Rajah 1 menunjukkan satu set warisan seni muzik gamelan. Alat muzik gamelan diperbuat daripada aloi P dengan komposisi tertentu di mana logam tulennya ialah kuprum.
a
Namakan aloi P yang terbentuk apabila zink ditambah kepada kuprum.
1 marks
b
Lukis susunan atom dalam aloi yang dinyatakan dalam 1(a) dan label atom-atom yang hadir.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: bagaimana atom-atom disusun, saiz atom-atom itu dan label setiap jenis atom.)*
2 marks
c(i)
Bandingkan dari segi kekerasan aloi P dengan logam tulennya, kuprum.
1 marks
c(ii)
Namakan satu aloi lain bagi kuprum.
1 marks
25 marks
Jadual 2 menunjukkan nombor proton dan nombor nukleon dalam atom P, Q dan R. Huruf yang digunakan bukan simbol sebenar bagi atom-atom itu.
| Atom | Nombor proton | Nombor nukleon |
|---|---|---|
| P | 11 | 23 |
| Q | 6 | 12 |
| R | 6 | 14 |
Jadual 2
a
Nyatakan istilah 'atom-atom bagi unsur yang sama dengan mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron berbeza'.
1 marks
b
Namakan zarah sub-atom yang bercas positif.
1 marks
c
Merujuk Jadual 2, nyatakan atom yang mempunyai sifat kimia yang sama dan berikan alasan.
2 marks
d
Lukis susunan elektron bagi atom P.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: nukleus, petala-petala dan bilangan elektron pada setiap petala.)*
1 marks
36 marks
Jadual 3 menunjukkan dua jenis polimer dan ciri-cirinya.
| Jenis polimer | Ciri-ciri |
|---|---|
| P | Apabila dipanaskan ia melebur dan mengeras apabila disejukkan. |
| Q | Apabila dipanaskan ia akan terurai. |
Jadual 3
a
Nyatakan maksud polimer.
1 marks
b
Nyatakan jenis polimer P dan polimer Q.
P: …
Q: …
2 marks
c
Pilih jenis polimer yang boleh dikitar semula.
1 marks
d
Adakah sesuai untuk melupuskan polimer sintetik dengan cara membakarnya? Jelaskan jawapan anda.
2 marks
47 marks
Rajah 4 menunjukkan susu magnesia yang mengandungi magnesium hidroksida untuk meneutralkan asid hidroklorik berlebihan dalam perut pesakit gastrik.
a(i)
Nyatakan jenis sebatian bagi magnesium hidroksida.
1 marks
a(ii)
Nyatakan ion-ion yang hadir dalam magnesium hidroksida.
1 marks
a(iii)
Namakan daya yang wujud antara kedua-dua ion dalam sebatian itu.
1 marks
b(i)
Tuliskan persamaan kimia tindak balas antara magnesium hidroksida dan asid hidroklorik.
2 marks
b(ii)
Jika 0.5 mol asid hidroklorik bertindak balas dengan magnesium hidroksida menghasilkan sebatian putih setelah dipanaskan, hitung jisim sebatian putih yang terhasil.
[Jisim atom relatif: Mg = 24, Cl = 35.5]
2 marks
58 marks
Rajah 5.1 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur. Huruf M, Q, R, T, U, V dan W bukan simbol sebenar bagi unsur ini.
Berdasarkan Rajah 5.1,
a
Nyatakan nama kumpulan yang terletak di antara Kumpulan 2 dan Kumpulan 13.
1 marks
b
Nyatakan unsur yang boleh membentuk oksida amfoterik.
1 marks
Rajah 5.2 menunjukkan pemerhatian apabila oksida R ditambah ke dalam asid hidroklorik cair.
c(i)
Berdasarkan pemerhatian, nyatakan sifat bagi oksida R.
1 marks
c(ii)
Tuliskan persamaan kimia apabila oksida R bertindak balas dengan asid hidroklorik cair.
2 marks
R, T, U dan V terletak dalam kala yang sama.
d(i)
Susun unsur-unsur tersebut berdasarkan saiz atom dalam tertib menurun.
1 marks
d(ii)
Terangkan jawapan anda di 5(d)(i).
2 marks
69 marks
Rajah 6 menunjukkan carta alir penukaran beberapa siri homolog.
Heksan-1-ol
$\downarrow$ Tindak balas Q
Heks-1-ena
$\downarrow$ Tindak balas penghidrogenan
Sebatian X
Rajah 6
a
Nyatakan kumpulan berfungsi bagi heksan-1-ol.
1 marks
b(i)
Heksan-1-ol boleh ditukar kepada heks-1-ena menerusi tindak balas Q. Nyatakan nama tindak balas Q.
1 marks
b(ii)
Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas Q.
2 marks
b(iii)
Jika 2 mol heksan-1-ol digunakan dalam tindak balas Q, hitung jisim heks-1-ena yang terhasil.
