Negeri Sembilan Trial 2022 Chemistry Kertas 2 · MPSM
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Chemistry
Negeri Sembilan Trial 2022 Chemistry Kertas 2 · MPSM
Negeri Sembilan Trial MPSM · 2022
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
15 marks
Rajah 1 menunjukkan barangan yang diperbuat daripada satu polimer sintetik.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
a(ii)
Nyatakan nama monomer bagi polimer dalam Rajah 1.
1 marks
a(iii)
Lukis formula struktur bagi monomer yang dinyatakan dalam 1(a)(ii).
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam molekul, jenis ikatan antara atom karbon dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon.)*
1 marks
b
Nyatakan **dua** masalah pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh polimer sintetik.
2 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan perwakilan piawai bagi atom X.
$^{12}_{6}\text{X}$
Rajah 2
a(i)
Nyatakan maksud nombor nukleon.
1 marks
a(ii)
Nyatakan nombor nukleon bagi atom X.
1 marks
b
Nyatakan dua zarah subatom yang terdapat di dalam nukleus satu atom.
2 marks
c
Tuliskan susunan elektron bagi atom X.
1 marks
36 marks
Atom sangat kecil dan adalah mustahil untuk menimbang jisim atom menggunakan sebarang neraca elektronik. Oleh itu, ahli kimia menggunakan konsep 'jisim atom relatif' untuk menganggar jisim satu atom.
Rajah 3 menunjukkan perbandingan jisim atom J dengan $\frac{1}{12}$ atom karbon-12.
a
Mengapakah karbon-12 dipilih sebagai piawai dalam menganggar jisim satu atom?
1 marks
b
Berdasarkan Rajah 3, nyatakan jisim atom relatif bagi atom J.
1 marks
Dalam satu eksperimen, J dibakar dalam gas oksigen berlebihan menghasilkan J oksida, J~2~O.
c(i)
Tulis satu persamaan kimia bagi tindak balas ini.
2 marks
c(ii)
Dengan menggunakan jisim atom relatif atom J daripada jawapan anda dalam 3(b), hitung jisim J yang diperlukan untuk bertindak balas lengkap dengan 0.2 mol gas oksigen.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 adalah sepasang cermin mata yang kantanya diperbuat daripada kaca X.
a(i)
Apakah komponen utama dalam pembuatan kaca X?
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis kaca X.
1 marks
a(iii)
Pada hari panas yang terik, mata menjadi tidak selesa kerana pendedahan mata kepada cahaya yang terang. Cadangkan kaca yang sesuai untuk menggantikan kaca X untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang itu. Terangkan.
3 marks
Rajah 4.2 menunjukkan susunan atom dalam bahan A dan bahan B.
b(i)
Bahan manakah lebih sesuai untuk membuat pingat? Wajarkan jawapan anda.
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan susunan elektron bagi dua atom unsur natrium, Na dan klorin, Cl.
a
Tulis formula kimia bagi molekul klorin.
1 marks
Natrium bertindak balas dengan klorin membentuk sebatian R.
b(i)
Nyatakan jenis ikatan bagi sebatian R.
1 marks
b(ii)
Tulis persamaan kimia bagi pembentukan sebatian R.
2 marks
b(iii)
0.05 mol natrium telah bertindak balas dengan gas klorin untuk membentuk sebatian R. Hitungkan isi padu gas klorin yang diperlukan?
[Isi padu molar = 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
2 marks
Unsur karbon, C juga boleh bertindak balas dengan unsur klorin, Cl untuk membentuk sebatian T. Rajah 5.2 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kekonduksian bagi sebatian R dan sebatian T.
c
Terangkan perbezaan pada pemerhatian dalam Rajah 5.2.
