Rajah 1 menunjukkan peta buih bagi contoh-contoh bahan buatan dalam industri.
Peta buih: bulatan tengah "Bahan buatan dalam industri" disambungkan kepada tiga bulatan: "Keluli nirkarat", "Seramik" dan "Kaca fotokromik".
Rajah 1
a(i)
Apakah unsur utama dalam keluli nirkarat?
1 marks
a(ii)
Keluli nirkarat lebih keras daripada logam tulennya. Terangkan mengapa.
2 marks
b
Nyatakan satu sifat istimewa kaca fotokromik.
1 marks
c
Selain daripada membuat pasu, apakah kegunaan lain seramik dalam kehidupan harian?
1 marks
25 marks
Jadual 2 menunjukkan dua jenis produk yang diperbuat daripada dua jenis getah yang berbeza.
a
Getah adalah sejenis polimer. Apakah yang dimaksudkan dengan polimer?
1 marks
b
Nyatakan nama monomer bagi getah asli.
1 marks
c(i)
Produk B lebih kuat berbanding produk A. Terangkan jawapan anda.
2 marks
c(ii)
Nyatakan **satu** ciri lain produk B selain daripada di 2(c)(i).
1 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan persamaan bagi tindak balas respirasi sel yang berlaku dalam badan manusia.
Glukosa + Oksigen $\rightarrow$ Karbon dioksida + Air
Rajah 3
a
Formula molekul bagi glukosa ialah C~6~H~12~O~6~. Tuliskan formula empirik bagi glukosa.
1 marks
Berdasarkan Rajah 3,
b(i)
tuliskan persamaan kimia bagi mewakili tindak balas respirasi sel itu.
2 marks
b(ii)
hitungkan isi padu gas karbon dioksida yang terhasil pada keadaan bilik jika 360 g glukosa digunakan dalam tindak balas itu.
[Jisim molar glukosa = 180 g mol^-1^; Isi padu molar gas pada keadaan bilik = 24 dm^3^ mol^-1^]
3 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan satu pernyataan berkaitan bawang putih dan ginseng yang boleh digunakan sebagai ubat tradisional.
> "Kajian saintifik telah mendapati bahawa bawang putih boleh digunakan sebagai satu rawatan yang berkesan melawan bakteria dan ginseng boleh digunakan bagi membina pertahanan badan terhadap jangkitan"
Berdasarkan Rajah 4,
a(i)
bagaimanakah cara bawang putih atau ginseng digunakan untuk merawat penyakit?
1 marks
a(ii)
berikan dua kelebihan menggunakan ubat-ubat yang dinyatakan dalam Rajah 4.
2 marks
Ali adalah seorang pesakit gastrik dan dia sedang mengalami sakit kepala. Bagi meredakan sakit kepalanya, Ali telah mengambil aspirin. Malangnya, dia mengalami kesakitan dalam perut.
b(i)
Terangkan mengapa beliau mengalami keadaan sedemikian.
2 marks
b(ii)
Cadangkan nama ubat yang boleh menggantikan aspirin.
1 marks
b(iii)
Nyatakan kesan sampingan jika ubat yang dicadangkan di 4(b)(ii) diambil secara berlebihan.
1 marks
58 marks
Jadual 5 menunjukkan nombor proton dan nombor nukleon bagi atom V, atom W dan atom X.
| Atom | Nombor proton | Nombor nukleon |
|---|---|---|
| V | 6 | 12 |
| W | 11 | 23 |
| X | 17 | 35 |
Jadual 5
a
Apakah yang dimaksudkan dengan nombor nukleon?
1 marks
b
Atom Z-14 merupakan isotop kepada atom V. Tentukan bilangan neutron dalam atom Z.
1 marks
Unsur W dan unsur X boleh bertindak balas untuk menghasilkan pepejal putih yang mempunyai takat lebur yang tinggi.
c(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas itu.
2 marks
c(ii)
Hitungkan jisim pepejal yang terhasil jika 0.05 mol W terlibat dalam tindak balas itu.
