Jadual 1 menunjukkan bilangan proton dan neutron bagi atom Q dan X. Huruf yang digunakan bukan simbol sebenar bagi unsur tersebut.
| Unsur | Bilangan proton | Bilangan neutron |
|---|---|---|
| Q | 11 | 12 |
| X | 17 | 18 |
Jadual 1
a(i)
Apakah nombor nukleon bagi atom Q?
1 marks
a(ii)
Tulis susunan elektron bagi atom Q.
1 marks
a(iii)
Lukis susunan elektron bagi ion Q.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bilangan petala, bilangan elektron dalam setiap petala, nukleus, dan cas ion.)*
1 marks
Atom Z ialah isotop bagi atom X.
b(i)
Nyatakan bilangan proton dalam atom Z.
1 marks
b(ii)
Mengapakah atom X dan Z mempunyai sifat kimia yang sama?
1 marks
25 marks
Rajah 2.1 menunjukkan suatu peralatan yang diperbuat daripada sejenis aloi.
a(i)
Nyatakan maksud aloi.
1 marks
a(ii)
Namakan aloi bagi peralatan dalam Rajah 2.1.
1 marks
a(iii)
Nyatakan dua unsur yang menghasilkan aloi bagi jawapan anda di a(ii).
1 marks
b
Rajah 2.2 menunjukkan tanah liat putih yang digunakan untuk membuat tembikar berwarna putih.
Bagaimanakah anda hendak menghasilkan sejenis tembikar berwarna hijau?
2 marks
36 marks
Jadual 3 menunjukkan maklumat unsur dalam Jadual Berkala Unsur.
| Unsur | Na | Mg | Al | Si | P | S | Cl |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Susunan elektron | 2.8.1 | 2.8.2 | 2.8.3 | 2.8.4 | 2.8.5 | 2.8.6 | 2.8.7 |
| Jejari atom (nm) | 186 | 160 | 143 | 118 | 110 | 104 | 100 |
Jadual 3
a
Kala yang manakah unsur itu terletak?
1 marks
b
Nyatakan unsur yang wujud sebagai molekul dwiatom.
1 marks
c
Natrium terbakar dalam oksigen membentuk natrium oksida.
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas itu.
2 marks
d
Merujuk kepada perubahan jejari atom, terangkan mengapa keelektronegatifan bertambah merentasi kala dari kiri ke kanan.
2 marks
47 marks
Rajah 4.1 menunjukkan tiga rajah susunan elektron bagi sebatian E, F dan G.
a
Nyatakan jenis sebatian E.
1 marks
Sebatian F dan G masing-masing boleh bertindak balas dengan sebatian E. Nyatakan nama ikatan baharu yang terbentuk antara
b(i)
Sebatian E dan sebatian F: …
1 marks
b(ii)
Sebatian E dan sebatian G: …
1 marks
c
Rajah 4.2 menunjukkan pembentukan ikatan logam aluminium.
Rajah 5.1 menunjukkan satu susunan radas untuk menyediakan garam tak terlarutkan antara larutan kuprum(II) klorida dan larutan natrium karbonat.
a(i)
Nyatakan maksud garam.
1 marks
a(ii)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas itu.
1 marks
a(iii)
Hitung jisim mendakan yang terbentuk.
[Jisim atom relatif: Cu = 64; C = 12; O = 16]
3 marks
a(iv)
Eksperimen itu diulangi dengan menggantikan larutan natrium karbonat dengan larutan P. Didapati garam tak terlarutkan yang dihasilkan adalah sama. Kenal pasti larutan P.
1 marks
Rajah 5.2 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen untuk mengkaji tindakan haba ke atas garam karbonat.
b
Terangkan perbezaan bagi pemerhatian antara Eksperimen I dengan Eksperimen II.
2 marks
69 marks
Rajah 6.1 menunjukkan cengkerang. Cengkerang terbina daripada sejenis garam.