[Jisim atom relatif: C = 12, H = 1]
2 marks
c
Sebatian heks-1-ena dan sebatian X boleh dibezakan melalui tindak balas dengan air bromin. Terangkan perbezaan pemerhatian tindak balas antara sebatian heks-1-ena dan sebatian X dengan air bromin.
3 marks
710 marks
Rajah 7 menunjukkan susunan radas yang digunakan oleh seorang pelajar untuk menentukan nilai haba penyesaran logam.
Keputusan eksperimen adalah seperti dalam Jadual 7 di bawah.
| Keterangan | Suhu (°C) |
|---|---|
| Suhu awal kuprum(II) sulfat | 28.0 |
| Suhu tertinggi campuran hasil tindak balas | 48.0 |
Jadual 7
a
Apakah maksud haba penyesaran bagi eksperimen ini?
1 marks
b
Nyatakan satu pemerhatian dalam tindak balas ini.
1 marks
Berdasarkan kepada eksperimen:
c(i)
Hitungkan perubahan haba dalam tindak balas itu.
[Muatan haba tentu = 4.2 J g^-1^ °C^-1^]
1 marks
c(ii)
Hitung haba penyesaran bagi eksperimen itu.
2 marks
c(iii)
Lukiskan gambar rajah aras tenaga bagi tindak balas tersebut.
*(Huraikan rajah anda dalam perkataan: label paksi, aras-aras tenaga dan apa yang ditulis pada setiap aras, arah anak panah dan nilai ΔH.)*
2 marks
Eksperimen itu diulangi dengan menggunakan serbuk argentum menggantikan serbuk zink.
d(i)
Ramalkan perubahan suhu bagi eksperimen itu.
1 marks
d(ii)
Terangkan jawapan anda di 7(d)(i).
2 marks
810 marks
Rajah 8.1 menunjukkan beberapa contoh bahan kosmetik kepunyaan Sarah yang digunakan untuk mencantikkan penampilan dirinya.
a(i)
Nyatakan maksud kosmetik.
1 marks
a(ii)
Sarah mendapati kulitnya merengsa dan berlaku perubahan pigmentasi pada kulitnya setelah menggunakan alat kosmetik. Nyatakan nama bahan kimia berbahaya yang menyebabkan masalah tersebut.
1 marks
a(iii)
Nyatakan dua kebaikan yang diperoleh sekiranya Sarah menggunakan bahan kosmetik buatan sendiri.
2 marks
Rajah 8.2 menunjukkan Rayyan yang mengalami masalah batuk. Nenek Rayyan mencadangkan agar Rayyan mengambil ubat batuk secara tradisional manakala ibu Rayyan mencadangkan sebaliknya.
b(i)
Nyatakan ubat tradisional yang dicadangkan oleh nenek Rayyan dan apakah khasiat ubat tersebut.
2 marks
b(ii)
Ibu Rayyan tidak bersetuju dengan ubat yang dicadangkan oleh nenek Rayyan kerana beranggapan ubat-ubatan tradisional banyak kelemahan berbanding ubat moden. Nyatakan satu kelemahan ubat tradisional berbanding ubat moden.
1 marks
b(iii)
Ibu Rayyan mencadangkan anaknya mengambil kodeina berbanding ubatan tradisional seperti di 8(b)(i) untuk merawat masalah batuk anaknya. Wajarkan penggunaan ubat yang dicadangkan oleh ibu Rayyan dan nenek Rayyan demi untuk kesihatannya.
3 marks
Bahagian BChoose 1 of 2Chosen 0/1
920 marks
Rajah 9 menunjukkan susunan radas bagi satu sel kimia.
Jadual 9.1 menunjukkan nilai keupayaan elektrod piawai sel setengah:
| Tindak balas sel setengah | E° |
|---|---|
| Mg^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Mg | −2.38 V |
| Zn^2+^ + 2e $\rightleftharpoons$ Zn | −0.76 V |
| Ag^+^ + e $\rightleftharpoons$ Ag | +0.80 V |
Jadual 9.1
a(i)
Apakah yang dimaksudkan dengan tindak balas redoks?
1 marks
a(ii)
Berdasarkan Rajah 9,
- Nyatakan pemerhatian pada terminal negatif dan terangkan
- Tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas pengoksidaan dan penurunan
- Tuliskan notasi sel bagi sel di atas
6 marks
a(iii)
Sekiranya logam zink ditukar kepada magnesium dan larutan zink nitrat kepada larutan magnesium nitrat, terangkan perubahan yang berlaku kepada nilai E° sel. Sertakan perhitungan nilai E° sel itu.
3 marks
b(i)
Satu eksperimen dijalankan untuk mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak dalam tindak balas redoks antara larutan kalium manganat(VII) berasid dan larutan kalium iodida. Persamaan ion di bawah mewakili tindak balas yang berlaku.
10I^-^ + 2MnO~4~^-^ + 16H^+^ $\rightarrow$ 5I~2~ + 2Mn^2+^ + 8H~2~O
Berdasarkan persamaan ion di atas,
- Nyatakan perubahan warna bagi larutan kalium manganat(VII) berasid.
