Jisim suatu atom adalah sangat kecil dan sukar untuk ditentukan. Maka ia dapat ditentukan dengan membandingkan dengan suatu atom piawai dan dikenali sebagai jisim atom relatif. Pada 1961, semua ahli kimia seluruh dunia bersetuju telah memilih satu isotop piawai digunakan sebagai rujukan.
a
Nyatakan maksud jisim atom relatif.
1 marks
b(i)
Nyatakan nama isotop yang dipilih sebagai rujukan dalam menentukan jisim atom.
1 marks
b(ii)
Berikan satu sebab mengapa isotop di (b)(i) dipilih.
1 marks
Rajah 1 menunjukkan perbandingan antara atom X dengan atom rujukan yang dinyatakan di (b)(i).
c(i)
Berdasarkan Rajah 1, tentukan jisim atom relatif bagi atom X.
1 marks
c(ii)
Nyatakan, berapa kali satu atom ferum lebih berat berbanding satu atom nitrogen?
[Jisim atom relatif: N = 14, Fe = 56]
1 marks
25 marks
Seramik banyak digunakan dalam kehidupan seharian seperti dalam bidang perubatan, pengangkutan, penjanaan tenaga dan tembikar. Rajah 2 menunjukkan contoh bagi 2 jenis seramik.
a
Nyatakan maksud seramik.
1 marks
b
Nyatakan dua sifat asas seramik.
2 marks
c
Kenal pasti jenis seramik X dan seramik Y.
Seramik X: …
Seramik Y: …
2 marks
36 marks
Rajah 3 menunjukkan dua produk yang diperbuat daripada getah.
a
Nyatakan maksud getah sintetik.
1 marks
b
Berikan satu produk lain yang diperbuat daripada getah sintetik.
1 marks
c
Nyatakan dua perbezaan antara getah asli dengan getah sintetik.
2 marks
d
Penggunaan getah secara tidak lestari akan mengakibatkan pencemaran terhadap alam sekitar. Getah sintetik terutamanya mengambil masa yang lama untuk terurai dan menyukarkan proses pelupusan. Cadangkan penyelesaian secara kreatif dan inovatif untuk mengurangkan masalah melupuskan getah sintetik.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan lengkung pemanasan bagi pepejal X, C~10~H~8~.
a
Nyatakan maksud takat lebur.
1 marks
b
Nyatakan jenis zarah bagi pepejal X.
1 marks
c
Dari titik B ke titik C pada lengkungan pemanasan, suhu kekal dan tidak berubah. Terangkan.
2 marks
d
Cecair X disejukkan sehingga ke suhu bilik. Lakarkan graf suhu melawan masa bagi proses penyejukan cecair X dan labelkan takat beku pada graf tersebut.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: label kedua-dua paksi, bentuk lengkung penyejukan dan di mana takat beku ditunjukkan.)*
3 marks
58 marks
Jadual 5 menunjukkan formula molekul bagi tiga ahli suatu siri homolog.
| Sebatian | Formula molekul |

| P | C~2~H~4~ |
| Q | C~3~H~6~ |
| R | C~4~H~8~ |
Jadual 5
a(i)
Nyatakan maksud siri homolog.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu ciri siri homolog.
1 marks
b
Lukis formula struktur bagi molekul Q dan bulatkan kumpulan berfungsinya.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: atom-atom dalam molekul Q, ikatan antara atom-atom itu, dan bahagian yang anda bulatkan sebagai kumpulan berfungsi.)*
2 marks
Persamaan di bawah menunjukkan tindak balas pembakaran etena.
**Etena + O~2~ $\rightarrow$ Gas V + Sebatian W**
c(i)
Etena terbakar dalam oksigen berlebihan menghasilkan gas V dan sebatian W. Hitung peratus jisim karbon per molekul bagi etena.
2 marks
c(ii)
Namakan satu bahan uji yang boleh digunakan untuk menguji gas V dalam tindak balas tersebut dan nyatakan pemerhatian.
2 marks
69 marks
Perkembangan pesat dunia keusahawanan telah menyaksikan lambakan pelbagai produk kecantikan di pasaran sehingga tidak terkawal. Rajah 6.1 menunjukkan 10 bahan berbahaya yang perlu dielakkan dalam produk solekan dan penjagaan kulit.
> **TOP 10 HARMFUL INGREDIENTS TO AVOID IN MAKEUP AND SKINCARE PRODUCTS**