2 marks
69 marks
Jadual 1 menunjukkan pemerhatian bagi satu eksperimen untuk menyiasat sifat oksida unsur Kala 3.
| Oksida | Ditambah kepada larutan natrium hidroksida | Ditambah kepada asid nitrik |
|---|---|---|
| Oksida W, W~2~O~7~ | Larut | Tiada perubahan |
| Oksida X, X~2~O | Tiada perubahan | Larut |
| Oksida Y, Y~2~O~3~ | Larut | Larut |
Jadual 1
a
Apakah maksud kala?
1 marks
b(i)
Kenal pasti jenis oksida bagi bahan-bahan dalam Jadual 1.
W~2~O~7~: …
X~2~O: …
Y~2~O~3~: …
3 marks
b(ii)
Berdasarkan Jadual 1, susun unsur W, X dan Y mengikut tertib nombor proton menaik dalam Kala 3.
1 marks
c
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas antara oksida X dan asid nitrik.
2 marks
Rajah 6 menunjukkan sebahagian Jadual Berkala Unsur yang mengandungi maklumat jisim atom relatif.
d
Dalam ruangan Jadual Berkala Unsur pada Rajah 6, tuliskan W dan X pada kedudukan yang betul.
[Jisim molekul / formula relatif: W~2~O~7~ = 182, X~2~O = 62]
*(Nyatakan dalam perkataan kotak mana anda menulis W dan X: jisim atom relatif dalam kotak itu, atau kala dan kumpulannya.)*
2 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan susunan radas bagi menentukan kadar tindak balas antara serpihan marmar dan asid hidroklorik.
a(i)
Apakah maksud kadar tindak balas?
1 marks
a(ii)
Apakah perubahan yang dapat diukur untuk menentukan kadar tindak balas dalam eksperimen ini?
1 marks
a(iii)
Tulis persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas yang berlaku dalam eksperimen ini.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan graf isi padu gas melawan masa bagi eksperimen ini.
b(i)
Hitung kadar tindak balas purata dalam 80 saat pertama.
1 marks
b(ii)
Tanpa mengubah kepekatan dan isi padu asid, cadangkan satu cara supaya masa yang diperlukan untuk mengumpul 48 cm^3^ gas dapat dipendekkan.
1 marks
c(i)
Ramalkan isi padu gas yang dikumpulkan dalam 80 saat pertama jika asid hidroklorik digantikan dengan asid etanoik yang mempunyai kepekatan yang sama.
1 marks
c(ii)
Dengan menggunakan teori perlanggaran, terangkan jawapan anda di 7(c)(i).
3 marks
810 marks
Rajah 8.1 menunjukkan pertukaran bagi kuprum(II) nitrat.
a
Nyatakan maksud garam.
1 marks
b
Namakan Tindak balas I.
1 marks
Pepejal P dipanaskan dengan kuat menghasilkan pepejal Q dan gas R.
c(i)
Terangkan satu ujian kimia untuk mengenal pasti gas R yang terhasil.
2 marks
c(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas II.
1 marks
c(iii)
2.48 g garam P dipanaskan di dalam makmal. Hitungkan isi padu gas R yang dibebaskan dalam keadaan bilik.
[Jisim atom relatif: C = 12, O = 16, Cu = 64]
[Isi padu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan bahan M dan bahan N.
d
Seorang pelajar berasa sakit kerana disengat tebuan. Bahan manakah sesuai digunakan untuk menghilangkan kesakitan pelajar? Wajarkan jawapan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan penukaran sebatian P kepada sebatian Q, sebatian R dan sebatian T.
a
Nyatakan maksud isomer dan tuliskan formula am bagi alkohol. Lukis formula struktur bagi satu isomer sebatian P dan nyatakan nama bagi isomer itu mengikut penamaan IUPAC.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam molekul, jenis ikatan antara atom karbon dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon.)*
4 marks
b
Nyatakan nama bagi tindak balas I. Kenal pasti siri homolog, formula molekul dan formula struktur bagi sebatian Q, sebatian R dan sebatian T.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam molekul, jenis ikatan antara atom karbon dan atom-atom yang terikat pada setiap atom karbon.)*
10 marks
c
4.2 g sebatian P terbakar dalam oksigen berlebihan menghasilkan gas karbon dioksida dan air. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas itu dan hitung isi padu gas yang terhasil.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
[Isi padu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
6 marks
1020 marks
Jadual 2.1 menunjukkan gambar rajah aras tenaga bagi dua tindak balas pemendakan.
a(i)
Apakah maksud haba pemendakan? Nyatakan warna barium sulfat.
