Johor Trial 2023 Chemistry Kertas 2 · Kota Tinggi · Set 1
Settings
Vibration
Sound
Question language
Show original too
translate
Chemistry
Johor Trial 2023 Chemistry Kertas 2 · Kota Tinggi · Set 1
Johor Trial Kota Tinggi · Set 1 · 2023
11 questions · Total 100 marks
150 min
Marking scheme
From the paper's own marking scheme
Marking
Marked by AI against the scheme — a study aid
Answer in
Malay or English
Last updated
2026-11-07
Bahagian AAnswer all 8
15 marks
Rajah 1 menunjukkan suatu gambar Tugu Negara. Tugu Negara merupakan monumen yang dibina pada tahun 1966 dengan menggunakan aloi.
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan aloi?
1 marks
a(ii)
Apakah aloi yang digunakan untuk membina Tugu Negara?
1 marks
a(iii)
Apakah komposisi utama dalam aloi yang disebutkan di 1(a)(ii)?
1 marks
Ketulenan aloi emas diukur dalam unit karat (K). Emas 24K merupakan emas tulen manakala emas 18K merupakan campuran yang terdiri daripada 18 bahagian emas dengan 6 bahagian logam lain seperti kuprum mengikut jisim.
b(i)
Emas yang manakah bukan sejenis aloi?
1 marks
b(ii)
Apakah tujuan mencampurkan kuprum di dalam emas 18K?
1 marks
25 marks
Rajah 2 menunjukkan struktur atom karbon-12.
Berdasarkan Rajah 2,
a(i)
Namakan zarah subatom yang bercas positif dalam atom.
1 marks
a(ii)
Nyatakan bilangan neutron yang terdapat dalam nukleus atom karbon-12.
1 marks
a(iii)
Isotop lain bagi karbon adalah karbon-14. Apakah perbezaan antara atom karbon-14 dan karbon-12?
1 marks
Atom Z mengandungi 4 proton dan 5 neutron.
b(i)
Tuliskan perwakilan piawai untuk atom Z.
1 marks
b(ii)
Atom Z boleh membentuk ion. Tuliskan susunan elektron ion Z.
1 marks
36 marks
Rajah 3.1 menunjukkan semangkuk aiskrim yang menjadi hidangan anak-anak dalam satu majlis hari jadi.
a(i)
Lemak ialah salah satu bahan yang terdapat dalam aiskrim. Bahan X ditambah bagi mencampurkan lemak dan air dalam aiskrim. Cadangkan bahan tambah makanan yang sesuai bagi bahan X.
1 marks
a(ii)
Nyatakan bahan X.
1 marks
a(iii)
Nyatakan satu contoh lain bahan tambah makanan yang terdapat dalam aiskrim.
1 marks
Rajah 3.2 menunjukkan satu bahan tambah makanan yang menggunakan satu kaedah nanoteknologi.
b(i)
Apakah maksud nanoteknologi?
1 marks
b(ii)
Rajah 3.3 menunjukkan helaian grafen yang merupakan satu alotrop karbon yang merupakan bahan tumpuan utama dalam aplikasi nanoteknologi kerana saiznya yang berukuran 0.1 nm.
"Grafen sesuai digunakan untuk penyahgaraman air laut untuk membentuk air yang sesuai diminum." Terangkan pernyataan tersebut.
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik kuprum(II) oksida.
a
Apakah maksud formula empirik?
1 marks
b
Apakah peranan ketulan zink dan asid hidroklorik dalam eksperimen ini?
1 marks
c
Namakan satu oksida logam lain yang formula empiriknya boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.
1 marks
Jadual 4 menunjukkan data yang diperolehi daripada eksperimen itu.
| Penerangan | Jisim (g) |
|---|---|
| Jisim salur kaca | 24.60 |
| Jisim salur kaca + oksida kuprum | 27.00 |
| Jisim salur kaca + kuprum | 26.52 |
Jadual 4
d(i)
Berdasarkan Jadual 4, hitung formula empirik bagi oksida kuprum.
[Jisim atom relatif: Cu = 64, O = 16]
4 marks
58 marks
Maklumat di bawah menunjukkan senarai radas dan bahan kimia yang boleh digunakan untuk menyediakan larutan asid sulfurik melalui kaedah pencairan daripada larutan stok.
> Larutan stok: asid sulfurik 2.0 mol dm^-3^
>
> Pipet
>
> Kelalang volumetrik
>
> Air suling
a(i)
Apakah maksud asid?
1 marks
a(ii)
Hitung isi padu larutan stok yang diperlukan untuk menyediakan 250 cm^3^ asid sulfurik 0.2 mol dm^-3^.
2 marks
a(iii)
Huraikan secara ringkas langkah yang diambil untuk menyediakan larutan di 5(a)(ii) dengan menggunakan radas yang disenaraikan.
3 marks
Rajah 5 menunjukkan satu siri tindak balas yang melibatkan garam P.
