Jadual 1 menunjukkan nombor proton dan nombor nukleon tiga zarah iaitu V, W dan Y.
| Zarah | Nombor proton | Bilangan neutron | Nombor nukleon |
|---|---|---|---|
| V | 6 | 6 | 12 |
| W | 11 | | 23 |
| Y | 11 | 13 | 24 |
Jadual 1
a
Berdasarkan Jadual 1, nyatakan bilangan neutron bagi W.
1 marks
b(i)
Berikan maksud isotop.
1 marks
b(ii)
Kenal pasti dua zarah yang merupakan isotop.
1 marks
Terangkan mengapa,
c(i)
Isotop menunjukkan sifat fizik yang berbeza.
1 marks
c(ii)
Isotop menunjukkan sifat kimia yang sama.
1 marks
25 marks
Rajah 1 menunjukkan contoh bahan aloi, kaca, dan seramik yang digunakan dalam kehidupan seharian.
a(i)
Nyatakan komponen utama bagi kaca.
1 marks
a(ii)
Cadangkan satu jenis kaca yang sesuai digunakan untuk membuat peralatan memasak.
1 marks
Berdasarkan Rajah 1, nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan sifat-sifat fizikal bagi kaca dan seramik.
b(i)
Persamaan:
1 marks
b(ii)
Perbezaan:
1 marks
c
Duit syiling merupakan salah satu contoh kegunaan aloi. Nyatakan satu kelebihan menggunakan aloi dalam pembuatan duit syiling berbanding logam tulen.
1 marks
36 marks
Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur.
Berdasarkan Rajah 2,
a
Apakah prinsip utama yang digunakan dalam penyusunan unsur-unsur di dalam Jadual Berkala Unsur?
1 marks
b
Salah satu unsur di dalam Rajah 2 membentuk oksida yang boleh bertindak balas dengan asid dan juga alkali untuk menghasilkan garam dan air. Nyatakan istilah yang digunakan untuk menerangkan sifat oksida yang dihasilkan.
1 marks
c(i)
Bandingkan saiz atom aluminium, Al dengan saiz bagi atom klorin, Cl.
1 marks
c(ii)
Terangkan perbezaan saiz atom-atom tersebut.
2 marks
c(iii)
Susunkan semua unsur pada Rajah 2 mengikut pertambahan saiz atom.
1 marks
47 marks
Rajah 3.1 menunjukkan susunan radas bagi menyiasat tindak balas redoks dalam Sel I dan Sel II. Sel I adalah sel kimia manakala Sel II adalah sel elektrolisis.
Nilai E° bagi beberapa sel setengah ialah:
| Persamaan setengah sel | E° |
|---|---|
| Zn^2+^(ak) + 2e^−^ $\rightleftharpoons$ Zn(p) | −0.76 V |
| 2H^+^(ak) + 2e^−^ $\rightleftharpoons$ H~2~(g) | 0.00 V |
| Cu^2+^(ak) + 2e^−^ $\rightleftharpoons$ Cu(p) | +0.34 V |
| O~2~(g) + 2H~2~O(ce) + 4e^−^ $\rightleftharpoons$ 4OH^−^(ak) | +0.40 V |
| S~2~O~8~^2−^(ak) + 2e^−^ $\rightleftharpoons$ 2SO~4~^2−^(ak) | +2.01 V |
a(i)
Nyatakan maksud elektrolit.
1 marks
a(ii)
Namakan agen penurunan untuk Sel I dalam Rajah 3.1.
1 marks
a(iii)
Tandakan elektrod katod dan anod dalam Sel II di Rajah 3.1. *(Nyatakan dalam perkataan elektrod mana (Y atau Z) ialah katod dan yang mana ialah anod.)*
1 marks
Rajah 3.2 menunjukkan susunan radas bagi menyiasat suatu tindak balas.
b(i)
Tuliskan setengah persamaan untuk:
Proses pengoksidaan: …
Proses penurunan: …
2 marks
b(ii)
Huraikan ujian pengesahan untuk hasil yang terbentuk dalam tabung uji.
