air membentuk larutan beralkali | Terbakar terang dalam gas klorin berlebihan membentuk pepejal putih dengan formula YCl |
Jadual 6
a
Bagaimana unsur-unsur dalam Jadual Berkala Unsur disusun?
1 marks
Berdasarkan Jadual 6
b(i)
Nyatakan dalam kumpulan manakah unsur X dan unsur Y diletakkan dalam Jadual Berkala Unsur.
Unsur X: …
Unsur Y: …
2 marks
b(ii)
Apakah nombor pengoksidaan yang dibawa oleh X dalam
X oksida: …
X klorida: …
2 marks
c
Dalam tindak balas menghasilkan YCl, unsur Y dibakar dalam gas klorin berlebihan untuk menghasilkan 14.63 g sebatian YCl. Hitungkan isipadu sebenar gas klorin yang telah digunakan oleh unsur Y dalam tindak balas tersebut.
[Jisim atom relatif: Y = 23, Cl = 35.5; Isipadu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
4 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk mengkaji kadar tindak balas antara zink dan asid hidroklorik. Rajah 7.2 menunjukkan lakaran graf yang diperolehi dari eksperimen yang dijalankan.
Berdasarkan Rajah 7.1 dan Rajah 7.2
a(i)
Nyatakan maksud kadar tindak balas.
1 marks
a(ii)
Tentukan kadar tindak balas purata keseluruhan tindak balas tersebut.
1 marks
a(iii)
Tuliskan persamaan kimia bagi mewakili tindak balas yang berlaku.
2 marks
a(iv)
Hitungkan kepekatan asid yang telah digunakan.
[Jisim atom relatif: H = 1, Cl = 35.5, Zn = 64]
3 marks
a(v)
Eksperimen tersebut diulang dengan menambahkan 2 cm^3^ larutan kuprum(II) sulfat kepada bahan tindak balas. Apakah yang akan terjadi kepada tempoh masa yang diambil untuk tindak balas berlaku?
1 marks
b
Ammonia dihasilkan melalui tindak balas secara terus antara gas nitrogen dan gas hidrogen pada suhu dan tekanan yang tinggi. Pihak syarikat penghasilan ammonia mencari kaedah penghasilan yang paling optimum agar kadar penghasilan dapat ditingkatkan. Jadual 7.3 menunjukkan cadangan suhu dan kadar penghasilan yang dicadangkan oleh jurutera syarikat. Kedua-dua tindak balas dijalankan pada tekanan 450 atm.
| Set | Bahan tindak balas | Suhu tindak balas, °C | Peratus penghasilan ammonia, % |
|---|---|---|---|
| Set I | Gas nitrogen + Gas hidrogen | 500 | 30 |
| Set II | Gas nitrogen + Gas hidrogen + serbuk besi | 350 | 70 |
Jadual 7.3
Pihak syarikat memilih Set II sebagai kaedah yang patut digunapakai oleh syarikat. Dengan menggunakan konsep kadar tindak balas, wajarkan pilihan yang dilakukan oleh syarikat tersebut.
2 marks
810 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk menentukan haba pembakaran bagi dua alkohol yang berbeza.
Jadual 8.2 menunjukkan maklumat yang diperolehi dari eksperimen yang dijalankan menggunakan susunan radas dalam Rajah 8.1.
| Alkohol | Haba pembakaran, kJ mol^-1^ |
|---|---|
| Propanol | −2021 |
| Butanol | −2676 |
Jadual 8.2
a
Apakah yang dimaksudkan dengan haba pembakaran?
1 marks
b
Cadangkan penambahbaikan yang perlu dilakukan ke atas susunan alat radas yang digunakan supaya keputusan eksperimen yang diperolehi lebih tepat.
1 marks
c
Terangkan mengapa nilai haba pembakaran bagi kedua-dua alkohol tersebut berbeza.
2 marks
d
Berdasarkan Rajah 8.1 dan Jadual 8.2, tentukan kenaikan suhu air di dalam bikar jika 1.5 g alkohol P telah terbakar dengan lengkap.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16; Muatan haba tentu air = 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
3 marks
e
> **TREM BERKUASA HIDROGEN**
>
> Dalam usaha mengurangkan pembebasan gas rumah hijau, syarikat pengangkutan telah mencipta trem menggunakan gas hidrogen sebagai bahan api. Setiap 1 mol hidrogen dibakar, sebanyak 282 kJ tenaga dibebaskan.
Berdasarkan petikan di atas, adakah gas hidrogen sesuai digunakan sebagai bahan api dalam kenderaan berbanding bahan api tradisional? Wajarkan jawapan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan bacaan pH bagi dua sampel air yang diambil dari dua sumber yang berlainan.
a(i)
Apakah julat bagi skala pH?
1 marks
a(ii)
Hitungkan kepekatan kedua-dua larutan dalam Rajah 9.1 dan tentukan larutan yang manakah mempunyai kepekatan ion hidrogen yang tinggi. Cadangkan bagaimana anda dapat mengurangkan kepekatan ion hidrogen dalam sesuatu larutan.