- Garam P —(Tindak balas I: panaskan)→ Pepejal Q (kuning apabila panas dan putih apabila sejuk) + Gas Y tanpa warna
- Garam P + asid nitrik —(Tindak balas II)→ Larutan akueus R + Gas Y tanpa warna + Air
Rajah 5
Berdasarkan Rajah 5,
b(i)
Nyatakan nama bagi gas Y.
1 marks
b(ii)
Tentukan pepejal Q.
1 marks
69 marks
Jadual 6 menunjukkan formula struktur bagi sebatian A, B dan C.
a
Nyatakan formula am bagi sebatian C.
1 marks
6.0 dm^3^ sebatian A terbakar dengan lengkap pada suhu bilik untuk menghasilkan gas karbon dioksida dan air.
c(i)
Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi tindak balas ini.
2 marks
c(ii)
Hitung bilangan mol gas karbon dioksida yang terbebas.
2 marks
Rajah 6 menunjukkan sebatian S dan asid etanoik merupakan ahli dalam siri homolog yang berlainan.
- Sebatian S —(Q)→ Asid etanoik
- Sebatian S —(R)→ Etil propanoat
- Asid etanoik + Magnesium → Sebatian X
Rajah 6
d(i)
Namakan kumpulan berfungsi bagi sebatian S.
1 marks
d(iii)
Huraikan satu ujian kimia untuk membezakan antara sebatian S dan asid etanoik.
3 marks
710 marks
Rajah 7.1 menunjukkan susunan radas bagi tindak balas redoks.
a(i)
Jadual 7.2 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah.
| Sel setengah | E° |
|---|---|
| Mg^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Mg | −2.38 V |
| Zn^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Zn | −0.76 V |
| Ag^+^ + e $\rightleftharpoons$ Ag | +0.80 V |
Jadual 7.2
Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas redoks?
1 marks
a(ii)
Nyatakan jenis tindak balas di plat zink.
1 marks
a(iii)
Berdasarkan Jadual 7.2, tuliskan notasi sel bagi sel di atas dan hitung nilai voltan yang terhasil dalam sel itu.
3 marks
Rajah 7.3 menunjukkan susunan radas bagi elektrolisis larutan Y klorida 1.0 mol dm^-3^ menggunakan elektrod karbon. Hasil di anod dan katod ialah gas.
b(i)
Berdasarkan Rajah 7.3,
Nyatakan ion yang dipilih untuk dinyahcas pada elektrod Y.
1 marks
b(ii)
Nyatakan sebab ion tersebut dipilih untuk dinyahcas pada elektrod Y dan hasil yang terbentuk.
2 marks
c
Anda diminta menyadur sudu dengan lapisan berwarna perang. Dengan menggunakan pengetahuan kimia anda, lukis satu gambar rajah berlabel untuk menunjukkan susunan radas tindak balas penyaduran dengan mengubah radas dan bahan yang sesuai seperti diberikan dalam Rajah 7.1. Anda juga dibekalkan dengan sudu dan sel kering.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: elektrod-elektrod dan sambungannya kepada sel kering, elektrolit yang digunakan, dan label.)*
2 marks
810 marks
Jadual 8 menunjukkan maklumat-maklumat campuran bahan dan masa yang diambil untuk mengumpulkan 25 cm^3^ gas hidrogen yang terbebas dalam setiap eksperimen. Maklumat yang diperolehi digunakan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas.
| Eksperimen | Campuran bahan-bahan dalam eksperimen | Masa mengumpulkan 25 cm^3^ gas / s |
|---|---|---|
| I | 40.0 cm^3^ asid hidroklorik 0.5 mol dm^-3^ + 2.0 g zink | 50.0 |
| II | 20.0 cm^3^ asid hidroklorik 1.0 mol dm^-3^ + 2.0 g zink | 32.0 |
| III | 20.0 cm^3^ asid sulfurik 1.0 mol dm^-3^ + 2.0 g zink | 25.0 |
Jadual 8
Berdasarkan maklumat di atas,
a(i)
Berikan maksud kadar tindak balas dalam tindak balas ini.
1 marks
a(ii)
Cari kadar tindak balas purata untuk Eksperimen I pada 50 s yang pertama.
1 marks
a(iii)
Terangkan dengan menggunakan teori perlanggaran mengapa masa yang diambil bagi Eksperimen III lebih pendek daripada Eksperimen II.
3 marks
a(iv)
Lakarkan graf isi padu gas terbebas melawan masa bagi Eksperimen I, II dan III di atas paksi yang sama.
*(Huraikan graf anda dalam perkataan: paksi dan unit, serta bentuk lengkung bagi setiap eksperimen (kecerunan awal dan isi padu akhir) berbanding yang lain.)*
2 marks
b
Rajah 8 menunjukkan perbualan antara dua orang murid tentang cecair pembasmi kuman untuk Covid-19.
> **Ryan:** Reno, tahukah awak kandungan alkohol antara 70% hingga 75% dalam cecair pembasmi kuman paling berkesan bagi mengawal penularan wabak Covid-19?
>
> **Reno:** Oh, benar, Ryan. Namun di pasaran, berleluasa penjualan cecair pembasmi kuman yang murah dengan kandungan alkohol di bawah 60%.