2 marks
58 marks
Jadual 2 menunjukkan maklumat bagi tiga bahan tambah makanan yang berbeza, X, Y dan Z.
| Bahan tambah makanan | Maklumat |
|---|---|
| X | Ditambah kepada jem nanas untuk memaniskan jem nanas. |
| Y | Ditambah kepada kek harijadi untuk menjadikan kek berwarna-warni supaya kelihatan menarik. |
| Z | Ditambah kepada daging segar supaya ia tahan lama dan kelihatan segar. |
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2:
a(i)
Apakah maksud bagi bahan tambah makanan?
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis bahan tambah makanan Z.
1 marks
a(iii)
Cadangkan nama bagi bahan tambah makanan X.
1 marks
a(iv)
> Siti bercadang untuk membuat sebiji kek untuk harijadi adiknya. Siti ada dua pilihan iaitu perah air dari kisaran daun pandan atau tambahkan sebatian trifenil sebagai pewarna.
Berdasarkan pernyataan di atas, anda diminta untuk membantu Siti membuat keputusan. Jelaskan jawapan anda.
2 marks
Rajah 4 menunjukkan losyen penghalang cahaya matahari yang menggunakan nanoteknologi.
b(i)
Terangkan kelebihan penggunaan nanoteknologi bagi losyen penghalang cahaya matahari.
2 marks
b(ii)
Nyatakan satu kegunaan nanoteknologi yang lain dalam bidang tekstil.
1 marks
69 marks
a(i)
Tuliskan formula untuk menunjukkan hubungan antara bilangan mol dan bilangan zarah untuk sesuatu bahan.
Bilangan mol = …
1 marks
a(ii)
Cari bilangan mol atom dalam satu sampel yang mengandungi 9.03 × 10^20^ atom zink.
[Pemalar Avogadro ialah 6.02 × 10^23^ mol^-1^]
1 marks
a(iii)
Sebuah tangki mengandungi 2 mol gas sulfur trioksida. Berapakah bilangan atom oksigen dalam tangki itu?
[Isipadu molar gas pada suhu bilik ialah 24 dm^3^ mol^-1^; Pemalar Avogadro ialah 6.02 × 10^23^ mol^-1^]
1 marks
Satu tindak balas diwakili oleh persamaan berikut:
4Na + O~2~ $\rightarrow$ 2Na~2~O
Berdasarkan persamaan di atas, berikan
b(i)
maklumat secara kualitatif
1 marks
b(ii)
maklumat kuantitatif dari segi entiti asas
1 marks
Kuprum(II) oksida diturunkan oleh gas hidrogen membentuk air dan kuprum.
c(i)
Tuliskan persamaan tindak balas yang berlaku.
1 marks
c(ii)
Jika 8 g kuprum(II) oksida bertindak balas sempurna dengan gas hidrogen, hitungkan jisim kuprum yang terhasil.
[Jisim atom relatif: O = 16; Cu = 64]
3 marks
710 marks
Rajah 5 menunjukkan carta alir pertukaran sebatian hidrokarbon dalam petroleum, C~7~H~16~ kepada beberapa sebatian melalui proses peretakan.
a
Apakah yang dimaksudkan dengan proses peretakan?
1 marks
Sebatian X terbakar dengan lengkap dalam gas oksigen yang berlebihan menghasilkan gas karbon dioksida dan air.
b(i)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas pembakaran itu.
2 marks
b(ii)
Jika 0.2 mol sebatian X digunakan dalam tindak balas itu, hitung isipadu gas karbon dioksida yang terhasil.
[1 mol gas menempati 24 dm^3^ pada keadaan bilik]
2 marks
c
Jadual 3.1 menunjukkan pemerhatian yang diperolehi daripada ujian yang telah dijalankan ke atas sebatian X dan sebatian Y.
| Tindak balas | Pemerhatian: Sebatian X | Pemerhatian: Sebatian Y |
|---|---|---|
| Penambahan air bromin | Warna perang air bromin kekal tidak berubah | Warna perang air bromin bertukar tidak berwarna |
Jadual 3.1
Berdasarkan Jadual 3.1, terangkan mengapa terdapat perbezaan pemerhatian bagi tindak balas itu.
