Rajah 1 menunjukkan struktur atom bagi sepasang isotop natrium.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan isotop?
1 marks
b
Tuliskan perwakilan piawai bagi atom natrium-23.
1 marks
c
Nyatakan kegunaan natrium-24.
1 marks
d
Bandingkan sifat kimia kedua-dua atom natrium dalam Rajah 1. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
25 marks
Jadual 1 menunjukkan maklumat sebahagian unsur yang terdapat dalam Kala 3 Jadual Berkala Unsur.
| Unsur | Natrium | Magnesium | Aluminium | Silikon | Klorin |
|---|---|---|---|---|---|
| Nombor proton | 11 | 12 | 13 | 14 | 17 |
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1,
a
Apakah maksud kala dalam Jadual Berkala Unsur?
1 marks
b
Nyatakan unsur yang wujud sebagai molekul dwiatom.
1 marks
c
Tuliskan susunan elektron bagi atom aluminium.
1 marks
d
Terangkan mengapa saiz atom natrium lebih besar berbanding atom klorin.
2 marks
36 marks
Rajah 2 menunjukkan satu tindak balas bagi menghasilkan garam tak terlarutkan.
a
Nyatakan maksud garam.
1 marks
b(i)
Kenal pasti
Larutan X: …
Bahan Y: …
2 marks
b(ii)
Apakah warna bahan Y?
1 marks
c
Tindak balas dalam Rajah 2 diwakili dengan persamaan kimia berikut:
Na~2~CO~3~ + CuSO~4~ $\rightarrow$ X + Y
Jika larutan natrium karbonat ditambahkan berlebihan ke dalam 0.2 mol larutan kuprum(II) sulfat, hitungkan jisim bahan Y yang terhasil.
[Jisim molar bahan Y = 124 g mol^-1^]
2 marks
47 marks
Rajah 3 menunjukkan sebahagian formula struktur bagi polimer X.
a(i)
Rajah 3
Berdasarkan Rajah 3,
Kenal pasti polimer X.
1 marks
a(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi menghasilkan polimer X.
2 marks
Jadual 2 menunjukkan sifat bagi dua jenis getah Y dan Z.
| Jenis getah | Sifat |
|---|---|
| Y | Kekuatan adalah tinggi; lebih tahan terhadap pengoksidaan; setelah diregangkan, getah Y dapat kembali semula kepada bentuk asal |
| Z | Kekuatan adalah rendah; lebih mudah teroksida; setelah diregangkan, getah Z lebih panjang daripada panjang asal |
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2,
b(i)
Kenal pasti getah Y dan getah Z.
2 marks
b(ii)
Bandingkan kekenyalan getah Y dan getah Z. Terangkan jawapan anda.
2 marks
58 marks
Rajah 4 menunjukkan dua bahan utama yang digunakan dalam pembuatan sabun.
a(i)
Namakan proses pembuatan sabun.
1 marks
a(ii)
Cadangkan satu bahan lain yang boleh menggantikan larutan natrium hidroksida pekat.
1 marks
b(i)
Asid palmitik dari minyak sawit dicampurkan dengan larutan natrium hidroksida pekat untuk menghasilkan sabun X, CH~3~(CH~2~)~14~COONa. Persamaan berikut mewakili tindak balas yang berlaku.
CH~3~(CH~2~)~14~COOH + NaOH $\rightarrow$ CH~3~(CH~2~)~14~COONa + H~2~O
Sekiranya 0.2 mol asid palmitik digunakan dalam tindak balas ini, hitungkan jisim sabun yang terhasil.
[Jisim molar CH~3~(CH~2~)~14~COONa = 278 g mol^-1^]
2 marks
b(ii)
Namakan sabun X.
1 marks
c
Semasa menyertai perkhemahan di pantai, Rafiq mendapati bajunya kotor kerana tertumpah kuah kari semasa makan tengah hari. Rafiq cuba mencuci bajunya dengan sabun di pantai tersebut. Adakah kesan kotoran pada baju Rafiq boleh dibersihkan? Terangkan jawapan anda.