2 marks
d
Unsur V dan unsur X bertindak balas menghasilkan sebatian VX~4~ yang mempunyai takat lebur yang rendah. Terangkan perbezaan takat lebur bagi sebatian VX~4~ dengan pepejal putih yang terbentuk dalam 5(c).
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan graf isi padu gas karbon dioksida melawan masa bagi tindak balas antara serbuk magnesium karbonat berlebihan dengan 50 cm^3^ asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^.
a
Nyatakan jenis zarah dalam magnesium karbonat.
1 marks
b
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas itu.
2 marks
Berdasarkan Rajah 6,
c(i)
mengapakah lengkung pada graf mendatar selepas 7 minit?
1 marks
c(ii)
hitung kadar tindak balas pada minit kedua.
*(Huraikan tangen anda dalam perkataan: di titik mana pada lengkung tangen dilukis dan koordinat dua titik yang anda baca daripada tangen itu.)*
2 marks
Jadual 6 menunjukkan maklumat bagi dua set eksperimen untuk menyiasat faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara kalsium karbonat dengan asid nitrik.
| Set | Bahan tindak balas | Masa yang diambil untuk mengumpulkan 30 cm^3^ gas karbon dioksida (s) |
|---|---|---|
| I | 5 g serbuk kalsium karbonat + 50 cm^3^ asid nitrik 1.0 mol dm^-3^ | 32 |
| II | 5 g serbuk kalsium karbonat + 25 cm^3^ asid nitrik 2.0 mol dm^-3^ | 20 |
Jadual 6
d
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 6, bandingkan kadar tindak balas antara Set I dan Set II. Terangkan jawapan anda dengan menggunakan teori perlanggaran.
3 marks
710 marks
Jadual 7.1 menunjukkan susunan radas dan pemerhatian bagi satu proses elektrolisis.
Jadual 7.1
Jadual 7.2 menunjukkan nilai E° bagi beberapa sel setengah.
| Tindak balas sel setengah | Nilai E° (V) |
|---|---|
| Na^+^(ak) + e $\rightleftharpoons$ Na(p) | −2.71 |
| 2H^+^(ak) + 2e $\rightleftharpoons$ H~2~(g) | 0.00 |
| O~2~(g) + 2H~2~O(ce) + 4e $\rightleftharpoons$ 4OH^-^(ak) | +0.40 |
| Ag^+^(ak) + e $\rightleftharpoons$ Ag(p) | +0.80 |
| NO~3~^-^(ak) + 4H^+^(ak) + 3e $\rightleftharpoons$ NO(g) + 2H~2~O(ce) | +0.96 |
| Cl~2~(g) + 2e $\rightleftharpoons$ 2Cl^-^(ak) | +1.36 |
Jadual 7.2
a(i)
Nilai keupayaan elektrod piawai, E° bagi sesuatu elektrod dapat diukur dengan menggandingkan elektrod tersebut dengan elektrod hidrogen piawai di bawah keadaan piawai. Nyatakan salah satu keadaan tersebut.
1 marks
a(ii)
Berdasarkan pemerhatian dalam Jadual 7.1 dan nilai E° yang diberikan dalam Jadual 7.2, apakah elektrolit yang digunakan?
1 marks
a(iii)
Eksperimen dalam Jadual 7.1 diulang dengan melakukan pengubahsuaian pada susunan radas dan gas yang terhasil di anod diuji seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.
Sebagai seorang pelajar kimia, apakah pengubahsuaian yang telah dilakukan terhadap susunan radas dalam Jadual 7.1? Terangkan bagaimana gas tersebut terhasil.
3 marks
Rajah 7.2 menunjukkan proses pengekstrakan aluminium daripada aluminium oksida.
b
Adakah proses pengekstrakan tersebut sesuai dijalankan dalam industri? Wajarkan.
2 marks
Jadual 7.3 menunjukkan susunan radas dalam satu eksperimen yang digunakan untuk mengkaji kesan logam yang berbeza ke atas pengaratan paku besi.
c
Terangkan perbezaan pemerhatian dalam tabung uji bagi kedua-dua set eksperimen dalam Jadual 7.3.