5 marks
a(iii)
Air dalam bikar A dan bikar B digunakan untuk menguji keberkesanan sabun dalam tindak balas pencucian kotoran bergris. Bandingkan keberkesanan sabun dalam kedua-dua air tersebut dan terangkan jawapan anda.
4 marks
Jadual 9.2 menunjukkan pemerhatian apabila ujian kation menggunakan larutan natrium hidroksida, NaOH dan larutan ammonia, NH~3~ dilakukan ke atas beberapa jenis garam yang berbeza.
| Larutan garam | Sedikit larutan NaOH | Larutan NaOH berlebihan | Sedikit larutan NH~3~ | Larutan NH~3~ berlebihan |
|---|---|---|---|---|
| P | Mendakan putih | Mendakan putih larut | Mendakan putih | Mendakan putih larut |
| Q | Mendakan biru | Mendakan biru kekal tak larut | Mendakan biru | Mendakan biru larut menjadi larutan biru tua |
| R | Mendakan putih | Mendakan putih kekal tak larut | Tiada perubahan berlaku | Tiada perubahan berlaku |
Jadual 9.2
b(i)
Jika kesemua garam yang diuji adalah garam nitrat, namakan garam P, garam Q dan garam R dan huraikan satu ujian khas bagi mengesahkan kehadiran ion nitrat dalam garam tersebut.
7 marks
b(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi pemanasan pepejal garam P dan apakah warna sisa pepejal yang tertinggal selepas pemanasan tersebut.
3 marks
1020 marks
Dua set eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji kesan logam lain terhadap pengaratan besi. Paku besi dililit dengan logam yang berlainan jenis dan dimasukkan ke dalam agar-agar panas yang mengandungi beberapa titis larutan kalium heksasianoferat(III) dan juga fenolftalein. Pemerhatian eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 10.1.
Jadual 10.1
Berdasarkan pemerhatian dalam Jadual 10.1
a(i)
Apakah fungsi larutan kalium heksasianoferat(III)? Cadangkan nama bagi logam P dan logam Q.
3 marks
a(ii)
Terangkan perbezaan pemerhatian yang ditunjukkan dalam Jadual 10.1 dan nyatakan logam yang mengalami pengoksidaan dan tuliskan setengah persamaan pengoksidaan yang berlaku bagi setiap set eksperimen.
8 marks
Rajah 10.2 menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk mengkaji pemindahan elektron pada satu jarak antara air klorin dan larutan kalium bromida.
b(i)
Setelah 20 minit litar dilengkapkan, nyatakan perubahan yang berlaku pada setiap elektrod, namakan bahan yang mengalami pengoksidaan dan bahan yang mengalami penurunan. Huraikan satu ujian kimia bagi mengesahkan hasil yang terbentuk di sekitar elektrod S.
6 marks
b(ii)
Eksperimen diulangi dengan menggantikan air klorin dengan air iodin. Apakah pemerhatian yang dijangka berlaku dan terangkan jawapan anda.
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan peratus kandungan unsur mengikut jisim bagi satu asid organik, P yang mempunyai jisim molar 60 g mol^-1^.
a(i)
Apakah istilah yang digunakan bagi menamakan sebatian yang mengandungi karbon sebagai unsur juzuknya?
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 11.1, tentukan formula empirik dan formula molekul bagi asid organik P.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
5 marks
Jadual 11.2 menunjukkan pemerhatian bagi dua set eksperimen yang melibatkan asid organik P.
a(iii)
Berdasarkan Jadual 11.2, namakan jenis tindak balas yang ditunjukkan dalam kedua-dua set eksperimen dan tuliskan persamaan kimia bagi kedua-dua tindak balas tersebut. Namakan hasil tindak balas dalam Set I dan lukiskan formula struktur bagi hasil yang terbentuk dalam tindak balas tersebut.
*(Huraikan lukisan formula struktur anda dalam perkataan: atom-atom dalam hasil dan bagaimana setiap atom diikat.)*
6 marks
b
Rajah 11.3 menunjukkan perbualan antara guru dengan muridnya mengenai masalah lebihan makanan di kantin sekolah yang dibuang oleh murid-murid.
> **Murid:** Banyak sisa lebihan makanan yang dibuang di kantin terutamanya lebihan nasi yang tidak dimakan oleh murid.
>
> **Guru:** Untuk atasi masalah ini, saya akan adakan pertandingan menukarkan sisa lebihan nasi tadi kepada satu sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Sumber tenaga itu mestilah bahan api yang terbakar dengan nyalaan yang bersih.
Rajah 11.3
Berdasarkan perbualan dalam Rajah 11.3, huraikan bagaimana anda dapat menyediakan sumber tenaga yang dinyatakan. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku semasa penyediaan tersebut.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open