3 marks
69 marks
Seorang pelajar menjalankan dua set eksperimen bagi mengkaji tentang tindak balas redoks. Maklumat eksperimen ditunjukkan dalam Jadual 3.
Jadual 3
a
Nyatakan maksud tindak balas redoks.
1 marks
Berdasarkan Set I,
b(i)
Terangkan perubahan yang berlaku.
2 marks
b(ii)
Berdasarkan pemerhatian, huraikan satu ujian kimia bagi mengesahkan kehadiran ion yang menyebabkan warna perang terbentuk.
2 marks
c(i)
Tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas penurunan dalam
Set I: …
Set II: …
2 marks
c(ii)
Nyatakan fungsi larutan ferum(II) sulfat dalam
Set I: …
Set II: …
2 marks
710 marks
Jadual 4.1 menunjukkan maklumat eksperimen tindak balas peneutralan antara asid X dan alkali Y yang menghasilkan garam natrium klorida dan air.
| Bahan tindak balas | Suhu awal bahan tindak balas / °C | Suhu maksimum campuran / °C |
|---|---|---|
| 25 cm^3^ asid X 1.0 mol dm^-3^ + 25 cm^3^ alkali Y 1.0 mol dm^-3^ | 29.0 | 35.0 |
Jadual 4.1
a(i)
Nyatakan maksud haba peneutralan.
1 marks
a(ii)
Namakan
Asid X: …
Alkali Y: …
2 marks
a(iii)
Hitungkan haba peneutralan bagi tindak balas dalam Jadual 4.1.
[Muatan haba tentu larutan, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
3 marks
a(iv)
Lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas tersebut.
*(Huraikan gambar rajah anda dalam perkataan: label paksi, aras-aras tenaga, bahan dan hasil pada setiap aras, dan nilai ΔH.)*
2 marks
b
Jadual 4.2 menunjukkan haba tindak balas bagi dua tindak balas kimia.
| Tindak balas | Persamaan ion | Haba tindak balas (kJ mol^-1^) |
|---|---|---|
| I | NH~4~Cl $\rightarrow$ NH~4~^+^ + Cl^-^ | +15.1 |
| II | NH~4~NO~3~ $\rightarrow$ NH~4~^+^ + NO~3~^-^ | +25.7 |
Jadual 4.2
Tindak balas yang manakah sesuai dijadikan sebagai bahan dalam pek sejuk untuk meredakan kesakitan otot? Terangkan jawapan anda.
2 marks
810 marks
Rajah 5 menunjukkan susunan radas bagi Eksperimen I dan Eksperimen II pada suhu yang berbeza untuk menentukan kadar tindak balas antara natrium tiosulfat dengan asid sulfurik.
a(i)
Rajah 5
Jadual 5 menunjukkan keputusan dua eksperimen itu.
| Eksperimen | Bahan tindak balas | Masa untuk tanda 'X' hilang dari penglihatan / s |
|---|---|---|
| I | 50 cm^3^ larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm^-3^ + asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^ berlebihan pada 30 °C | 40 |
| II | 50 cm^3^ larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm^-3^ + asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^ berlebihan pada 40 °C | 20 |
Jadual 5
Berdasarkan Rajah 5 dan Jadual 5,
Apakah warna mendakan sulfur?
Bandingkan kadar tindak balas Eksperimen I dan Eksperimen II.
1 marks
a(iv)
Terangkan jawapan anda di (a)(iii) menggunakan teori perlanggaran.
3 marks
b
Rajah 6 menunjukkan perbualan antara doktor dengan pesakit gastrik tentang cara pengambilan ubat.
Rajah 6
Berdasarkan perbualan dalam Rajah 6, bagaimanakah cara pengambilan ubat yang berkesan untuk meredakan kesakitan pesakit tersebut? Terangkan jawapan anda.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 7.1 dan 7.2 menunjukkan dua kaedah yang digunakan untuk menentukan formula empirik bagi oksida logam X dan oksida logam Y.
a(i)
Rajah 7.1 (atas) dan Rajah 7.2 (bawah)
Apakah maksud formula empirik?