2 marks
d
Jadual 3.2 menunjukkan susunan radas bagi dua kaedah berlainan untuk menghasilkan etanol.
| Kaedah | Persamaan kimia |
|---|---|
| I | Bahan P $\xrightarrow{\text{Yis}}$ C~2~H~5~OH + CO~2~ |
| II | Bahan Q + H~2~O $\xrightarrow[\text{300 °C, 60 atm}]{\text{H}_3\text{PO}_4}$ C~2~H~5~OH |
Jadual 3.2
Pada pandangan anda, kaedah manakah yang lebih sesuai untuk menyediakan etanol dan berikan sebab bagi jawapan anda. Bagi kaedah yang dipilih, cadangkan bahan P atau bahan Q.
3 marks
810 marks
Rajah 6.1 menunjukkan susunan radas dan pemerhatian bagi dua set eksperimen yang telah dijalankan di makmal.
a
Berdasarkan Rajah 6.1, kenal pasti faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
1 marks
b
Nyatakan pemerhatian apabila gas karbon dioksida, CO~2~ diuji menggunakan air kapur.
1 marks
c
Berikut merupakan persamaan kimia bagi tindak balas dalam eksperimen tersebut.
CaCO~3~ + 2HCl $\rightarrow$ CaCl~2~ + CO~2~ + H~2~O
Hitungkan jisim kalsium karbonat yang tidak bertindak balas dalam Set I.
[Jisim molar bagi kalsium karbonat, CaCO~3~ = 100 g mol^-1^]
4 marks
d
Rajah 6.2 menunjukkan lengkung III yang diperolehi dengan mengulangi eksperimen I dengan pepejal kalsium karbonat dihancurkan dan suhu ditingkatkan sebanyak dua kali ganda.
Berdasarkan maklumat pada Rajah 6.1, lakarkan graf isipadu gas terbebas melawan masa untuk Set I dan Set II pada paksi yang sama. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bentuk lengkung bagi Set I dan Set II berbanding lengkung III — kecerunan awal dan isi padu akhir setiap lengkung — serta label setiap lengkung.)*
2 marks
e
En. Faizal dan keluarga berkelah di tepi air terjun. En. Faizal membawa bahan seperti ayam, arang dan pisau untuk menyediakan ayam bakar. Cadangkan satu kaedah yang boleh dilakukan oleh En. Faizal dan jelaskan bagaimana kaedah tersebut boleh membantu En. Faizal memastikan ayam tersebut masak dengan cepat.
2 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 7 menunjukkan 75 cm^3^ asid nitrik 2.0 mol dm^-3^ yang dicairkan kepada **x** mol dm^-3^ apabila 25 cm^3^ air suling ditambahkan.
a(i)
Definisikan asid. Nyatakan perubahan warna bagi kertas litmus bagi menunjukkan sifat asid.
2 marks
a(ii)
Kira nilai **x**. Banding dan terangkan nilai pH bagi **x** mol dm^-3^ asid nitrik dengan larutan asid oksalik dengan kepekatan yang sama.
4 marks
b
Dalam eksperimen yang lain, 25 cm^3^ asid nitrik bertindak balas dengan 25 cm^3^ larutan kalium hidroksida 0.01 mol dm^-3^. Tulis persamaan kimia seimbang bagi tindak balas tersebut dan tentukan kepekatan asid nitrik yang digunakan.
4 marks
Jadual 4 menunjukkan persamaan perkataan bagi dua tindak balas melibatkan pepejal Z kepada logam oksida Y dan larutan X. Analisis ke atas larutan X dilakukan bagi mengenal pasti kation dan anionnya.
| Tindak balas | Persamaan perkataan |
|---|---|
| I | Pepejal hijau Z $\xrightarrow{\text{panaskan}}$ Logam oksida Y + Gas W |
| II | Pepejal hijau Z + Asid nitrik $\rightarrow$ Larutan biru X + Gas W + Air |
Jadual 4
c(i)
Kenal pasti bahan W, X, Y dan Z.
