Berdasarkan Rajah 1, terangkan bagaimana ikatan kimia itu terbentuk.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen untuk mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak dalam tindak balas redoks.
a
Nyatakan warna larutan ferum(II) sulfat.
1 marks
b
Apabila litar dilengkapkan, galvanometer menunjukkan satu pesongan. Nyatakan jenis tindak balas di elektrod R.
1 marks
Merujuk kepada tindak balas yang berlaku pada elektrod S,
c(i)
Nyatakan pemerhatian pada larutan kalium manganat(VII) berasid.
1 marks
c(ii)
Nyatakan perubahan nombor pengoksidaan mangan dalam (c)(i).
1 marks
d
Lukiskan anak panah pada Rajah 2 untuk menunjukkan arah aliran elektron.
*(Huraikan dalam perkataan: arah aliran elektron — dari elektrod mana ke elektrod mana, dan melalui apa.)*
1 marks
36 marks
Propana dan butana merupakan sebatian hidrokarbon, yang masing-masing mempunyai formula molekul C~3~H~8~ dan C~4~H~10~.
a(i)
Apakah maksud hidrokarbon?
1 marks
a(ii)
Tuliskan formula empirik bagi butana, C~4~H~10~.
1 marks
b(i)
Pembakaran gas propana di dalam oksigen berlebihan akan menghasilkan gas karbon dioksida dan air. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas tersebut.
2 marks
b(ii)
Sekiranya 0.5 mol gas propana terbakar lengkap di dalam oksigen berlebihan, tentukan isi padu gas karbon dioksida yang dibebaskan pada keadaan suhu bilik.
[1 mol bagi sebarang gas menempati 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
2 marks
47 marks
Rajah 3 menunjukkan eksperimen untuk menentukan haba penyesaran. Serbuk magnesium berlebihan ditambah kepada 50 cm^3^ larutan kuprum(II) nitrat 0.5 mol dm^-3^ dalam satu cawan polistirena.
[Muatan haba tentu, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; Ketumpatan larutan = 1.0 g cm^-3^]
a(i)
Nyatakan maksud haba penyesaran.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan pada rajah, nyatakan suhu awal larutan kuprum(II) nitrat dan suhu tertinggi campuran.
Suhu awal larutan kuprum(II) nitrat: …
Suhu tertinggi campuran: …
2 marks
b(i)
Tuliskan persamaan ion untuk tindak balas yang berlaku.
1 marks
b(ii)
Hitungkan haba penyesaran dalam eksperimen ini.
3 marks
58 marks
Jadual 1.1 menunjukkan komposisi dan kegunaan tiga jenis aloi.
| Jenis aloi | Komposisi | Kegunaan |
|---|---|---|
| R | 90% kuprum, 10% timah | Trofi |
| Loyang | 70% kuprum, 30% zink | Kunci |
| Duralumin | 93% aluminium, 3% kuprum, 3% magnesium, 1% mangan | Badan kapal terbang |
Jadual 1.1
a(i)
Namakan R.
1 marks
a(ii)
Nyatakan kegunaan lain aloi di 5(a)(i).
1 marks
b
Ahmad ialah pelumba basikal kebangsaan. Cadangkan aloi yang sesuai untuk pembuatan basikal lumba Ahmad. Berikan alasan anda.
2 marks
c
Anda diberikan kunci gangsa dan kunci loyang. Setiap kunci mempunyai jisim sama iaitu 140 g. Hitung jisim kuprum dalam setiap kunci tersebut.
2 marks
Rajah 4 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen untuk membandingkan kekerasan antara gangsa dan logam tulennya.
d
Jadual 1.2 menunjukkan diameter lekuk antara dua jenis blok.
| Jenis blok | Diameter lekuk (cm) |
|---|---|
| Kuprum | 0.8 |
| Gangsa | 0.6 |
Jadual 1.2
Jelaskan perbezaan diameter lekuk yang terbentuk.