Salma memecahkan cengkerang ini kepada kepingan kecil. Kemudian dia memasukkan kepingan cengkerang yang kecil ini ke dalam tabung uji dan menambahkan 50 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^. Gas T terbebas.
a(i)
Nyatakan nama gas T.
1 marks
a(ii)
Tuliskan persamaan kimia yang terlibat dalam tindak balas ini.
2 marks
Munirah menggunakan hablur asid oksalik terhidrat, (COOH)~2~.2H~2~O untuk menyediakan larutan piawai berasid seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2.
b(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan larutan piawai?
1 marks
b(ii)
Hitung jisim hablur asid oksalik terhidrat, (COOH)~2~.2H~2~O yang perlu dilarutkan dengan 500 cm^3^ air suling untuk menghasilkan larutan piawai berasid dengan kemolaran 1.5 mol dm^-3^.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1, O = 16]
2 marks
Munirah ingin menyediakan 500 cm^3^ larutan piawai asid oksalik terhidrat, (COOH)~2~.2H~2~O 0.5 mol dm^-3^ daripada larutan stok asid oksalik terhidrat, (COOH)~2~.2H~2~O 1.5 mol dm^-3^.
c(i)
Namakan kaedah untuk menyediakan larutan piawai tersebut.
1 marks
c(ii)
Hitung isi padu larutan stok yang diperlukan untuk menyediakan larutan piawai tersebut.
2 marks
710 marks
Rajah 7 menunjukkan bagaimana Proses Z menukarkan getah asli kepada getah tervulkan.
Berdasarkan Rajah 7,
a(i)
Apakah nama Proses Z?
1 marks
a(ii)
Terangkan bagaimana getah tervulkan dihasilkan.
1 marks
a(iii)
Getah yang manakah lebih elastik? Terangkan jawapan anda.
3 marks
Penggunaan getah sintetik yang tidak terkawal membawa kepada masalah pencemaran alam.
b(i)
Cadangkan 2 cara untuk mengatasi masalah akibat penggunaan getah sintetik yang berleluasa.
2 marks
b(ii)
Apakah 3 kelebihan sarung tangan yang dibuat daripada getah sintetik berbanding dengan getah asli?
3 marks
810 marks
Azrul dan rakan menjalankan eksperimen untuk menyiasat faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara serbuk logam zink dengan asid hidroklorik.
Jadual 8 menunjukkan maklumat berkaitan bahan tindak balas dan masa yang diambil untuk mengumpul 30 cm^3^ gas P.
| Eksperimen | Bahan tindak balas | Masa yang diambil / s |
|---|---|---|
| I | Serbuk logam zink + 50 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ | 10 |
| II | Serbuk logam zink + 100 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ | 20 |
Jadual 8
a
Apakah maksud kadar tindak balas?
1 marks
Berdasarkan jadual di atas,
b(i)
Nyatakan gas yang terhasil.
1 marks
b(ii)
Tulis persamaan ion bagi tindak balas itu.
1 marks
c(i)
Hitung kadar tindak balas purata bagi Eksperimen I dan Eksperimen II.
2 marks
c(ii)
Berdasarkan jawapan di c(i), bandingkan kadar tindak balas antara Eksperimen I dan Eksperimen II. Nyatakan faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas dalam eksperimen ini.
2 marks
c(iii)
Dengan menggunakan teori perlanggaran, terangkan perbezaan kadar tindak balas di c(ii).
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Bahan X dan Y merupakan dua bahan tidak berwarna dalam keadaan cecair. Rajah 9.1 menunjukkan susunan radas untuk menentukan sama ada bahan X dan Y adalah suatu elektrolit.
Berdasarkan Rajah 9.1,
a(i)
Nyatakan maksud elektrolit.
1 marks
a(ii)
Bahan manakah, X atau Y, ialah suatu elektrolit? Terangkan.
2 marks
Rajah 9.2 menunjukkan susunan radas untuk sel kimia A.
