Pahang Trial 2023 Chemistry Kertas 2 · Modul Pintas
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Chemistry
Pahang Trial 2023 Chemistry Kertas 2 · Modul Pintas
Pahang Trial Modul Pintas · 2023
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
15 marks
Rajah 1 menunjukkan bahan-bahan yang diperbuat daripada polimer S.
a
Apakah polimer?
1 marks
b
Namakan polimer S.
1 marks
c
Apakah sumber utama bagi menghasilkan polimer S?
1 marks
d
Nyatakan jenis tindak balas pempolimeran bagi menghasilkan polimer S.
1 marks
e
Lukiskan formula struktur bagi monomer S.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam monomer dan ikatan antara atom-atom tersebut.)*
1 marks
25 marks
Jadual 2 menunjukkan maklumat sebahagian unsur yang terdapat dalam Kala 3 Jadual Berkala Unsur.
| Unsur | Natrium | Magnesium | Aluminium | Silikon | Klorin |
|---|---|---|---|---|---|
| Nombor proton | 11 | 12 | 13 | 14 | 17 |
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2,
a
apakah maksud kala?
1 marks
b
nyatakan unsur yang wujud sebagai molekul dwiatom.
1 marks
c
tuliskan susunan elektron bagi atom aluminium.
1 marks
d
terangkan mengapa saiz atom natrium lebih besar berbanding atom klorin.
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan proses fotosintesis untuk penghasilan glukosa, C~6~H~12~O~6~ dalam tumbuhan hijau.
a
Berikan maksud formula empirik.
1 marks
b
Tulis formula empirik bagi glukosa.
1 marks
c
Tulis persamaan kimia yang seimbang bagi proses fotosintesis.
2 marks
d
Hitung peratus karbon mengikut jisim dalam satu molekul glukosa.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
2 marks
47 marks
Persamaan di bawah menunjukkan tindak balas dalam penyediaan sabun di makmal.
**Asid laurik + Natrium hidroksida $\rightarrow$ Sabun X + Gliserol**
a(i)
Apakah nama tindak balas ini?
1 marks
a(ii)
Namakan sabun X.
1 marks
a(iii)
Asid laurik dari minyak kelapa dicampurkan dengan larutan natrium hidroksida pekat untuk menghasilkan sabun X, CH~3~(CH~2~)~10~COONa. Persamaan berikut mewakili tindak balas yang berlaku.
CH~3~(CH~2~)~10~COOH + NaOH $\rightarrow$ CH~3~(CH~2~)~10~COONa + H~2~O
Sekiranya 0.1 mol asid laurik digunakan dalam tindak balas ini, hitungkan jisim sabun yang terhasil.
[Jisim molar CH~3~(CH~2~)~10~COONa = 222 g mol^-1^]
2 marks
Rajah 4.1 menunjukkan sebahagian daripada label kandungan makanan pada bungkusan Marjerin Lazat.
> **Marjerin Lazat**
>
> **Ramuan:** Minyak sayuran, garam, susu pepejal, pengemulsi, asid askorbik, perisa dan pewarna yang dibenarkan.
Rajah 4.1
b(i)
Apakah jenis bahan tambah makanan bagi asid askorbik?
1 marks
b(ii)
Kenal pasti satu lagi bahan tambah makanan dalam marjerin itu.
1 marks
c
Rajah 4.2 menunjukkan bil elektrik yang tinggi akibat penggunaan penyaman udara di rumah Haimy: bil elektrik Tenaga Nasional bertarikh 17.06.2023 dengan *Jumlah Perlu Dibayar: RM 211.90*.
Berdasarkan pengetahuan anda tentang aplikasi teknologi hijau, nyatakan bagaimana anda dapat mengurangkan penggunaan tenaga di rumah Haimy?
1 marks
58 marks
Magnesium terdiri daripada tiga isotop. Rajah 5 menunjukkan perwakilan piawai untuk atom-atom magnesium.
$^{24}_{12}\text{Mg}$ $\qquad$ $^{25}_{12}\text{Mg}$ $\qquad$ $^{26}_{12}\text{Mg}$
Rajah 5
a
Apakah maksud isotop?
1 marks
b
Lukiskan struktur atom bagi magnesium, Mg-24.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: kandungan nukleus dan bilangan elektron dalam setiap petala.)*
2 marks
c
Magnesium wujud secara semula jadi sebagai tiga isotop, iaitu 79.0% ^24^Mg, 10.0% ^25^Mg dan 11.0% ^26^Mg. Hitung jisim atom relatif magnesium.
2 marks
d
Jadual 5 menunjukkan maklumat ikatan yang terdapat dalam bahan R, S dan T.
Berdasarkan Jadual 5, pilih satu bahan yang boleh mengkonduksikan arus elektrik di dalam keadaan pepejal dan leburan. Terangkan bagaimana bahan ini boleh mengkonduksikan arus elektrik di dalam keadaan pepejal dan leburan.