2 marks
69 marks
Jadual 2 menunjukkan jisim atom relatif dan nombor proton bagi empat unsur.
| Unsur | Oksigen | Natrium | Magnesium | Klorin |
|---|---|---|---|---|
| Jisim atom relatif | 16 | 23 | 24 | 35.5 |
| Nombor proton | 8 | 11 | 12 | 17 |
Jadual 2
a
Apakah yang dimaksudkan dengan nombor proton?
1 marks
b
Magnesium bertindak balas dengan gas oksigen untuk membentuk magnesium oksida. Tulis satu persamaan kimia bagi pembentukan magnesium oksida.
2 marks
Natrium dan klorin bertindak balas untuk membentuk suatu sebatian.
c(i)
Lukis susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: zarah-zarah dalam sebatian, bilangan elektron dalam setiap petala, dan cas setiap zarah.)*
2 marks
c(ii)
Nyatakan jenis sebatian yang terbentuk.
1 marks
c(iii)
Ramalkan sifat fizik bagi sebatian yang terbentuk itu.
1 marks
d
Jika 1.2 g logam natrium bertindak balas dengan gas klorin berlebihan, hitung jisim natrium klorida yang terhasil.
2 marks
710 marks
Rajah 5 menunjukkan penyediaan garam tak terlarutkan.
a
Nyatakan nama tindak balas di atas.
1 marks
b
Namakan mendakan garam tak terlarutkan.
1 marks
c
Persamaan ion bagi pembentukan mendakan:
Pb^2+^ + SO~4~^2-^ $\rightarrow$ PbSO~4~
Hitung jisim mendakan yang terbentuk.
[Jisim atom relatif: N = 14, O = 16, Na = 23, S = 32, Pb = 207]
3 marks
Rajah 6 menunjukkan carta alir bagi satu siri tindak balas bagi garam kuprum(II) karbonat.
- Kuprum(II) karbonat + asid sulfurik —(Tindak balas V)$\rightarrow$ garam L + CO~2~ + H~2~O
- Larutan garam L + larutan NaOH $\rightarrow$ mendakan biru tidak larut dalam NaOH berlebihan
Rajah 6
d(i)
Namakan garam L.
1 marks
d(ii)
Tuliskan persamaan kimia untuk tindak balas V.
2 marks
d(iii)
Seorang murid ingin menukar balik garam L kepada kuprum(II) karbonat. Huraikan dengan ringkas bagaimana garam L dapat ditukar semula kepada kuprum(II) karbonat.
2 marks
810 marks
Rajah 7 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur. A, B, C, D dan E bukan merupakan simbol sebenar unsur.
Berdasarkan Rajah 7,
a(i)
Unsur manakah yang merupakan halogen?
1 marks
a(ii)
Nyatakan dua unsur yang terletak dalam kumpulan yang sama.
1 marks
0.1 mol wul besi bertindak balas dengan gas klorin berlebihan.
b(i)
Seimbangkan persamaan kimia bagi tindak balas itu.
…… Fe + …… Cl~2~ $\rightarrow$ …… FeCl~3~
1 marks
b(ii)
Hitung jisim hasil tindak balas yang terbentuk.
[Jisim atom relatif: Cl = 35.5, Fe = 56]
2 marks
c
Jadual 3 menunjukkan keputusan apabila dua unsur Kumpulan 1 bertindak balas dengan oksigen.
| Unsur | Pemerhatian |
|---|---|
| A | Terbakar sangat perlahan dengan nyalaan merah. |
| D | Terbakar sangat cergas dengan nyalaan ungu. |
Jadual 3
Terangkan perbezaan kereaktifan bagi pemerhatian antara unsur A dan unsur D.
2 marks
d
Oksida B bersifat amfoterik. Cadangkan dua bahan kimia yang sesuai untuk menunjukkan oksida logam B ialah oksida amfoterik. Berikan alasan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 8.1 menunjukkan dua polimer semula jadi.
a(i)
Nyatakan maksud polimer.
1 marks
a(ii)
Nyatakan monomer bagi polimer X dan polimer Y.
2 marks
a(iii)
Proses pempolimeran antara monomer dalam polimer X menghasilkan polimer X dan air. Nyatakan jenis pempolimeran yang terlibat.