3 marks
810 marks
Rajah 8 menunjukkan susunan radas bagi suatu eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji haba pembakaran propanol, C~3~H~7~OH.
Rajah 8
Dalam eksperimen ini, 200 cm^3^ air dalam bekas kuprum mengalami peningkatan suhu sebanyak 30.0 °C. Jisim bagi propanol, C~3~H~7~OH dalam pelita berkurang sebanyak 3.0 g.
a(i)
Mengapakah bekas kuprum digunakan dalam eksperimen ini?
1 marks
a(ii)
Berikan sebab mengapa bahagian bawah bekas kuprum menjadi hitam setelah dipanaskan.
1 marks
a(iii)
Hitungkan haba pembakaran bagi propanol, C~3~H~7~OH.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16; Muatan haba tentu air, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; Ketumpatan air = 1.0 g cm^-3^]
3 marks
Jadual 8 menunjukkan formula molekul dan haba pembakaran bagi metanol dan etanol.
| Alkohol | Formula molekul | Haba pembakaran (kJ mol^-1^) |
|---|---|---|
| Metanol | CH~3~OH | −723 |
| Etanol | C~2~H~5~OH | −1360 |
Jadual 8
b
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 8, bandingkan haba pembakaran antara metanol dan etanol. Terangkan mengapa terdapat perbezaan antara nilai haba pembakaran bagi alkohol itu.
2 marks
c
Alex mengikuti perkhemahan di hutan. Selain dari makanan dan minuman dalam tin, berikut adalah bahan dan peralatan yang dibawa bersama:
- Air
- Besen kecil
- Serbuk ammonium nitrat
- Serbuk kalsium oksida
Alex ingin menyejukkan minuman di dalam tin. Dengan memilih bahan-bahan yang sesuai, huraikan bagaimana Alex dapat menyejukkan minuman itu?
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan carta pai peratus penggunaan klorin dalam kehidupan seharian.
a(i)
Nyatakan warna dan keadaan fizik bagi unsur klorin pada suhu bilik.
2 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 9.1, 5 % klorin digunakan dalam rawatan air untuk membasmi bakteria. Apabila klorin bertindak balas dengan air, larutan tidak berwarna akan terhasil. Nyatakan pemerhatian apabila kertas litmus biru dicelupkan ke dalam larutan itu. Berikan sebab bagi jawapan anda. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas.
4 marks
Jadual 9.1 menunjukkan pemerhatian apabila unsur P dan unsur Q bertindak balas dengan oksigen untuk membentuk sebatian berbeza.
b(i)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas II. Hitungkan jisim sebatian yang terbentuk apabila 3.12 g unsur Q bertindak balas lengkap dengan oksigen.
[Jisim atom relatif: O = 16, Q = 39]
5 marks
b(ii)
Berdasarkan pemerhatian dalam Jadual 9.1, bandingkan kereaktifan unsur P dan unsur Q terhadap oksigen. Terangkan jawapan anda.
5 marks
Jadual 9.2 menunjukkan keputusan eksperimen bagi mengkaji sifat oksida bagi unsur X, Y dan Z yang terletak dalam Kala 3 Jadual Berkala Unsur. Pepejal oksida tersebut ditambahkan kepada asid nitrik dan larutan kalium hidroksida secara berasingan.
| Oksida bagi unsur | Tindak balas dengan asid nitrik | Tindak balas dengan larutan kalium hidroksida |
|---|---|---|
| Oksida X | Tiada perubahan (pepejal kekal di dasar tabung uji) | Larutan tidak berwarna |
| Oksida Y | Larutan tidak berwarna | Tiada perubahan (pepejal kekal di dasar tabung uji) |
| Oksida Z | Larutan tidak berwarna | Larutan tidak berwarna |
Jadual 9.2
c
Cadangkan oksida unsur bagi X, Y dan Z. Susun unsur X, Y dan Z mengikut tertib menurun keelektronegatifan.
