Rajah 1 menunjukkan perwakilan piawai bagi dua isotop atom natrium.
$^{23}_{11}\text{Na}$ dan $^{24}_{11}\text{Na}$
Rajah 1
a
Nyatakan maksud isotop.
1 marks
b
Tentukan bilangan proton bagi atom natrium-23.
1 marks
c
Nyatakan **satu** kegunaan $^{24}_{11}\text{Na}$ dalam kehidupan harian.
1 marks
d
Lukis struktur atom bagi $^{24}_{11}\text{Na}$.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan petala dan bilangan elektron dalam setiap petala, serta apa yang ditulis di dalam nukleus.)*
2 marks
25 marks
Jadual 2 menunjukkan dua jenis bahan buatan dalam industri.
| Bahan | Komposisi |
|---|---|
| Keluli | Ferum + W |
| Kaca plumbum | X + Plumbum(II) oksida |
Jadual 2
a
Kenal pasti W dan X.
W: …
X: …
2 marks
b
Keluli adalah lebih keras daripada besi. Terangkan bagaimana kehadiran unsur W mempengaruhi sifat keluli.
2 marks
c
Nyatakan satu sifat bagi kaca plumbum.
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan proses fotosintesis untuk penghasilan glukosa dalam tumbuhan hijau.
a
Tulis formula empirik bagi glukosa.
1 marks
b
Nyatakan **satu** perbezaan antara formula empirik dan formula molekul.
1 marks
c
Tulis persamaan kimia yang seimbang bagi proses fotosintesis.
2 marks
d
Berapakah peratus jisim karbon dalam glukosa?
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
2 marks
47 marks
Jadual 4 menunjukkan bilangan proton bagi atom unsur T, U, V dan W. Huruf yang digunakan bukan simbol sebenar bagi unsur itu.
| Unsur | Bilangan proton |
|---|---|
| T | 1 |
| U | 8 |
| V | 11 |
| W | 18 |
Jadual 4
a(i)
Unsur manakah merupakan logam alkali?
1 marks
a(ii)
Tulis persamaan kimia apabila unsur di 4(a)(i) bertindak balas dengan air.
2 marks
b
Unsur T bertindak balas dengan unsur U untuk membentuk satu sebatian. Apakah formula bagi sebatian yang terbentuk?
1 marks
Unsur U bertindak balas dengan unsur V untuk membentuk satu sebatian.
c(i)
Lukis susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: zarah-zarah dalam sebatian, bilangan petala dan bilangan elektron dalam setiap petala bagi setiap zarah, label nukleus dan cas yang ditunjukkan.)*
2 marks
c(ii)
Nyatakan **satu** sifat bagi sebatian tersebut.
1 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan satu produk yang dihasilkan daripada polimer X dan formula strukturnya.
a
Apakah maksud polimer?
1 marks
b
Lukis formula struktur bagi monomer yang membentuk polimer X.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam monomer dan ikatan antara atom-atom itu.)*
1 marks
c
Nyatakan **satu** cara polimer X menyebabkan pencemaran alam sekitar.
1 marks
Rajah 5.2 menunjukkan lateks didedahkan dalam udara untuk suatu jangka masa yang lama.
d(i)
Apakah yang akan berlaku pada lateks? Terangkan jawapan anda.
4 marks
d(ii)
Namakan bahan kimia yang digunakan untuk mencegah proses di 5(d)(i).
1 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan formula struktur satu anion sabun.
a(i)
Bulatkan pada bahagian anion sabun yang larut dalam air pada Rajah 6.1.
*(Nyatakan dalam perkataan bahagian anion sabun yang anda bulatkan.)*
1 marks
a(ii)
Sabun tidak berkesan sebagai agen pembersih dalam air liat. Terangkan.
2 marks
a(iii)
Sabun boleh membentuk buih dengan air. Apakah fungsi buih?
1 marks
Rajah 6.2 menunjukkan label satu bungkusan makanan.
b(i)
Berdasarkan maklumat tersebut, namakan sebatian yang digunakan sebagai penstabil.