1 marks
a(ii)
Cadangkan logam X dan logam Y. Terangkan mengapa logam tersebut dipilih.
4 marks
a(iii)
Berdasarkan Rajah 7.2, tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku antara asid hidroklorik dan zink. Hitungkan jisim zink yang diperlukan dalam tindak balas tersebut bagi menghasilkan 100 cm^3^ gas untuk digunakan dalam tindak balas menentukan formula empirik logam oksida Y.
[Jisim atom relatif: Zn = 65; Isi padu molar gas = 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
5 marks
Berikut adalah maklumat komposisi suatu hidrokarbon P yang boleh digunakan bagi menentukan formula molekulnya.
- Karbon: 85.70 %
- Hidrogen: 14.30 %
- Jisim molekul relatif = 56
b(i)
Berdasarkan maklumat di atas, tentukan
- formula empirik hidrokarbon P
- formula molekul hidrokarbon P
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12]
5 marks
b(ii)
Hidrokarbon P boleh terbakar dengan lengkap dalam udara. Tuliskan persamaan kimia bagi pembakaran lengkap hidrokarbon P dan terangkan maklumat yang dapat diperoleh dari persamaan kimia tersebut secara kualitatif dan kuantitatif.
5 marks
1020 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan radas mengkaji kekonduksian elektrik bagi sebatian X dan sebatian Y.
Rajah 8.1
Manakala Rajah 8.2 menunjukkan kedudukan unsur P, Q dan R dalam Jadual Berkala Unsur.
a(i)
Rajah 8.2
Berdasarkan Rajah 8.1 dan 8.2,
Nyatakan jenis sebatian X dan Y serta jenis zarah yang terdapat dalam kedua-dua sebatian tersebut.
4 marks
a(ii)
Pilih unsur-unsur yang bertindak balas membentuk sebatian X dan sebatian Y dan tuliskan formula kimia bagi sebatian X dan sebatian Y. Huraikan bagaimana ikatan terbentuk dalam sebatian X.
9 marks
a(iii)
Persamaan kimia berikut menunjukkan bagaimana kalium bertindak balas dengan Q untuk membentuk suatu sebatian.
4K + Q~2~ $\rightarrow$ 2K~2~Q
Hitungkan jisim hasil yang terbentuk di akhir tindak balas jika 7.8 g kalium bertindak balas dengan Q yang berlebihan.
[Jisim atom relatif: Q = 16, K = 39]
3 marks
b
Jadual 6 menunjukkan maklumat bagi sebatian M dan sebatian N.
Jadual 6
Bandingkan takat didih bagi sebatian M dan N. Jelaskan jawapan anda.
4 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Jadual 7 menunjukkan dua jenis sebatian karbon S dan T.
| Sebatian | Maklumat hidrokarbon |
|---|---|
| S | Hidrokarbon tepu; ahli keempat dalam siri homolognya |
| T | Hidrokarbon tak tepu dengan ikatan ganda dua antara atom karbon; ahli ketiga dalam siri homolognya |
Jadual 7
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon tepu?
1 marks
a(ii)
Cadangkan nama bagi sebatian S dan T.
2 marks
a(iii)
Sebatian S dan T boleh dijadikan sebagai bahan api di rumah. Bahan api yang manakah kurang memberi kesan pencemaran kepada alam sekitar? Tunjukkan pengiraan peratus karbon dan terangkan alasan anda.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12]
4 marks
b
Rajah 9.1 menunjukkan penukaran bagi beberapa sebatian organik.
Rajah 9.1
Nyatakan Proses I, siri homolog bagi sebatian X dan kumpulan berfungsi bagi sebatian Y. Namakan dan tuliskan formula molekul bagi sebatian Z.
5 marks
c
Rajah 9.2 menunjukkan 2 botol yang mengandungi cecair tak berwarna.
Rajah 9.2
Dengan menggunakan serbuk natrium bikarbonat, huraikan satu ujian kimia bagaimana untuk membezakan kedua-dua cecair tersebut. Nyatakan pemerhatian dan kelaskan bahan tersebut kepada siri homolog masing-masing.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open