Berdasarkan Rajah 9.2,
b(i)
Tuliskan notasi sel bagi sel kimia ini.
1 marks
b(ii)
Nyatakan pemerhatian dan tuliskan setengah persamaan pada elektrod magnesium.
2 marks
b(iii)
Sekiranya elektrod magnesium dan larutan magnesium nitrat dalam sel kimia A digantikan dengan elektrod ferum dan larutan ferum(II) klorida untuk membentuk sel kimia B, jelaskan perbezaan voltan sel bagi sel kimia A dan B.
Diberi:
- Mg^2+^(ak) + 2e^-^ ⇌ Mg(p), E° = −2.38 V
- Fe^2+^(ak) + 2e^-^ ⇌ Fe(p), E° = −0.44 V
- Cu^2+^(ak) + 2e^-^ ⇌ Cu(p), E° = +0.34 V
4 marks
c
Rajah 9.3 menunjukkan susunan radas yang digunakan dalam eksperimen untuk mengkaji elektrolisis larutan kuprum(II) klorida.
Suis ditutup dan dibiarkan selama 20 minit. Jadual 9 menunjukkan pemerhatian selepas 20 minit.
| Eksperimen | Pemerhatian |
|---|---|
| I | Gas kuning kehijauan terbentuk pada elektrod karbon P. Pepejal perang terbentuk pada elektrod karbon Q. Keamatan warna biru larutan semakin berkurang. |
| II | Gas tidak berwarna terbentuk pada elektrod karbon R. Pepejal perang terbentuk pada elektrod karbon S. Keamatan warna biru larutan semakin berkurang. |
Jadual 9
Nyatakan nama hasil pada elektrod P, Q, R dan S. Jelaskan pemerhatian dan tuliskan persamaan setengah pada anod dan katod Eksperimen I.
Diberi:
- 2H^+^(ak) + 2e^-^ ⇌ H~2~(g), E° = 0.00 V
- Cu^2+^(ak) + 2e^-^ ⇌ Cu(p), E° = +0.34 V
- O~2~(g) + 2H~2~O(ce) + 4e^-^ ⇌ 4OH^-^(ak), E° = +0.40 V
- Cl~2~(g) + 2e^-^ ⇌ 2Cl^-^(ak), E° = +1.36 V
8 marks
d
Rajah 9.4 menunjukkan perbualan di antara Ahmad dan Mei Ling.
> **Ahmad:** Mei Ling, saya ingin menyalutkan cincin besi saya dengan satu lapisan argentum. Boleh tak anda tunjukkan cara bagaimana saya boleh lakukan?
>
> **Mei Ling:** Boleh Ahmad. Saya akan tunjukkan susunan radas yang digunakan.
Rajah 9.4
Lukiskan satu gambar rajah berlabel susunan radas untuk aktiviti Ahmad.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: radas dan bahan yang digunakan, elektrod yang disambung kepada setiap terminal bateri, dan label setiap bahan.)*
2 marks
1020 marks
Rajah 10 menunjukkan susunan radas bagi membandingkan haba penyesaran kuprum daripada larutan kuprum(II) sulfat oleh serbuk magnesium, Mg dan serbuk zink, Zn.
Jadual 10.1 menunjukkan keputusan eksperimen itu.
| Suhu (°C) | Set I | Set II |
|---|---|---|
| Awal, θ~i~ | 27.0 | 27.0 |
| Tertinggi, θ~f~ | 32.0 | 31.0 |
Jadual 10.1
a(i)
Dengan memilih sama ada Set I atau Set II, jawab soalan berikut:
- maksud haba penyesaran.
- satu langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen ini.
- nyatakan satu pemerhatian selain daripada perubahan suhu.
- tuliskan inferens bagi pemerhatian tersebut.
4 marks
a(ii)
Hitung haba penyesaran bagi kedua-dua set eksperimen dan terangkan mengapa terdapat perbezaan pada nilai haba penyesaran itu.