> ✓ Parabens · ✓ Artificial Fragrance/Parfum · ✓ Sodium Lauryl Sulfate · ✓ Toluene · ✓ Phthalates · ✓ Polyethylene Glycol (PEG) · ✓ Formaldehyde · ✓ Oxybenzone · ✓ Diethanolamine
Rajah 6.1
a(i)
Paraben digunakan secara meluas sebagai pengawet. Apakah fungsi pengawet dalam produk kosmetik?
1 marks
a(ii)
Nyatakan kesan penggunaan kosmetik yang mempunyai bahan kimia berbahaya terhadap pengguna.
1 marks
Rajah 6.2 menunjukkan tiga jenis ubat moden.
b(i)
Berdasarkan Rajah 6.2, nyatakan ubat analgesik.
1 marks
b(ii)
Mengapakah pesakit mesti menghabiskan semua streptomisin seperti yang dipreskripsikan oleh doktor?
2 marks
Jadual 6 menunjukkan maklumat bagi tiga bahan tambah makanan yang berbeza P, Q dan R.
| Jenis bahan tambah makanan | Contoh bahan tambah makanan | Maklumat |

| Perisa | P | Ditambah kepada minuman ringan berkalori rendah supaya ia menjadi manis dan untuk kegunaan pesakit diabetes |
| Q | Pektin | Ditambah dalam agar dan jem bagi mendapatkan tekstur lebih pekat |
| R | Cuka | Ditambah kepada jeruk cili untuk menyediakan keadaan berasid dan melambatkan atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma |
Jadual 6
c(i)
Cadangkan nama bahan tambah makanan bagi P, Q dan R.
P: …
Q: …
R: …
3 marks
c(ii)
Pak Usop telah menghidap penyakit darah tinggi selama 10 tahun. Doktor menasihatkan beliau supaya mengurangkan pengambilan sejenis bahan tambah makanan dalam diet harian beliau. Berdasarkan Jadual 6, nyatakan satu contoh bagi bahan tambah makanan tersebut.
1 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji pemindahan elektron pada satu jarak antara larutan kalium iodida dan larutan kalium dikromat(VI) berasid.
a(i)
Nyatakan fungsi bagi asid sulfurik cair.
1 marks
a(ii)
Nyatakan satu pemerhatian yang berlaku kepada tindak balas di elektrod Y.
1 marks
a(iii)
Tuliskan setengah persamaan di elektrod X.
2 marks
a(iv)
Apakah perubahan nombor pengoksidaan bagi iodin dalam tindak balas itu?
1 marks
Jadual 7 menunjukkan pemerhatian bagi eksperimen untuk mengkaji kesan logam lain ke atas pengaratan paku besi.
| Set | Eksperimen | Pemerhatian |

| I | Paku besi dililit dengan logam P + agar-agar + larutan kalium heksasianoferat(III) | Tompok biru tua |
| II | Paku besi dililit dengan logam Q + agar-agar + larutan kalium heksasianoferat(III) | Tiada perubahan |
Jadual 7
b(i)
Kenal pasti logam P.
1 marks
b(ii)
Terangkan pemerhatian bagi Set I.
2 marks
Rajah 7.2 menunjukkan dua jenis pagar besi yang berbeza.
c
Encik Zahid ingin memasang pagar untuk rumahnya yang terletak berhampiran kawasan pantai. Beliau inginkan sebuah pagar yang tahan lama. Encik Zahid telah memilih pagar besi bersadur zink untuk rumah beliau. Wajarkan pemilihan Encik Zahid.
2 marks
810 marks
Rajah 8.1 menunjukkan aras tenaga untuk tindak balas pemendakan argentum klorida.
Rajah 8.1
Berdasarkan Rajah 8.1,
a(i)
Hitung haba yang dibebaskan apabila 14.35 g argentum klorida terbentuk?
2 marks
a(ii)
Nyatakan jenis tindak balas yang berlaku.
1 marks
a(iii)
Bandingkan perubahan tenaga semasa pemecahan ikatan dan pembentukan ikatan dalam tindak balas tersebut.
1 marks
Jadual 8 menunjukkan perubahan suhu apabila larutan argentum nitrat bertindak balas dengan larutan klorida yang berlainan.
| Eksperimen | Bahan tindak balas | Perubahan suhu (°C) |