- Kenal pasti agen pengoksidaan dan agen penurunan. Tuliskan setengah persamaan bagi tindak balas penurunan.
- Hitungkan nombor pengoksidaan bagi mangan dalam ion manganat(VII).
7 marks
b(ii)
Jadual 9.2 menunjukkan senarai radas dan bahan yang telah digunakan dalam eksperimen di (b)(i).
Radas dan bahan:
- Tiub-U
- Galvanometer
- Elektrod karbon
- Wayar penyambung
- Asid sulfurik cair
- Larutan kalium iodida
- Larutan kalium manganat(VII) berasid
Jadual 9.2
Lukis satu gambar rajah berlabel untuk menunjukkan susunan radas bagi mengkaji pemindahan elektron pada suatu jarak. Rajah itu hendaklah menggunakan radas dan bahan yang diberi dalam Jadual 9.2. Dalam rajah itu, lukis anak panah untuk menunjukkan arah pengaliran elektron.
*(Huraikan lukisan anda dalam perkataan: susunan radas, kedudukan setiap larutan dan elektrod, label-label, dan arah anak panah aliran elektron.)*
3 marks
1020 marks
a
Jadual 10.1 menunjukkan dua situasi cara memasak kentang goreng.
Merujuk kepada Jadual 10.1, situasi manakah kentang akan masak terlebih dahulu? Nyatakan faktor yang mempengaruhinya dan terangkan bagaimana faktor itu menyebabkan kentang cepat masak.
4 marks
Seorang pelajar menjalankan tiga set eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Masa yang diambil untuk mengumpul 40 cm^3^ gas hidrogen direkodkan dalam Jadual 10.2.
| Set | Bahan tindak balas | Suhu campuran (°C) | Masa yang diambil untuk mengumpul 40 cm^3^ gas hidrogen (s) |
|---|---|---|---|
| I | 25 cm^3^ asid nitrik 0.2 mol dm^-3^ + serbuk zink berlebihan | 30 | 90 |
| II | 25 cm^3^ asid nitrik 0.2 mol dm^-3^ + serbuk zink berlebihan | 40 | 55 |
| III | 25 cm^3^ asid nitrik 0.2 mol dm^-3^ + serbuk zink berlebihan + mangkin X | 30 | 30 |
Jadual 10.2
b(i)
Zink bertindak balas dengan asid nitrik menghasilkan zink nitrat dan gas hidrogen. Cadangkan mangkin X. Seterusnya, tulis persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas itu dan hitung isipadu maksimum gas hidrogen yang dihasilkan dalam set I.
[Jisim atom relatif: Zn = 65; 1 mol bagi sebarang gas menempati 24 dm^3^ mol^-1^ pada keadaan bilik]
6 marks
b(ii)
Berdasarkan Jadual 10.2, bandingkan kadar tindak balas
- Antara set I dengan set II
- Antara set I dengan set III
Dengan merujuk kepada teori perlanggaran, terangkan jawapan anda.
10 marks
Bahagian CAnswer all 1
1120 marks
Rajah 11 menunjukkan peta alir bagi tindak balas garam P.
- **Tindak balas I:** Garam P $\rightarrow$ Pepejal Q (perang apabila panas, kuning apabila sejuk) + Gas perang R + Gas tak berwarna S
- **Tindak balas II:** Garam P + kalium iodida $\rightarrow$ Mendakan kuning T + Larutan tidak berwarna U
Rajah 11
a(i)
Kenal pasti bahan P, Q, R, S dan T.
5 marks
a(ii)
Tulis persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku dalam tindak balas II.
2 marks
a(iii)
Sekiranya 0.1 mol larutan kalium iodida digunakan, kira jisim mendakan kuning T yang terbentuk.
[Jisim molar mendakan kuning T: 461 g mol^-1^]
2 marks
b(i)
Nyatakan nama garam U dan sifat keterlarutan garam U dalam air.
2 marks
b(ii)
Huraikan dengan ringkas bagaimana untuk mendapatkan garam T yang kering.
3 marks
Rajah 11.2 menunjukkan situasi dua buah akuarium yang mempunyai nilai pH air yang berbeza.
c(i)
Jadual 11 menunjukkan nilai pH air bagi akuarium X dan akuarium Y.
| Akuarium | Nilai pH |
|---|---|
| X | 3 |
| Y | 6 |
Jadual 11
Nyatakan maksud asid.
1 marks
c(ii)
Berdasarkan Rajah 11.2, pilih akuarium manakah yang menyebabkan ikan akan mati selepas beberapa hari dan nyatakan sebabnya. Seterusnya cadangkan bagaimana untuk mengubah keadaan air dalam akuarium yang anda nyatakan supaya ikan akan terus hidup. Terangkan jawapan anda.
5 marks
AI is marking
Question by question against the scheme — keep this page open