Rajah 8
Berdasarkan perbualan dalam Rajah 8, wajarkan penggunaan cecair pembasmi kuman dengan peratus kandungan alkohol yang berbeza.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9.1 menunjukkan pemerhatian bagi satu eksperimen untuk menentukan haba pemendakan magnesium karbonat.
Berdasarkan Rajah 9.1,
a(i)
Nyatakan keterlarutan magnesium karbonat dan jenis tindak balas yang berlaku.
2 marks
a(ii)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas tersebut.
2 marks
a(iii)
Hitung perubahan suhu bagi tindak balas dan seterusnya tentukan haba pemendakan magnesium karbonat.
[Muatan haba tentu larutan, c = 4.2 J g^-1^ °C^-1^; ketumpatan larutan = 1 g cm^-3^]
5 marks
Rajah 9.2 menunjukkan carta bar bagi nilai pH asid HX dan asid HY yang mempunyai kepekatan yang sama.
b(i)
Kedua-dua asid tersebut telah digunakan dalam satu eksperimen untuk menentukan haba peneutralan. Sebanyak 25 cm^3^ asid HX dan asid HY telah ditambahkan kepada 25 cm^3^ larutan natrium hidroksida 0.1 mol dm^-3^ secara berasingan. Berikut adalah persamaan termokimia bagi tindak balas peneutralan tersebut.
HX + NaOH $\rightarrow$ NaX + H~2~O ΔH = −57.0 kJ mol^-1^
HY + NaOH $\rightarrow$ NaY + H~2~O ΔH = −p kJ mol^-1^
Nyatakan maksud haba peneutralan serta cadangkan asid HX dan asid HY.
3 marks
b(ii)
Tentukan nilai p dan lukis gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas antara asid HY dan larutan natrium hidroksida.
*(Huraikan gambar rajah aras tenaga anda dalam perkataan: paksi, aras tenaga bahan dan hasil tindak balas serta kedudukannya, dan label ΔH.)*
3 marks
b(iii)
Banding bezakan kedua-dua tindak balas peneutralan tersebut dari aspek jenis tindak balas, nilai haba peneutralan dan penerangan perbezaan nilai haba peneutralan.
5 marks
1020 marks
Rajah 10.1 menunjukkan sebahagian Jadual Unsur Berkala.
Berdasarkan Rajah 10.1,
a(i)
Nyatakan 2 ciri keistimewaan bagi unsur peralihan.
2 marks
a(ii)
Nyatakan kedudukan unsur klorin dalam Jadual Unsur Berkala. Jelaskan.
3 marks
b
Rajah 10.2 menunjukkan sehelai baju yang penuh dengan kesan cat minyak.
Kesan cat minyak tidak dapat dihilangkan dengan air. Jelaskan. Cadangkan satu cara yang sesuai untuk membersihkan kotoran daripada baju dan terangkan jawapan anda.
5 marks
c
Rajah 10.3 menunjukkan dua jenis bahan kimia dalam makmal.
Namakan jenis ikatan yang terdapat dalam kedua-dua bahan kimia dan terangkan pembentukan ikatan tersebut.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Getah asli merupakan polimer semula jadi. Lateks adalah cecair berwarna putih yang diperoleh daripada pokok getah apabila kulit pokok getah ditoreh. Lateks apabila dibiarkan selama sehari akan bergumpal. Rajah 11.1 menunjukkan situasi yang berlaku.
a(i)
Namakan monomer bagi getah asli.
1 marks
a(ii)
Lateks boleh menggumpal secara semula jadi atau ditambah bahan X. Lateks akan menggumpal dengan cepat apabila ditambah bahan X. Cadangkan bahan X. Huraikan secara ringkas bagaimana bahan X yang anda nyatakan menyebabkan getah tergumpal.
6 marks
Rajah 11.2 menunjukkan susunan alat radas yang digunakan untuk tindak balas peneutralan menggunakan kaedah pentitratan.
b(i)
Tuliskan persamaan kimia seimbang antara asid sulfurik dan larutan kalium hidroksida.
2 marks
b(ii)
Jika diberi kepekatan ion hidroksida adalah 0.01 mol dm^-3^, kira pH bagi larutan natrium hidroksida.
2 marks
b(iii)
Nyatakan perubahan warna larutan dalam kelalang kon pada takat akhir.
1 marks
c
Rajah 11.3 menunjukkan loji rawatan air. Loji rawatan air merupakan pusat rawatan air yang membersihkan air daripada benda asing makro dan mikro supaya dapat digunakan oleh pengguna.
Senarai radas yang diberikan oleh gurunya:
- Tabung uji
- Silinder penyukat
- pH meter
- Larutan magnesium nitrat
- Asid fosforik
- Kalsium hidroksida
- Kalsium karbonat
- Asid hidroklorik
- Larutan plumbum(II) nitrat
Dengan memilih senarai radas yang diberi, huraikan satu eksperimen untuk menentukan nilai pH bagi air di loji rawatan air. Sertakan langkah bagaimana cara meneutralkan air berasid dan beralkali.
8 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open