| I | 50 cm^3^ larutan argentum nitrat 1.0 mol dm^-3^ + 50 cm^3^ larutan natrium klorida 1.0 mol dm^-3^ | 5 |
| II | 50 cm^3^ larutan argentum nitrat 1.0 mol dm^-3^ + 50 cm^3^ larutan kalium klorida 1.0 mol dm^-3^ | y |
Jadual 8
b
Ramalkan nilai y dalam Eksperimen II. Terangkan jawapan anda.
3 marks
c
Semasa hari sukan sekolah, rakan Ahmad, Raju telah mengalami kecederaan dan buku lalinya terseliuh seperti dalam Rajah 8.2. Raju dibawa ke khemah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) untuk mendapatkan rawatan. Selaku kadet yang bertugas, Ahmad telah menggunakan pek sejuk untuk merawat kecederaan Raju. Wajarkah tindakan Ahmad? Terangkan.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan perwakilan piawai bagi atom klorin.
$^{35}_{17}\text{Cl}$
Rajah 9
a(i)
Nyatakan keadaan fizikal klorin pada keadaan bilik.
1 marks
a(ii)
Kenal pasti kedudukan bagi atom klorin dalam Jadual Berkala Unsur.
1 marks
a(iii)
Lukiskan susunan elektron bagi klorin yang wujud sebagai molekul diwiatom.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan petala dan elektron bagi setiap atom, label, dan elektron yang dikongsi.)*
2 marks
a(iv)
Tindak balas antara natrium dengan klorin menghasilkan satu sebatian yang mempunyai takat lebur yang tinggi. Tentukan jisim sebatian yang terbentuk apabila 2.3 g natrium bertindak balas dengan klorin berlebihan.
[Jisim atom relatif: Na = 23, Cl = 35.5]
6 marks
Jadual 9.1 menunjukkan maklumat tentang logam Q dan logam R.
| Logam Q | Logam R |

| Bertindak balas dengan klorin menghasilkan pepejal putih, QCl. | Bertindak balas dengan klorin menghasilkan pepejal hijau, RCl~2~ atau pepejal perang, RCl~3~. |
Jadual 9.1
b
Berdasarkan Jadual 9.1, kenal pasti logam peralihan dan beri alasan untuk jawapan anda.
2 marks
Jadual 9.2 menunjukkan keputusan apabila tiga oksida unsur Kala 3 ditambah kepada larutan natrium hidroksida dan asid nitrik.
| Oksida | Ditambah kepada natrium hidroksida | Ditambah kepada asid nitrik |