[Diberi muatan haba tentu bagi larutan ialah c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^, ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
6 marks
Jadual 10.2 menunjukkan bilangan atom karbon per molekul alkohol dan haba pembakaran bagi metanol, etanol, propanol dan butanol.
| Alkohol | Bilangan atom karbon per molekul alkohol | Haba pembakaran (kJ mol^-1^) |
|---|---|---|
| Metanol | 1 | -720 |
| Etanol | 2 | -1350 |
| Propanol | 3 | |
| Butanol | 4 | -2680 |
Jadual 10.2
b(i)
Dengan menggunakan data pada Jadual 10.2, lukis satu graf haba pembakaran melawan bilangan atom karbon per molekul alkohol. Daripada graf yang dilukis, tentukan nilai haba pembakaran bagi propanol.
(Kertas graf yang disediakan: paksi menegak "Haba pembakaran (kJ mol^-1^)" dari 600 hingga 2800; paksi mendatar "Bilangan atom karbon per molekul alkohol" dari 0 hingga 4.)
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: titik-titik yang diplot, garis yang dilukis, dan nilai yang dibaca daripada graf.)*
3 marks
b(ii)
Terangkan mengapa haba pembakaran bagi propanol dan butanol berbeza. Sertakan persamaan kimia bagi pembakaran lengkap propanol dan butanol untuk membantu penerangan anda.
5 marks
c
Jadual 10.3 menunjukkan perbandingan haba pembakaran bagi dua bahan api.
| Bahan api | Haba pembakaran (kJ mol^-1^) |
|---|---|
| Metana | -880 |
| Metanol | -720 |
Jadual 10.3
Yusuf telah mencipta suatu mesin untuk membantu mempercepatkan kerjanya di bengkel. Berdasarkan Jadual 10.3, pilih bahan api yang paling sesuai digunakan dalam mesin tersebut, berdasarkan faktor nilai bahan api atau kesan ke atas alam sekitar. Wajarkan pilihan anda.
[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12, O = 16]
2 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11 menunjukkan penukaran sebatian W kepada sebatian X dan sebatian Y. Sebatian W mempunyai formula molekul C~4~H~10~O.
- Sebatian W —(Pengoksidaan)$\rightarrow$ Sebatian X
- Sebatian W —(Tindak balas II, serpihan porselin)$\rightarrow$ Sebatian Y
- Sebatian W —(Tindak balas I)$\rightarrow$ Karbon dioksida dan air
Rajah 11
a(i)
Berdasarkan Rajah 11,
- Nyatakan nama bagi sebatian W.
- Sebatian W boleh membentuk isomer. Lukis formula struktur dan namakan salah satu isomer bagi sebatian W.
- Nyatakan nama bagi Tindak balas II dan tulis persamaan tindak balas tersebut.
*(Huraikan lukisan formula struktur anda dalam perkataan: rantai karbon, atom karbon yang membawa kumpulan –OH dan sebarang cabang, serta atom H.)*
5 marks
a(ii)
Hitung isi padu gas karbon dioksida yang terhasil apabila 7.4 g sebatian W dibakar dalam oksigen berlebihan.
[Jisim atom relatif: H = 1; C = 12; O = 16]
[Isi padu molar gas = 24 dm^3^ mol^-1^]
2 marks
b
Seorang murid telah diberikan dua cecair tidak berwarna yang merupakan sebatian alkana dan alkena. Gurunya telah meminta beliau untuk membuat ujian pengesahan cecair. Nyatakan dan huraikan satu ujian kimia yang boleh dibuat oleh murid berkenaan untuk membezakan dua cecair tersebut.
5 marks
c
Diana ingin membakar tart nanas. Dia pergi ke kedai roti untuk membeli pati nanas. Sebagai pelajar kimia, bagaimanakah anda membantunya menyediakan pati nanas (etil butanoat) di makmal dengan menamakan dua bahan yang terlibat. Tulis persamaan kimia untuk tindak balas dan prosedur penyediaan.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open