2 marks
a(ii)
Tuliskan persamaan termokimia bagi tindak balas yang berlaku di Set I.
2 marks
a(iii)
Jika 50 cm^3^ larutan barium klorida 1.0 mol dm^-3^ ditambah kepada 50 cm^3^ larutan zink sulfat 1.0 mol dm^-3^, hitungkan kenaikan suhu campuran tersebut.
[Ketumpatan air = 1.0 g cm^-3^]
[Muatan haba tentu air, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
3 marks
a(iv)
Terangkan perbezaan haba pemendakan bagi Set I dan Set II. Penerangan anda mesti merangkumi:
- Jenis tindak balas
- Perubahan suhu
- Jumlah kandungan tenaga
- Perubahan tenaga haba semasa pemecahan ikatan dan pembentukan ikatan
4 marks
Jadual 2.2 menunjukkan susunan radas untuk menentukan haba pembakaran etanol.
b(i)
Terangkan perbezaan haba pembakaran Set I dan Set II.
3 marks
b(ii)
Dalam Set II, suhu air meningkat sebanyak 30 °C. Hitungkan jisim etanol yang digunakan.
[Ketumpatan air = 1.0 g cm^-3^]
[Muatan haba tentu air, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
[Jisim molar etanol: 46 g mol^-1^]
3 marks
b(iii)
Eksperimen Set II diulangi dengan menggantikan etanol dengan propanol. Haba pembakaran yang diperolehi ialah −1890 kJ mol^-1^. Bandingkan nilai haba pembakaran antara etanol dan propanol. Terangkan perbezaannya.
3 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Jadual 3.1 menunjukkan dua set eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji kesan logam lain terhadap pengaratan besi.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan kakisan logam?
1 marks
Berdasarkan pemerhatian dalam Jadual 3.1,
a(ii)
nyatakan nama logam P dan logam Q. Tuliskan setengah persamaan bagi proses pengoksidaan dan penurunan dalam Set I dan Set II.
6 marks
a(iii)
Terangkan mengapa terdapat perbezaan dalam pemerhatian.
4 marks
Rajah 10.1 menunjukkan dua jenis dawai pagar.
b
Anda ditugaskan untuk menilai dua jenis dawai pagar untuk dipasang di rumah bagi kegunaan jangka masa panjang dan tidak mudah terkakis. Nyatakan pilihan anda dan wajarkan jawapan anda.
3 marks
Rajah 10.2 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji pemindahan elektron pada satu jarak.
c
Sekumpulan murid telah menggantikan asid sulfurik kepada larutan glukosa, didapati jarum galvanometer tidak terpesong. Wajarkan tindakan kumpulan murid tersebut.
3 marks
Jadual 3.2 menunjukkan senarai radas dan bahan.
| Radas dan bahan | | |
|---|---|---|
| Bikar | Voltmeter | Kepingan zink |
| Wayar penyambung | Pasu berliang | Kepingan kuprum |
| | Titian garam | Larutan zink nitrat |
| | | Larutan kuprum(II) sulfat |
Jadual 3.2
d
Lukis satu rajah berlabel untuk menunjukkan susunan radas bagi mengkaji pemindahan elektron pada satu jarak menggunakan radas dan bahan diberikan dalam Jadual 3.2. Tandakan arah pengaliran elektron dalam rajah.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan, bagaimana ia disusun dan disambungkan, label-labelnya, dan arah pengaliran elektron.)*
3 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open