| Oksida bagi X | Tindak balas berlaku | Tindak balas berlaku |
| Oksida bagi Y | Tiada tindak balas | Tindak balas berlaku |
| Oksida bagi Z | Tindak balas berlaku | Tiada tindak balas |
Jadual 9.2
c
Berdasarkan Jadual 9.2, susun saiz atom X, Y dan Z dalam tertib menaik. Nyatakan jenis oksida bagi X, oksida bagi Y dan oksida bagi Z. Kemudian nyatakan keterlarutan bagi setiap oksida di dalam air dan pilih sebatian oksida yang apabila larut dalam air menghasilkan larutan beralkali.
8 marks
1020 marks
Fatimah ingin menyediakan satu larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm^-3^ dengan menggunakan sebuah kelalang volumetrik 500 cm^3^. Larutan ini dikenali sebagai larutan piawai. Rajah 10.1 menunjukkan susunan alat radas yang digunakan.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan larutan piawai? Nyatakan sebab kelalang volumetrik digunakan di dalam penyediaan larutan piawai.
2 marks
a(ii)
Untuk menyediakan larutan piawai seperti dalam Rajah 10.1, Fatimah telah menambahkan X g pepejal natrium hidroksida ke dalam sebuah kelalang volumetrik 500 cm^3^. Kemudian, air suling ditambahkan sehingga mencapai tanda senggatan. Hitungkan nilai X.
[Jisim molar bagi natrium hidroksida = 40 g mol^-1^]
2 marks
Larutan piawai dalam Rajah 10.1 digunakan untuk menentukan kepekatan satu sampel asid sulfurik menggunakan kaedah pentitratan. Rajah 10.2 menunjukkan susunan alat radas yang digunakan.
b
Peneutralan lengkap 50.0 cm^3^ larutan natrium hidroksida 1.0 mol dm^-3^ memerlukan 25.0 cm^3^ asid sulfurik. Tuliskan persamaan tindak balas yang berlaku. Hitungkan kepekatan asid sulfurik tersebut dalam mol dm^-3^ dan g dm^-3^.
[Jisim atom relatif: H = 1, S = 32, O = 16]
6 marks
Jadual 10 menunjukkan maklumat tentang empat larutan P, Q, R dan S. Larutan P, Q, R dan S mungkin asid monoprotik atau alkali.
| Larutan | Maklumat |

| P | - Nilai pH adalah 2
- Darjah pengionan adalah 100%
- Bertindak balas dengan larutan R dan S menghasilkan garam dan air |
| Q | - Nilai pH adalah 6
- Darjah pengionan adalah kurang daripada 100%
- Bertindak balas dengan larutan R dan S menghasilkan garam dan air |
| R | - Nilai pH adalah 13
- Darjah pengionan adalah 100%
- Bertindak balas dengan larutan P dan Q menghasilkan garam dan air |
| S | - Nilai pH adalah 8
- Darjah pengionan adalah kurang daripada 100%
- Bertindak balas dengan larutan P dan Q menghasilkan garam dan air |
Jadual 10
c(i)
Berdasarkan Jadual 10, nyatakan satu contoh yang sesuai bagi larutan P, Q, R dan S.
4 marks
c(ii)
Terangkan perbezaan nilai pH bagi
- larutan P dan larutan Q
- larutan R dan larutan S
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Murid Al-Farabi menjalankan eksperimen bagi menentukan kadar tindak balas. Jadual 11 menunjukkan bahan tindak balas yang digunakan bagi Eksperimen I dan Eksperimen II. Asid X adalah asid kuat diprotik.
| Eksperimen | Bahan tindak balas | Suhu (°C) |

| I | 100 cm^3^ asid X 1.0 mol dm^-3^ dan serbuk aluminium | 40.0 |
| II | 50 cm^3^ asid X 1.0 mol dm^-3^ dan serbuk aluminium | 30.0 |
Jadual 11
a(i)
Nyatakan maksud kadar tindak balas.
1 marks
a(ii)
Nyatakan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas di atas.
1 marks
a(iii)
Cadangkan asid X. Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas Eksperimen II di atas. Hitungkan isi padu maksimum gas yang terbebas.
[Isi padu molar gas pada keadaan bilik ialah 24 dm^3^ mol^-1^]
6 marks
a(iv)
Bandingkan kadar tindak balas antara Eksperimen I dan Eksperimen II. Terangkan jawapan anda berdasarkan teori pelanggaran.
4 marks
Rajah 11 menunjukkan perbualan antara Din dan Lee semasa menjalankan eksperimen antara asid kuat dan logam zink.
> **Din:** Lee, kenapa dalam tabung uji anda lebih banyak gas terbebas berbanding saya?

> **Lee:** Saya menggunakan asid sulfurik, tidak sama seperti asid yang Din gunakan.
Rajah 11
b
Berdasarkan Rajah 11, nyatakan nama asid yang digunakan oleh Din dan huraikan satu eksperimen untuk mengkaji satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas di atas.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open