3 marks
69 marks
**Aloi J yang bersifat ringan tetapi kuat digunakan untuk membuat basikal lumba.**
Berdasarkan pernyataan di atas,
a(i)
Nyatakan maksud aloi.
1 marks
a(ii)
Kenal pasti aloi J.
1 marks
b
Seramik termaju diperbuat daripada bahan bukan organik seperti oksida, karbida dan nitrida. Nyatakan satu kegunaan seramik termaju dalam industri pembuatan kenderaan dan jelaskan jawapan anda.
3 marks
Bahan komposit W dihasilkan daripada gabungan bahan matriks U dan bahan pengukuhan V. Jadual 6 menunjukkan perbandingan sifat bagi bahan matriks U, bahan pengukuhan V dan bahan komposit W.
| Bahan matriks U | Bahan pengukuhan V | Bahan komposit W |
|---|---|---|
| Kekuatan regangan rendah | Kekuatan regangan tinggi | Kekuatan regangan tinggi |
| Kekonduksian haba dan elektrik rendah | Kekonduksian haba dan elektrik rendah | Penebat haba dan elektrik |
| Tahan kakisan | | Tahan kakisan |
| Tahan lasak | | Tahan lasak |
Jadual 6
c(i)
Kenal pasti bahan matriks U, bahan pengukuhan V dan bahan komposit W.
Bahan matriks U: …
Bahan pengukuhan V: …
Bahan komposit W: …
3 marks
c(ii)
Nyatakan satu kegunaan bahan komposit W dalam kehidupan seharian.
1 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan formula struktur bagi satu sebatian karbon Z.
a(i)
Nyatakan maksud sebatian karbon.
1 marks
a(ii)
Nyatakan kumpulan berfungsi bagi sebatian karbon Z.
1 marks
a(iii)
Sebatian Z boleh dihasilkan melalui tindak balas antara asid karboksilik X dan alkohol Y. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas ini.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan satu carta alir bagi tindak balas kimia yang berlaku di antara ahli-ahli siri homolog dan ciri-ciri bagi sebatian P.
Berdasarkan Rajah 7.2,
b(i)
namakan siri homolog bagi sebatian P.
1 marks
b(ii)
nyatakan formula am bagi sebatian Q.
1 marks
b(iii)
tuliskan formula molekul bagi sebatian R.
1 marks
b(iv)
huraikan satu ujian kimia untuk membezakan antara sebatian Q dan sebatian R.
3 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan gabungan satu sel kimia dengan satu sel elektrolisis.
a
Apakah maksud elektrolisis?
1 marks
Merujuk kepada Sel I,
b(i)
nyatakan semua ion yang hadir dalam larutan natrium klorida.
1 marks
b(ii)
nyatakan pemerhatian di anod.
1 marks
c
Merujuk kepada Sel II dan keupayaan elektrod piawai, E° bagi setengah sel di bawah:
Mg^2+^(ak) + 2e^−^ $\rightleftharpoons$ Mg(p) $\quad$ E° = −2.38 V
Cu^2+^(ak) + 2e^−^ $\rightleftharpoons$ Cu(p) $\quad$ E° = +0.34 V
kenal pasti terminal negatif dan terminal positif bagi sel tersebut.
(i) terminal negatif: …
(ii) terminal positif: …
2 marks
d(i)
Anda dibekalkan dengan satu voltmeter dan dua bahan kimia tambahan iaitu larutan magnesium sulfat, 1.0 mol dm^-3^ dan larutan asid sulfurik, 1.0 mol dm^-3^. Dengan menggunakan voltmeter, larutan tambahan yang dibekalkan dan radas lain yang sesuai di dalam makmal, lukiskan gambar rajah susunan radas dengan mengubah suai susunan radas di dalam Sel II supaya dapat berfungsi sebagai sel Daniell.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bekas yang digunakan, elektrod dan larutan dalam setiap bekas, bagaimana larutan-larutan disambungkan, sambungan wayar, serta label.)*
2 marks
d(ii)
tuliskan notasi sel dan hitungkan voltan sel bagi sel Daniell dalam (d)(i).
Notasi sel: …
Voltan sel: …
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Jadual 9 menunjukkan maklumat bagi tiga set eksperimen untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara zink dengan asid sulfurik.
| Set | Bahan tindak balas | Masa yang diambil untuk mengumpul 40 cm^3^ gas hidrogen (s) |
|---|---|---|
| I | 25 cm^3^ asid sulfurik 0.2 mol dm^-3^ + serbuk zink berlebihan | 33 |
| II | 25 cm^3^ asid sulfurik 0.2 mol dm^-3^ + ketulan zink berlebihan | 45 |
| III | 25 cm^3^ asid sulfurik 0.2 mol dm^-3^ + serbuk zink berlebihan + larutan kuprum(II) sulfat | 25 |
Jadual 9
a(i)
Nyatakan maksud kadar tindak balas.