4 marks
c(ii)
Huraikan ujian kimia untuk menentukan kehadiran kation dan anion dalam larutan X.
6 marks
1020 marks
Rajah 8.1 menunjukkan susunan elektron pembentukan ikatan datif bagi ion hidroksonium, H~3~O^+^.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan ikatan datif?
1 marks
a(ii)
Berdasarkan jawapan di 10(a)(i), huraikan pembentukan ikatan datif tersebut.
4 marks
a(iii)
Cadangkan satu sebatian lain yang mempunyai ikatan datif.
1 marks
b(i)
Rajah 8.2 menunjukkan perwakilan piawai bagi atom logam magnesium. Elektron valens atom logam magnesium boleh didermakan dengan mudah dan boleh dinyahsetempatkan membentuk ion logam magnesium yang bercas positif. Lautan elektron terbentuk apabila semua elektron valens dinyahsetempatkan dan boleh bergerak bebas di antara struktur logam magnesium. Lautan elektron dan ion logam magnesium yang bercas positif membentuk ikatan logam dalam magnesium.
$^{24}_{12}\mathrm{Mg}$
Rajah 8.2
Namakan daya yang terhasil antara lautan elektron dan ion logam bercas positif.
1 marks
b(ii)
Bagaimanakah logam magnesium boleh mengkonduksikan elektrik dalam keadaan pepejal?
3 marks
Rajah 8.3 menunjukkan pemerhatian bagi empat eksperimen yang dijalankan bagi menentukan keterlarutan sebatian natrium klorida dan naftalena di dalam pelarut P dan Q.
c(i)
Cadangkan pelarut P dan Q.
2 marks
c(ii)
Apakah jenis ikatan yang wujud dalam sebatian natrium klorida dan naftalena?
2 marks
c(iii)
Terangkan mengapa terdapat perbezaan pemerhatian bagi eksperimen A dan B.
6 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 9.1 menunjukkan set eksperimen yang dijalankan oleh seorang pelajar untuk mengkaji haba penyesaran bagi tindak balas antara larutan argentum nitrat dengan suatu serbuk logam. Suhu awal larutan argentum nitrat bagi kedua-dua set adalah sama, iaitu 29.0 °C.
Jadual 4.1 menunjukkan nilai haba penyesaran bagi dua logam yang berbeza.
| Set | Logam | Haba penyesaran (kJ mol^-1^) |
|---|---|---|
| I | Magnesium | −60.5 |
| II | Zink | −45.5 |
Jadual 4.1
Berdasarkan Jadual 4.1,
a(i)
Nyatakan maksud bagi haba penyesaran.
1 marks
a(ii)
Hitung suhu tertinggi campuran bagi tindak balas dalam **Set I**.
[Diberi muatan haba tentu bagi larutan ialah c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
4 marks
a(iii)
Lukis gambar rajah aras tenaga bagi **Set II**. *(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: paksi, aras tenaga bahan dan hasil tindak balas (dengan formula), kedudukan aras-aras itu dan nilai ΔH.)*
2 marks
b
Jadual 4.2 menunjukkan bahan api dan haba pembakaran bagi butanol, C~4~H~9~OH dan kerosin, C~12~H~26~.
| Bahan api | Haba pembakaran (kJ mol^-1^) |
|---|---|
| Butanol | 2676 |
| Kerosin | 6290 |
Jadual 4.2
Berdasarkan Jadual 4.2, pilih satu bahan api yang terbaik dari aspek:
- Nilai bahan api
- Kesan terhadap alam sekitar
Wajarkan kedua-dua pemilihan anda itu.
[Jisim molar: butanol = 74 g mol^-1^, kerosin = 170 g mol^-1^; Jisim atom relatif: C = 12, H = 1]
8 marks
c
Rajah 10 menunjukkan Iman yang terseliuh dan kakinya membengkak.
Dia memerlukan pek penyejuk. Sebagai seorang murid Kimia, cadangkan bahan-bahan yang sesuai dan mudah didapati di rumah. Tuliskan kaedah untuk menyediakan pek penyejuk serta terangkan fungsinya.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open