1 marks
Rajah 8.2 menunjukkan maklumat bagi dua jenis pinggan.
b(i)
Pilih pinggan yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Terangkan jawapan anda.
3 marks
b(ii)
Polimer sintetik digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian. Pada pendapat anda, nyatakan tiga ciri barangan plastik yang menggalakkan penggunaan yang sangat meluas.
3 marks
c
Lateks dikumpulkan dalam bentuk cecair untuk diproses atau boleh dibiarkan menggumpal dan dipungut sehari selepas penorehan.
Lukiskan gambar rajah berlabel zarah getah dan terangkan bagaimana lateks menggumpal apabila asid ditambah.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bahagian-bahagian zarah getah, label setiap bahagian, dan cas pada bahagian luarnya.)*
10 marks
1020 marks
Seorang pelajar menjalankan tiga set eksperimen dengan menggunakan 1.3 g zink untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Masa yang diambil untuk mengumpul 100 cm^3^ gas direkodkan dalam Jadual 4.
| Set | Bahan tindak balas | Masa yang diambil untuk mengumpul 100 cm^3^ gas (s) |
|---|---|---|
| I | 50 cm^3^ asid sulfurik 0.5 mol dm^-3^ dengan serbuk zink | 80 |
| II | 50 cm^3^ asid sulfurik 0.5 mol dm^-3^ dengan ketulan zink | 120 |
| III | 50 cm^3^ asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^ dengan serbuk zink | 40 |
Jadual 4
a(i)
Kira kadar tindak balas bagi Set I.
1 marks
a(ii)
Zink, Zn bertindak balas dengan asid sulfurik, H~2~SO~4~ menghasilkan zink sulfat dan gas hidrogen. Tulis persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas itu dan hitung isi padu maksimum gas hidrogen yang dihasilkan dalam Set III.
[Jisim atom relatif: Zn = 65; 1 mol bagi sebarang gas menempati 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
5 marks
Dengan merujuk kepada teori perlanggaran, bandingkan kadar tindak balas
b(i)
Set I dan Set II
5 marks
b(ii)
Set I dan Set III
5 marks
Ali ingin membakar sate pada jamuan hari lahirnya yang ke-17.
c(i)
Berdasarkan pengetahuan anda dalam kadar tindak balas, nyatakan dua faktor bagi memastikan sate cepat masak.
2 marks
c(ii)
Berdasarkan jawapan anda di c(i), pilih satu faktor yang dinyatakan dan terangkan jawapan anda.
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Jadual 5 menunjukkan nilai pH asid H~2~X, HY dan HZ. Kepekatan asid-asid itu adalah 0.01 mol dm^-3^.
| Asid | Nilai pH |
|---|---|
| H~2~X | 1.7 |
| HY | 2.0 |
| HZ | 5.0 |
Jadual 5
a(i)
Asid H~2~X adalah asid diprotik manakala asid HY dan asid HZ adalah asid monoprotik.
Cadangkan nama asid H~2~X, asid HY dan asid HZ.
Terangkan mengapa nilai pH asid HY dan asid HZ berbeza.
6 marks
a(ii)
Dalam satu eksperimen lain, 25 cm^3^ asid HY 1.0 mol dm^-3^ diperlukan untuk meneutralkan 25 cm^3^ larutan natrium hidroksida.
Tulis persamaan kimia dan hitung kepekatan larutan natrium hidroksida yang digunakan dalam eksperimen itu.
4 marks
b
Rajah 9.1 menunjukkan seekor obor-obor.
Sengatan obor-obor adalah beralkali dan menyebabkan kesakitan. Cadangkan satu bahan yang boleh disapu pada kulit untuk mengurangkan rasa sakit tanpa menyebabkan kecederaan yang seterusnya. Berikan tiga sebab bagi cadangan anda.
4 marks
c
Seorang murid menjalankan satu ujian bagi mengkaji sifat ammonia apabila dilarutkan dalam metilbenzena dan air dalam tabung uji berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.2.
Ramalkan pemerhatian terhadap warna kertas litmus merah dalam kedua-dua tabung uji A dan B. Terangkan jawapan anda.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open