4 marks
1020 marks
Jadual 10.1 menunjukkan kepekatan dan nilai pH bagi dua jenis asid dengan kebesan yang sama.
| Asid A, 1.0 mol dm^-3^ | Asid B, 1.0 mol dm^-3^ |
|---|---|
| Nilai pH antara 3 hingga 7 | Nilai pH kurang daripada 3 |
Jadual 10.1
a
Apakah yang dimaksudkan dengan asid? Berdasarkan Jadual 10.1, cadangkan asid A dan asid B dan terangkan perbezaan nilai pH bagi kedua-dua asid.
6 marks
Jadual 10.2 menunjukkan kesan pemanasan ke atas dua sebatian ion yang berbeza iaitu sebatian X dan Y. Sebatian-sebatian tersebut terdiri daripada kation yang sama. Pemanasan sebatian-sebatian tersebut menghasilkan pepejal yang berwarna kuning apabila panas dan bertukar putih apabila sejuk.
b
Tulis formula kimia bagi sebatian X dan sebatian Y. Nyatakan nama bagi gas P, gas Q dan gas R yang dibebaskan dalam Tindak balas I dan II. Cadangkan bahan tindak balas untuk menghasilkan sebatian X. Tulis persamaan kimia bagi Tindak balas II.
9 marks
Rajah 10 menunjukkan susunan radas untuk menghasilkan garam tak terlarutkan.
c
Namakan tindak balas bagi menghasilkan garam tak terlarutkan. Berdasarkan Rajah 10, tuliskan persamaan ion untuk menunjukkan pembentukan mendakan X. Jika 0.05 mol plumbum(II) nitrat bertindak balas dengan larutan kalium iodida berlebihan, hitungkan jisim mendakan X.
[Jisim atom relatif: I = 127, Pb = 207]
5 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11 menunjukkan dua isomer bagi sebatian V.
Berdasarkan Rajah 11,
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan keisomeran struktur?
1 marks
a(ii)
Sebatian V mempunyai tiga isomer. Lukis formula struktur yang lain bagi isomer sebatian V dan nyatakan nama isomer itu dengan menggunakan sistem penamaan IUPAC.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: rantai atom karbon, kedudukan ikatan ganda dua, dan atom atau kumpulan yang terikat pada setiap atom karbon, serta nama IUPAC isomer itu.)*
2 marks
a(iii)
Sebatian W dihasilkan melalui tindak balas penghidratan daripada sebatian V. Tulis persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku dan tentukan jisim sebatian W yang terhasil apabila 0.125 mol sebatian V digunakan dalam tindak balas tersebut.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
4 marks
Jadual 11 menunjukkan maklumat bagi sebatian R, sebatian S dan sebatian T.
| Sebatian | Maklumat |
|---|---|
| R | Terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen; Mempunyai 2 atom karbon; Larut dalam air; Bertindak balas dengan asid etanoik menghasilkan ester U |
| S | Terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen sahaja; Mempunyai 3 atom karbon; Tidak menyahwarnakan warna ungu larutan kalium manganat(VII) berasid |
| T | Terdiri daripada unsur karbon dan hidrogen sahaja; Mempunyai 3 atom karbon; Menyahwarnakan warna ungu larutan kalium manganat(VII) berasid |
Jadual 11
Berdasarkan maklumat dalam Jadual 11:
b(i)
Kenal pasti sebatian R, S dan T dan seterusnya terangkan perbezaan pemerhatian bagi sebatian S dan sebatian T apabila bertindak balas dengan larutan kalium manganat(VII) berasid.
5 marks
b(ii)
Sebatian R dapat disediakan secara tindak balas kimia melalui proses penapaian glukosa. Dengan menggunakan bahan yang sesuai yang terdapat di rumah anda, terangkan bagaimana anda dapat menyediakan sebatian R di makmal sekolah. Dalam penerangan anda, terangkan bagaimana sebatian R tulen dapat dikumpulkan.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open