1 marks
b(ii)
Berdasarkan maklumat tersebut, apakah yang akan berlaku kepada aiskrim apabila sebatian dalam 6(b)(i) tidak ditambahkan?
1 marks
Rajah 6.3 menunjukkan formula struktur bagi dua contoh analgesik.
c(i)
Seorang pesakit yang menghidapi demam memaklumkan kepada doktor bahawa beliau juga menghidapi gastrik. Berdasarkan Rajah 6.3, jika anda adalah doktor tersebut, ubat manakah yang akan anda preskripsikan? Terangkan jawapan anda.
2 marks
c(ii)
Ada kalanya doktor juga preskripsikan streptomisin kepada pesakit ini. Pesakit perlu menghabiskan ubat tersebut seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor. Jelaskan mengapa.
1 marks
710 marks
Jadual 7 menunjukkan persamaan termokimia bagi Eksperimen I dan Eksperimen II.
| Eksperimen | Persamaan termokimia |
|---|---|
| I | NaOH + X $\rightarrow$ NaX + H~2~O, ΔH = −57.3 kJ mol^-1^ |
| II | NaOH + Y $\rightarrow$ NaY + H~2~O, ΔH = −51.5 kJ mol^-1^ |
Jadual 7
a
Berdasarkan Jadual 7, cadangkan asid X dan asid Y.
Asid X: …
Asid Y: …
2 marks
b
Haba peneutralan bagi Eksperimen I adalah lebih tinggi berbanding dengan Eksperimen II, terangkan perbezaan nilai haba peneutralan untuk dua eksperimen ini.
2 marks
Dalam Eksperimen I, 50 cm^3^ larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm^-3^ ditambahkan kepada 50 cm^3^ asid X 1.0 mol dm^-3^.
c(i)
Hitung haba yang dibebaskan dalam tindak balas itu.
2 marks
c(ii)
Hitung perubahan suhu bagi tindak balas.
[Muatan haba tentu larutan = 4.2 J g^-1^ °C^-1^, ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
1 marks
c(iii)
Eksperimen I diulang dengan menambahkan 100 cm^3^ larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm^-3^ kepada 100 cm^3^ asid X 1.0 mol dm^-3^. Apakah perubahan suhu untuk tindak balas itu?
1 marks
d
Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas dalam Eksperimen II.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: paksi, aras tenaga bahan dan hasil tindak balas (yang mana lebih tinggi), dan label pada setiap aras serta nilai ΔH.)*
2 marks
810 marks
Jadual 8 menunjukkan penyediaan natrium klorida dan kuprum(II) sulfat melalui Eksperimen I dan Eksperimen II.
a
Apakah tindak balas yang berlaku dalam Eksperimen I?
1 marks
Berdasarkan Eksperimen I,
b(i)
nyatakan **satu** pemerhatian.
1 marks
b(ii)
asid hidroklorik dalam Eksperimen I digantikan dengan asid sulfurik dengan kepekatan yang sama. Ramalkan isi padu asid sulfurik yang diperlukan untuk tindak balas yang lengkap.
hitung jisim maksimum garam yang diperoleh.
[Jisim atom relatif: Cu = 64, S = 32, O = 16]
2 marks
d
Amin ingin mengulangi Eksperimen II dengan menggantikan serbuk kuprum(II) oksida dengan serbuk kuprum. Pada pendapat anda, adakah Amin membuat keputusan yang betul? Terangkan jawapan anda.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Jadual 9 menunjukkan maklumat bagi Eksperimen I dan Eksperimen II untuk mengkaji kadar tindak balas antara zink karbonat dengan dua asid, P dan Q.
| Eksperimen | Bahan tindak balas | Hasil tindak balas |
|---|---|---|
| I | 0.625 g zink karbonat dengan 50 cm^3^ asid P 2.0 mol dm^-3^ | Zink nitrat, air dan gas S |
| II | 0.625 g zink karbonat dengan 50 cm^3^ asid Q 2.0 mol dm^-3^ | Zink sulfat, air dan gas S |
Jadual 9
a(i)
Merujuk kepada Eksperimen I dan Eksperimen II, nyatakan:
- Maksud kadar tindak balas
- Faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas
- Namakan asid P dan asid Q
4 marks
a(ii)
Kenal pasti gas S. Huraikan ujian kimia untuk mengesahkan gas S.