1 marks
Berdasarkan Jadual 9,
a(ii)
tuliskan persamaan ion bagi tindak balas tersebut dan hitungkan kadar tindak balas dalam Set I dan Set II. Lukis gambar rajah profil tenaga bagi tindak balas Set I dan Set III di dalam satu paksi tenaga yang sama. Tunjuk dan labelkan tenaga pengaktifan bagi Set I sebagai Ea dan Set III sebagai Ea'.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: paksi, aras tenaga bahan dan hasil tindak balas, lengkung bagi setiap set, serta di mana Ea dan Ea' ditunjukkan.)*
6 marks
a(iii)
bandingkan kadar tindak balas antara;
- Set I dan Set II
- Set I dan Set III
Jelaskan jawapan anda berdasarkan teori perlanggaran.
10 marks
b
Rajah 9 menunjukkan perbualan semasa temujanji antara doktor dan pesakitnya.
> **Doktor** (memegang "tablet kalsium karbonat"): Pakcik Lim... untuk membantu mengurangkan masalah osteoporosis pakcik, saya bekalkan suplemen ini iaitu tablet kalsium karbonat. Pakcik perlu kunyah tablet ini semasa memakannya ya..
>
> **Pakcik Lim:** Ooo.. saya perlu kunyah tablet ini ya.. Ok doktor, terima kasih.
Rajah 9
Berdasarkan Rajah 9 dan faktor mempengaruhi kadar tindak balas, terangkan mengapa doktor tersebut mengarahkan Pakcik Lim mengunyah tablet tersebut semasa memakannya.
3 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan tindak balas di antara asid sulfurik, H~2~SO~4~ dan larutan kalium hidroksida, KOH.
a(i)
Nyatakan maksud peneutralan dan mengapakah fenolftalein dimasukkan ke dalam kelalang kon di dalam Rajah 10.1?
2 marks
a(ii)
Persamaan kimia bagi tindak balas tersebut ditulis seperti berikut:
H~2~SO~4~ + 2KOH $\rightarrow$ K~2~SO~4~ + 2H~2~O
Tafsirkan persamaan tindak balas di atas secara kualitatif dan kuantitatif. Jika 0.005 mol larutan kalium hidroksida bertindak balas dengan asid sulfurik 0.2 mol dm^-3^, hitung isi padu asid sulfurik yang diperlukan bagi tindak balas ini.
4 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan seorang lelaki yang menggunakan sabun pencuci tangan X untuk mencuci tangannya. Dia mendapati tangannya menjadi kemerahan setelah dicuci dengan sabun pencuci tangan X.
Nyatakan bahan yang terdapat dalam sabun pencuci tangan X dan terangkan bagaimana bahan tersebut menyebabkan hal ini berlaku. Cadangkan satu bahan yang ada di rumah yang boleh digunakan untuk membantu meredakan kesan alkali berlebihan yang menyebabkan kemerahan tersebut.
4 marks
Rajah 10.3 menunjukkan tindak balas yang melibatkan pepejal hijau P.
Berdasarkan Rajah 10.3,
c(i)
kenal pasti bahan P, Q, R dan T.
4 marks
c(ii)
huraikan satu ujian kimia untuk menentusahkan kehadiran kation dan anion dalam larutan Q.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Jadual 11 menunjukkan dua tindak balas kimia yang menggunakan dua jenis asid berbeza, X dan Y untuk menentukan haba peneutralan.
| Tindak balas | Persamaan kimia | Haba peneutralan / kJ mol^-1^ |
|---|---|---|
| I | X + NaOH $\rightarrow$ NaX + H~2~O | −57.0 |
| II | Y + NaOH $\rightarrow$ NaY + H~2~O | −52.0 |
Jadual 11
a(i)
Berdasarkan Jadual 11, nyatakan maksud haba peneutralan.
1 marks
a(ii)
Cadangkan asid X dan Y. Terangkan perbezaan haba peneutralan bagi tindak balas II apabila dibandingkan dengan tindak balas I.
4 marks
a(iii)
Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas II dan deduksikan satu maklumat daripada gambar rajah aras tenaga tersebut.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: paksi, aras tenaga bahan dan hasil tindak balas (dengan formula), serta perubahan haba yang ditunjukkan.)*
3 marks
Rajah 11 menunjukkan susunan radas bagi eksperimen untuk menentukan haba pembakaran heksana.
3500 kJ haba dibebaskan apabila 1 mol heksana terbakar dalam oksigen berlebihan.
b(i)
Cadangkan satu pengubahsuaian yang boleh dilakukan ke atas susunan radas untuk mendapatkan perubahan suhu dengan lebih tepat. Berikan sebab jawapan anda.
2 marks
b(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi pembakaran heksana tersebut dan hitungkan jisim heksana yang diperlukan untuk pembakaran bagi membebaskan haba sebanyak 630 000 J.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1]
4 marks
c
Anda dibekalkan dengan bahan-bahan berikut:
- Pelet kalium hidroksida
- Ammonium klorida
- Kalsium klorida kontang
- Air suling
Huraikan satu eksperimen untuk menentukan perubahan suhu apabila bahan dilarutkan dalam air suling. Kelaskan bahan-bahan itu kepada bahan yang mengalami tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik.
6 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open