3 marks
a(iii)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara asid Q dengan zink karbonat dan hitung isi padu maksimum gas S yang dihasilkan dalam Eksperimen II.
[Jisim atom relatif: Zn = 65, O = 16, C = 12 dan 1 mol bagi sebarang gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
5 marks
b(i)
Lakarkan graf isi padu maksimum gas S melawan masa bagi Eksperimen I dan Eksperimen II atas paksi yang sama.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label dan unit kedua-dua paksi, bentuk setiap lengkung dan bagaimana ia dilabel, serta nilai isi padu maksimum yang ditunjukkan.)*
3 marks
b(ii)
Berdasarkan graf di 9(b)(i), bandingkan kadar tindak balas antara Eksperimen I dan Eksperimen II. Terangkan jawapan anda menggunakan teori perlanggaran.
5 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan formula struktur bagi butena.
a
Lukis formula struktur bagi dua lagi isomer bagi butena dan namakan setiap isomernya mengikut penamaan IUPAC.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagi setiap isomer, rantai atom karbon, kedudukan ikatan ganda dua dan atom atau kumpulan yang terikat pada setiap atom karbon, serta nama IUPAC.)*
4 marks
Rajah 10.2 menunjukkan penukaran bagi beberapa sebatian organik.
- Sebatian X $\rightarrow$ (Tindak balas I) $\rightarrow$ Asid etanoik
- Asid etanoik $\rightarrow$ (Tindak balas III) $\rightarrow$ Etil etanoat
- Sebatian X $\rightarrow$ (Tindak balas II) $\rightarrow$ Etena
Rajah 10.2
b(i)
Nyatakan nama, siri homolog, formula molekul dan kumpulan berfungsi bagi sebatian X.
4 marks
b(ii)
Nyatakan nama bagi Tindak balas I, Tindak balas II dan Tindak balas III.
3 marks
b(iii)
Tulis persamaan kimia bagi Tindak balas I dan Tindak balas II.
4 marks
c
Butena terbakar lengkap dalam oksigen menghasilkan air dan gas karbon dioksida. Tulis persamaan kimia seimbang dan hitung isi padu gas karbon dioksida yang terhasil apabila 1.12 g butena terbakar lengkap.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1 dan 1 mol bagi sebarang gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11.1 menunjukkan susunan radas untuk menyiasat tindak balas redoks antara larutan ferum(II) sulfat dan larutan kalium manganat(VII) berasid melalui pemindahan elektron pada suatu jarak.
Berdasarkan Rajah 11.1,
a(i)
nyatakan maksud tindak balas redoks.
1 marks
a(ii)
nyatakan fungsi larutan ferum(II) sulfat dan larutan kalium manganat(VII) berasid. Tulis setengah persamaan bagi tindak balas yang berlaku di elektrod karbon Y.
4 marks
Rajah 11.2 menunjukkan susunan radas untuk elektrolisis larutan natrium klorida dengan menggunakan elektrod karbon.
b
Berdasarkan Rajah 11.2, nyatakan faktor yang mempengaruhi hasil yang terbentuk pada elektrod karbon X dan elektrod karbon Y.
Terangkan tindak balas yang berlaku di elektrod karbon X dan elektrod karbon Y. Penerangan anda hendaklah merangkumi:
- Ion-ion yang tertarik ke elektrod
- Ion yang dipilih untuk dinyahcas dan sebab ion tersebut dipilih untuk dinyahcas pada elektrod
- Setengah persamaan bagi tindak balas yang berlaku di elektrod
10 marks
Rajah 11.3 menunjukkan selusur tangga di sekolah yang diperbuat daripada besi kelihatan berkarat.
c
Sempena Minggu Kokurikulum, ahli-ahli Persatuan Kimia telah ditugaskan untuk menambah baik keadaan pemegang tangga tersebut. Cadang dan terangkan cara untuk menyelesaikan tugasan tersebut supaya pemegang tangga itu kelihatan seperti baharu semula.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open